semalam aku terpaksa membaca tulisan Utusan Meloya - yang tak penat2 cuba membakar api perkauman. maka bercakaplah sebutir robot, menyeru org2 Melayu agar jangan jadi bacul kerana kunun menjadi 'alat' org2 Cina.
bertahun-tahun sebenarnya aku memerhatikan, pastilah dari jauh saja, kisah menyayat hati perjuangan rakyat Patani untuk merdeka dari penjajahan Siam. bertahun-tahun juga aku membaca, melihat kekejaman dan pelanggaran hak asasi manusia, khusus di wilayah Yala, Narathiwat dan Patani.
jalan kedamaian terbuka luas sebenarnya, biarpun tidak mudah. pertumpahan darah dapat dielakkan jika Siam (Thailand) betul-betul bersikap demokratik dan menghormati hak asasi manusia.
Siam mahukan Patani kekal sebagai wilayahnya. Manakala Kerajaan Malaysia dan OIC mencadangkan pemerintahan autonomi, tapi memaksa ketaatan Patani kepada Siam.
sebenarnya biarlah rakyat Patani menentukan nasib negara bangsa yg mereka inginkan.
Seperti barangkali Kanada yg membenarkan perjuangan kemerdekaan Quebec berlangsung dgn jalan demokratik, menghargai hak nyawa untuk hidup, menghormati hak asasi manusia.
tapi dunia ketiga dan dunia pertama terpisah pada batas taraf hidup - kekayaan manusianya. Kanada dan Siam tidak sama.
Referendum untuk rakyat Patani mungkin adalah jalan terbaik. Namun rakyat Patanilah yang lebih berhak menentukan jalan perjuangan mereka melawan penindasan, merebut kebebasan dan kemerdekaan dari penjajahan Siam.
Kekejaman kerajaan rakus zalim, di mana-manapun sama:
(Gambar-gambar di atas, mangsa pembunuhan kejam oleh penjajah Siam di Bechah Airong, bersumberkan: http://patanikini.wordpress.com/)
sajak ini kutujukan buat para tahanan ISA dulu, kini dan akan dtg selagi akta ini wujud. pertama kali aku baca pd Ogos 2008 Majlis Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), anjuran pejabat Adun Hulu Kelang, Hj. Shaari Sungip dan GMI, di gerai makan Melawati,KL. syabas puat para penganjur acara Syed Ibrahim Syed Noh. hormat buat isteri tahanan tanpa bicara Puan Noorlaila Othman. (gambar di atas, diambil oleh Fendi Kulup Sakah, pd acara tersebut, Black turut menyanyikan lagu khas anti ISA bersama2 dgn keluarga tahanan dan bekas tahanan ISA Shaari Sungip.)
[Dalam sejarah perjuangan melawan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) Ibrahim Mahmud (yang dikenali dengan nama Ibrahim Libya) dan penduduk kampung Memali adalah antara mereka yang paling berani – dengan keras menentang penahanan tanpa bicara hingga derita raga dan jiwa serta terkorban kehilangan nyawa mereka. Maka pergilah mereka meninggalkan kita sebagai syuhada dan pengorbanan yang cukup besar sekali.]
Hari itu Selasa malang, hari tujuh RabbiulAwwal tahun seribu empat ratus enam hijrah. setelah malap cahaya lokap, panjang kembara malam membawa gelap subuh menutup terang matahari, negara, seragam dan senjata mengepung para pejuang yang enggan menyerah, enggan ditahan tanpa kesetaraan enggan ditangkap tanpa kesaksamaan hak manusia penjara tanpa bicara-warisan tuan penjajah mahu rakyat menjadi hamba.
sejahtera keadilan telah ditelan kebusukan huru hara rasuah. merekalah para pejuang menentang kezaliman haloba, tapi ketamakan kuasa tetap serakah nafsunya mentah kedarah para petani dan buruh mereka para pejuang kebenaran hanya penoreh getah
iya mereka hanya himpunan orang-orang kampung; para guru, merinyu malaria, bekerja sendiri, mekanik motorsikal, pemandu, penoreh getah tapi mereka setia segar menghidupkan tanah air yang bukan milik mereka.
Tanah dan air yang telah dirompak bebal nasional, tanah dan air yang telah dijual bodoh nasional mereka - Ibrahim Mahmud dan teman-temannya siap teguh iman perjuangan melawan perisai ampuh kekuasaan Iblis_Syaitan_Act - I SA ISA adalah jaminan selamat buat penguasa rakus menindas dan memeras penguasa pujanya Iblis kuasa penguasa sembahnya Syaitan rasuah penguasa berkuku besi pelindungnya ISA_Iblis Syaitan Act
Akta Keselamatan Dalam Negeri adalah undang-undang yang menyelamatkan para perompak zalim bertopeng alim Akta Keselamatan Dalam Negeri adalah undang-undang yang menyelamatkan para perusuh hak asasi rakyat Akta Keselamatan Dalam Negeri adalah undang-undang yang menyelamatkan perasuah dan penyeleweng kuasa Akta Keselamatan Dalam Negeri adalah undang-undang yang menyelamatkan kepura-puraan Akta Keselamatan Dalam Negeri adalah undang-undang Iblis dan Syaitan, akur aturan perjanjian sesat mengekalkan kuasa sementara,
Pemerintah ketagihan kuasa dadahnya wang dan harta pemimpin khayal dengan serakah erat sayangnya pada angkuh memaksa rapat kasihnya pada sombong memeras begitu dalamnya cinta kuasa memeluk timbunan harta kekayaan rakyat jelata .
