Sunday, August 30, 2009

demoKERASSSSi!!!

demoCRAZY, pagi ahad dan keraguan nikmat Haddad dari Jordan di malam minggu, lalu mendengar si yahudi ini menyindir kebodohan bahtera kekuasaan Amerika, dalam lagu democracy, leonard cohen dari album the future, 1992:


It's coming through a hole in the air,
from those nights in Tiananmen Square.
It's coming from the feel
that this ain't exactly real,
or it's real, but it ain't exactly there.
From the wars against disorder,
from the sirens night and day,
from the fires of the homeless,
from the ashes of the gay:
Democracy is coming to the U.S.A.

It's coming through a crack in the wall;
on a visionary flood of alcohol;
from the staggering account
of the Sermon on the Mount
which I don't pretend to understand at all.
It's coming from the silence
on the dock of the bay,
from the brave, the bold, the battered
heart of Chevrolet:
Democracy is coming to the U.S.A.

It's coming from the sorrow in the street,
the holy places where the races meet;
from the homicidal bitchin'
that goes down in every kitchen
to determine who will serve and who will eat.
From the wells of disappointment
where the women kneel to pray
for the grace of God in the desert here
and the desert far away:
Democracy is coming to the U.S.A.

Sail on, sail on
O mighty Ship of State!
To the Shores of Need
Past the Reefs of Greed
Through the Squalls of Hate
Sail on, sail on, sail on, sail on.

It's coming to America first,
the cradle of the best and of the worst.
It's here they got the range
and the machinery for change
and it's here they got the spiritual thirst.
It's here the family's broken
and it's here the lonely say
that the heart has got to open
in a fundamental way:
Democracy is coming to the U.S.A.

It's coming from the women and the men.
O baby, we'll be making love again.
We'll be going down so deep
the river's going to weep,
and the mountain's going to shout Amen!
It's coming like the tidal flood
beneath the lunar sway,
imperial, mysterious,
in amorous array:
Democracy is coming to the U.S.A.

Sail on, sail on ...

I'm sentimental, if you know what I mean
I love the country but I can't stand the scene.
And I'm neither left or right
I'm just staying home tonight,
getting lost in that hopeless little screen.
But I'm stubborn as those garbage bags
that Time cannot decay,
I'm junk but I'm still holding up this little wild bouquet:
Democracy is coming to the U.S.A.

Saturday, August 29, 2009

Gedung Kartun: Hak Kebebasan Mencetak (Freedom to press is the freedom of the press!!!)


KDN kata majalah Gedung Kartun pakai permit palsu
klik http://www.malaysiakini.com/news/111683

bukan itu hal duduk perkaranya. Majalah Gedung Kartun (GK) adalah hak bersuara dalam karya. GK adalah hak kebebasan rakyat untuk mencetak yang dirampas KDN.

jika demonstrasi cap arak kepala lembu, dapat berjalan dengan aman dan dibiarkan polis berlangsung. biarpun mesejnya cukup ganas serta jelas mendorong pertelagahan dan perseteruan antara kaum. ia bersambut dengan kewarasan, emosi dapat diketepikan, fakta dibincangkan dan mitos dipecahkan satu demi satu.

kenapa pula demonstrasi puluhan ribu rakyat membantah ISA kemarin, dihujani dengan keganasan polis?

kenapa SPRM perlahan menyiasat pimpinan BN yg korup, tetapi cepat pada Pakatan?

Nah, kenapa pula luahan rasa para seniman dalam bentuk karya kreatif kartun, dihalang, dirampas majalahnya, didakwa pencetak dan penerbit dan mungkin bakal dihukum penguasa?

apabila, yg benar disalahkan dan yang salah dibenarkan,
maka
mengutip kata-kata hikmat penyair 'lagenda' era reformasi Indonesia, Widji Thukul, yang hilang tak bertanda, mati tak berkubur, mangsa penculikan tentera di hari-hari rusuhan tahun-tahun akhir kejatuhan rejim kukubesi Jenderal Suharto:

HANYA ADA SATU KATA LAWAN!!!!

Friday, August 28, 2009

Empangan Lingiu:kalau milik Johor, kenapa Singapura selenggara?

kalau tak ada berita ini, aku rasa ramai yang tak tahu kewujudan empangan ini, dan cerita haloba disebaliknya.
kenapa tidak ada dokumen/ warta awam tentang perjanjian pembinaan empangan ini?

dulu selepas 'Merdeka', kerajaan gerombolan terpaksa membeli semula hartanah dan ladang yg kununnya milik Inggeris, seperti Guthrie atau akhbar The New Straits Time. walhal kemerdekaan yg mutlak adalah dgn memilikRAKYATkan hartanah tersebut, apa hal nak kena bayar lagi pulak? dah beratus tahun di jajah, bila penjajah keluar, kena bayar lagi, (betul2 cerdik) meskipun hartanah seperti Guthrie itukan dibangun atas perampasan hak dan penjajahan rakyat tanah air ini.

sekadar ingatan, mana tahu takut terlupa, kata Tun Kunun Melayu mudah lupa:

‘Kawasan takungan rahsia’ punca banjir besar di Kota Tinggi?


K Kabilan & Nash Rahman (Malaysiakini.com)
Mar 1, 07 3:19pm


Penduduk Kota Tinggi tidaklah risau sangat walaupun hujan lebat berterusan pada 18 Disember tahun lalu. Lagipun, hujan lebat dilaporkan berlaku di seluruh negeri Johor. Tidak terlintas langsung di fikiran mereka tentang apa yang bakal berlaku selepas itu.

Pada hari berikutnya, air Sungai Johor melimpahi tebingnya dan menenggelamkan pusat bandar Kota Tinggi. Dan banjir yang melanda pada bulan Disember dan Januari lalu itu, merupakan yang terburuk pernah berlaku di Johor.

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Abdul Ghani Othman dilaporkan berkata punca Kota Tinggi teruk dilanda banjir bukan disebabkan oleh hujan lebat tetapi juga kerana air yang dilepaskan dari kawasan tadahan di kawasan hutan simpan di sekelilingnya.

Menurutnya, keadaan topografi daerah itu telah menjadikan Kota Tinggi ‘perangkap banjir’, dan sekaligus menenggelamkan keseluruhan bandar tersebut.

Menurut seorang aktivis tempatan, masalah tersebut ada kaitan dengan kewujudan kawasan takungan air di Linggiu, yang terletak kira-kira 40 kilometer dari Kota Tinggi.

Beliau mendakwa “kawasan takungan rahsia milik kerajaan Singapura” itu turut menjadi penyumbang utama kepada kejadian banjir yang menenggelamkan Kota Tinggi. Bagaimanapun, Singapura menafikannya.

“Pertama-tamanya, lokasi kawasan takungan itu adalah salah. Ia mewujudkan bahaya kepada bandar dan perkampungan di sekitar kawasan tersebut,” kata Zaaba Abdul Samad ketika ditemui malaysiakini baru-baru ini.

Berbekal peta topografi kawasan tersebut, Zaaba menunjukkan paras kawasan takungan itu terletak lebih tinggi daripada kawasan sekitarnya.

“Apa yang saya mahu tahu ialah mengapa kerajaan Johor bersetuju untuk membina kawasan takungan air itu di sini,” katanya.

Kawasan takungan rahsia

Zaaba telah puas berusaha untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perjanjian antara Johor dan Singapura mengenai pembinaan kawasan takungan Linggiu itu tetapi gagal menemuinya di arkib awam. Beliau hanya memperolehi Pelan Warta bagi kawasan takungan tersebut.

“Kita mempunyai dokumen-dokumen awam bagi dua lagi kawasan takungan yang membekalkan air kepada Singapura. Semuanya lengkap. Tetapi bagi kawasan takungan Linggiu, anehnya tidak ada,” katanya.

Bukan setakat dokumen mengenai kawasan takungan itu sukar diperolehi, lokasinya juga tidak diketahui ramai penduduk tempatan.

Papan tanda pertama yang menunjukkan lokasi kawasan takungan itu ditemui selepas kira-kira 40km di jalan utama Kota Tinggi-Kluang. Ia terletak berhampiran pekan kecil Tenggara.

Dari sana, terdapat jalan ke kawasan skim Felda Linggiu dan di situ kelihatan papan tanda kedua.

Kawasan takungan itu terletak 11 kilomter dari jalan masuk ke kawasan Felda tersebut. Jalan menuju ke kawasan takungan itu berlubang-lubang kerana ia digunakan oleh lori mengangkut pasir.

Kemudian, tiba-tiba ia disambung ke sebatang jalan tar yang baik manakala kawasan sekitarnya juga kelihatan diselenggarakan dengan baik. Jalan tersebut membawa ke pintu masuk utama yang berpagar besi ke kawasan takungan itu

Terdapat papan tanda melarang orang luar memasuki kawasan takungan tersebut.

