Sudah agak lama aku membenamkan diriku dalam dunia kelam ciptaanku sendiri. Atau aku keluar sebentar menjenguk kenyataan hidup, di luar bait-bait maya komputer yang senantiasa cerah bercahaya.
Berita kepergian seorang sahabat, Sam Ahmad, membuat aku mahu mencatatkan sesuatu. Di sebalik kunun 'ketidakupayaannya' itu dia telah membuktikan bahawa, kalau kita berkehendak akan sesuatu itu, seribu daya akan kita kerjakan. Begitulah Sam, pemuda generasi REFORMASI telah menunjukkan jiwa juangnya hingga ke saat-saat akhir hembusan nafasnya. Hidupnya berbakti untuk perjuangan demokrasi dan keadilan. Meski berdepan dengan berbagai halangan, kesempitan dan dugaan, tanpa keluhan, semangat Sam tidak pernah luntur, malah ia akan terus subur setelah ketiadaannya itu, dengan kelahiran Universiti Terbuka Perak - UREKA (http://ureka.asia/).
Ureka, buah fikir bernas dari pohonan demokrasi yang ditanam Sam Ahmad serta kawan-kawannya Mat Saman Kati, Halim dan lain-lain lagi itu, lalu mereka bajai, tumbuh mekar dengan harapan bakal memayungi bumi Perak itu daripada kejam panahan penindasan yang membakar hak-hak rakyat.
Dulu di waktu-waktu aku cergas berenang di lautan digital ini, aku sering berhubung dengan Sam, di kotak bual FB atau Gmail, kami sering bertukar-tukar khabar, cerita dan idea. Tapi sejak kedatangan 'tahun baru' ini aku agak semakin jarang on9. Tak ada apa cuma kesibukan urusan dengan alasan untuk mengurus dan mengalas diriku sendiri saja.
Mesej terakhir yang aku terima dari Sam di FB, bertarikh 6 Mac 2010, tentang hasrat angan-anganku yang menjadi kenyataan hanya dalam pesanan abjad-abjad yang disusun Sam, tentang khayalku menerbitkan buku baru, tentang bagaimana Sam mahu memesan buku baruku, yang belum terbit-terbit lagi itu:
*
Zulfikar Samsuri
March 6
Zulfikar Samsuri
o
rahmat, ko ada keluarkan buku baru kan. Macam mana aku nak dapatkan buku tu. Haneem ada jual tak?
*
Rahmat Haron
March 6
Rahmat Haron
o
belum keluar lagi bro...nanti bulan9..hahahaha..terima kasih byk2
*
Zulfikar Samsuri
March 7
Zulfikar Samsuri
o
Ok... nanti bila dah keluar bg tau aku, k?
dan Sam, aku memang sedang mengeluarkan buku baru, buku lama tidak kututup, kubiarkan terbuka, benar kutinggalkan ia, tidak tahu berapa lama, dan buku baru masih belum lagi kubuka. Maafkan aku, perlahan, selalu lambat, terlalu lembab. Engkau tahu, sahabatku, aku cukup lemah, tidak sekuat kau. Jasamu dikenang. Al Fatihah untukmu.
Monday, March 14, 2011
Al Fatihah untukmu sahabat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment