Showing posts with label gerombolan umno. Show all posts
Showing posts with label gerombolan umno. Show all posts

Thursday, August 20, 2009

dulu umno=Johor, sekarang umno khianat Johor = umno berkubur

Diterbit kembali dari sumber blog From Perak With Love:

Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu, terutama di Johor terserlah, pertamanya, melalui penutupan Sekolah Rendah Agama Negeri Johor. Sekolah-sekolah yang terbabit adalah:


1. Sekolah Agama Darul Ulum Sungai Mati, Muar.
2. Sekolah Agama Waddin, Kampung Melayu, Majidee.
3. Sekolah Agama Jawahir Al-Ulum.
4. Sekolah Agama Khairiah Islamiah, Mersing.
5. Sekolah Agama Tanwiriah, Parit Jawa.
6. Sekolah Agama Lughatul Arabiah, Tangkak.
7. Sekolah Rendah Agama Tanwiriah.

Pada 17 November 1995, Pendaftar Sekolah-Sekolah Agama Jabatan Agama Johor, Mohd Tahir Shamsudin menghantar surat kepada pengetua-pengetua sekolah berkenaan mengucapkan tahniah atas penubuhan sekolah tersebut. Pada 25 Januari 2003, orang yang sama mengarahkan sekolah ditutup. Beliau kini Mufti Negeri Johor. Sebab penutupan atas arahan Kerajaan Negeri Johor.


Penutupan operasi Amanah Saham Johor (ASJ)


Ia ditawarkan kepada orang Melayu semasa pelancarannya 15 Mei 1992 pada harga RM1 seunit. Sehingga tahun 2002, seramai 125,554 orang Melayu Johor menyertainya dengan saiz unitnya sebanyak 300 juta. Ketika mula dilancarkan, Menteri Besar Johor, Dato' Abd Ghani Othman sangat optimis ia akan mencecah RM5 seunit. Sebaliknya, hingga tahun 1997 sahaja, nilainya tinggal 18 sen seunit. Seramai 4,000 pelabur menyertai ASJ dengan meminjam di bank dengan nilai 71 juta unit. Sebahagiannya menjadi bankrap. Kini, ASJ lingkup.


Penyerahan Sekolah Menengah Agama Johor (SMA)


Tawaran untuk menyerahkan SMA kepada Kerajaan Pusat melalui pendaftaran di bawah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) bermula tahun 2005. Ia membabitkan 22 sekolah seluruh Johor. Alasan utama, Kerajaan BN Johor tidak mampu lagi membiayai kos operasinya.

Sekolah Agama Rakyat di Johor sebahagiannya telah gulung tikar kerana pemberhentian geran perkapita zaman Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri tahun 2002; penyerahan 22 buah SMA pula adalah tragedi paling malang! Johor yang terkenal, kononnya, dengan model pendidikan Islam, kini sudah tidak punya apa-apa lagi.


Cuti hari Jumaat kepada hari Ahad

Semenjak sebelum merdeka, rakyat Johor bercuti pada hari Jumaat. Pada zaman penjajahan pun ia tidak diusik. Ketika penghujung pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Besar Johor (1986–1995), beliau tidak semena-semena mengumumkan pertukaran cuti hujung minggu dari Jumaat kepada hari Ahad.

Bantahan luar biasa rakyat Johor termasuk dari istana, tidak dipedulikan. Inilah jasa terbesar Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika ini kepada umat Islam Johor.


Nasib peneroka Felda Cahaya Baru, Masai

Felda Cahaya Baru dibuka tahun 1960 dan menempatkan 431 peneroka Felda yang ditanam getah. Tahun 1990, tercetus idea membangunkan kawasan felda berkenaan yang diterajui pimpinan Umno tempatan dengan restu Menteri Besar Johor ketika itu, Muhyiddin Yassin. Syarikat Cahaya Baru Development Berhad (CBDB) ditubuhkan tahun 1995 dan peneroka dijanjikan pampasan sebanyak RM1.2 juta hingga RM1.4juta.

