Showing posts with label malaysia. Show all posts
Showing posts with label malaysia. Show all posts

Tuesday, March 18, 2014

Mkini: Pengurusan tahi nuklear

http://www.malaysiakini.com/columns/257361

[Sebelum saya menyampaikan isi tulisan kali ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan simpati terutamanya kepada ahli keluarga, teman-teman dekat para penumpang dan kakitangan pesawat MH370. Hanya doa yang mampu saya kirimkan.]

Baik, pada 11 Mac yang lalu, genaplah tiga tahun malapetaka nuklear di Fukushima, Jepun. Ia juga ulang tahun bencana alam gempa bumi dan tsunami.

Gempa bumi tersebut berskala 9.0 skala richter yang kemudiannya bertukar menjadi ombak ganas tsunami yang mengorbankan kira-kira 18,000 orang mangsa.

Tsunami itulah yang mencetuskan kemalangan di loji nuklear Fukushima. Menurut laporan Al Jazeera, meskipun tidak ada yang meninggal dunia sebagai kesan langsung kebocoran loji nuklear di Fukushima, kira-kira 1,650 orang penduduk di kawasan tersebut meninggal dunia akibat tekanan jiwa dan masalah-masalah lain selepas kejadian kebocoran loji nuklear tersebut.

Malapetaka nuklear Fukushima menunjukkan kepada kita bahawa reaktor nuklear sangat-sangat berbahaya. Ia membawa bahana terhadap alam sekitar, kesihatan para penduduk dan juga ekonomi negara.

Di Fukushima beban kos kewangan akibat kebocoran loji nuklearnya terpaksa ditanggung pihak awam (orang ramai). Syarikat yang mereka bentuk, membina dan mengoperasikan loji tersebut lepas tangan dengan senang hati.

Kehidupan ratusan ribu manusia terjejas teruk akibat malapetaka nuklear Fukushima. Khususnya 160,000 orang yang meninggalkan tanah dan kediaman mereka kerana pencemaran radioaktif dan terus hidup dalam ketidaktentuan.



Menurut laporan NGO alam sekitar Greenpeace, 160,000 orang ini
hidup terawang-awang tanpa pampasan yang adil, saksama dan tepat pada masanya. Mereka diberikan harapan palsu bahawa suatu hari nanti mereka akan dapat pulang ke rumah dan tanah masing-masing.

Jerman tutup 2022

Anehnya kerajaan Jepun bersungguh-sungguh mahu memulakan semula operasi loji-loji nuklearnya.

Meskipun ia bertentangan dengan hasrat rakyat Jepun, namun tindakan kerajaan Jepun itu menunjukkan pengalaman malapetaka Fukushima tidak mengajar apa-apa.

Baru-baru ini ribuan warga Jepun telah turun ke jalan raya membantah rancangan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe untuk memulakan semula program nuklear mereka.

Sebenarnya, tidak ada satupun dari 436 loji reaktor nuklear di seluruh dunia yang kebal daripada kesilapan manusia, bencana alam mahupun kejadian-kejadian yang boleh mencetuskan kecelakaan.

Bayangkan jika ada kapal terbang yang dirampas pengganas lalu merempuh loji nuklear. Justeru itu jutaan manusia yang hidup dan tinggal berdekatan dengan loji nuklear terdedah kepada risiko kemudaratan.

Ya, Jerman, sebuah negara maju dan industri paling besar di dunia yang terkenal dengan kecekapan serta ketepatannya itu mahu menutup operasi loji-loji nuklearnya.

Canselornya, Angela Merkel mengumumkanpenutupan kesemua loji-lojinya menjelang tahun 2022.

Aneh sungguh, kerajaan Malaysia sedang merancang mahu membina loji-loji nuklear di sini.

Menurut World Nuclear Association, pada bulan Jun 2009 kerajaan Malaysia telah memutuskan secara rasminya untuk mengambil kira tenaga nuklear bagi menjana elektrik negara.

'Fikir Nuklear, Fikir Hijau'

Pada awal tahun 2010 pula, kerajaan Malaysia telah memperuntukkan belanjawan sebanyak RM7 bilion bagi membina loji nuklear dan pada bulan Mei tahun yang sama, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air telah ditugaskan untuk mencari tapak bersesuaian bagi membina loji nuklear. Ia agar unit pertama loji nuklear dapat beroperasi menjelang tahun 2021.

Dilaporkan tapak-tapak yang sesuai itu terletak di satu tempat di Kedah, dua di Perak, dua di Johor dan dua di Terengganu.