Beberapa penduduk tempatan yang ditemui malaysiakini di situ untuk memancing ikan, berkata kawasan takungan itu dikawal rapi oleh anggota keselamatan yang sering membuat rondaan.

“Anggota keselamatan ini bukan orang tempatan. Jika orang sini kami kenal. Mereka dari sana. Begitu juga dengan orang lain yang bekerja di situ,” kata mereka, merujuk kepada rakyat Singapura.

Malaysiakini cuba mencari jalan masuk ke kawasan tersebut tetapi tidak berjaya kerana pintu pagar utama itu berkunci dan tidak ada anggota keselamatan bertugas di situ.

Kebimbangan keselamatan

Kawasan takungan itu sendiri dikelilingi oleh empat gunung, 55 bukit dan kawasan hutan simpan. Terdapat banyak sungai dan semua sumber air itu mengalir ke sebuah kawasan tasik yang besar. Ia terletak kira-kira 88km dari Singapura.

“Ia merupakan kawasan tadahan air yang cukup ideal. Ia tidak pernah putus bekalan air. Takungan air tersebut disalurkan ke sebuah loji rawatan air di Senai. Dari situ ia disalurkan ke Singapura,” kata Zaaba.

Bagaimanapun, katanya, apa yang menjadi kebimbangan sekarang ialah keselamatan ribuan rakyat Johor yang tinggal di sekitar kawasan takungan itu.

Jika berlaku kemalangan pada takungan air Linggui, katanya, airnya pasti akan mengakibatkan banjir besar dan ramai yang akan terkorban.

Terdapat banyak isu-isu lain yang berkaitan dengan kawasan takungan Linggiu itu. Ramai aktivis tempatan yang ditemui malaysiakini berkata, tidak banyak yang diketahui mengenai pembinaan kawasan takungan itu serta kerja-kerja penyelenggaraannya sekarang.

“Tidak ada rekod awam mengenai selama manakah kawasan takungan itu akan digunakan dan bayaran-bayaran lain yang dibuat oleh republik itu kepada kerajan negeri Johor,” kata seorang aktivis yang tidak mahu namanya disebut.

Beliau menamah, satu-satu bayaran yang dibuat oleh kerajaan Singapura adalah sebanyak RM320 juta sebagai pampasan bagi kerosakan alam sekitar dan kehilangan kegunaan tanah ekoran pembinaan kawasan takungan itu.

“Kita tidak tahu jika terdapat bayaran lain yang dibuat kerana tidak ada sebarang hitam putih mengenainya,” katanya.

“Kita bimbang kawasan takungan Linggiu telah menjadi kawasan autonomi milik Singapura,” tambahnya.

Kebimbangan yang sama turut dibangkitkan sewaktu sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor tahun lalu, tetapi tiada jawapan memuaskan yang diberi oleh kerajaan negeri.

Rekod sidang dewan itu menunjukkan menteri besar meminta tambahan masa untuk menjawab soalan mengenai kawasan takungan itu kerana beliau perlu mendapatkan maklumat terlebih dahulu daripada agensi kerajaan yang berkaitan.

Usaha Malaysiakini untuk mendapatkan maklumat dari pejabat menteri besar mengenai perkara itu juga tidak berhasil.

Jawapan Singapura

Kerja-kerja pembinaan kawasan takungan Linggiu bermula pada 1988 dan siap sepenuhnya pada 1994. Kerajaan Singapura telah menandatangani perjanjian dengan Johor pada 1990 untuk membekalkan air dari kawasan takungan tersebut.
Pelan bagi kawasan takungan itu diwartakan pada 1990, tetapi tidak terdapat sebarang warta kerajaan negeri mengenainya.

Singapura telah menanggung kos pembinaan kawasan takungan itu. Johor memiliknya, tetapi Singapura menanggung semua kos operasinya. Ini adalah tambahan kepada RM320 juta bayaran pampasan yang dibayar kepada Johor pada 1990.

Singapura juga mendapatkan bekalan air dari dua lagi kawasan takungan di Johor – Gunong Pulai dan Sungai Johor. Bagaimanapun, terdapat dokumen-dokumen awam mengenai perjanjian bekalan air bagi kedua-dua kawasan takungan tersebut.

Ketika dihubungi, Lembaga Utiliti Awam Singapura (PUB) – yang mengurus dan menyelenggara kawasan takungan Linggiu – menolak dakwaan bahawa kawasan takungan itu menyumbang kepada kejadian banjir besar di Kota Tinggi.

“Kawasan takungan Linggiu bukan menjadi punca penyumbang kepada banjir tersebut. Malah, ia membantu menakung air hujan di dalam kawasan tadahan,” kata Pengurus Besar PUB, Fam Sui Ling, yang bertanggungjawab terhadap kawasan takungan itu.

“PUB tidak melepaskan sebarang air dari kawasan takungan Linggiu pada 18 Disember 2006 atau sekitarnya,” katanya dalam jawapan melalui emel.

Beliau juga menafikan kawasan takungan itu sudah menjadi milik Singapura.

“Kawasan takungan Linggiu milik kerajaan negeri Johor. PUB mengendalikan operasi kawasan takungan itu di bawah Perjanjian 1990 antara kerajaan negeri Johor dan PUB,” tambahnya.

(Apa isi perjanjiannya?????????)

Kenapa bodoh seperti lembu???


(gambar bersumberkan Malaysiakini.com)
Pemimpin yang dicucuk hidungnya seperti lembu ialah pemimpin yang cakap tak serupa bikin,
misalan
bila diminta Singapura untuk dibekalkan air dan dibina empangan tadahan air di Sungai Linggiu
jawapan yg diberi,
bukannya tidak boleh,
tetapi
Malaysia tak ada duit nak buat empangan.

bagi duit, dapat Singapura sebuah empangan air. Jika tanah empangan tersebut milik Malaysia, kenapa pasukan keselamatan Singapura yang berkawal?

Arak kepala lembu: hati2 api perkauman!!!


Mudah saja memahami provokasi ini:
rakyat bersatu tak akan dikalahkan!
jika rakyat berpecah atau pimpinan Pakatan hilang muafakat,
maka bersiaplah kita untuk diperintah United Malay National Organization selama puluhan tahun lagi.

berita lanjut, ikuti di Malaysiakini.com/bm

Ya Mufti, Ya Ustaz, Ya Alim, Ya Ulama, saya ingin bertanya

Ya Mufti, Ya Ustaz, Ya Alim, Ya Ulama,
apakah hukumnya jika menteri Malaysia, sebuah negara Islam - dgn. perlembagaan Lord Reid dan Dasar Penerapan Nilai2 Islam berserta Islam Madani, juga Islam Hadhari, juga parti Melayu Islam dan parti Islam for all, juga ahli OIC - bertemu dengan menteri zionis Israel?

Walhal Ya Mufti, Ya Ustaz, Ya Alim, Ya Ulama,
Malaysia tidak memiliki hubungan diplomatik dengan Israel. Menurut kefahaman saya ini adalah penderhakaan pada rakyat dan tanah air ini yang membantah kekejaman rejim zionis israel, yang merampas hak dan tanah Palestin.

Ya Mufti, Ya Ustaz, Ya Alim, Ya Ulama,
kalau jenayah yang sebegini berapa kali nak kena sebat?

Ya Mufti, Ya Ustaz, Ya Alim, Ya Ulama,
tapi mungkin nasihat sahaja sudah mencukupi, atau mungkin telah di tegur bantah - cuma saya tidak mendengarnya, berprasangka yang bukan2, kerana HUKUM itu telah dibuat di dalam hati Ya Mufti, Ya Ustaz, Ya Alim, Ya Ulama.

Thursday, August 27, 2009

Salam revolusi dari KARTI* : projek gagal bawa kemiskinan di Perak


Pada 24hb Ogos 2009 yang lalu, satu protes diketuai oleh Ahli Parlimen Sg Siput, Dr Jeyaklumar telah diadakan di hadapan Pejabat Menteri Besar Perak. Penduduk sebuah kampung pedalaman di Sg Siput yang dikenali sebagai Kg PPMS (Program Pembangunan Masyarakat Setempat) telah menuntut agar nasib mereka dibela oleh pihak berkuasa kerana menjadi mangsa satu projek yang gagal.

Latar Belakang Isu PPMS

Pendudk PPMS ialah dari golongan masyarakat miskin di Sg Siput yang ditawarkan rumah dan projek ekonomi pada tahun 2006. Seratus buah rumah telah dibina di kawasan Perlop dan dirasmikan oleh bekas Menteri Besar, Dato Seri Tajol Rosli. Namun, selepas hampir tiga tahun berlalu, projek ekonomi yang dijanjikan masih tidak dilaksanakan menyebabkan hampir semua penduduk kampung terpaksa keluar lebih 30km untuk mencari nafkah. Kebanyakan daripada mereka berpendapatan rendah dan hampir 30 peratus daripada gaji mereka terpaksa diagihkan untuk perbelanjaan petrol sahaja.