Tanah peneroka telah dikaveat dan mereka diperdaya menanda tangani surat wakil kuasa (power attorney) sedangkan pampasan yang diterima hanya setakat RM120,000 sahaja. Sampai hari ini peneroka menunggu seperti buah yang tidak gugur. Peneroka Felda Cahaya Baru hilang tanah dan menjadi miskin!


Public Utilities Board (PUB) - Lembaga Awam Singapura Empangan Linggi


Dibina pada tahun 1988 dan siap tahun 1994 di zaman Muhyiddin Yassin Menteri Besar Johor. Ia melibatkan tanah seluas 21,600 hektar sebagai kawasan tadahan air milik Singapura dengan kapasiti simpanan air 763 juta kubik meter padu. Terletak di Jalan Kota Tinggi Kluang yang berdekatan Bandar Tenggara.
Empangan ini melibatkan tiga daerah iaitu Kota Tinggi, Kluang dan Mersing dan berada dalan koordinat 0 yang strategik dari sudut keselamatan. Pembinaannya dibantah oleh PAS dan banyak NGO. Ia terletak berhampiran penempatan Melayu terbesar di Johor. Kawasan yang begitu luas diberi dan sejauh mana hasil balak yang dikeluarkan telah memberi manfaat rakyat negeri Johor yang dikatakan nilainya berbilion ringgit.


Kezaliman ke atas penduduk Melayu Kg Plentong Tengah, Pasir Gudang (

Penduduk meneroka tanah berkenaan pada tahun 1985 apabila dimaklumkan tanah tersebut tiada pemilik. Bagaimanapun syarikat Mosbert, Jet Ace Company dan kemudiannya Oakfield mengaku sebagai empunya tanah berkenaan. Seterusnya Oakfield menjual tanah tersebut kepada Bukit Lenang Development Sdn Bhd.

Sebanyak 310 rumah yang dimiliki seratus peratus orang Melayu telah dirobohkan oleh pemaju yang menang tuntutannya di Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 16 Oktober 2008. Pemimpin Umno Johor dan bahagian Pasir Gudang yang diketuai Dato' Khaled Nordin berlepas tangan manakala Menteri Besar mendakwa penduduk adalah setinggan dan wajar keluar dari tanah berkenaan.

Tiada pampasan yang wajar dan segala janji-janji untuk diberi penempatan semula sampai hari ini tidak dikotakan. Nasib mereka teramat jauh lebih teruk dilayan jika dibandingkan dengan 23 keluarga India di Kg Buah Pala!

Monday, June 15, 2009

Nizar dihalau dari parlimen; apa lagi yg nak dirunding???!!!

di mana-mana inilah beritanya:
"NIZAR DAN 4 MP DIGANTUNG PARLIMEN
, Lima ahli parlimen, termasuk Nizar Jamaluddin yang baru mengangkat sumpah pagi ini, diperintah meninggalkan Dewan Rakyat selepas mendesak DUN Perak dibubarkan. Selain Mohammad Nizar, mereka yang mengalami nasib yang sama: Ngeh Khoo Ham (DAP-Beruas), Nga Kor Ming (DAP-Taiping), N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) and Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena)."

inilah namanya perpaduan! inilah ertinya rundingan!

perjuangan di Perak adalah perjuangan PEmbebasan RAKyat dari belenggu kezaliman, haloba kerakusan kuasa membolot harta. Perak adalah kesatuan semangat rakyat yg luas, kukuh dan padu melangkaui tuntutan parti-parti politik Pakatan Rakyat atau gerombolan Umno-Bangsat Nasional. tuntutan yg mudah, adil, waras, wajar dan menjadi wajib - bubarkan DUN Perak dan diadakan pilihanraya kecil yg bebas bersih dan adil - biarkan rakyat memilih. kembalikan demokrasi dalam erti kata kekuasaan rakyat.

tuntutan ini, bukan saja lahir dari suara2 pembangkang malahan badan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam). suara2 tua yg mula terlepas kuasa kediktatorannya seperti Dr. Mahathir dan Kadeer Jasin juga membuat kenyataan yg kununnya sama apa nama BUBARKAN DUN PERAK!!!