Seterusnya pada bulan 11 Januari 2011, tertubuhlah MalaysiaNuclear Power Corporation (MNPC).

Penubuhan MNPC ini di bawah Program Transformasi Ekonomi. MNPC ditugaskan untuk menjadi pelopor yang mengatur rancangan pembinaan loji nuklear dalam jangka waktu selama 12 tahun.

Tahun 2014 ini dianggap sangat penting sehingga disebut point of no return kerana kontrak akan dianugerahkan kepada kontraktor-kontraktor antarabangsa bagi membina loji nuklear.

Jikalau kontrak sudah dianugerahkan, maka sangat susah untuk ditarik balik.

Seterusnya, Tenaga Nasional Berhad juga sedang giat berkempen “Fikir Nuklear, Fikir Hijau”. Sebetulnya, slogan kempen ini tidak benar. Teknologi nuklear bukanlah teknologi hijau.

Pada November 2000, persidangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengenai perubahan cuaca dunia di The Hague, Belanda telah mengenal pasti tenaga nuklear sebagai kotor, berbahaya dan teknologi yang tidak diperlukan.

Selanjutnya, Sidang Pembangunan Mapan PBB turut enggan memberi label nuklear sebagai teknologi mapan pada April 2001.

Surat pemenang Nobel

Menjelang ulang tahun ke 25 tragedi Chernobyl, di Ukraine, juga 6 minggu selepas malapetaka Fukushima di Jepun, seramai sembilan orang pemenang Hadiah Nobel menulis surat mendesak para pemimpin dunia agar melabur dalam bentuk-bentuk tenaga yang boleh diperbaharui.

Mereka telah menghantar surat terbuka kepada 31 orang ketua kerajaan, yang mana negaranya sedang melabur dengan banyaknya dalam pengeluaran tenaga nuklear, atau sedang mempertimbangkan untuk melabur dalam tenaga nuklear.

Para pemenang Hadiah Nobel ini menegaskan:

“Terdapat lebih 400 loji nuklear di seluruh dunia – banyak loji tersebut berada di tempat yang berisiko tinggi bencana alam atau pergolakan politik. Loji-loji ini hanya menyediakan kurang daripada 7 peratus bekalan tenaga dunia. Selaku para pemimpin dunia, anda boleh bekerjasama untuk menggantikan jumlah tenaga kecil ini dengan sumber tenaga yang sedia ada, sangat selamat dan murah ke arah masa depan bebas karbon serta bebas nuklear.”

Surat tersebut bertarikh 26 April 2011. Antara yang menandatangani surat tersebut ialah pemenang Hadiah Nobel Ketua Biskop Desmond Tutu, Afrika Selatan (1986), Presiden Jose Ramos Horta, Timor Timur (1996) dan Wangari Maathai, Kenya (2004).

Tahun demi tahun, loji demi loji, pastilah tahinya yang beracun itu akan menimbun banyaknya kerana ia tidak boleh dikitar semula.

Sisa atau tahi nuklear saja kekal selama ratusan ribu tahun. Adakah ini yang mahu kita wariskan kepada generasi mendatang? Pengurusan tahi nuklear?

Dalam keadaan rasuah, pecah amanah, penyelewengan kuasa, tanpa ketelusan dan sifar pertanggungjawaban yang berleluasa, bolehkah Malaysia menguruskan loji nuklear?


RAHMAT HARON seorang seniman outsider.
 

Tuesday, July 12, 2011

Tuesday, December 21, 2010

SYabas, Amerika Syarikat iktiraf Malaysia:

1) perdagangan bebas
2) pematuhan kepada undang-undang antarabangsa,
3) ketelusan dalam penggunaan laluan maritim antarabangsa,
4) ruang angkasa dan alam siber.

Yes Boss is awesome!!! Yes Sir is fantastic!!!
sumber:
http://www.malaysiakini.com/news/151312

Misi keamanan dan kemanusiaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di peringkat antarabangsa sepanjang tahun 2010 ketara semakin menyerlah, dan tahun ini ia menerima pengiktirafan Amerika Syarikat.

Amerika mengakui bahawa pendekatan ATM menangani konflik dan isu global ketika melakukan tugasan antarabangsa tanpa menggunakan keganasan sebagai suatu usaha terpuji dan boleh dijadikan sebagai rakan yang penting di rantau ini, buat negara-negara besar.

