Thursday, June 14, 2012
Sunday, June 3, 2012
Hutang negara RM 456 RIBU JUTA (RM 456 bilion), bayar faedah RM 20 RIBU JUTA (RM 20 Bilion) setahun
Kongres PSM ke-14 telah dirasmikan oleh Dr Nasir Hashim, Pengerusi PSM, dan di bawah adalah Ucapan Dasar beliau:
UCAPAN DASAR PENGERUSI NASIONAL KONGRES PSM 2012
1. PENGENALAN
Komrad, perjuangan kita menegakkan ideologi Sosialisme sudah lama bertapak di Tanah Air kita. Kita pernah merempuhi ranjau yang berduri dan mengharungi kekejaman yang tidak terperi. Namun begitu kita tidak mudah berputus asa dan tetap kental dalam perjuangan menegakkan kebenaran. Begitulah. Apabila kita sudah mengenali dan mengkaji segala ufuk / sudut dunia dan mengenali peranan diri sendiri maka kita benar-benar sudah mengenali erti kebenaran. Kebenaran yang menjunjung keadilan dan mengimbangan hubungan sejagat. Justeru itu kebijaksanaan itu bermula apabila kita dapat meletakkan sesuatu (ide, tindakan dll.) yang sesuai pada tempatnya (Wisdom begins when we can place an entity [ideas, actions etc] in their rightful place).
Hubungan kita dengan Negara-negara Sosialis, parti-parti Sosialis dan pergerakan Sosialis di rantau ini amatlah rapat. Sentiasa bertukar pandangan dan sentiasa bantu membantu kerana kita sedar usaha menumpaskan sistem kapitalis memerlukan kegigihan dan solidariti yang kukuh. Kita turut berbangga apabila Negara Prancis kini ditadbir oleh pimpinan Sosialis. Negara Venezuela juga berkembang pesat mengamalkan kuasa rakyat dari bawah. Ini menggambarkan Sosialisme tetap segar bugar dan tidak pula lapuk ditelan zaman. Kerana sistem Sosialis sajalah yang dapat mendedahkan segala pekung sistem ekonomi kapitalis dan berupaya menelanjangi sejarah dan ragam / mekanisme sistem kapitalisme yang nyata-nyata berkiblat kepada penindasan dan mempertuhankan kepada keuntungan. Manusia dan kemanusiaan dijadikan bahan dagangan bagi menambahkan lagi keuntungan. Tabiat ini sudah menjadi satu ketagihan yang sungguh menakjubkan (Profit is the opium of the capitalists) dan meracuni dunia sejagat.
Komrad, perjuangan kita menegakkan ideologi Sosialisme sudah lama bertapak di Tanah Air kita. Kita pernah merempuhi ranjau yang berduri dan mengharungi kekejaman yang tidak terperi. Namun begitu kita tidak mudah berputus asa dan tetap kental dalam perjuangan menegakkan kebenaran. Begitulah. Apabila kita sudah mengenali dan mengkaji segala ufuk / sudut dunia dan mengenali peranan diri sendiri maka kita benar-benar sudah mengenali erti kebenaran. Kebenaran yang menjunjung keadilan dan mengimbangan hubungan sejagat. Justeru itu kebijaksanaan itu bermula apabila kita dapat meletakkan sesuatu (ide, tindakan dll.) yang sesuai pada tempatnya (Wisdom begins when we can place an entity [ideas, actions etc] in their rightful place).
Hubungan kita dengan Negara-negara Sosialis, parti-parti Sosialis dan pergerakan Sosialis di rantau ini amatlah rapat. Sentiasa bertukar pandangan dan sentiasa bantu membantu kerana kita sedar usaha menumpaskan sistem kapitalis memerlukan kegigihan dan solidariti yang kukuh. Kita turut berbangga apabila Negara Prancis kini ditadbir oleh pimpinan Sosialis. Negara Venezuela juga berkembang pesat mengamalkan kuasa rakyat dari bawah. Ini menggambarkan Sosialisme tetap segar bugar dan tidak pula lapuk ditelan zaman. Kerana sistem Sosialis sajalah yang dapat mendedahkan segala pekung sistem ekonomi kapitalis dan berupaya menelanjangi sejarah dan ragam / mekanisme sistem kapitalisme yang nyata-nyata berkiblat kepada penindasan dan mempertuhankan kepada keuntungan. Manusia dan kemanusiaan dijadikan bahan dagangan bagi menambahkan lagi keuntungan. Tabiat ini sudah menjadi satu ketagihan yang sungguh menakjubkan (Profit is the opium of the capitalists) dan meracuni dunia sejagat.
