(gambar dari blog adikmaisarah.blogspot.com)Pada hari rabu, 21 April, 2005, Tun Kunun berucap dalam Forum Datuk-datuk Bandar Antarabangsa, di kota Weifang, provinsi Shandong, China. Kunun katanya, kota-kota Asia jangan MENIRU Eropah dan Amerika Syarikat, dengan bangunan pencakar langit dan restoran Mc Donald di setiap sudut jalan-jalan kota:
tahukah kita berapa banyak restoran McDonald di kawasan sekitar Petaling Street, Kota Raya dan Pasar Seni, Kuala Lumpur?Satu di seberang kompleks S&M, satu di Jalan Panggong bersebelahan dengan kedai teh Purple Cane, sebuah lagi dekat dengan Lebuh Ampang, satu di Pasar Seni dan satu lagi di Kota Raya terdapat lima buah restoran McDonald di kawasan yang kira-kiranya tidak sampai satu kilometer persegi itu.