Sunday, June 14, 2009

makna lawatan 8hari Lee Kuan Yew

tidak, aku tidak melihat lawatan Lee Kuan Yew (LKY) ke sini dari sudut perkauman Cina dan Melayu. kedaulatan tanah air adalah tentang perpaduan rakyat berbilang kaum, agama, budaya memelihara kemerdekaannya dari penjajahan dan penindasan baik dr dlm atau dr luar.
kita jangan melihat LKY sepertimana yg diinginkan Dr.Mahathir, seorg Cina (yg kaumnya Cina memusuhi Melayu, yg mendiskriminasikan kaum Melayu dlm sistem pentadbiran Singapura), akhirnya LKY menjadi lambang kebencian Melayu pd Cina, pastinya yg untung kekuasaan politik Dr. Mahathir.

LKY samalah seperti pentadbiran negara-senjata-korporat-keparat Amerika Syarikat, yg menjadi momok-hantu-makhluk asing, sasaran ketakutan akan nasib rakyat berbilang kaum Malaysia, untuk itu rakyat perlu menyokong wira dunia ketiga Dr. Mahathir dan partinya gerombolan United Malay National Organization.


di belakang tirai umum atau dlm keadaan rahsia, Tun Kunun itu menyelinap ke bilik hotel perdana menteri Israel, Ariel Sharon, berunding dalam pertemuan yg mengundang kehadiran pemain kriket Israel di Kuala Lumpur, biarpun Malaysia tidak ada hubungan diplomatik dgn negara Zionis itu. atau membayar pelobi Zionis, Jack Abramoff bagi mengatur pertemuan dgn George Bush, waktu dia menjd presiden A.S. ataupun dulu perunding imej wira dunia ketiga anti israel itu ialah Saatchi and Saatchi serta menjadi perunding pengiklanan pilihanraya gerombolan Umno dan BN.

Lee Kuan Yew bukanlah musuh yg perlu kita semua takuti. Singapura, parti PAP dan keberlangsungan kehidupan masyarakat pulau itu amat bergantung harap pada ehsan sumber alam dan manusia semenanjung Malaysia. cuma kita marah bilamana kedaulatan tanah dan air dijual sesuka hati, tanpa ketelusan, dgn belit penipuan poliTIKUS. seperti tanah empangan Linggiu, di KOta TInggi, Johor seluas 25, 000 ekar yg kini sudahpun terlepas ke tangan Singapura. kita marah pd kepura-puraan poliTIKUS!

dilaporkan lawatan LKY 8hari ini, sbg. seorang negarawan???kita tidak akan melupakan mangsa2 kekejaman LKY, kita tidak mahu mengiktiraf diktator kejam ini sbg seorg negarawan. Chia Thye Poh yg dipenjara tanpa bicara selama 32 tahun - lebih lama daripada Nelson Mandela. atau pemenjaraan dan penyiksaan Lim Chin Siong. atau siri2 operasi ISA - operasi Cold Store, operasi Pechah, operasi Spektrum dll. Ho Piao, Tan Jing Quee, Teo Soh Lung, Wong Souk Yee, ribuan musuh2 politik LKY yg telah ditangkap, ditahan tanpa bicara dibawah undang2 warisan penjajah Inggeris - ISA, atau disaman bankrupkan, atau dipendam diam2 dgn ugutan senjata, penjara dan undang2 kejamnya.

ataupun pemenjaraan bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu, Said Zahari yg dipenjara ISA selama 17 tahun. hairan tak terdgr. bunyi suara soalan para wartawan jaguh2 kebebasan media bertanyakan soalan tentang pemenjaraan Said Zahari -yg BELUM PERNAH DIJWB LKY!- dan para patriot Singapura yg ditindas LKY ini.

di perak, LKY selaku wakil empayar Amerika Syarikat (A.S) memilih bertemu menteri besar pilihan mahkamah berbanding MB Nizar Jamaludin pilihan rakyat - terbukti pd p/raya parlimen Bukit Gantang.

setelah lawatan 'negarawan tunggal' Singapura ini, kita akan masuk ke fajar baru hubungan politik Malaysia-Singapura. kalau dulu di depan mcm kunun berlawan, di belakang mata umum berkawan baik. hari ini, oleh kerana ramai yg telah tahu, maka hubungan intim gerombolan Umno itu tak perlulah disembunyi sorokkan lagi:

p/s barangkali juga lawatan LKY ini utk meninjau-ninjau kemungkinan Malaysia menandatangani perjanjian perdagangan kunun bebas FTA (free trade agreement) dgn A.S, pusingan rundingan selanjutnya bulan Julai ini.