Komrad, negara kita
sedang dalam krisis. Krisis ekonomi, krisis kepimpinan, krisis politik, krisis
sosial, krisis keagamaan, krisis minda dan pelbagai krisis lagi, yang akhirnya
terpaksa ditanggung oleh rakyat yang merupakan golongan pekerja dan pengguna.
Kita perlihatkan bagaimana Kerajaan yang sepatutnya menjaga kebajikan dan
membela nasib rakyat, sudah berpaling tadah. Sanggup bersubahat dengan golongan
kapitalis, bertujuan untuk menghancurkan tuntutan dan hak rakyat.
Lantas golongan kapitalis
tetap bermaharalela dan halal menindas golongan pekerja demi meraih keuntungan
yang besar. Kita juga perlihatkan bagaimana golongan profesional dan cerdik
pandai melacurkan kemahiran masing-masing demi melonjakkan kedudukan / kerjaya,
lantas meraih ganjaran yang lumayan. Tujuan mereka adalah jelas iaitu,
mematahkan semangat perjuangan rakyat dan menggantikannya dengan budaya pautan
(culture of dependency) dan budaya ketakutan (siege mentality).
Maka mereka
memutarbelitkan agama dengan fatwa-fatwa yang berat sebelah; melaga-lagakan
kaum dan melancarkan badan-badan samseng untuk melaksanakan agenda jijik
mereka. Apabila usaha-usaha ini tidak berkesan maka mereka mengatur fitnah dan
memutarbelitkan pilihanraya. Demi memancing undi, pucuk pimpinan BN dan UMNO
sanggup menawarkan kerakyatan kepada orang asing lantas mengorbankan kedaulatan
negara dan mengkhianati hak rakyat untuk memilih pemimpin yang sah.
2. KRISIS YANG BERTERUSAN
Cuba bayangkan. Wang
Simpanan Negara semakin merosot. Negara berhutang dalam jumlah RM456,000 miliun
(RM 456 biliun) dan terpaksa membayar faedah hutang RM 20,000 miliun (RM 20
biliun) setahun. Tetap mengharapkan kepada pelaburan asing dan pengekspotan
barangan. Pelaburan besar pula tertumpu
kepada Negeri PR seperti Pulau Pinang dan Selangor.
Komrad, krisis ekonomi belum reda lagi. Masih melanda negara-negara antarabangsa dan kita pula tetap terikat kepada iklim ekonomi antarabangsa ini. Seperti pepatah kata 'Sekiranya negara-negara besar bersin kita pula mendapat selsema' (When big countries sneeze we get the cold). Seringkali juga konflik, saingan dalaman dan rebutan kuasa berlaku semasa gelombang krisis ekonomi memuncak. Sejarah negara mengesahkan hakikat ini khususnya saingan merebut jawatan Perdana Menteri di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO semasa beberapa krisis ekonomi yang melanda Negara kita.
Komrad, krisis ekonomi belum reda lagi. Masih melanda negara-negara antarabangsa dan kita pula tetap terikat kepada iklim ekonomi antarabangsa ini. Seperti pepatah kata 'Sekiranya negara-negara besar bersin kita pula mendapat selsema' (When big countries sneeze we get the cold). Seringkali juga konflik, saingan dalaman dan rebutan kuasa berlaku semasa gelombang krisis ekonomi memuncak. Sejarah negara mengesahkan hakikat ini khususnya saingan merebut jawatan Perdana Menteri di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO semasa beberapa krisis ekonomi yang melanda Negara kita.
Nampaknya isu rasuah
dan salah gunakuasa memang tidak ada penamatnya. Sekiranya pemimpin politik
atau pegawai tinggi didakwa, mereka ini tidak segan silu mengugut, mendedah dan
mengheret semua pegawai tinggi dan menteri-menteri dalam perbicaraan mahkamah
nanti. Ini sungguh menggerunkan pucuk pimpinan yang korup yang masih memegang
jawatan yang tinggi. Maka sebab itulah orang-orang yang menyeleweng dan
berpangkat besar tetap terlepas dari dakwaan. Namun begitu sekiranya mereka
didakwa, maka perbicaraan akan memakan masa yang panjang. Akibatnya adalah
segala tuduhan diketepikan dan mereka ini dibebaskan begitu saja.
