Showing posts with label sampah seni. Show all posts
Showing posts with label sampah seni. Show all posts

Friday, September 11, 2009

falsafah sampah: kedunguan cara hidupku!

falsafah itu cinta akan kebijaksanaan, kaedah pemikiran yg tersusun, kritikal menyoal tanya dan dengan kewajaran berhujah secara waras.

sayangnya, Malaysia yg dikatakan maju dari segi kemudahan, teknologi dan kecanggihan bangunan, tidak memiliki sekolah/jabatan/fakulti falsafah di universiti2 awamnya.

Universiti2 awam negara2 kaya di Eropah menawarkan fakulti falsafah. Arab Saudi yg dikatakan sebuah negara tertutup juga ada sekolah falsafah. Indonesia di zaman kukubesi kejam rejim Suharto pun ada fakulti falsafah. Malah di Bangladesh, selain diajar di universiti, falsafah juga turut diajarkan di sekolah-sekolah menengah, dengan matapelajaran seperti pemikiran kritikal.

menurut seorg teman yg bekerja di sebuah universiti awam, hal ini kerana dasar dr. mahathir yang tidak suka masyarakat Malaysia amnya, dan khususnya org2 Melayu memiliki cara berfikir kritikal akibat belajar ilmu falsafah. tetapi sebelum dr. M jadi PM pun memang tidak ada sejarah kewujudan sekolah/jabatan/fakulti falsafah di universiti2 awam Malaysia.

dalam erti kata lain Melayu hendaklah didungu bodohkan, sebodoh bodohnya oleh gerombolan United Malays National Organization, baruler betul falsampah Umno!

Wednesday, August 19, 2009

Wednesday, August 12, 2009

Teater Kompilas Vol 2: Seks, perjuangan dan kegagalan jantan


(saksikan lakonan bersahaja NUR AMEERA RAMLI, dalam teater Legasi)

Tadi malam bersama Meor, aku pergi menyaksikan Naturalisasi karya Nam Ron & Fared Ayam dan Legasi karya Moizzisr.CONG di Stor Teater Dewan Bahasa dan Pustaka (atau Dewan Bahana dan Petaka kerana banggunan lamanya yang sebahagian besarnya banyak luas terbiar, harum berbau lipas dan tikus, janganlah ditinggal lama2). Mereka daripada grup Rumah Anak Teater (sila klik http://rumahanakteater.blogspot.com/):

Mohd Izzuddin Ismail 26 tahun, graduan seni Aswara memilih nama MoizzisR.cong (susah aku nak menyebutnya, panggil Ah Chong dah leeer) sebagai nama pena penghasilan hasil karyanya.
Manakala, nama sebenar Fared Ayam ialah Mohd Fared Jamaluddin, anak muda dari kugiran L.S.D. yang juga graduan Aswara.

Produsernya bukan calang2 orang, pengarah filem, pensyarah dan penggiat teater ternama Namron, atau nama sebenarnya Shahili Abdan.

Boleh dikatakan hampir semua yang terlibat dalam teater ini merupakan graduan/ mahasiswa/ mahasiswi Aswara (Akademi Seni Warisan Malaysia, atau dulunya Akademi Seni Kebangsaan, atau pada sekolah filemnya ada yang dicairkan dari Akademi Seni Filem Malaysia, yang telah ditiadakan). pengurusnya, Faisal Mustaffa, yang menyibuk masuk dalam kelompok anak-anak muda seniman Aswara ini (Faisalpun apa kurang seninya, tu cerita lainler)

Teknikal yang mantap. Tatanan cahaya lampu-lampu, biarpun sedikit, tidak rumit mampu menghadirkan suasana, dengan tata rias pentas sederhana. Lantunan suara yang bagus. Bunyi yang hebat. Mestilah lakonannya juga mantap dan bagus2 belaka.

Cuma, dramanya terlalu perlahan, bergerak cukup lambat. dan ceritanya berterabur. logika kewajaran yang mungkin tidak waras, kerana mungkin kenyataan hidup watak-watak di pentas tidak sama dengan kewujudan sebenar cerita kehidupan.

misalnya, kedua-dua cerita membawa kisah perjuangan yang gagal, juga kisah kejantanan yang gagal, yang akhirnya membawa penderitaan. dalam Legasi, si lelaki lulusan Maktab Perguruan Sultan Idris, pemimpin, pejuang era Kesatuan Melayu Muda yang kunun hebat itu, akhirnya menyesal di penghujung usianya kerana rasa cemburu, ketidak yakinan, kerapuhan rasa tidak terjamin lelaki, apabila isteri yang diceraikannya diketahui memilih untuk hidup bersendirian sehingga tua.

begitu juga dalam Naturalisasi, ia membawa tema yang sama, cuma seksualitinya berbeza. kalau dalam Legasi orientasi seksual pelakonnya ditampilkan sebagai hetereoseksual, kecuali watak mahasiswi pengkaji, yang tidak ditunjukkan kecenderungan seksualitinya.