Setiausaha Pertahanan Amerika Robert Gates berkata pendirian sederhana Malaysia dalam menangani isu global diterjemahkan ATM menerusi perdagangan bebas, pematuhan kepada undang-undang antarabangsa, ketelusan dalam penggunaan laluan maritim antarabangsa, ruang angkasa dan alam siber.

Beliau berkata demikian ketika mengunjungi Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada 9 November lepas.

Ahmad Zahid berkata kombinasi anggota daripada tiga perkhidmatan dalam kontinjen Malaysia iaitu Tentera Darat, Laut dan Udara dalam misi pengaman itu menjadi model terbaik ATM dalam melaksanakan misi pengaman.

Jalinan kerjasama dan integrasi yang mantap itu menghasilkan pencapaian yang terbaik sehingga mendapat pujian dan penghargaan daripada pelbagai pihak, bukan sahaja dari negara-negara kuasa besar tetapi juga termasuk dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Antara misi pengaman itu ialah pemergian mereka ke Lubnan melalui kumpulan Kontinjen Malaysia, Malcon dan Malbat, yang terlibat dalam operasi keselamatan dan kestabilan di negara bergolak itu sepanjang tahun, yang bermula sejak awal tahun ini.

ATM juga diberi kepercayaan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) apabila kawasan yang diletakkan di bawah tanggungjawab mereka di negara itu diperluaskan iaitu daripada lapan kilometer persegi kepada 14 kilometer persegi.

Selain pasukan Malcon dan Malbat, Malaysia turut menghantar tenteranya ke Afghanistan pada bulan Julai dan September lepas yang dikenali sebagai Malcon Isaf bagi membantu membina serta membangunkan semula Afghanistan.

Kerajaan Afghanistan melihat Malaysia sebagai negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang aktif melibatkan diri dalam misi bantuan kemanusiaan.

Sehubungan itu kerajaan Afghanistan meminta bantuan Malaysia dalam pembangunan semula negara yang musnah dan mundur akibat peperangan yang panjang itu.

Penglibatan pasukan pertahanan Malaysia dalam misi bantuan tidak terbatas di luar negara sahaja tetapi juga termasuk dalam tugas-tugas membantu rakyat Malaysia.

Di dalam negeri, ATM menyediakan pesawat bagi membawa pulang 401 rakyat Malaysia yang terkandas di Yogyakarta, Solo, Indonesia berikutan kejadian letusan Gunung Merapi.

Kesemua mereka dibawa pulang pada 7 November lepas dengan menaiki tiga pesawat C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang mendarat di Pangkalan Subang dekat Kuala Lumpur.

ATM turut menubuhkan pasukan khas bagi membantu mangsa banjir di Kedah dan Perlis pada akhir Oktober dan awal November.

Ahmad Zahid berkata pembentukan pasukan khas bersama-sama Polis Diraja Malaysia itu adalah satu tanggungjawab sosial bagi membantu mangsa yang terjejas teruk akibat banjir.

Turut membantu ialah 200 anggota Rejimen Askar Wataniah dan Kor Jurutera ATM yang digerakkan bagi menjalankan kerja membaik pulih kemudahan awam yang rosak di negeri-negeri berkenaan.

Di samping tugas-tugas kemanusiaan, Kementerian Pertahanan juga mencatat sejarah apabila memeterai kontrak dan perjanjian bernilai kira-kira RM25 billion pada Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia 2010 (DSA 2010) yang mana merupakan jumlah tertinggi yang pernah direkodkan pada pameran pertahanan itu sejak ia diperkenalkan pada 1988.

Daripada jumlah keseluruhan, RM15 bilion membabitkan nilai perjanjian firma terkemuka Rusia yang merupakan antara pengeluar jet pejuang termoden dunia, Irkut Aviation Corporation dengan Kementerian Pertahanan.

Perjanjian dengan Irkut itu meliputi tiga aspek utama iaitu pembekalan alat ganti ketenteraan, sistem persenjataan dan pengeluaran komponen aeroangkasa untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.

Selain itu, 20 perjanjian bernilai RM10.36 bilion turut ditandatangani oleh Kementerian Pertahanan dan agensi berkaitan lain, yang membabitkan 11 syarikat, termasuk lima firma asing, sempena empat hari berlangsungnya DSA2010 yang bermula pada 22 April lepas.

Kementerian juga bakal mewujudkan sebuah kompleks Angkatan Bersama sebagai satu markas strategik untuk tujuan latihan kompetensi bagi pegawai dan anggota ATM.

Markas itu dirancang akan dibina di Pangkalan Udara Subang, Selangor pada tahun depan sebagai memantapkan kesiagaan pegawai dan anggota bagi mengukuhkan jentera ATM.

