Monday, March 21, 2011
Kepada pemerintah zalim dunia ("Ela Toghat Al Alaam")
Puisi ini ciptaan penyair lagenda dari Tunisia, Abo Al Qassim Al Shabbi (أبو القاسم الشابي)
Wahai kamu pemerintah zalim yang tidak adil...
Kamu pencinta kegelapan...
Kamu musuh kehidupan...
Kamu yang melawakkan luka rakyat yang tak bersalah; dan telapak tangan kamu berlumuran dengan darah mereka
Kamu yang terus berjalan sambil mencacatkan indah kewujudan dan menumbuhkan benih-benih kesedihan di tanah ini
Nanti dulu, jangan biarkan musim bunga, langit terang dan sinar pagi menipu kamu...
Kerana kegelapan, gemuruh guruh dan tiupan angin datang semakin dekat kepada kamu dari kaki langit
Awas kerana ada api di dalam abu
Siapa yang menanam duri akan mendapat kelukaan
Kamu telah memenggal kepala-kepala rakyat dan bebunga harapan; dan menyiramkan penawar pasir ini dengan darah dan air mata sehingga kemabukan
Sungai darah akan menghanyutkan kamu pergi dan kamu akan dibakar oleh ribut berapi.
Terjemahan amatur ini diambil daripada terjemahan bahasa Inggerisnya di
(http://en.wikipedia.org/wiki/Ela_Toghat_Al_Alaam)
Hey you, the unfair tyrants...
You the lovers of the darkness...
You the enemies of life...
You've made fun of innocent people's wounds; and your palm covered with their blood
You kept walking while you were deforming the charm of existence and growing seeds of sadness in their land
Wait, don't let the spring, the clearness of the sky and the shine of the morning light fool you...
Because the darkness, the thunder rumble and the blowing of the wind are coming toward you from the horizon
Beware because there is a fire underneath the ash
Who grows thorns will reap wounds
You've taken off heads of people and the flowers of hope; and watered the cure of the sand with blood and tears until it was drunk
The blood's river will sweep you away and you will be burned by the fiery storm.
Arabic script of the poem "Ela Toghat Al Alaam" (To the tyrants of the world):
ألا أيها الظالم المستبد
حبيب الظلام عدو الحياه
سخرت بأنات شعب ضعيف
و كفك مخضوبة من دماه
و سرت تشوه سحر الوجود
و تبذر شوك الاسى في رباه
رويدك لا يخدعنك الربيع
و صحو الفضاء و ضوء الصباح
ففي الافق الرحب هول الظلام و قصف الرعود و عصف الرياح
حذار فتحت الرماد اللهيب
و من يبذر الشوك يجن الجراح
تأمل هنالك انى حصدت رؤوس الورى و زهور الأمل
و رويت بالدم قلب التراب اشربته الدمع حتى ثمل
سيجرفك سيل الدماء
و يأكلك العاصف المشتعل
Monday, March 14, 2011
Al Fatihah untukmu sahabat
Sudah agak lama aku membenamkan diriku dalam dunia kelam ciptaanku sendiri. Atau aku keluar sebentar menjenguk kenyataan hidup, di luar bait-bait maya komputer yang senantiasa cerah bercahaya.
Berita kepergian seorang sahabat, Sam Ahmad, membuat aku mahu mencatatkan sesuatu. Di sebalik kunun 'ketidakupayaannya' itu dia telah membuktikan bahawa, kalau kita berkehendak akan sesuatu itu, seribu daya akan kita kerjakan. Begitulah Sam, pemuda generasi REFORMASI telah menunjukkan jiwa juangnya hingga ke saat-saat akhir hembusan nafasnya. Hidupnya berbakti untuk perjuangan demokrasi dan keadilan. Meski berdepan dengan berbagai halangan, kesempitan dan dugaan, tanpa keluhan, semangat Sam tidak pernah luntur, malah ia akan terus subur setelah ketiadaannya itu, dengan kelahiran Universiti Terbuka Perak - UREKA (http://ureka.asia/).
Ureka, buah fikir bernas dari pohonan demokrasi yang ditanam Sam Ahmad serta kawan-kawannya Mat Saman Kati, Halim dan lain-lain lagi itu, lalu mereka bajai, tumbuh mekar dengan harapan bakal memayungi bumi Perak itu daripada kejam panahan penindasan yang membakar hak-hak rakyat.
Dulu di waktu-waktu aku cergas berenang di lautan digital ini, aku sering berhubung dengan Sam, di kotak bual FB atau Gmail, kami sering bertukar-tukar khabar, cerita dan idea. Tapi sejak kedatangan 'tahun baru' ini aku agak semakin jarang on9. Tak ada apa cuma kesibukan urusan dengan alasan untuk mengurus dan mengalas diriku sendiri saja.
Mesej terakhir yang aku terima dari Sam di FB, bertarikh 6 Mac 2010, tentang hasrat angan-anganku yang menjadi kenyataan hanya dalam pesanan abjad-abjad yang disusun Sam, tentang khayalku menerbitkan buku baru, tentang bagaimana Sam mahu memesan buku baruku, yang belum terbit-terbit lagi itu:
*
Zulfikar Samsuri
March 6
Zulfikar Samsuri
o
rahmat, ko ada keluarkan buku baru kan. Macam mana aku nak dapatkan buku tu. Haneem ada jual tak?
*
Rahmat Haron
March 6
Rahmat Haron
o
belum keluar lagi bro...nanti bulan9..hahahaha..terima kasih byk2
*
Zulfikar Samsuri
March 7
Zulfikar Samsuri
o
Ok... nanti bila dah keluar bg tau aku, k?
dan Sam, aku memang sedang mengeluarkan buku baru, buku lama tidak kututup, kubiarkan terbuka, benar kutinggalkan ia, tidak tahu berapa lama, dan buku baru masih belum lagi kubuka. Maafkan aku, perlahan, selalu lambat, terlalu lembab. Engkau tahu, sahabatku, aku cukup lemah, tidak sekuat kau. Jasamu dikenang. Al Fatihah untukmu.

Subscribe to:
Posts (Atom)