Ramai yang terpaksa bekerja lebihan masa untuk menampung perbelanjaan keluarga yang lain. Keadaan penduduk bertambah teruk sehingga banyak rumah yang dipotong bekalan elektrik dan air kerana tidak mampu membayar tunggakan yang berlebihan. Pemotongan bekalan air secara beramai-ramai dilakukan oleh pihak LAP pada 17hb Ogos 2009 yang lalu.Cukup zalim. Jatuh ditimba tangga.

Selain itu, perbelanjaan setiap anak murid yang pergi ke sekolah menengah ialah hampir RM80 sebulan dengan menggunakan perkhidmatan van sapu. Namun ketidaktetapan perkhidmatan ini serta ketidakmampuan ramai keluarga untuk menampung kos pengangkutan ini telah menyebabkan ramai pelajar tercicir sekolah dan ramai dalam proses berhenti sekolah.

Situasi Masa Kini

Dr Jeyakumar, ahli Parlimen Sg Siput telah melawat kampung ini beberapa kali dan para penduduk telah mengutarakan masalah ini kepada beliau. Sebagai langkah kecemasan, Beliau telah menyediakan satu bas sekolah secara percuma untuk penduduk disana dengan kos RM 3000 sebulan yang telah dimulakan pada 3hb Ogos 2009 yang lalu. Namun beliau mengadu, beliau tidak mampu meneruskan projek perkhidmatan bas sekolah ini kerana tidak mampu. Beliau hanya boleh menampung kos tersebut untuk tempoh dua bulan sahaja iaitu pada bulan Ogos dan September dan selepas itu hari menuntut dari kerajaan.

Maka terpaksalah tuntutan mereka dibawa kepada pihak MB BN.


Tuntutan Penduduk-Penduduk PPMS

Mereka mahu Menteri Besar Perak supaya :

  • Menyambung balik bekalan air ke rumah-rumah kami dan memansuhkan tunggakan air penduduk PPMS. Kami ingin menuntut subsidi air untuk setiap keluarga kampung ini sehingga masalah ekonomi kami diselesaikan

  • Mengambilalih projek pengangkutan bas sekolah percuma dan menanggung kos tersebut sehingga masalah ekonomi kami diselesaikan

  • Menyediakan satu Jawatankuasa Kerja (Task Force) untuk mengkaji setiap masalah yang wujud pada projek PPMS seperti tunggakan bil elektrik, masalah lalat dan lain-lain.

  • Menyelesaikan masalah ekonomi kami dengan memberikan tanah seperti yang dijanjikan pada tahun 2006 yang lalu.

K Kuasa Rakyat Membuah Hasil

Hasil demonstrasi tersebut, satu mesyuarat antara penduduk, Dr Kumar dan Pengurus Besar LAP telah diadakan pada hari itu juga oleh pihak pejabat MB dan hasil mesyuarat tersebut, pada keesokan harinya, pihak LAP telah memasang semula bekalan air untuk kesemua rumah yang dipotong dan berjanji akan menyedia satu skim subsidi untuk kesemua penduduk sekiranya mendapat pengesyoran daripada pihak kebajikan. Pihak MB juga berjanji akan mengadakan mesyuarat dengan kehadiran penduduk dan Ketua Timbalan Pegawai Daerah Sg Siput, En Azrul Sani dalam masa seminggu ini untuk memcari satu penyelesaian untuk masalah tanah. Dalam satu mesyuarat kecil selepas itu, Dr Kumar memberitahu penduduk kampung bahawa keberanian penduduk datang sendiri menyuarakan hak telah membuahkan hasil dan menyediakan jalan untuk satu penyelesaian yang sekian lama terbantut. Beliau menegaskan hanya melalui kuasa rakyat sahaja kepentingan rakyat akan dilaksanakan.

*Karti, bukan Kartika, seorang anak muda sosialis menulis laporan ini di
http://parti-sosialis.org

Wednesday, August 26, 2009

Gedung Kartun: smlm KDN serbu pejabat, hari ini Kilang Cetaknya pulok!


Keadilan untuk Gedung Kartun!

Pagi tadi pihak Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KDN) telah menyerbu kilang pencetak Gedung Kartun, majalah paling best setakat ni. KDN meneruskan kerja2 merampas. dasar perampas!

Ini adalah perampasan hak kebebasan media!
Ini adalah perampasan hak rakyat untuk mencetak!
Ini adalah perampasan hak rakyat untuk kebebasan berkarya!
Ini adalah perampasan hak rakyat untuk bebas bersuara!
Jelas ini pelanggaran hak asasi manusia!
Jelas ini pencabulan hak-hak asas rakyat di Malaysia!

Ayuh semua kita bersuara! Membela Gedung Kartun, dan hak kita juga.

baca berita lanjut di www.malaysiakini.com/bm

Menolak takhluk pembohongan gerombolan

Kata tukang bohong, kununnya pakar perang saraf fasis Hitler yang bernama Joseph Goebbels, "pembohongan besar jika disebarkan, sekali orang mungkin tidak percaya, tetapi jika diteruskan berkali2 diulang tayang org. akan percaya."

Sejak pilihanraya umum 8Mac, hinggalah kini, telah ada 8 pilihanraya kecil. Permatang Pauh, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Batang Ai, Penanti, Kuala Terengganu, Manek Urai, Permatang Pasir.

8 pilihanraya yang menyaksikan kemenangan Pakatan Rakyat. Dalam keadaan pilihanraya yang masih lagi berat sebelah ke BN, belum jujur, adil dan bersih, Pakatan Rakyat masih berupaya menang.

Rakyat Malaysia, sudah tidak percayakan gerombolan United Malay National Organization dan BN. Tapi masalahnya gerombolan Umno masih percaya yang rakyat setia kukuh menyokong mereka. Apakah tidaknya, gerombolan menulis dan membaca surat khabarnya sendiri, tvnya sendiri dan segala media meganya sendiri, waima di internetpun gerombolan menulis dan betul2 percaya pada tulisan mereka sendiri.

gerombolan berbohong, menipu, mengelentong dan benar-benar percaya pada pembohongan mereka sendiri. tapi rakyat sudah bijak, tidak lagi percaya. biarpun gerombolan Umno-BN telah kalah, mereka tetap masih mahu menang lagi. kalau tak percaya, sebagai hiburan lawak jenaka bacalah akhbar2, lihatlah tv2, dengarkan radio dan media mega gerombolan.

kenang2kanlah, hari-hari akhir komuniti 'bunker' di Berlin. Fasis Hitler, tukang propagandanya Joseph Goebbels dan para petinggi tentera. Mereka masih tetap percaya pada Ketuanan Aryan, dan dunia sedang berada dalam takhluk kekuasaan Jerman. Walhal tentera bersekutu, semakin hari semakin dekat, hampir ke 'bunker' berlin. Hinggalah akhirnya, komuniti Bunker mengambil nyawa mereka sendiri, seperti Goebbels dan Hitler membunuh diri sendiri kerana enggan mengaku kalah.

pisang tidak akan berbuah 2 kali dan semua orang tahu, bercakap bohong, lama2 mencuri.

tidak ada demokrasi jika pihak yang kalah, tidak mahu menerima kekalahan, enggan melepaskan kuasa dan menghormati pilihan rakyat. kalau gitu, yang ada hanyalah kuku besi!

p/s- kepada para pimpinan parti2 dlm Pakatan Rakyat, ingat bulat air kerana pembentung.

P-A-N-A-S: Langgan terus Gedung Kartun ke Rumah Anda

sila ke blog: Zunar dan Konco-konconya (klik sini untuk borang langganan majalah P-A-N-A-S Gedung Kartun).

apa yang terjadi semalam adalah pelanggaran terhadap hak kebebasan menerbit cetak dan gangguan terhadap kebebasan bersuara dalam karya.

Gedung Kartun, kelahiran yang mendebarkan. syabas Zunar, teruskan perjuangan:

Tuesday, August 25, 2009

Pejabat Gedung Kartun (GK) Diserbu KDN


Kira-kira sekitar 24 jam, setelah Majalah Gedung Kartun kelolaan kartunis Zunar dan kawan-kawan berada di pasaran, tadi pagi pejabat mereka diserbu pihak berkuasa Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KDN).

KDN merampas lebih 400 naskhah majalah GK.

jadi sesiapa yang belum membeli majalah ini, cepat dapatkan segera, mana tau sebelum kehabisan stok akibat dirampas KDN.

untuk berita selanjutnya, layarilah www.malaysiakini.com/bm

Monday, August 24, 2009

Gedung Kartun - Zunar dan kawan2; telah beredar; dptkan di pasaran



Harga: RM4
Jumlah muka surat termasuk cover: 68
Tenaga Editorial: Zunar (Ketua Pengarang), Jonos (Nur Azlin Ngah) - Ketua Kartunis, Ronasina (Affendi)-Pengarang/Pelukis dan kartunis Enot dan Haili.