ISA gari yang merantai kejujuran, ISA tembok batu, jeriji besi, memisah kasih anak dan isteri, keluarga tercinta ISA adalah tangisan ISA adalah ketakutan
Tapi ISA bagi Ibrahim dan Memali adalah keberanian paling tinggi perjuangan menolak pemenjaraan tanpa bicara pengorbanan nyawa demi merdeka dari menjadi hamba pemerintah yang gila kuasa dan November adalah bulan cukup hitam, sembilan belas hari bulan tahun sembilan belas lapan puluh lima di Baling, siong kekuasaan Bangsat Nasional laparkan darah rakyat murba ketabahan para pejuang cukup sabar teguh berdiri, di balas kereta perisai dan senjata Memali adalah sejarah melawan ISA paling berani merdeka semangat Ibrahim Libya dibalas peluru gegak gempita tembakan adalah sendu kesedihan
maka tumpahlah darah ke tanah air yang kegeringan gugur empat belas orang pejuang syahid menuntut keadilan melawan penahanan tanpa bicara
akal penguasa putus budinya dan dacing timbang berat sebelah tidak seimbang rasa hati telah kabur, pudar dan terhakis benang-benang kusut fikiran hanyut keyakinan tak dapat dikoyakkan kuasa merah mengalir darah merdeka korban ISA dan kekejaman negara syahid para pejuang terpejam mata dalam sejahtera nafas keadilan BN merampas kebahagian keluarga, mencabut nyawa suami dan ayah, para perempuan menjanda dan anak-anak yatim tidak berbapa
BN membunuh kemerdekaan BN membunuh hak asasi manusia BN membunuh kebebasan BN membunuh kesetaraan BN membunuh kesaksamaan
BN telah membunuh: 1. Ustaz Ibrahim Mahmud, Kampung Charok Puteh, Siong, Baling, Kedah 45 tahun, guru dan pendakwah Islam. Beliau meninggalkan seorang balu yang juga telah ditahan beberapa minggu dalam kem tahanan di markas Polis Hutan Sungai Petani, kemudian dipindahkan ke Penjara di Alor Setar sehingga dibebaskan. Beliau meninggalkan lima orang anak, dua orang sedang bersekolah dan tiga orang lagi masih kecil. 2. Ahmad Hassan, Kampung Alor Melentang, Gunung, Alor Setar, 30 tahun, kerja sendiri, bekas pegawai LPN, bekas ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Kedah 1979-1981, bekas Setiausaha Kerja DPPN Kedah 1981-1983. Beliau meninggalkan seorang balu dan empat orang anak yang masih belum bersekolah. 3. Syafie bin Dahaman, Sekolah Menengah Siong, Baling, 30 tahun, guru Sekolah Menegah Siong, meninggalkan seorang balu dan seorang anak. 4. Haji Abdullah bin Haji Abdul Rahman, Mukim Siong Baling, 72 tahun, penoreh getah. Beliau meninggalkan seorang balu dan tujuh orang anak. 5. Abdul Manaf bin Waden, Kampung Becah Sawa, 58 tahun, penoreh getah, meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak. 6. Ghazali bin Mohd Saman, Kampung Becah Sawa, 36 tahun, merinyu malaria, meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak. 7. Mohd Radzi bin Ahmad, Kampung Ubi Memali, 27 tahun, penoreh getah, meninggalkan empat orang anak dan isterinya telah meninggal sejak beberapa lama. 8. Wan Abdullah @ Idris bin Lebai Kadir, Kampung Charok Bunting, Siong, Baling, 32 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak sebahagiannya masih bersekolah. 9. Mohd Aroff bin Hashim, Kampung Becah, Siong, 36 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak. 10. Zamri bin Md Isa, Kampung Charok Puteh, 37 tahun, pemandu; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak. 11. Abdullah bin Yasin, Kampung, Guar Reban, Kupang, 33 tahun, berniaga; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak. 12. Mohd Daud bin Kadir, Kampung Becah Sawa, 53 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak. 13. Ahmad bin Ismail, Kampung Cepir, Sik, 30 tahun, mekanik motosikal; meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak. 14. Haji Abdul Rahman bin Jusoh, Siong, Baling, 69 tahun. Beliau cedera parah dan akhirnya meninggal dunia kerana kecederaan tersebut pada 31 Jan 1986. [1]
Dalam ekologi kehidupan ini, kita akan melihat kitaran makanan dan bahan buangan. Begitu juga dalam kehidupan berkesenian. Akan ada pengguna/pemakan. Akan ada makanan. Dan akan ada bahan buangan - yang disebut sampah, taik ataupun kotoran. Jadi, Sampah Seni adalah rahmat haron. Malah, rahmat haron juga disamping menjadi sampah/kotoran/bahan buangan dalam masa yang sama adalah pelahap pemakan sampah/kotoran/bahan buangan atau dalam bahasa Inggerisnya disebut, "scaRVenger." (ha,ha,ha, tak reti eja)
Tak kisah, ini hakikat seburuk apapun perlu diakui. dah memang buruk takkan nak jadi cantik pula. Yang cantik molek adalah para pemakan yang melahirkan bahan buangan/sampah/kotoran seperti aku. sampahseni@gmail.com
RM 20.00 termasuk kos penghantaran (Malaysia). Tempah di terataknuromar@gmail.com atau beli di Koperasi Kedai Buku DBP KL. Edisi Terhad.
majalah sentAp kontemporer - seni tanpa prejudis
sebuah penerbitan seniman visual kontemporer Malaysia.rm15.klik pada gambar, jika mahu membelinya.
TAK NAK US-FTA!!!!
mari bersama melawan perjanjian perdagangan -kunun- bebas Malaysia dan Amerika Syarikat. free trade agreement-FTA-ini merupakan penjajahan atau perompakan yg cukup nyata sekali.demi masa depan tanah air dan kelangsungan hidup generasi akan datang, kita semua perlu menentangnya