--Bernama

Friday, September 11, 2009

Malaysia:telah wujud pd. September 1937


Malaysia adalah projek kolonial. benar, seperti buku ini yg terbit pd September 1937


projek penjajahan bentuk baru, empayar baru dolar dan tentera Amerika Syarikat (A.S). Projek yg kununnya bertitik tolak dari hasrat murni A.S utk membebaskan tanah jajahan Inggeris, tetapi dgn niat jahat, menjajahnya dlm bentuk baru.

Kemudiannya, projek kolonial A.S mendapat akal jahat, angan2 paling bodoh bergelar teori domino, iaitu setelah Vietnam menjadi negara komunis, maka satu demi satu negara2 di Asia Tenggara akan menjadi negara komunis.Hal ini ditulis Pak Said Zahari, yang dipenjara ISA oleh Lee Kuan Yew di singapura, selama 17 tahun tanpa bicara, dalam buku memoirnya "Meniti lautan gelora."

Antara sasaran projek kolonial A.S ini adalah menubuhkan negara Malaysia; melucutkan gagasan Nusantara Melayu Raya; menggulingkan presiden Sukarno; menghapuskan kekuatan rakyat Indonesia yg anti penjajahan - bentuk baru dan lama - dari kuasa kolonial barat. hari ini kita dapat melihat fakta2 ini secara terperinci dengan terbitnya dokumen2 rahsia CIA seperti ini (sila klik Foreign Relations, 1964-1968, Indonesia; Malaysia-Singapore; Philippines.Editor: Edward C. Keefer General Editor: David S. Patterson, United States Government Printing Office, Washington, 2001.)

mujur A.S punya akta kebebasan maklumat sekarang, jadi kita semua boleh menyelidik dokumen2 yg dianggap sulit dan rahsia dulunya hanya pada capaian internet.

Bermula dengan cadangan penubuhan Malaysia, kemudian konfrontasi Malaysia-Indonesia, perjuangan rakyat Kalimantan Utara, serangan Indonesia ke Malaysia-yg dipercayai disabotaj Jenderal Suharto, apabila tempat mendarat payung terjun tentera Indonesia telah dikenalpasti bocor rahsianya atau kecekapan risikan tentera Malaysia? Seiring dengan kegagalan operasi ketenteraan Sukarno ke atas Malaysia, rentetan satu demi satu peristiwa yang akhirnya membawa kepada peristiwa rampasan kuasa oleh Jenderal Suharto, yg didukung CIA, diikuti dengan pembunuhan hampir satu juta rakyat Indonesia pada tahun 1965-1966 atas alasan memerangi komunisme. Sebaliknya rejim Suharto terbukti tidak lebih sebagai rejim boneka A.S.

nama Malaysia telah ada dalam gagasan kuasa penjajahan Barat sejak dicatat dalam peta Sepanyol kurun ke 16. lebih kukuh lagi, Malaysia sebagai gagasan asing kuasa imperialis A.S, dicatat pada judul buku Malaysia: a study in Direct and Indirect Rules, tulisan profesor Universiti Havard merangkap penasihat luar A.S, Rupert Emerson yang jelas mengkritik pentadbiran kolonial Inggeris dalam suatu gagasan geografi yang bernama Malaysia, peta dan sempada kekuasaan negara. buku itu diterbitkan Macmillan New York pada tahun 1937, tahun2 orang2 di sini sedang marak semangatnya dengan cita-cita dan hasrat Melayu Raya Nusantara, tahun2 org2 di sini belum lagi mengerti atau peduli pada makna dari kata Malaysia. tahun2 kesetiaan rakyat Tanah Melayu pada negeri dan raja2nya, tahun2 inggeris masih lagi penjajah ke atas wilayah dengan nama - Negeri2 Melayu Bersekutu, Negeri2 Melayu tidak bersekutu, Negeri2 Selat, Borneo-Sabah, Sarawak dan Brunei.

gagasan A.S tentang Malaysia sepertimana yg dihasratkan Rupert Emerson menjadi kenyataan pada tahun 16 September 1963 bilamana Singapura, Tanah Melayu (atau suka dikenal sebagai Malaya), Sabah dan Sarawak bersama-sama menubuhkan Malaysia. Brunei di saat akhir, menarik diri daripada menyertai Malaysia, dan kekal dibawah naungan jajahan Inggeris hingga ke tahun 1984. manakala Singapura pula menyertai Malaysia setakat tahun 1965.