Naturalisasi memilih untuk menunjukkan drama hubungan kesetiaan pasangan gay (atau seorang lagi biseksual), para jantan yang gagal. cerita dua orang jantan gagal ini menempel, di sebalik, sekali lagi kisah perjuangan mahasiswa 1974 yang diperlihatkan gagal, serta berakhir dengan penderitaan. kegagalan jantan dalam menakhluk atau membebaskan rasa kehilangan jaminan atas ghairah ketagihan cinta atau berahi kenikmatan senggama hubungan tubuhnya.

Naturalisasi karya Nam Ron & Fared Ayam dan Legasi karya Moizzisr.CONG sebenarnya dapat kita taksirkan sebagai sebuah cerita kehidupan yang ganas, selayaknya bertaraf S&M. Teater Kompilas Vol. 2 ini akan berlangsung sehingga 16 Ogos 2009.

dan aku menanti karya teater snuff porno dari mereka, tidak lama lagi.

Saturday, June 6, 2009

Kitar semula SS: Runtuh

untuk rekod sampahseni.
minggu lalu ada dua gambar lucu hasil gubahan fotoshop: satu dari tukartiub; dan satu lagi dari hanief. ini REACTION yg terhasil secara visual kesan runtuhnya bumbung stadium di Terengganu.
raksasa/ultraman mengingatkan aku pd Muggonya Ise:

Monday, May 25, 2009

SS No.9: sejarah miskin

Dari rumah ‘hanya’ melihat sejarah miskin

Tahun 2001, lebih 800 juta orang menderita kelaparan

Julai, tahun 2008, lebih 900 juta orang menderita kelaparan

(sumber: Pertubuhan Makanan dan Pertanian, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu)


Miskin derita kurus kebulur sakit kurang zat bertambah parah

Di rumah, sedap aku mengunyah makan dan enak menagak minum

Inilah dunia kita dunia sampah dan jutaan mereka yang rebah


Yang kaya sekaya-kaya tak terkira bertimbun-timbun rasuah

Nikmat bayaran nyawa kederat buruh kehilangan bau harum

Miskin derita kurus kebulur sakit kurang zat bertambah parah


Parlimen bank, sidang ketagihan wang dan kuasa adalah dadah

harta senjata memenjara, sujud taat manusia mencium

Inilah dunia kita dunia sampah dan jutaan mereka yang rebah


Di sini ramai mati kenyang, tak ada sempadan mentah kedarah

membaca berita tak terdengar mereka kelaparan mengaum

miskin derita kurus kebulur sakit kurang zat bertambah parah


aku resah tapi lelah tak larat, mengalir air mata marah

ke mana hati pergi melihat banjir tangis, sengsara merudum

Inilah dunia kita dunia sampah dan jutaan mereka yang rebah


Wabak penyakit perang, penjajah menjarah tanah

Tak akan selesai hanya dengan mengundi pilihanraya umum

Miskin derita kurus kebulur sakit kurang zat bertambah parah

Inilah dunia kita dunia sampah dan jutaan mereka yang rebah

Thursday, May 21, 2009

Contempt for rare fART


[ini ada satu laman seni hebat. namanya arterimalaysia. denyut seni budaya malaysia dan asia tenggara dikatakan berdegup di sini. tulisan dibawah ini, asalnya keterangan bertulis yg diminta Simon Sun bagi penulisan esei kuratorialnya untuk pameran yang disertai SS, berjudul 3 young contemporaries 2009.smlm ia diterbitkan diarteri]

Ianya mudah. Gambar-gambar potret dicuri ‘download’ daripada Internet, dicetak dakwat hitam putih tanpa rujukan pada warna. Hanya bentuk dan cahaya. Kemudian cetakan gambar-gambar dikhayalkan di dalam ‘photo shop’ kepala hotak - dimain, dikerat-kerat, ditampal, diletak warna-warna, dipadam, ditambah dan dikurangkan – menjadi suatu gambar yang lain apabila dilukiskan. Kesan pandangan pada gambar potret muncul ke permukaan kanvas – cerita-cerita yang disambung sembangkan dari seorang ke seorang yang lain, dengan lidah, mulut, tangan atau perkakas teknologi; peristiwa-peristiwa dan kejadian-kejadian; jenayah penindasan atau kebebasan; ulasan pendapat politik atau propaganda murahan atau kemarahan ataupun taik! Aku peduli apa.