Justeru itu, isu
rasuah dan salah gunakuasa tetap berkembang luas. Kita pula tidak hairan lagi
sekiranya rekod senarai pengundi (dari segi alamat, kawasan mengundi,
kewarganegaraan baru, undi pos dan sebagainya) diputar belitkan bagi memihak
kepada BN. Tindakan yang jelek seperti ini dihalalkan oleh media perdana dan pihak
kehakiman yang memang dimiliki dan atau dikuasai oleh BN. Maka mereka yang
menentang ketidakadilan dan penyelewengan sentiasa difitnah dan didakwa,
sekalipun cerita-cerita yang ditonjolkan itu sudah basi dan tidak benar. Pendek
kata profesyen kewartawanan telah dilacurkan demi mengejar kedudukan dan
imbuhan. Menabur fitnah adalah usaha yang tidak beretika dan dikecam oleh semua
agama.
Senarai
penyelewengan dalam kerajaan pusat menjela panjang termasuklah isu-isu lembu,
kapal selam yang berkaitan dengan pembunuhan Altantuya dan komisyen yang
beratus juta; tuduhan salagunakuasa terhadap bekas ketua polis negara dan AG;
kronisme; nepotisme; persubahatan; penswastaan sektor-sektor asas; ketirisan;
wang peneroka Felda disonglap dengan pembelian hasil kelapa sawit dengan harga
yang murah; pegawai-pegawai Suruhanjaya Pilihanraya adalah ahli UMNO dan
sebagainya. Kesemuanya ini akan menghantui BN sepanjang pentadbirannya dan
semasa pilihanraya nanti.
3. KEBANGKITAN RAKYAT
Peristiwa dan pergerakan rakyat yang silam telah
menemui kemuncaknya dengan Perhimpunan Bersih 3. Peristiwa Bersih telah
mendapat perhatian orang ramai dan juga pada peringkat antarabangsa.
i.
Bersih 1
Empat bulan selepas Bersih 1, PR meraih 4 Negeri dan
Wilayah Persekutuan dalam Pilihanraya 2008
ii.
Bersih 2
Lima puluh ribu rakyat berhimpun di Kuala Lumpur dan
di siram dengan air kimia dan gas pemedih mata yang juga membakar tekak dan
tubuh badan. Sebelum itu ahli-ahli PSM telah ditahan bawah EO (Ordinan Darurat
ala ISA) dan dituduh cuba menghidupkan komunisme; menderhaka / memerangi Agong;
dan menjadi penganjur Bersih Kesemua
tuduhan tidak lekat dan PSM mendapat sokongan dari semua pihak. Namun begitu
tuntutan rakyat untuk mengadakan pilihanraya yang adil tidak kesampaian dan
tidak mendapat layanan yang sewajarnya. Maka wujudlah Bersih 3.
iii. Bersih
3 -
Himpunan yang terbesar yang disertai lebih kurang 250,000 rakyat Malaysia. Keganasan lebih
hebat kali ini dan wartawan juga telah dikasari kerana disyaki mengambil gambar
dan video terhadap keganasan polis. Yang sungguh merangsangkan adalah Himpunan
ini melibatkan rakyat dari berbilang
kaum, golongan muda dan wanita. usaha BN memburukkan Perhimpunan ini tidak
berkesan kerana video rakyat terhadap peristiwa
tersebut menunjukkan sebaliknya. Peristiwa ini lebih kejam dari Bersih
2.
Kebelakangan ini
penggubalan undang-undang Isa dan Buruh di Parlimen merupakan amalan boneka
yang mengkhianati hasrat dan harapan rakyat. Pemerintah BN telah memihak kepada
majikan / kapitalis termasuklah pengistiharkan gaji minima yang rendah.
Pendapatan minima sepatutnya berkisar kepada RM 1500 dan bukan RM 800 - 900.
Segala tindakan ini bersifat alah kadar, memang berbau politik dan bersifat
oportunis kerana BN ingin memancing undi menjelang Pilihanraya 13 ini. Pada
hemat kami BN dan UMNO memang terlalu angkuh, merasa dirinya kebal dan tidak
akan menggubal Undang Isa, Undang-undang Buruh dan gaji minimum sekiranya masa
pilihanraya terlalu jauh lagi.
Isu menentang bahan
radioaktif yang dikelolakan oleh Lynus juga mendapat perhatian dan sokongan
ramai. Namun begitu keresahan rakyat cuba dilunakkan dengan alasan dan
penjelasan yang tidak rasional. Hari Pekerja pada Mei 1 berjalan lancar dan
mendapat sokongan kesatuan khususnya NUBE. Mereka berhimpun dan berpidato di
dataran Maybank. Keberanian kesatuan turun ke padang amat membanggakan.
Pemimpin-pemimpin berpeluang mendedahkan tindakan kerajaan pusat dan majikan
menghancurkan kesatuan (union busting); mengasak pekerja untuk berhenti
sendiri (constructive dismissal); bersubahat dengan kapitalis;
menghalalkan penindaan dan membelakangkan hakikat sebenarnya iaitu, golongan
pekerja adalah tulang belakang kepada ekonomi dan pembangunan Negara.