pendokong gagasan Nusantara Melayu Raya seperti Lim Chin Siong dan Said Zahari yang menentang penubuhan Malaysia sebagai projek kolonial A.S, juga beranggapan Singapura sememangnya sudah menjadi bahagian Tanah Melayu, tidak timbul persoalan tentang Singapura masuk Malaysia. kita tidak akan semudahnya melupakan derita suatu pengorbanan cita2 masa lalu yg gagal. perlembagaan rakyat dan gabungan Putera AMCJA, perang anti British darurat, dan kemerdekaan, Barisan Sosialis dan penangkapan ISA terhadap hampir kesemua wakil rakyat Parti Rakyat dan Parti Buruh-Adun, Ahli Parlimen, Ahli Pihak Berkuasa Tempatan, juga pemimpin bahagian dan cawangan, pengharaman pilihanraya majlis tempatan atas kemenangan hampir seluruh kerusi kepada Barisan Sosialis. Presiden Pas, Dr Burhanudin Al-Helmy juga turut merengkok di dalam ISA atas tuduhan kununnya menentang penubuhan Malaysia.

sekarang kita mesti belajar menjadi Malaysia yang baru, dari semua kegagalannya. apakah akan dtg kita akan terus mengadap pengajaran dari kegagalan masakini, atau kejayaannya, untuk aku, usah dipedulikan. kita hanya perlu mencuba, kalau tak cuba, kita tak tahu.

Monday, June 15, 2009

Kunun Dr.M vs Mental LKY

seperti yg telah diduga, lawatan Harry Lee Kuan Yew (LKY) ini akan cuba diolah Dr. Mahathir dalam kerangka perkauman Melayu dan Cina, cerita org2 Melayu kehilangan kuasa, ketamakan dan kerakusan kuasa org2 Cina.

lawatan 8Hari LKY ini berguna besar dlm mengukuhkan ideologi ketuanan Melayu gerombolan Umno. Tun Kunun dlm catatan blognya, menamakan Singapura sbg Modern Middle Kingdom. Tun Kunun membawa kunun hikayat China purba yang memanggil kerajaan mereka sebagai Pusat Kerajaan Dunia, maksudnya seluruh dunia berpusat di China. di sini, Tun Kunun bermain dgn ingatan ceritera hikayat lama ttg sifat atau watak kekuasaan politik China purba, kemudiannya menanamkan prasangka, mencucuk jarum perkauman ke dalam jiwa org2 Melayu Malaysia hari ini, agar membenci ketamakan kuasa China Purba, dengan membenci rakyat Malaysia beketurunan Cina di sini, sekarang ini, dgn matlamat akhirnya menyokong gerombolan Umno-BN.

inilah sebenarnya yg dinamakan lari dr pertanggungjawaban, Tun Kunun menolak beban kesalahan sejarahnya dlm hubungan Malaysia-Singapura dgn membawa kesedaran perkauman Melayu lawan Cina. samalah juga, di Singapura, Lee Kuan Yew lari dr beban pertanggungjawaban sejarahnya merampas Singapura, memenjara pimpinan Parti Rakyat Singapura dan Parti Buruh dgn membawa kesedaran perkauman Cina lawan Melayu.

lalu Tun Kunun pun menyindirlah tentang perjanjian air tidak adil Malaysia dan Singapura yg berkuat kuasa sehingga tahun 2061 itu. Malaysia jual air 3 sen utk 1,000 gelen ke Singapura. air sumber alam Johor di proses di atas tanah bekas rezab Melayu, di Linggiu, Kota Tinggi, seluas 25,000 ekar, yg kini jd empangan tadahan air milik Singapura, dikawal pasukan keselamatan Singapura. kemudian air bersih yg diproses itu dijual kembali utk bekalan air negeri Johor dgn harga 50 sen utk tiap 1,000 gelen. Tun Kunun ejek diri sendiri ker?