Email: gedungkartun@gmail.com

Penyumbang (kartunis): Roy, Cabai, Madsein, Kidol, Haili, Kawe, Oly, Deng, Ubilepih, Nur, Dikuk, Fahmi

Penyumbang rencana: Pyanhabib, Vovin, A. Samad Said

**********************************
Tiga tujuan utama malajah ini diterbitkan:

1. Untuk memenuhi kehendak orang ramai yang inginkan maklumat alternatif, apa lagi ia disampaikan dalam bentuk jenaka dan sindiran-- memandangkan tiada majalah kartun di Malaysia yang memberi perhatian kepada perspektif ini.

2. Untuk memberi ruang kepada kartunis-kartunis muda berkarya memandangkan ramai kartunis-kartunis muda cenderung kepada idea-idea kritis tetapi tiada media yang menyediakan ruang untuk mereka. Kami berharap beberapa nama besar akan dapat dilahirkan oleh Gedung Kartun.

3. Untuk mengangkat martabat kartunis supaya mereka tidak dilihat sebagai golongan pembuat jenaka sahaja, tetapi kartunis sebenarnya mempunyai pendirian dalam isu-isu di sekitar mereka, dengan itu melahirkan "Suara Kartunis".

4. Dengan penerbitan ini, kami telah mencipta sejarah dengan menyediakan satu tapak asas, dengan harapan ramai kartunis-kartunis di Malaysia, terutama yang muda akan mengikut jejak langkah kami bagi mengujudkan satu budaya melukis kartun tanpa rasa takut atau atau dipengarhi.

Apakah Gedung Kartun?

"Idea penerbitan ini telah saya bincang dengan rakan-rakan seperti Jonos dan Ronasina sejak setahun lepas, tetapi baru kini dapat direalisasikan. Gedung Kartun menyentuh isu-isu semasa, politik, ekonomi, hak asasi, reformasi dan lain-lain dari sudut yang alternatif berdasarkan analisis kartunis.

Namun begitu Gedung Kartun tidak terikat dengan mana-mana parti politik. Namun begitu, harus ditegaskan bahawa Gedung kartun bukanlah majalah yang membawa identiti personal saya, ia adalah identiti sebuah kumpulan baru kartunis.

Kartunis diberi kebebasan untuk mengemukakan idea dan diberi kebebasan untuk mengekspresi teknik lukisan masing-masing. Secara ringkasnya ia adalah sebuah majalah berat yang disampaikan secara santai.

Antara isu-isu yang dikupas dalam keluaran pertama ialah SPRM, PKFZ, kematian Teoh Beng Hock, Air percuma oleh kerajaan Selangor, demonstrasi anti-ISA, kerajaan perpaduan, merdeka, PPSMI, nostalgia 98, rumah Khir Toyo dan lain-lain.

Buat permulaan ia dicetak 10,000 naskah dan diedar seluruh Malaysia. Sekiranya ada permintaan baik, kami akan tambah.

Sunday, August 23, 2009

Renaldo & Clara

Lagu one more cup of coffee (valley below) dari filem Renaldo & Clara, arahan Bob Dylan. filem yg disifatkan byk pembikin dan pengkritik filem sebagai menguji kesabaran:



Your breath is sweet
Your eyes are like two jewels in the sky.
Your back is straight, your hair is smooth
On the pillow where you lie.
But I don't sense affection
No gratitude or love
Your loyalty is not to me
But to the stars above.

One more cup of coffee for the road
One more cup of coffee 'fore I go
To the valley below.

Your daddy he's an outlaw
And a wanderer by trade
He'll teach you how to pick and choose
And how to throw the blade
He oversees his kingdom
So no stranger does intrude
His voice it trembles as he calls out
For another plate of food

One more cup of coffee for the road,
One more cup of coffee 'fore I go
To the valley below

Your sister sees the future
Like your mama and yourself
You've never learned to read or write
There's no books upon your shelf.
And your pleasure knows no limits
Your voice is like a meadowlark
But your heart is like an ocean
Mysterious and dark

One more cup of coffee for the road,
One more cup of coffee 'fore I go
To the valley below

Saturday, August 22, 2009

cuba yer, sahaja aku berpuasa

katakan matahari adalah lambang usia manusia. dari terbit fajar, usia muda hinggalah senja penghujung umur, terbenamnya fajar.

dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari
katakan kita berpuasa seumur hidup kita,
menahan diri dari kelaparan kuasa rakus, kehausan haloba tamak dan kezaliman yang membatalkan keadilan.

dari terbit fajar hidup hinggalah datang senja kematian,
kita menahan diri dari RASUAH!
pasti nikmat, santapan berbukanya nanti.

Thursday, August 20, 2009

Bulan Puaka

hati-hati bulan puasa,
setan dan puaka akan dirantai,
dihumban ke dalam neraka!

The First Lady of Kemut

stail:

dulu umno=Johor, sekarang umno khianat Johor = umno berkubur

Diterbit kembali dari sumber blog From Perak With Love:

Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu, terutama di Johor terserlah, pertamanya, melalui penutupan Sekolah Rendah Agama Negeri Johor. Sekolah-sekolah yang terbabit adalah:


1. Sekolah Agama Darul Ulum Sungai Mati, Muar.
2. Sekolah Agama Waddin, Kampung Melayu, Majidee.
3. Sekolah Agama Jawahir Al-Ulum.
4. Sekolah Agama Khairiah Islamiah, Mersing.
5. Sekolah Agama Tanwiriah, Parit Jawa.
6. Sekolah Agama Lughatul Arabiah, Tangkak.
7. Sekolah Rendah Agama Tanwiriah.

Pada 17 November 1995, Pendaftar Sekolah-Sekolah Agama Jabatan Agama Johor, Mohd Tahir Shamsudin menghantar surat kepada pengetua-pengetua sekolah berkenaan mengucapkan tahniah atas penubuhan sekolah tersebut. Pada 25 Januari 2003, orang yang sama mengarahkan sekolah ditutup. Beliau kini Mufti Negeri Johor. Sebab penutupan atas arahan Kerajaan Negeri Johor.


Penutupan operasi Amanah Saham Johor (ASJ)


Ia ditawarkan kepada orang Melayu semasa pelancarannya 15 Mei 1992 pada harga RM1 seunit. Sehingga tahun 2002, seramai 125,554 orang Melayu Johor menyertainya dengan saiz unitnya sebanyak 300 juta. Ketika mula dilancarkan, Menteri Besar Johor, Dato' Abd Ghani Othman sangat optimis ia akan mencecah RM5 seunit. Sebaliknya, hingga tahun 1997 sahaja, nilainya tinggal 18 sen seunit. Seramai 4,000 pelabur menyertai ASJ dengan meminjam di bank dengan nilai 71 juta unit. Sebahagiannya menjadi bankrap. Kini, ASJ lingkup.


Penyerahan Sekolah Menengah Agama Johor (SMA)


Tawaran untuk menyerahkan SMA kepada Kerajaan Pusat melalui pendaftaran di bawah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) bermula tahun 2005. Ia membabitkan 22 sekolah seluruh Johor. Alasan utama, Kerajaan BN Johor tidak mampu lagi membiayai kos operasinya.

Sekolah Agama Rakyat di Johor sebahagiannya telah gulung tikar kerana pemberhentian geran perkapita zaman Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri tahun 2002; penyerahan 22 buah SMA pula adalah tragedi paling malang! Johor yang terkenal, kononnya, dengan model pendidikan Islam, kini sudah tidak punya apa-apa lagi.


Cuti hari Jumaat kepada hari Ahad

Semenjak sebelum merdeka, rakyat Johor bercuti pada hari Jumaat. Pada zaman penjajahan pun ia tidak diusik. Ketika penghujung pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Besar Johor (1986–1995), beliau tidak semena-semena mengumumkan pertukaran cuti hujung minggu dari Jumaat kepada hari Ahad.

Bantahan luar biasa rakyat Johor termasuk dari istana, tidak dipedulikan. Inilah jasa terbesar Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika ini kepada umat Islam Johor.


Nasib peneroka Felda Cahaya Baru, Masai

Felda Cahaya Baru dibuka tahun 1960 dan menempatkan 431 peneroka Felda yang ditanam getah. Tahun 1990, tercetus idea membangunkan kawasan felda berkenaan yang diterajui pimpinan Umno tempatan dengan restu Menteri Besar Johor ketika itu, Muhyiddin Yassin. Syarikat Cahaya Baru Development Berhad (CBDB) ditubuhkan tahun 1995 dan peneroka dijanjikan pampasan sebanyak RM1.2 juta hingga RM1.4juta.

