Hari ini aku terlambat ke mahkamah. rasa bersalah juga. tengahari aku sampai, keputusan telahpun diputuskan mahkamah.
Hari ini mahkamah Majistret jalan Duta, menjatuhkan hukuman denda RM 3,900 atau 3 bulan penjara kpd wira-wira mahasiswa yg telah melalui perbicaraan selama bertahun-tahun. 6 org dijatuhkan hukuman bersalah, kecuali Helman Sanuddin yg didapati tidak bersalah dan dibebaskan. manakala Wan Mohd Sanusi Wan Mohd Noor pula tidak dapat dikesan.
ISA 7 merupakan permulaan malap gerakan Mahasiswa di Malaysia. Seramai 7 orang Mahasiswa dibicarakan atas tuduhan terlibat dengan demonstrasi membantah akta zalim ISA yang diadakan di Masjid Negara, pada 8 Jun 2001. Susulan daripada kes ini, kesemua Mahasiswa yang dibicarakan telah digantung (ada juga yg dibuang) universiti walaupun masih belum dibuktikan bersalah.
Mereka yg terkorban, setelah 8 tahun perbicaraan oleh 3 org perdana menteri - ditangkap zaman Madey, dibicarakan zaman Dollah Badawi dan dihukum zaman Rosmah-Najib:
1-Wan Mohd Sanusi Wan Mohd Noor - beliau tidak dapat dikesan.
2-Nik Norhafizi Nik Ibrahim.
3- Zulkefle Idris.
4-Ahmad Kamal Abdul Hamid.
5-Rafzan Ramli.
6-Helman Sanuddin.
7-Khairul Amal Mahmud.
berita lanjut akan menyusul, sila layari www.malaysiakini.com/bm atau http://aminiskandar.wordpress.com/
Showing posts with label Rafzan Ramli. Show all posts
Showing posts with label Rafzan Ramli. Show all posts
Thursday, June 18, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)