Tun Kunun juga mengejek-ngejek ttg hasrat Malaysia (atau hasrat dirinya) utk membina jambatan bengkok Selat Tebrau yang rencat terkujat.

yg tidak diejek Tun Kunun adalah tindakan anaknya Mokhzani menjual pegangan saham utama Pantai Holdings kpd Datuk Lim Tong Yong (yg disenarai sbg antara org terkaya di Malaysia pd tahun 2006, dgn kekayaan bernilai US$85m (RM311.9juta). Pantai Holding menguasai perjanjian konsesi dgn Fomema dan Pantai Medicare. Fomema merupakan syarikat agensi pekerja asing, bayangkan jika seorg pekerja kena byr RM 100, kalau sejuta - senang berniaga orang ni! Manakala Pantai Medicare pula membekal jual ubat-ubatan farmasi ke hospital2 kerajaan.

kemudiannya Lim Tong Yong, menjual pegangan saham terbesarnya itu kpd kompeni Singapura, Parkways Holding. terlepas ke singapura.

soalnya, apakah Tun Kunun, apa nama, hanya mampu menyindir dan mengejek Singapura? sepanjang memegang tampuk kekuasaan negara, takkanlah hanya mampu mengejek sindir. bagaimana tanah lembah Linggiu terlepas? bagaimana perjanjian air sebegitu rupa, kenapa begitu lemah sekali Tun Kunun hingga terpaksa menyerah kalah, dan hanya mampu menyindir perli dan mengejek-ngejek?

lain pulak tindakannya Tun Kunun bila berdepan dgn rakyat Malaysia - habis dipenjara, dihukum, diugut, disingkir, dipecat, disekat hak dan kebebasannya. waktu itu, Tun Kunun jadi Mahafiraun. tapi itu dululer waktu Tun Kunun berkuasa, skrg ni masih ker?

Tun Kunun dan Menteri Mental (metal leer kalau boleh tahan penjarakan Chia Thye Poh tanpa bicara selama 32 tahun) sebenarnya sama, 2 x 5. malah mereka saling bantu-membantu, walau didepan kelihatan tak sebulu.


Saturday, May 16, 2009

Satu lagi performans


terima kasih pada
guru besar haneem kaydeen yang berkata...

mat, ini juga masuk kategori seni perfomans?

http://anilnetto.com/malaysian-politics/who-was-that-taped-man/

untuk SS ini seni tampak performans - dia menampakkan rupanya sebagai arca yang hidup dalam suatu kejadian bantahan yang dirancangnya atas desakan untuk pembubaran DUN Perak, memulihkan demokrasi dengan diadakan pilihanraya. Dari hukum rangka foto, video atau filem ada disebut konsep Mis-en-scene. yang disebut “meezonsen”. Ternampak seorang acra, memasangkan tubuhnya dengan bendera negeri Perak Darul Ridzuan, di mulut tertampal plaster - tersekat, disekat suaranya, di belakang seorang arca tak bernama ini ada papan tanda gambar Sultan dan Sultanah Perak.

ya, tanpa kesedaran perlakuan dirinya adalah kejadian kesenian, dia telahpun melakukan seni performans. agaknya, tanpa kesedaran menjadi seniman dia telah mengeluarkan suatu bentuk kesenian tampak bukan benda atau bukan halus atau bukan seni plastik - prosedur, bahan, cara menjadi objek seni (barangkali boleh jadi foto dan video juga). Untuk para seniman profesional bukankah ini sampah seni - yang hebat sebenarnya - yang klise, alah ini kalau senipun, seni propaganda, berlambak-lambak orang dah buat dah, buat apa tercegat macam orang gila, hah gilalah tu? Tetapi menurut SS, seorang arca hidup tak bernama ini telah melakukan tugas nuraninya. Biarpun mungkin dari segi sejarah seni rasmi, dia akan dianggap bukan yang pertama dan bukan yang terkini. Bagus juga kalau dia melakukan performans ini tanpa niat seni yang sepenuhnya muluk atau tanpa rujukan. Kita telah melihat, menyaksikan, merekod atau cuba membaca seni yang hidup sebenarnya - di waktu berlaku kejadian itu, kita melihat tindak balas sang seniman tak bernama pada lingkungan persekitarannya. Benar, dia bukan benda. Dia seni yang hidup.

tapi sekarang bagus juga Zambry jadi MB sampai pilihanraya ke 13 nanti. barulah.......

Sunday, May 3, 2009

McDonald Kalah dengan Mek Kari



Akhirnya saman McDonald terhadap restoran McCurry gagal setelah memasuki tahun ke lapan perbicaraan. Hakim mahkamah rayuan, Gopal Sri Ram memutuskan McDonald tidak berhak atas perkataan MC. Berita kekalahan Mcdonald ini mendapat liputan meluas.


Tapi itu tidak bermakna, kompeni McDonald (dan kapitalis dunia yang seangkatan dengannya) tidak menjajah bumi Malaysia. Apatah lagi dengan pembukaan pasaran dan kunun liberalisasi kewangan negara.
p/s-gambar CuriCarianDari (CCD) google

Thursday, April 23, 2009