Tidak perlu judul untuk siri-siri lukisan saya. Teks dinampakkan sebagai bahagian daripada rupa lukisan, disamping kesan daripada gambar-gambar kesan foto cetakan yang dilukiskan atas kanvas dengan medium acrylic, ada juga yang dicampur pensil. Tidak perlu kenyataan, terserah mata memandang membaca lukisan. Tidak timbul keinginan untuk menghidangkan pesona – bukan itu cita-citanya! Tidak salah dan dialu-alukan siapapun membuka tafsiran atau memberi takrif, menulis wacana atau kritikan, cercaan atau kutukan. Aku peduli apa.

Namun demikian, perasaan begitu luas dan bebas, merdeka dan mengalir. Aku bukan orang yang tahu inti pati hakikat (substance) – dan aku peduli apa. Kewujudan (existence) aku masih tentang persoalan pokok yang telah, sedang dan akan ditanya jawabkan selama tahun-tahun kehidupan manusia, “apakah itu SENI?

Seniku adalah seni yang kering, kontang dan kegersangan – Art of desperation! Dalam keadaan yang terdesak, seniku adalah seni yang menyenangkan diriku sendiri. Aku suka pada apa yang aku suka – dan ini berubah-ubah pula. Aku peduli apa. Aku memilih-milih bentuk dan rupa yang ingin kunampakkan. Meski aku bukanlah buruh mahir atau pakar dalam hal kesenian yang dilatih, dipandu guru dalam sebuah kurikulum institusi. Aku dilabelkan sebagai “self-taught artist” jadi apa yang diajarkan diriku mestilah suatu yang sangat berbeza atau bertentangan atau berlawanan (bolehkah seiringan?) dengan ajaran estetika, sejarah, falsafah, buku, guru, teknik atau nilai institusi – dan aku peduli apa. Mungkin aku kurang diajar sekolah, tapi “alamraya adalah sekolahku dan setiap unsur itu guru” yang belum habis-habis mendidikku. Setiap saat adalah didikan pelajaran, dan aku terus belajar hingga nanti datang tamat riwayat dan nafas kematian.

Tapi, soalan “apakah itu SENI?” memungkinkan kehadiran dan kewujudan sesiapapun sebagai seorang seniman – dengan atau tanpa pengisytiharan - yang menciptakan kesenian, seindah atau seburuk apapun. Siapapun engkau, dimana-mana, apa-apa dan bila-bilapun tetaplah SENI dalam pengertiannya yang paling asasi. Nampakkanlah apa saja – luahan ekspresionisme atau keobjektifan acuan rasmi yang membentuk atau lakaran atau lukisan atau arca atau seni pasang atau seni tampak atau seni plastik atau modernisme atau tradisional atau pasca kolonialisme atau contemporary atau naïve art atau raw art atau fine art atau insider atau outsider art atau filem atau bunyi atau musik atau lagu atau sastera atau apa-apa sajalah! Aku peduli apa.

Aku peduli apa. Inilah jalannya Art of desperation! Inilah titik masuk ‘entry point’ yang akan membawa berbagai kehadiran, beragam kemungkinan dan berencam kebarangkalian ke ruang pemerintahan (dominion) SENI atau keakraban masyarakat SENI atau ekonomi SENI atau politik SENI atau sebab musabab SENI atau asas kewarasan SENI atau agama SENI atau kegilaan SENI – bagaimana dan apapun yang ingin difahami.


Saturday, May 16, 2009

Nah kau - seni gerilya - Najib bertandok!


Bagus2. Aku hanya mencatat kembali laporan dari TVAntara yang dipetik blog Kerengge tentang sebuah kedai buku terkenal -menurut sumber SS di kedai buku Borders- di Kuala Lumpur di dakwa mempersendakan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak dengan melekatkan tanduk kertas di songkok dan memutihkan warna pada muka hadapan wajah beliau di buku "Najib Razak: Pendakian Ke Puncak Kuasa" karya Chamil Wariya.
Nampaknya, setelah imajan stensil dengan rujukan Bansky, tersebar luas di Malaysia. Kini seni seperti Bansky mula bergerilya di Malaysia dengan mendobrak wajah Najib di sampul kulit buku tersebut. bijak2.
Dulu,seniman gerilya - tak dikenali - cuma dikenal dengan tandatangan Banksy pernah bergerilya mengubah cd2 Paris Hilton dengan menambah mengubah suai dan meletakkan kembali cd versinya itu ke rak jualan di kedai-kedai rakaman muzik.