Tanah peneroka telah dikaveat dan mereka diperdaya menanda tangani surat wakil kuasa (power attorney) sedangkan pampasan yang diterima hanya setakat RM120,000 sahaja. Sampai hari ini peneroka menunggu seperti buah yang tidak gugur. Peneroka Felda Cahaya Baru hilang tanah dan menjadi miskin!


Public Utilities Board (PUB) - Lembaga Awam Singapura Empangan Linggi


Dibina pada tahun 1988 dan siap tahun 1994 di zaman Muhyiddin Yassin Menteri Besar Johor. Ia melibatkan tanah seluas 21,600 hektar sebagai kawasan tadahan air milik Singapura dengan kapasiti simpanan air 763 juta kubik meter padu. Terletak di Jalan Kota Tinggi Kluang yang berdekatan Bandar Tenggara.
Empangan ini melibatkan tiga daerah iaitu Kota Tinggi, Kluang dan Mersing dan berada dalan koordinat 0 yang strategik dari sudut keselamatan. Pembinaannya dibantah oleh PAS dan banyak NGO. Ia terletak berhampiran penempatan Melayu terbesar di Johor. Kawasan yang begitu luas diberi dan sejauh mana hasil balak yang dikeluarkan telah memberi manfaat rakyat negeri Johor yang dikatakan nilainya berbilion ringgit.


Kezaliman ke atas penduduk Melayu Kg Plentong Tengah, Pasir Gudang (

Penduduk meneroka tanah berkenaan pada tahun 1985 apabila dimaklumkan tanah tersebut tiada pemilik. Bagaimanapun syarikat Mosbert, Jet Ace Company dan kemudiannya Oakfield mengaku sebagai empunya tanah berkenaan. Seterusnya Oakfield menjual tanah tersebut kepada Bukit Lenang Development Sdn Bhd.

Sebanyak 310 rumah yang dimiliki seratus peratus orang Melayu telah dirobohkan oleh pemaju yang menang tuntutannya di Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 16 Oktober 2008. Pemimpin Umno Johor dan bahagian Pasir Gudang yang diketuai Dato' Khaled Nordin berlepas tangan manakala Menteri Besar mendakwa penduduk adalah setinggan dan wajar keluar dari tanah berkenaan.

Tiada pampasan yang wajar dan segala janji-janji untuk diberi penempatan semula sampai hari ini tidak dikotakan. Nasib mereka teramat jauh lebih teruk dilayan jika dibandingkan dengan 23 keluarga India di Kg Buah Pala!

Wednesday, August 19, 2009

Tuesday, August 18, 2009

Sampah lakonan Khairy Jamaludin

dunia pentas teater, kata Shakespeare, kitalah pelakonnya, dan semua org tahu, ramai org2 politik, pemimpin byk yg pandai berlakon - dalam ertikata bermuka-muka menipu, berpura-pura membohong. Khairy Jamaluddin, hasil latihan bertahun-tahun sebagai poliTIKUS, kini berlakon pula:


pertama kali membaca hal KJ berlakon ini di blog http://www.ikutsukaakuisa.co.cc/2009/08/nizar-kj-jadi-pelakon-pulak-dah.html

tapi KJ budak kechik jer, tak lepas nak menandingi lakonan watak Mahafiraun a.k.a Drakula Tua dan paling sensasi sekarang ini, Perempuan Puaka

Sunday, August 16, 2009

relaks2 ptg minggu: oh comely

malam minggu; senang dan bahagia sendiri. petang ahad mendengar dendangan lagu2 Neutral Milk Hotel:


Oh Comely lyrics
Oh comely I will be with you when you lose your
breath chasing the only meaningful memory you
thought you had left with some pretty bright and
bubbly terrible scene that was doing her thing on
your chest but oh comely it isn't as pretty as
you'd like to guess
in your memory you're drunk on your awe to me
it doesn't mean anything at all
oh comely all of your friends are letting you blow
bristling and ugly bursting with fruits falling out
from the holes of some pretty bright and bubbly
friend you could need to say comforting things in
your ear but oh comely there isn't such one
friend that you could find here standing next to
me he's only my enemy I'll crush him with
everything I own
say what you want to say and hang for your
hollow ways moving your mouth to pull out all
your miracle for me
your father made fetuses with flesh licking ladies
while you and your mother were asleep in the
trailer park thunderous sparks from the dark of
the stadiums the music and medicine you
needed for comforting so make all your fat fleshy
fingers to moving and pluck all your silly strings
and bend all your notes for me soft silly music is
meaningful magical the movements were
beautiful all in your ovaries all of them milking
with green fleshy flowers while powerful pistons
were sugary sweet machines smelling of semen
all under the garden was all you were needing
when you still believed in me
say what you want to say and hang for your
hollow ways moving your mouth to pull out all
your miracle for me
and I know they buried her body with others her
sister and mother and 500 families and will she
remember me 50 years later I wished I could
save her in some sort of time machine know all
your enemies we know who are enemies are
know all your enemies we know who our
enemies are
Goldaline my dear we will fold and freeze
together far away from here there is sun and
spring and green forever but now we move to
feel for ourselves inside some stranger's stomach
place your body here let your skin begin to blend
itself with mine

Friday, August 14, 2009

42,844 org pekerja dibuang: Apa nasib mereka?

tahun 2009, belum sampai ke penghujungnya, puasa menjelang raya semakin hampir.

29,712 + 9,020+4112=42,844 orang pekerja yg dibuang=sedang menganggur=tiada punca pendapatan=mempunyai masalah kehidupan=berada dalam kesusahan

Sehingga 7 Julai tahun ini, perangkaan yang dikumpul oleh Kementerian Sumber Manusia
(klik sini) menunjukkan seramai 38,732 pekerja telah diberhentikan berikutan keadaan krisis ekonomi sekarang ini.

Daripada angka itu, katanya 29,712 orang diberhentikan manakala 9,020 menerima pemberhentian sukarela.

Selain itu, 40,662 pekerja menerima potongan gaji dan 4,112 pekerja diberhentikan sementara (sementara tu berapa lama yerk?).

Setakat bulan Februari dulu, angka rasmi menunjukkan kira2 19,oo0 ribu org dibuang kerja.lima bulan kemudian, setakat bulan Julai berlaku peningkatan lebih 100 peratus.

bagaimana pula hari2 mendatang?

Thursday, August 13, 2009

gerakan anti mansuhkan rumah Frinjan



Bantah PPSMI: Berdemo Lagi!

Pak Menteri berjanji, PPSMI akan dihapuskan pada tahun 2012. tapi janji orang politik memang cakapnya tak serupa bikin. rupa2nya PPSMI akan terus berlangsung sehingga tahun 2016 (http://perakexpress.com/www/?p=7017).

Sekali lagi, Sasterawan A. Samad Said - "Orang tua dari sejarah" - itu berseru,

"setiap perkara yang tidak dapat diselesaikan di dalam Dewan Rakyat perlu diadakan demonstrasi dan demonstrasi itu halal!"(http://www.malaysiakini.com/news/110369)


PELUDAH BAHASA:


Ketika lahir jeritnya amat mesra––hening suara bayi pertama.

Neneknya pengagum hikayat Tuah membisik iktibar ke telinganya.

Datuknya pencinta Siti Zubaidah bersyair merdu ke qalbunya pula.

Doa dan janji di sanubari inilah cucunya kebanggaan desa––

insan harapan kerdip permata yang bakal bersinar sebagai pendakwah.


Ketika bertatih di sisi buaian gelincirnya cepat disantunkan.

Ayah dan ibunya cekal berazam anak termanis di hemah Ramadan.

Diasuh ia menjadi wira dan tidakpun dikira ke bidang mana.

Pada hembusan angin di bukit amat merdu terdengar ia menjerit:

Penyegar budi pilihan pertama, penyemai bakti di qalbu desanya.


Ranum di dalam dan di luar negara menjalar akar benih ilmunya;

pergaulannya alam tak berbatas bertingkat cepat dirinya ke atas.

Pada kempen “bersih-cekap-amanah” terhantar ia ke tampuk kuasa;

masih diingat pesan nenek tentang Tuah; saran datuk tentang Zubaidah.

Sebaik menyingsing SatuMalaysia mula terbelah percik mimpinya.


Tapi, kuasa tersangat nikmatnya––darjat dan harta sebuah buana.

Lalu, dalam lagu gema ternyaring giginya berubah menjadi taring.

Leluhurnya kini damai di kubur, dan sayang, dirinya meruncing takbur.

Terakhir, dengar kisah lupanya––semua dangkal kecuali dirinya.

Terakhir, merebaklah bongkaknya sebagai peludah bahasa Ibunda.


Tak lagi dirinya budayawan desa, pembela bahasa tidak juga.

Kini dia niagawan haloba pemburu kuasa paling selesa.

Memang bukan lagi cucu desawan; segebu dirinya kuasawan.

