besok, 16 Mac 2010, 7 tahun dahulu pada tarikh yang sama, Rachel Corrie seorang anak gadis muda, aktivis keamanan dari Amerika Syarikat berdiri di Rafah, Palestina. Dia berdepan dengan jentolak zionis Israel yang memusnahkan penempatan rakyat Palestin. Dia tak berganjak. Rachel pada saat-saat akhir hidupnya teguh tetap kukuh iman perjuangannya untuk sebuah Palestin merdeka. Rachel mengajar kita erti pengorbanan, korban rakus kekuasaan yang sombong. Rachel mengajar betapa sejarah penindasan dan sejarah melawan kezaliman itu merentas sempadan2 yang selalu diciptakan manusia - negara, ras, kaum, bangsa, agama. Betapa mulia hati seorang Rachel Corrie. 7 tahun yang berlalu, masa hanya tanda untuk kita mengingat, tapi semangat seorang Rachel Corrie tetap kita bawa bersama. Tafakur untukmu Rachel, moga ruhmu dicucuri rahmat.
Monday, March 15, 2010
Rachel Corrie yang dirahmati
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
iya saudara..semoga roh beliau rahmat.ketika kesedihan,kebencian dan marah aku bertambah kuat terhadap penindasan dan kekejaman.. ini aku masih boleh tersenyum kerna adanya kau yang masih memperingati beliau dan aku gembira kerna sejak kejadian itu..semakin ramai manusia mula membuka mata dan berani melantangkan suara di tanah Palestin.biar diorg tahu..gugurnya satu pejuang..1000 pejuang akan bangkit!
ReplyDeleteKalaulah dia Muslim...tentu dia jadi syahidah.
ReplyDeleteApa2 masuk Islam...kalo mati dpt syahid bila perjuangkan Islam.
kesanggupan dia membela mereka yg dizalimi, tanpa menjadikan agama sebagai alasan, menjadikan dia lebih syahidah drpd jenis2 hipokrit yg gunakan agama sbg laungan perjuangan tapi hanya demi kepentingan diri.
ReplyDeleteAlso, cuba tengok artikel Ariella Azoulay, seorang ahli akademik di Universiti Bar Ilan di Israel. Dia amat tertarik utk melihat penggunaan fotografi sebagai penerokaan maksud tersirat politik dlm segala gambar yg ditangkap.
http://www.aperture.org/humanrights/azoulay.php
Dia sekrg di Duke sebagai professor pelawat dan memberikan seminar dan presentasi ttg kerjanya.