Sunday, November 20, 2011

Menawan Wall Street: Perkara Yang Paling Penting Di Dunia Sekarang


berikut merupakan terjemahan SS daripada tulisan Naomi Klein (http://www.thenation.com/article/163844/occupy-wall-street-most-important-thing-world-now) tentang gerakan Menawan Wall Street (klik http://occupywallst.org/)yang telah sampai tempiasnya ke sini:

Salah seorang jurubicara dalam perarakan menyokong buruh untuk gerakan Menawan Wall Street berkata: “Kita menemukan antara sesama .” Perasaan yang merakam keindahan tentang apa yang tercipta [di sini] – sebidang ruang cukup luas (juga idea cukup besar sehingga tak mampu terkandung) untuk semua orang yang mahukan dunia yang lebih baik untuk kita saling hidup bersama.

Jika ada suatu perkara yang aku tahu, ianya adalah hanya terdapat 1 peratus sahaja orang-orang yang sukakan krisis. Apabila orang terdesak dan tiada siapa yang tahu apa yang perlu dibuat, maka inilah saat terbaik untuk mendorong hajat mereka yang menyokong dasar-dasar pro korporat, justeru menghancurkan halangan terakhir kuasa korporat.

Hanya ada satu perkara yang dapat menghalang taktik ini dan cukup bertuah sekali – ianya adalah 99 peratus orang. Dan inilah 99 peratus manusia yang turun menawan jalan-jalan raya dari Madison sehingga ke Madrid melaungkan, “Tidak. Kami tidak akan membayar krisis kamu.”Slogan yang bermula di Itali pada tahun 2008. Ia kemudiannya melantun ke Greece, Perancis, Ireland dan akhirnya sedang bergerak ke pusat permulaan krisis.

“Kenapa mereka membuat bantahan?” Tanya penganalisis politik, kebingungan di kaca TV . Sementara itu, seluruh dunia bertanya: “Kenapa lambat sangat? Kami tertanya-tanya bila giliran kamu akan turun.” Dan yang lebih penting: “Selamat datang!”

Ramai orang telah menarik persamaan di antara Menawan Wall Street dan bantahan anti-globalisasi di Seattle pada tahun 1999 dahulu. Itulah kali terakhir suatu pergerakan sejagat, yang terpencar (tanpa pusat kuasa tunggal) diterajui oleh anak-anak muda mengambil tindakan langsung terhadap kuasa korporat. Dan aku berbangga menjadi sebahagian apa yang kita panggil “gerakan kepada banyak gerakan-gerakan itu.”

Tetapi terdapat perbezaan yang amat penting. Misalnya, kami memilih sidang kemuncak sebagai sasaran kami: Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO), Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), perhimpunan negara-negara kaya G8. Ianya bersifat sementara, ia hanya dapat bertahan selama seminggu. Yang membuatkan kehadiran kami juga bersifat sementara. Menawan Wall Street, pada sisi yang lain, telah memilih sasaran tindakan yang tetap. Ia juga tidak meletakkan suatu tarikh akhir terhadap kehadirannya di sini.

Tetapi perbezaan yang paling besar sedekad lalu pada tahun 1999, kita melawan kapitalisme pada kemuncak ledakan ekonomi yang penuh kegilaan. Pengangguran rendah, harga saham-saham mencanak naiknya. Media kemabukan dengan aliran wang yang mudah. Pada waktu itu, semuanya tentang permulaan, bukan penutupan.

Sepuluh tahun kemudian, kelihatannya seperti tidak ada lagi negara yang kaya. Hanya segelintir orang-orang yang merompak kekayaan harta awam dan memeras sumber semulajadi di seluruh dunia. Perlu ditegaskan bahawa kita mampu untuk membina sebuah masyarakat yang baik, untuk semua dan pada masa yang sama menghormati had sebenar yang boleh ditampung bumi.

Kali ini, gerakan kita tidak boleh terganggu, berpecah-belah, letih lelah atau dihanyutkan dengan kejadian-kejadian lain. Kali ini, kita wajib berjaya. Dan aku tidak bercakap tentang mengawal selia bank-bank dan meningkatkan cukai terhadap orang-orang kaya, meskipun ianya penting. Aku bercakap tentang merubah nilai-nilai asas yang mengawal masyarakat kita. Ia sukar untuk dimuatkan ke dalam suatu desakan tunggal yang bersifat mesra media dan susah juga untuk memikirkan bagaimana untuk melakukannya. Kerana kesukarannya maka ia juga tidak kurang pentingnya.

Sebaik gerakan ini semakin membesar, menumbuhkan satu demi satu kekuatannya, selalulah berwaspada bahawa akan sering terdapat godaan untuk beranjak kepada sasaran-sasaran yang lebih kecil – katakanlah, orang yang sedang duduk bersebelahan dengan kamu dalam pertemuan ini. Sememangnya pertempuran sebegini amat senang untuk dimenangi. Jangan menyerah pada godaan. Aku tidak berkata janganlah sesama kita saling bertelingkah. Tapi kali ini, marilah kita merayakan sesama kita, seolah-olahnya kita merancang untuk bekerjasama berganding bahu dalam perjuangan ini bagi tempoh panjang selama masa-masa mendatang. Jadikanlah gerakan indah ini sebagai perkara yang paling penting sekali di dalam dunia. Kerana begitulah ia. Inilah hakikatnya.

2 comments:

  1. Cuma yang aku Perasan ialah Rahmat Haron ni tak pernah pun turun #Occupydataran,#OccupyShahalam ataupun #OccupyJB......pandai cakap jerrr!!!! turun Bro! kalau nak tau apa #Occupydataran buat!

    ReplyDelete
  2. hahahhaha...jgn marah..aku baru nak pergi...takutlah mcm ni

    ReplyDelete