Dilupa Syair Siti Zubaidah dan tidak dikenal Hikayat Hang Tuah.

Sangatlah selesa dan bangga––dirinya tulen peludah bahasa.


18––19 Jun, 2009. –A. SAMAD SAID

Wednesday, August 12, 2009

Teater Kompilas Vol 2: Seks, perjuangan dan kegagalan jantan


(saksikan lakonan bersahaja NUR AMEERA RAMLI, dalam teater Legasi)

Tadi malam bersama Meor, aku pergi menyaksikan Naturalisasi karya Nam Ron & Fared Ayam dan Legasi karya Moizzisr.CONG di Stor Teater Dewan Bahasa dan Pustaka (atau Dewan Bahana dan Petaka kerana banggunan lamanya yang sebahagian besarnya banyak luas terbiar, harum berbau lipas dan tikus, janganlah ditinggal lama2). Mereka daripada grup Rumah Anak Teater (sila klik http://rumahanakteater.blogspot.com/):

Mohd Izzuddin Ismail 26 tahun, graduan seni Aswara memilih nama MoizzisR.cong (susah aku nak menyebutnya, panggil Ah Chong dah leeer) sebagai nama pena penghasilan hasil karyanya.
Manakala, nama sebenar Fared Ayam ialah Mohd Fared Jamaluddin, anak muda dari kugiran L.S.D. yang juga graduan Aswara.

Produsernya bukan calang2 orang, pengarah filem, pensyarah dan penggiat teater ternama Namron, atau nama sebenarnya Shahili Abdan.

Boleh dikatakan hampir semua yang terlibat dalam teater ini merupakan graduan/ mahasiswa/ mahasiswi Aswara (Akademi Seni Warisan Malaysia, atau dulunya Akademi Seni Kebangsaan, atau pada sekolah filemnya ada yang dicairkan dari Akademi Seni Filem Malaysia, yang telah ditiadakan). pengurusnya, Faisal Mustaffa, yang menyibuk masuk dalam kelompok anak-anak muda seniman Aswara ini (Faisalpun apa kurang seninya, tu cerita lainler)

Teknikal yang mantap. Tatanan cahaya lampu-lampu, biarpun sedikit, tidak rumit mampu menghadirkan suasana, dengan tata rias pentas sederhana. Lantunan suara yang bagus. Bunyi yang hebat. Mestilah lakonannya juga mantap dan bagus2 belaka.

Cuma, dramanya terlalu perlahan, bergerak cukup lambat. dan ceritanya berterabur. logika kewajaran yang mungkin tidak waras, kerana mungkin kenyataan hidup watak-watak di pentas tidak sama dengan kewujudan sebenar cerita kehidupan.

misalnya, kedua-dua cerita membawa kisah perjuangan yang gagal, juga kisah kejantanan yang gagal, yang akhirnya membawa penderitaan. dalam Legasi, si lelaki lulusan Maktab Perguruan Sultan Idris, pemimpin, pejuang era Kesatuan Melayu Muda yang kunun hebat itu, akhirnya menyesal di penghujung usianya kerana rasa cemburu, ketidak yakinan, kerapuhan rasa tidak terjamin lelaki, apabila isteri yang diceraikannya diketahui memilih untuk hidup bersendirian sehingga tua.

begitu juga dalam Naturalisasi, ia membawa tema yang sama, cuma seksualitinya berbeza. kalau dalam Legasi orientasi seksual pelakonnya ditampilkan sebagai hetereoseksual, kecuali watak mahasiswi pengkaji, yang tidak ditunjukkan kecenderungan seksualitinya.

Naturalisasi memilih untuk menunjukkan drama hubungan kesetiaan pasangan gay (atau seorang lagi biseksual), para jantan yang gagal. cerita dua orang jantan gagal ini menempel, di sebalik, sekali lagi kisah perjuangan mahasiswa 1974 yang diperlihatkan gagal, serta berakhir dengan penderitaan. kegagalan jantan dalam menakhluk atau membebaskan rasa kehilangan jaminan atas ghairah ketagihan cinta atau berahi kenikmatan senggama hubungan tubuhnya.

Naturalisasi karya Nam Ron & Fared Ayam dan Legasi karya Moizzisr.CONG sebenarnya dapat kita taksirkan sebagai sebuah cerita kehidupan yang ganas, selayaknya bertaraf S&M. Teater Kompilas Vol. 2 ini akan berlangsung sehingga 16 Ogos 2009.

dan aku menanti karya teater snuff porno dari mereka, tidak lama lagi.

Kunjungi http://matamin02.blogspot.com

Mat Amin said...

Salam semua,

Terima kasih kepada Saudara Rahmat kerana memaparkan maklumat berkenaan blog saya. - Kampung Perdamaian Sukhirin - Kini Dan Silam di http://matamin.blogspot.com.

Saya harap ini akan menjadi pengalaman kepada bloger-bloger lain.

Walau apapun perjuangan akan diteruskan. Atas bantuan kawan-kawan bloger, saya membuka blog baru untuk meneruskannya. Saya menjemput semua berkunjung ke http://matamin02.blogspot.com

Sebagai pengalaman untuk semua saya ceritakan sedikit proses bagaimana blog saya disabotase:

Pada petang 9hb, saya tak dapat log masuk ke blog. Sesudah beberapa jam mencuba, saya meminjam komputer kawan lain, hasilnya tetap negatif. Walau bagaimanapun blog itu masih boleh dibaca.

Beberapa jam kemudian, bahagian site meter sudah terputus. Dari gejala ini saya mengesyaki blog itu telah diceroboh. Saya copy ulasan ulasan dari bulan Julai hingga Ogos. (Ulasan dari April - Jun telah pun dicopy dan disimpan dengan selamat)

Sehingga pagi keesokannya blog itu sudah tak dapat dibuka lagi, yang tertulis ialah "hanya untuk pembaca yang diundang sahaja".

Saya amat berterima kasih kepada rakan-rakan bloger yang telah membantu saya membina blog baru.

terima kasih

Mat Amin

Monday, August 10, 2009

Blog Mat Amin Disabotaj: Bahana Bendera?

Blog Kg. Perdamaian, (http://matamin.blogspot.com) yang merupakan catatan kenang-kenangan Mat Amin, bekas perajurit Rejimen Melayu Ke 10, Parti Komunis Malaya telah selamat terpadam, disabotaj. Blog ini mencanak naik kunjungannya hasil promosi besar-besaran Menteri Penerangan Rais Yatim, yang memberi Blog Mat Amin pengiklanan percuma di media mega milik pemerintah.

semalam SS telahpun menerima komen yang berbau perkauman, dan komen2 di blog ini akan melalui penyederhanaan.

En Arif pula meninggalkan pesan:

Arif Omar said...

ASKUM. PG LIHAT DI ATAS SEKALI BLOG ANDA MASIH ADA PERKATAAN / IKON FLAG BLOG. SILA BUANGKAN KERENA JIKA SESIAPA MENEKANNYA MAKA GOOGLE AKAN DELETENYA SECARA OTOMATIK. BUANG SEGERA. PERGI KE BLOG PG DAN TULIS FLAG BLOG DI RUANGAN SEARH DAN IKUTI LANGKAHNYA. SEGERAKAN.

Apakah ini bahana bendera? Atau permulaan melesen hukum kurung sekatkan maklumat?

Bubarkan Negara!?

Beginilah sepatutnya cara Negara menghargai Sasterawannya;

bukan begitu;

Kerana jika tidak begini, maka menjadi amat wajar dan lebih baik dibubarkan saja Negara!

Kedua-duanya Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), serta Pengarah Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) mengakui, pada acara penghargaan buat Pak A. Samad Said, 8 ogos lalu, bahawa
tanpa demonstrasi membantah PPSMI, dasar itu akan tetap diteruskan:


Pengarah Urusan ITNM, Mohd. Khair Ngadiron

Ketua Pengarah DBP, Termuzi Abdul Aziz

(gambar bersumber: http://wirabukit.com/)

Saturday, August 8, 2009

SS No 16: Ketagih Arak Cap ISA

Arak ini mengalir dalam darah penguasa kejam
meleleh liur laparkan tanah untuk dijual
hauskan air untuk dijual
kegersangan hutan untuk dijual
kesunyian bukit gunung ganang untuk dijual
kemurungan laut dan langit untuk dijual
pendidikan untuk dijual
hospital untuk dijual
pengangkutan untuk dijual
sakit untuk dijual
nyawa untuk dijual
kebebasan untuk dijual
kemerdekaan untuk dijual
alam untuk dijual
sayang untuk dijual
binatang untuk dijual
kaum untuk dijual
agama untuk dijual
ubat untuk dijual
mati untuk dijual
hidup untuk dijual
makanan untuk dijual
minuman untuk dijual
khidmat untuk dijual
buruh dan keringat untuk dijual
sial, ketamakan melelong semua yang dinilaikan dengan harga,

kerakusan membelinya, mencanak haloba bertakhta, degup jantung nafas pura-pura
alkoholnya bernama rasuah
enak syahwat memecahkan amanah, sedap penguasa memenjara tanpa bicara
dibaliknya tuan-tuan dengan wang menimbun
meneguk gelas-gelas gemerlapan berisi penderitaan
menonggengkan pekik hilai tawa,
memuntahkan arahan perintah dalam kemabukan kuasa
merampas hak manusia
terhoyong hayang bergoyang,
sementara botol-botol seleweng masih tersedia
bergewang mengangankan
masa depan mutlak milik mereka semata.