-poliTIKUS=politikus tipu dan rakus

Saturday, June 6, 2009

Paranoya Warna*

Kadangkala warna adalah bahasa. Seperti kata-kata yang membawa beragam rencam makna. Tetapi makna yang sebenarnya tetaplah pada mata para pembaca yang menaksir kefahaman pesanannya. Tidak berapa lama dahulu, menjelang pilihanraya 1999, kita dapat melihat bagaimana logo Petronas ditukar dengan tergesa-gesa. Ini dibuat hanya kerana logo lama Petronas itu dianggap menyerupai lambang parti Pas dengan bentuk bulat putih di tengah dan berlatar belakangkan hijau. Sekarang ini cap dagang Petronas berupa bulatan hijau sepenuhnya, bergelang putih dan mengekalkan warna latar belakangnya.

Isu logo Petronas waktu itu mula ditimbulkan pada Perhimpunan Agung gerombolan United Malay National Organization (Umno) tahun 1999. Wakil gerombolan Umno Pahang, Senator Abdul Aziz Abdul Rahman, menyatakan ketakutan bayang-bayang hodoh partinya sendiri. Katanya, “penggunaan logo syarikat itu di sebuah stesen minyak di Temerloh menyerupai lambang Pas.”

Berikutan itu, Petronas mengarahkan anak syarikatnya, Petronas Dagangan Berhad, meminda tanda pamer di lebih 200 stesennya. Arahan ini dibuat atas persetujuan bersama perdana menteri pada waktu itu, Dr Mahathir Mohamad, Timbalannya, Dollah Badawi dan menteri kewangan merangkap orang kaya gerombolan, Daim Zainuddin.

Kemudian, kalau kita masih ingat dan belum lupakan perubahan perlahan-lahan warna merah putih dijadikan warna teksi. Ia bermula dengan 200 permit teksi kepunyaan menteri pengangkutan era Napsiah Omar. Sekarang teksi hanya berwarna merah dan putih – konon warna gerombolan Umno. Biarpun merah putih adalah warna warisan tamadun serantau sejak Langkasuka, Srivijaya.

Berbagai rentetan peristiwa perjuangan dan penentangan rakyat dilambangkan pada pilihan warna warninya. Misalnya, pada November 2007, Gabungan Untuk Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) berjaya menganjurkan perhimpunan ratusan ribu rakyat dengan satu warna tema-kuning. Maka hari-hari menjelang perhimpunan diselubungi rasa paranoya (kemungkinan perasaan dalam bahaya) dan fobia (ketakutan melampau) pada warna. Paranoya dan fobia ini datang dari ketua polis negara, Musa Hasan sendiri. Dia menegaskan, “sesiapa yang memakai kemeja kuning akan ditangkap.”

Manakala kalau kita bercakap tentang gerakan Hindraf, rakyat Malaysia berketurunan India, beragama Hindu, kita tidak akan dapat lari daripada penggunaan warna kuning oren. Selain dianggap sebagai warna suci masyarakat Hindu, ia menjadi simbol penyatuan gerakan Hindraf. Namun dalam banyak perhimpunan awam dan bantahan, polis menangkap mereka yang berketurunan India dan berbaju oren. Lawaknya, ada juga yang bukan terdiri daripada penyokong dan ahli Hindraf. Dengan alasan, “oren adalah warna Hindraf.”