Mengenang percakapan dengan Pelukis Agung Malaysia

Dalam sembang atau percakapan aku dengan kebanyakan para seniman pelukis – yang telah menjadi dan masih dalam latihan di institusi seni, khususnya Uitm – mereka kerap berbicara tentang ‘fundamental of art.’ Dan aku teringat tiga tahun dulu, pertemuanku dengan seorang display artist sebuah hotel ternama ibu kota. Dia pelukis lulusan Uitm, belum aku mendengar tentang pamerannya atau melihat lukisan-lukisan karyanya. Tapi aku pasti, ditangan kesenimanannya, gedung hotel ternama itu berjaya dinampakkan indah dan menawan. Dia, aku anggap kenalan, tapi mungkin dia beranggapan sebaliknya – marah-marah tentang betapa susahnya – perit, getir, pencarian, pengajian - untuk menjadi seniman pelukis. Menurut kenalan ini, hanya bakat + latihan guru seni yang mursyid + ilmu institusi seni sajalah yang boleh melahirkan pelukis. Kenalan ini, terus menghamburkan kata-kata ibarat tembakan –mungkin dia menembak aku agaknya- tentang betapa perlunya untuk tahu apa itu fundamental of art. Biarpun kenalan ini tidak memberitahu aku dari mana datangnya susur galur konsep fundamental of art ini.

Setelah aku amat-amati dan mendalami percakapannya yang penuh ammarah itu, baru aku tahu kepandaian melukis potret dan anatomi tubuh secara realis adalah asas kesenian wajib setiap orang yang mahu menjadi pelukis. Makanya, seseorang itu bukanlah pelukis kalau dia tidak menguasai kepandaian melukis potret dan anatomi tubuh - kepandaian Renaissance Itali. Walaupun akhirnya, seorang Pablo Picasso – hasil pengaruh rupa topeng-topeng Afrika – hanya melukis bentuk-bentuk tidak realistik yang dinamakannya kubisme. Tetapi menurut teman ini, Picasso adalah pelukis agung, kerana biarpun lukisan kubismenya berbentuk begitu, dia telah terbukti memiliki bakat dan telahpun menjalani latihan melukis potret dan anatomi tubuh. Hal yang sama juga diulangi kenalan ini, bila aku menyebut tentang Jackson Pollock dan lukisan ekpressionisme abstraknya itu.Aku tahu, Pollock lulusan sekolah seni Art Students League of New York. Jadi menurut kenalan ini, biarpun hasil karya seseorang pelukis itu berbentuk minimalist dengan katakanlah hanya satu titik hitam di tengah kanvas yang besar, ia tetap diiktiraf sebagai karya seni agung. Ini kerana, pelukis minimalist sebegini telah menjalani proses panjang latihan, pengajian, pembelajaran, bergelumang dengan berbagai bahan hinggalah akhirnya dia bertemu dengan bentuk minimalistnya itu.

Pelik, tidak, tidak, kata kenalan itu, para pelukis seni awam di Pasar Seni (Central Market, Kuala Lumpur) pula tidak dianggap sebagai pelukis sebenar oleh kenalan ini, meskipun mereka – para pelukis seni awam ini – mahir dalam melukis potret dan anatomi tubuh. Dia melihat para pelukis di CM hanya melukis untuk 'harga' selera, kehendak dan permintaan orang ramai. Maka kenalan ini tidak menganggap mereka sebagai pelukis sebenar. Yang tidak dinyatakan kenalan ini ialah biarpun mereka para pelukis di CM menguasai teknik, kemahiran dan ilmu melukis potret dan anatomi tubuh, tetapi disebabkan mereka bukan pelukis kelahiran institusi seni, makanya mereka belum cukup kejadiannya sebagai pelukis lagi.

Tapi, kenalan ini bercakap tentang fundamental of art dalam kefahaman salasilah sejarah pengetahuan seni moden Eropah dan Amerika Syarikat. Kenalan ini, melihat hukum asas lukisan terdiri daripada prosedur dan sifat-sifat fizikal bahan-bahan untuk melukis – yang akhirnya menunjukkan betapa pentingnya CARA daripada hasil lukisan tersebut. Mungkin sebab itulah ribuan graduan seni yang telah dilahirkan institusi, tidak mengeluarkan apa-apa hasil pengeluaran. Kerana hasil menuntut ilmu cara pengeluaran lukisan selama bertahun-tahun telah menjadikan mereka pelukis agung - tubuh dan diri mereka menjadi lukisan yang hidup.

Untuk aku, fundamental of art itu terserah pada asas rujukan, pintu atau tingkap masuk (entry point) terhadap pengeluaran benda (atau bukan benda) 'seni' itu. Dalam zaman revolusi maklumat dan ilmu pengetahuan ini, kita semua dapat melihat rencam keragaman serta kecamuk kepelbagaian atau selirat perbezaan - puluhan, ratusan malah ribuan – tetingkap atau pintu untuk masuk ke jurusan penciptaan/ pengeluaran bentuk kesenian apapun. Kita juga tahu, MAKNA tidak lagi dapat dikuasai/dikawal/dimonopoli taksiran serta takrifannya oleh sesiapapun jua – termasuklah Sampah Seni.