Haramkan Rasuah!!!

Friday, August 7, 2009

WS Rendra: Sajak Sebatang Lisong



Sajak Sebatang Lisong

menghisap sebatang lisong
melihat Indonesia Raya
mendengar 130 juta rakyat
dan di langit
dua tiga cukung mengangkang
berak di atas kepala mereka

matahari terbit
fajar tiba
dan aku melihat delapan juta kanak – kanak
tanpa pendidikan

aku bertanya
tetapi pertanyaan – pertanyaanku
membentur meja kekuasaan yang macet
dan papantulis – papantulis para pendidik
yang terlepas dari persoalan kehidupan

delapan juta kanak – kanak
menghadapi satu jalan panjang
tanpa pilihan
tanpa pepohonan
tanpa dangau persinggahan
tanpa ada bayangan ujungnya
……………………..

menghisap udara
yang disemprot deodorant
aku melihat sarjana – sarjana menganggur
berpeluh di jalan raya
aku melihat wanita bunting
antri uang pensiunan

dan di langit
para teknokrat berkata :

bahwa bangsa kita adalah malas
bahwa bangsa mesti dibangun
mesti di up-grade
disesuaikan dengan teknologi yang diimpor

gunung – gunung menjulang
langit pesta warna di dalam senjakala
dan aku melihat
protes – protes yang terpendam
terhimpit di bawah tilam

aku bertanya
tetapi pertanyaanku
membentur jidat penyair – penyair salon
yang bersajak tentang anggur dan rembulan
sementara ketidak adilan terjadi disampingnya
dan delapan juta kanak – kanak tanpa pendidikan
termangu – mangu di kaki dewi kesenian

bunga – bunga bangsa tahun depan
berkunang – kunang pandang matanya
di bawah iklan berlampu neon
berjuta – juta harapan ibu dan bapak
menjadi gemalau suara yang kacau
menjadi karang di bawah muka samodra
……………………………

kita mesti berhenti membeli rumus – rumus asing
diktat – diktat hanya boleh memberi metode
tetapi kita sendiri mesti merumuskan keadaan
kita mesti keluar ke jalan raya
keluar ke desa – desa
mencatat sendiri semua gejala
dan menghayati persoalan yang nyata

inilah sajakku
pamplet masa darurat
apakah artinya kesenian
bila terpisah dari derita lingkungan
apakah artinya berpikir
bila terpisah dari masalah kehidupan

RENDRA
( itb bandung – 19 agustus 1978 )

* ) Sajak ini dipersembahkan kepada para mahasiswa Institut Teknologi Bandung dan dibacakan di dalam salah satu adegan film “Yang Muda Yang Bercinta” yang disutradarai oleh Sumandjaya.

* ) Diambil dari sumber-sumber terbuka di Internet

*) Lisong=Cerutu CIGAR

Undangan dari Pak Samad Said:besok malam DBP

Sasterawan pejuang bahasa, pemuka gerakan membantah PPSMI, A. Samad Said mengundang semua yang mahu hadir, ke:

Acara Menjelang 75 Tahun A. Samad Said, pelancaran buku Fansuri's Love dan Ballad of the lost map, terjemahan naskhah Cinta Fansuri dan Balada Hilang Peta, karya Pak Samad.

jam 8 malam
di auditorium Dewan Bahasa dan Petaka (DBP) Kuala Lumpur.

jemputan terbuka untuk semua.

Semalam si merak WS Rendra meninggalkan dunia sementara


petikan dari laman berita Antara:

Penyair dan dramawan besar WS Rendra meninggal dunia, Kamis malam, sekitar 22.30 WIB, di Rumah Sakit Mitra Keluarga Depok, Jawa Barat.

Gugus Joko Wasito, kerabat Rendra yang juga Direktur Eksekutif Lembaga Kajian dan Survei Nusantara, melalui pesan pendek kepada ANTARA, mengonfirmasikan kabar ini Kamis malam sekitar pukul 22.35 WIB.

"Innalillahi Wainnailahi Rajiun, telah meninggal (dunia) baru saja Mas WS Rendra di RS. Mitra Keluarga Depok, mohon didoakan, trims," demikian isi pesan singkat Gugus kepada ANTARA. (*)

Thursday, August 6, 2009

Poll di laman KDN: 95% mahu ISA dihapuskan

di laman web Kementerian Keselamatan Dalam Negeri ada dibuat pungutan suara, yang masih berlangsung. antara soalan yang ditanyakan, apa yang anda mahu dari ISA?

http://www.ikdn.gov.my/

setakat 2,132 undian yg dibuat, aku termasuk salah seorang yang mengundi, dan keputusan undian menunjukkan:

95% memilih untuk ISA dimansuhkan
manakala, 5% mahu ISA diteruskan dengan semakan
dan ada juga 1% yang keliru.

mansuhkan ISA!

Wednesday, August 5, 2009

1 Malaysia jangan jadi bacul!!!

semalam aku terpaksa membaca tulisan Utusan Meloya - yang tak penat2 cuba membakar api perkauman. maka bercakaplah sebutir robot, menyeru org2 Melayu agar jangan jadi bacul kerana kunun menjadi 'alat' org2 Cina.

bertahun-tahun sebenarnya aku memerhatikan, pastilah dari jauh saja, kisah menyayat hati perjuangan rakyat Patani untuk merdeka dari penjajahan Siam. bertahun-tahun juga aku membaca, melihat kekejaman dan pelanggaran hak asasi manusia, khusus di wilayah Yala, Narathiwat dan Patani.

jalan kedamaian terbuka luas sebenarnya, biarpun tidak mudah. pertumpahan darah dapat dielakkan jika Siam (Thailand) betul-betul bersikap demokratik dan menghormati hak asasi manusia.

Siam mahukan Patani kekal sebagai wilayahnya.
Manakala Kerajaan Malaysia dan OIC mencadangkan pemerintahan autonomi, tapi memaksa ketaatan Patani kepada Siam.

sebenarnya biarlah rakyat Patani menentukan nasib negara bangsa yg mereka inginkan.

Seperti barangkali Kanada yg membenarkan perjuangan kemerdekaan Quebec berlangsung dgn jalan demokratik, menghargai hak nyawa untuk hidup, menghormati hak asasi manusia.

tapi dunia ketiga dan dunia pertama terpisah pada batas taraf hidup - kekayaan manusianya. Kanada dan Siam tidak sama.

Referendum untuk rakyat Patani mungkin adalah jalan terbaik. Namun rakyat Patanilah yang lebih berhak menentukan jalan perjuangan mereka melawan penindasan, merebut kebebasan dan kemerdekaan dari penjajahan Siam.

Kekejaman kerajaan rakus zalim, di mana-manapun sama:










(Gambar-gambar di atas, mangsa pembunuhan kejam oleh penjajah Siam di Bechah Airong, bersumberkan: http://patanikini.wordpress.com/)


(gambar As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya)

Membaca garis2 retak: adakah sinar cahaya?

benar kalau diperhatikan parti-parti politik dlm Pakatan Rakyat tidak dapat lari daripada pertelagahan. di zaman maklumat bebas mengalir ini, tak ada lagi perkara yang perlu hendak ditipu disembunyikan. pilihan bukan didapatkan dengan pengaruh paksaan hasutan penipuan, tetapi keputusan berasaskan fakta kejadian dan taksiran kebenaran sejarah.