Umum kiranya amat sedar akan isu bantahan terhadap dasar bebal Pengajaran Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI). Hasil permuafakatan tokoh-tokoh budayawan, sasterawan tersohor tanah air seperti Dr. Fuad Hasan, A. Samad Said, Profesor Abdullah, Baha Zain, Ainon Muhammad, Profesor Nik Safiah Karim dan ramai lagi maka lahirlah Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP). GMP pula memilih warna putih sebagai warna tema perhimpunan ribuan rakyat jelata pada 7 Mac lalu itu. Maka terdengarlah laporan, ramai yang terkandas atau ditahan dalam sekatan jalan raya, hanya gara-gara memakai baju berwarna putih. Lucunya ada seorang teman yang berbaju putih ditahan polis dalam sekatan jalanraya. Teman itu kemudiannya dihalang untuk masuk ke kawasan dalam bandar Kuala Lumpur. Teman yang tidakpun mengetahui tentang isu bantahan GMP itu, tiba-tiba menjadi tahu dan timbul simpatinya untuk membantah PPSMI.

Bilamana gerombolan Umno telah terlalu banyak berbuat salah pada rakyat jelata, maka warnapun menjadi kecurigaan mereka. Syak wasangka buruk ditambah perasaan fobia dan paranoya melampau menyebabkan gerombolan dan perkakas polisnya cukup sensitif pada warna. Hinggalah gerombolan jatuh ke tahap kesakitan jiwa yang hebat, kedengkian, fobia dan paranoya pada warna-warna pilihan rakyat. Maka bukan saja, gerombolan dan perkakasnya memburu dan membenci para penggerak, penggiat sebarang gerakan hak-hak rakyat, malahan mereka telah terjelepuk jatuh ke jurang kegilaan, hinggakan sanggup juga memburu dan membenci warna.

Kegilaan fobia gerombolan pada warna tidak pernah pudar begitu sahaja. Kerana memang bukan mudah membuang rasa takut, apatah lagi Bebal Nasional dengan tanggungan beban dosa cukup berat kesalahan mereka pada rakyat. Rasuah berleluasa, keganasan perkakas gerombolan Umno seperti polis, kehakiman tidak adil, pilihanraya penipuan, perampasan tanah, penswastaan dan senarai panjang penindasan selama 50 tahun.

Malam 5 Mei yang dulu, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menahan reman jurucakap Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) Wong Chin Huat selama tiga hari bagi siasatan dibawah Akta Hasutan. Chin Huat ditangkap kira-kira jam 8 malam di rumahnya, Taman Seri Sentosa, Kuala Lumpur. Laman berita Malaysiakini.com melaporkan, pensyarah kajian media di sebuah universiti tempatan itu kemudian dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan. Chin Huat disoal siasat sebelum dipindahkan ke suatu tempat yang tidak diketahui sejurus selepas tengah malam 5 Mei itu. Menurut pengarah jabatan polis itu, Koh Hong Sun, “ Wong yang ditahan di bawah akta tersebut kerana menulis rencana berkaitan kempen "1Black Malaysia".

Tindakan polis itu berkaitan dengan kempen berbaju hitam pada 7 Mei 2009, hari DUN Perak mula bersidang. Warna hitam dipilih sebagai tanda membantah persidangan DUN Perak yang disifatkan sebagai "tidak mengikut perlembagaan." Sekali lagi, ketua polis negara yang bakal pencen tidak lama lagi, Musa Hitam mengeluarkan amaran larangan terhadap warna hitam. Keras suara Musa bertegas,”para penyokong parti politik diingatkan supaya tidak menimbulkan suasana tegang dengan berkumpul beramai-ramai serta memakai baju berwarna hitam ketika berlangsungnya persidangan Dewan Undangan Negeri Perak.”

Nampaknya, selain merampas hak rakyat Malaysia untuk bebas bersuara, berhimpun dan berpersatuan yang dijamin perlembagaan, gerombolan Umno turut gugup serta bertindak bebal cuba mengharamkan pelangi warna warni pilihan rakyat. Keindahan dan lambang semangat daripada warna-warni ini menjadi hantu gelap yang siap menakut-nakutkan gerombolan Bebal Nasional. Gerombolan tidak dapat diselamatkan lagi, mereka sudah kehilangan warna! Yang ditakutkan sebenarnya bukanlah warna, tapi lambang yg dibawa oleh warna itu. Seperti Pas yg dinafikan logo bulan sabit dan bintang warna putih dengan latar hijau.

+pertama kali terbit di Suara Keadilan, Mei 2009 lalu.