4. KEBANGKITAN RAKYAT SEBAGAI KUASA POLITIK (POLITICAL FORCE)
?
Soalan yang perlu
mendapat jawapan adalah
a. Adakah Himpunan ini dan himpunan yang
sebelumnya merupakan suatu reaksi terhadap isu-isu tertentu sahaja (issue
oriented).
b. Bagaimana dengan kematangan
berorganisasi dan berkomunikasi sebelum, semasa dan sesudah Himpunan tersebut.
c. Tidakkah pucuk pimpinan Bersih mengambil
kira tindakan dan risiko yang bakal menimpa pemimpin dan rakyat. Apa pula persediaan / taktik bagi
mengatasinya.
d. Adakah Himpunan ini mempunyai matlamat
jangka panjang yang membolehkan rakyat terus berjuang dalam pelbagai isu.
e. Adakah Himpunan ini berkisar kepada
ideology tertentu ataupun bergerak secara spontan mengikut emosi iaitu:
i. Lebih
mempertikaikan agensi kerajaan tertentu dan tidak menghiraukan peranan
kapitalis dan
konco-konco yang mendalanginya.
ii. Minda rakyat
yang masih terperangkap dalam kancah sistem kapitalisme yang
bernafaskan pada
penindasan, budaya pautan (culture of dependency) dan kemusnahan.
iii. Benarkah golongan
aktivis mengharap sangat agar Perhimpunan ini berkembang pesat sepertimana yang
berlaku pada Negara-negara Arab (Arab Spring)
f.
Apakah pengajaran atau iktibar dari kesemuanya ini dan bagaimana kita
dapat menggemblengkan dan mengekalkan kuasa / tenaga rakyat bagi melaksanakan
perjuangan jangka panjang.
5. MENGKAJI KEADAAN (SOUL
SEARCHING)
Kita memang berharap
sangat agar penyertaan kita dalam pilihanraya merupakan sebahagian dari
pelbagai percubaan / ikhtiar dalam usaha kita mendekati diri dengan rakyat.
Namun dalam keghairahan ini kita mudah mengubahkan pilihanraya itu sebagai
matlamat utama (election oriented) bagi memperkasakan rakyat.
Di samping itu pula,
kita terpaksa berdepan dengan budaya keangkuhan dan pembolotan / monopoli dari
pihak-pihak tertentu seolah-olah semua kawasan pilihanraya dalam negara sudah
diagihkan dan menjadi hak mutlak masing-masing. Ini menyukarkan parti-parti
baru untuk bertapak dan terpaksa mengemis untuk mendapatkan kerusi undi.
Walaupun demikian kita secara sedar, terpaksa menghadapi cabaran ini dan perlu
mengkaji kekuatan dan kelemahan kita berbanding dengan pihak-pihak yang lain.
Dengan hasil kajian ini maka kita dapat bertindak secara teratur, berkesan dan
akan berunding dalam kekuatan.
Kekuatan kita berkisar
kepada usaha kita mendampingi rakyat dalam pelbagai aktiviti dan bagaimana kita
dapat memperkasakan mereka dengan ilmu, analisis, tindakan dan pengalaman.
Namun kita haruslah bersedia menggerakkan sesuatu yang baru / anjakan paradigma
(paradigm shift) agar pihak musuh terpaksa mengikuti rentak yang baru
ini (we change the ground rules)
Untuk menghadapi taktik politik kotor kita haruslah mewujudkan atau
menggerakkan suatu keadaan / senario di mana musuh tidak dapat memutarbelitkan
isu yang timbul dan tidak pula dapat memfitnahkan kita.
Kita pula perlu
berusaha memulihkan minda rakyat supaya tidak berpaut ketat pada pemimpin
tertentu. Sekiranya kita tidak wujudkan amalan tegur menegur sesama sendiri (criticism
and self criticism; check and balance) maka lambat laun pemimpin yang
disanjung tinggi itu akan menjadi diktator dan tindakannya itu mampu melemahkan
parti / persatuan dan mengorbankan kepentingan rakyat. BN, UMNO dan Dr Mahathir
adalah contoh yang sahih. Kita juga ingin mengkaji sokongan yang diterima
selama ini, samada ianya berbentuk sokongan belas kesihan atau sokongan protes.
Ataupun mereka benar-benar ingin menyertai dalam perjuangan menegakkan
Sosialisme.