Dalam Pas ada puak pro kerajaan perpaduan dan ada pula puak yang menentangnya. contohnya, garis yg dibawa Hassan Ali, pasti tidak sama dgn Khalid Samad. Dalam DAP Selangor misalnya, ada kem Teng Chang Kim dan ada kem Ronnie Liu. dalam Keadilan ada garis kekuatan 'rakyat' dan ada garis kekuatan 'modal' dalam menentukan perubahan - ada pula kelompok NGO2-JIM, Abim, Suaram, dan ada juga kelompok bekas2 BN, MIC, MCA, UMNO atau ada Tian Chua dan Khalid Jaafar.

tapi itu tidak bermakna parti-parti dalam Barisan Nasional kukuh dalam persatuan yang jitu.

ada persengketaan sengit sedang berlangsung, persaingan (atau perang) merebut harta tanah kekayaan dan sumber alam yg cukup banyak. ada garis pro-pemodal asing (puluhan/ratusan ramainya dari Singapura, Amerika Syarikat, China, Zionis pro Israel dll). ada pula garis pro pemodal nasional (org2 kaya Malaysia berbilang kaum, seperti Ananda Krishnan, Vincent Tan, waris Lim Goh Tong, Syed Al-Bukhary, Lee Shin Cheng, Francis Yeoh, Mokhzani Mahathir dll).

ada KJ dan Mukhriz. ada liberal dan konservatif. ada maju dan mundur. ada sosialis dan kapitalis. ada buruh dan pemodal. ada penindas dan yang tertindas. ada Kg. Berembang dan Kg. Kerayung. ada Pro dan Anti ISA.
ada Kugan, Beng Hock dan Memali!
ada Palestin, ada Kashimir, ada Mindanoa, ada Patani, ada Iraq, ada Afghanistan, ada Chehnya, ada Tibet, ada Uighur Xinjiang, ada Republik Basque, ada Quebec, ada Afrika lara dan kitalah dunia ketiga itu.

bilionan garis2 bersilang atau jutaan bayang2 pedang bertempur. angka kehancuran terlalu banyak.

kira-kira matematik politik, tidak semudah Anwar Ibrahim melawan Najib Razak atau selisih persaingan Rosmah Mansor dan Mahathir Mohamad semata-mata.

begitu banyak garis-garis liar berselirat. bersimpul, serabut mengikat, menguat, pejal mewaja, mengurung selubung, memenjara jiwa dan raga.

dalam rencam berbagai ragam kekejaman ini, ada tembok besar yg mahu dirobohkan.

kemerdekaan di musim jerebu, menghirup habuk, perubahan bergerak dalam goyah rabak terkoyak, di mana-mana struktur sedang mereput, runtuh dan keretakan, di mana-mana berpecah belah, perang berlawan, pertentangan bertembung, kita berada di titik sejarah pergolakan, di situlah kita membuat pilihan, jangan menangis, senyumlah, kalau ada, dengan tawa 'lara ria', kita mengharap munculnya sinar cahaya:






Tuesday, August 4, 2009

1israel =1Malaysia=????=Zahid "mosad" Hamidi

tertarik dengan tulisan Ibnu Hasyim (klik sini) berkenaan 'kebetulan' gagasan 1israel dan 1Malaysia

barangkali Zahid "mosad" Hamidi, selaku menteri pertahanan, naib presiden umno nomor 1, pergi bertemu dengan pm zionis israel, benjamin "bibi" nentanyahu atau menteri perang israel, ehud barak, agaknya untuk menyampaikan ucapan kasih budi mesra dari kerajaan BN terhadap kegemilangan gagasan One Israel yang agaknya menjadi sumber ilham tercetusnya idea
One Malaysia.

Monday, August 3, 2009

BN jual tanah bernilai RM 20 BILION: mana pendekar perkasa dan perwaris???

Ini beritanya (klik Malaysian Insider) tentang sasaran kerajaan Bini Najib untuk menjual harta tanah negara bernilai RM 20 bilion dalam masa satu dekad ke hadapan.

kepada para pembela hak Melayu, perwaris dan perkasa, yang berapi-api kunun anti Cina dan gegak gempita melaungkan Ketuanan Melayu, inilah peluangnya untuk mereka turun membela kunun warisan tanah dan air (banyak lagi ker yang tertinggal?).

biarpun, sebenarnya perwaris dan perkasa tidaklah lebih peranannya melainkan menjadi alat parti pemerintah Barisan Nasional - uMno, mIc dan mCa. ataupun sebenarnya mereka bebal untuk berfikir melangkaui politik perkauman atau politik kebencian Umno - yang anti rakyat Malaysia berketurunan Cina (bukan negara China). Kerana untuk golongan seperti perwaris dan perkasa ini, segala masalah kemiskinan atau pembahagian kekayaan ekonomi di Malaysia berpunca daripada org.2 Cina. biarpun yang menjualnya elit2 meLAYU Umno, seperti:

1. Pulau Pangkor Laut - kini milik Francis Yeoh.
2. Pulau Redang/ Tioman - Vincent Tan.
3. Banyak hartanah syarikat milik rakyat Keretapi Tanah Melayu di Sentul dan Hotel Majestic- kini milik Francis Yeoh.
4. Bukit, gunung-ganang, tanah tinggi Genting - kini milik Lim Goh Tong.
5. Empangan Linggiu, Kota Tinggi, Johor seluas 25,000 ekar, tanah rizab Melayu yg dijual ke Singapura, dan kini dikawal pasukan keselamatan republik pulau pura-pura itu.

peliknya, tak terdengar pula kunun jaguh2 perwaris/perkasa menjerit membuat bingit.
takut ker nak lawan tauke-tauke cukong ini? pergilah buat forum, berdemonstrasi.
atau beraninya perwaris/perkasa ini hanya pada golongan yg lemah?

dan sekarang dengan Dasar Liberalisasi Ekonomi, BN bukan saja menjual harta tanah kepada kunun org2 Cina, tetapi juga kepada pemodal2 antarabangsa, kapitalis zionis israel, kapitalis Amerika Sykt dan Eropah.

Felda Berhad kini diniagakan di bursa saham. tak ada lagi kuota pemilikan khas utk bumiputera. perwaris dan perkasa perlu memberi perhatian khas dalam hal ini - kalau mereka mampu berfikirlah.

atau sebenarnya perwaris/ perkasa buat2 tak faham, yg paling penting dapat cari makan masyuk, maka terus menipu orang2 Melayu biar terus jadi bodoh, mudah diperkudakan kerajaan BN, dapat untung dengan menjual rakyat, sumber alam dan tanah air ini kepada org2 kaya Cina, Melayu, Melanau, India, Singapura, Asia, Amerika Syarikat, dan termasuklah zionis israel.

maksudnya, sesiapa yang menjadi pemegang saham terbesar Felda, tak kiralah zionis israel ker atau kapitalis penjajah Amerika Sykt ker, maka tergadailah harta dan tanah Felda ke tangan2 haloba kerakusan ini. berapa ramai para peneroka Felda yg telah mendapat geran tanah mereka?

kenapa senyap saja perwaris dan perkasa ini???ini isu hak org2 Melayu, yg dirampas oleh kerajaan Melayu juga, yg memerintah Malaysia lebih 50 tahun pula.

Saturday, August 1, 2009

ISA: kenyataan bodoh Mosad Hamidi

mulai hari ini, kita jangan lagi memanggil namanya Zahid Hamidi. seorang pengkhianat tanah air yang sanggup bertemu perdana menteri zionis israel (atau kata setiausaha politiknya, menteri perang israel) hanya layak digelar dengan nama,
MOSAD HAMIDI!

dan hari ini Mosad Hamidi membuat kenyataan paling bebal, dengan cadangan menukar akronim ISA. rakyat bukan hendak tukar nama untuk undang-undang kejam ini. rakyat mahu segala akta yang membenarkan penahanan tanpa bicara dihapuskan. rakyat juga tidak mahu undang2 kejam ini diberi baju baru.

rakyat juga akan tetap ingat Mosad Hamidi adalah pengkhianat!!!!

1 Ogos: Rakyat Merdeka

tahniah dan syabas rakyat merdeka. seharian siang tadi dan malam ini masih belum lagi selesai. puluhan ribu rakyat Malaysia telah turun bersuara ke jalan-jalan kota kuala lumpur, membantah akta zalim ISA.

hari ini adalah sejarah. sejarah kebangkitan rakyat. ribuan anak-anak muda telah turun berjuang, dengan berani tanpa takut. biarpun mereka berdepan dengan seluruh kekuatan negara. hampir 600 orang ditangkap. api perjuangan melawan ISA tidak akan padam, malah akan tambah marak menyala membakar kezaliman. hampir 600 suara akan membawa berita dan cerita. lebih 50 ribu jiwa juga akan menyebarkan warta tentang kezaliman jentera mesin pemerintah. jutaan manusia lain menjadi saksi, memendam simpati.

manakala kelompok pro-ISA pula gagal mengumpulkan pendokongnya.

hari ini adalah sejarah. rakyat telah benar-benar merdeka, sedar akan hak-haknya dengan jiwanya yg. bijaksana. antara ketuanan Melayu dan ketuanan Rakyat, hari ini membuktikan rakyat telah membuat pilihan untuk menjadi tuan kepada dirinya sendiri, bukan hamba kepada orang lain.

tangkapan

belumpun aku keluar rumah, dah dapat berita (klik sini) kira-kira 40 orang dah ditangkap pagi ini, atas syak wasangka bahawa mereka yg ditangkap itu punya hasrat dan niat menghadiri perhimpunan membantah ISA, pra sangka paranoya pakaian berwarna HITAM.