Showing posts with label jangan melawak. Show all posts
Showing posts with label jangan melawak. Show all posts

Thursday, June 4, 2009

baju Mickey Mao dirampas

ini dah tahap parah dah. terbaca di blog Sharon Bakar yg mengutip laporan akbar Malay Mail. kemarin sebuah gerai yg menjual t-shirt imej Mickey Mouse didatangi kakitangan Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran. sekitar 80 helai t-shirt telah dirampas. KDN memberi alasan gambar pada baju tersebut mahu mempromosikan komunisme.

atau sebenarnya KDN PEMBELA Mao Ze Dong. maklumlah, PM dan rombongannya baru pulang dari mengadap komunis China. KDN tidak sanggup melihat Pengerusi Mao disamakan dgn watak kartun Mickey Mouse. mana mungkin KDN membenarkan wajah komunis Pengerusi Mao dicantumkan dengan imej kapitalis Hollywood itu.

tapi tak tau jugak. nak bela Mao Zedong ker nak bela Mickey Mouse ni?musykil