6. PERANAN PSM
Peranan kita adalah
bukan hanya menunggu atau mengharapkan peluang bergolek-golek ke kaki tetapi
mewujudkan atau mencetuskan peluang yang memihak kepada kita (we must not
wait for the opportunity but we must create the opportunity). Ini bermakna
kita perlu membuktikan bahawa kita mempunyai ideologi yang mantap, mampu
memimpin dan berupaya mencorak langkah yang lebih berkesan dan perjuangan yang
berterusan. Bekalan kita untuk masa depan adalah mengukuhkan semangat
perjuangan pada golongan muda PSM. Adakalanya cadangan-cadangan mereka
menjangkau kemampuan semasa, namun kita cuba mengesani atau menceduk intisari
idealisme tersebut dan membelainya dengan penuh pengertian supaya tidak melemah
atau membatalkan semangat perjuangan mereka. Dorongan yang bersifat Kiri,
Tengah dan Kanan dalam perjuangan kiri mempunyai hikmahnya yang tersendiri
kerana setiap satu itu menegur kita supaya bergerak cermat. Yang Kiri-atas-Kiri
membayangkan tindakan yang lebih keras harus diambilkira. Yang Tengah-atas-Kiri
membayangkan imbangan terhadap keadaan yang bercanggah. Yang Kanan-atas-Kiri menegur
kita untuk berwaspada dan mengambil kira segala taktik dan strategi musuh.
Pendek kata kita mesti mengkaji, menceduk dan mengimbangkan keadaan yang
bercanggah ini supaya tindakan kita itu lebih mantap, selaras dengan keperluan
semasa dan kehendak rakyat.
Adakalanya
pengalaman yang menggunung tinggi tidak semestinya menjaminkan kejayaan kerana
sudah terperangkap dalam acuan lama yang mendewa-dewakan birokrasi, 'realiti
kehidupan' (yang berbau oportunisme !!) dan sudah ketinggalan masa hingga mampu
membekukan semangat perjuangan.
Sepatutnya perjuangan ini bersifat dinamik, bercanggah dan sentiasa
membuka jalan baru. Tugas kita adalah sentiasa mencari pendekatan baru yang
memudahkan kita menangani masalah semasa.
Justeru itu
kesinambungan dalam kepimpinan dan pejuangan perlu dikukuhkan dengan ideologi
dan pengalaman yang mantap jika parti ingin berkembang maju ke tahap yang lebih
tinggi lagi. Dengan cara ini kita bukan sahaja mudah mengambil alih tugas pucuk
pimpinan tetapi juga berpeluang menambahkan mutu pengalaman mengikut keadaan
dan cabaran semasa.
Memperkasakan rakyat
bukanlah suatu perkara yang mudah. Terlebih dulu, kita mestilah memikat hati
mereka dengan pelbagai aktiviti dan tuntutan yang menyentuh jiwa mereka dan
menguntungkan diri dan masyarakat mereka. Kepercayaan ini akan membuka pintu
minda mereka untuk menerima dan memahami cadangan, analisis dan seterusnya
bertindak mempertahankan hak. Kita sedar bahawa tidak sesiapa pun yang terlebih
tinggi dan terlalu penting. Penggantinya tetap ada apabila kita telah
menanamkan semangat kesinambungan terhadap kepimpinan dan perjuangan. Seperti
pepatah lama ' patah tumbuh hilang beganti'
7. PENUTUP
Komrad, kita berada
di dalam keadaan yang berpancaroba, dinamik dan sentiasa menagihkan pendekatan
baru yang sejajar dengan kemampuan dan hasrat rakyat. Kita kukuhkan kekuatan
dan kedudukan kita apabila kita dapat bekerjasama dengan mana-mana pihak
asalkan kita mempunyai agenda (walaupun bersifat program minimum) yang agak
sama. Soalnya bagaimana kita dapat mencelah (seeking entry point) agar
usaha kita tidak terlalu janggal dan mudah pula diterima masyarakat. Kerana
segala yang kita lakukan itu memang berkaitan rapat dengan masalah kehidupan
harian. Usaha ini membuka ruang dan peluang agar rakyat dapat berdikari dan
memperjuangkan ketulenan demokrasi, kebebasan dan keadilan. Setakat ini
pejuangan Sosialisme adalah satu satunya yang dapat mempertikai dan menunduk
amalan penindasan dan kezaliman yang menjadi darah daging pada sistem
kapitalisme. Kita ingin memperkenankan alternatif baru di mana segala kegiatan masyarakat
berkisar kepada manusia dan kemanusiaan dan bukan lagi kepada keuntungan. Salam
perjuangan.
DR.
NASIR HASHIM
PENGERUSI
NASIONAL PSM
Subscribe to:
Posts (Atom)