hai pengembara lupakan mereka
bahu berat cita-cita dan angka.
hidup ini sementara, suatu hari kau alpa
bila kau temui, di dalam diri berbahagia.
syurga bukan sekecil kira-kira,
sekali bakar sekali membara.
setakat alat janganlah sampai ingatan terlupa
kekal bersayap, abadi terbang menyahut sapa.
neraka 'kan tidak sebesar siksa,
berahi manis berbunga merasa.
khayal berdengung desing, diralit kemabukan papa,
pada derita gelap sengsara, engkau ketawa.
Saturday, June 19, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
aku pun seorang pengembara..huhuhuhu
ReplyDelete