Amin Shah Iskandar atau Black. Sama saja. Tapi kugiranjalanan.wordpress.com mengenalkan kita kepada Black yang satu lagi. Black, pencipta lagu, penulis lirik, penyanyi folk, pengamen, juru foto dan senarai panjang bakat serta kegiatannya. Suaranya jiwa halus sentuhan kasar seorang seniman yang terkesan dengan persekitarannya. Imej CCD Google.
Nah SENI TAMPAK PERTUNJUKAN (performance art) terbaik untuk tahun ini. Biarpun mereka yang bertindak bukanlah performanceartist yang dilatih institusi akademik ataupun mereka membuat perlakuan tanpa kesedaran diri menjadi 'seniman' (artist); namun respon politik dengan menghantar kek harijadi Altantuya ke Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya adalah suatu ungkapan dan tindakan seni yang amat bersejarah sekali. Syabas buat lebih kurang 30 orang penggiat Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) pimpinan Cikgu Badrul.
Setakat ini, tindakan seni politik KEK ALTANTUYA telah menyebabkan lima orang aktivis politik (biarpun tanpa kesedaran menjadi 'performance artist' ) ditahan: 1.Sani Md Shah 2.Saufi Mihat 3.Yasir Sheikh Abdul Rahman 4.Cikgu Badrul Hisham 5.Nor Azizi
Yang dinanti nanti dari Penanti adalah kehadiran seorang raja tua, yang wujudnya telah begitu lama. Seorang raja tua yang membangun kota dan tugu-tugu berhala bangunannya. Mahafiraun masih tegap bersemayam di atas singgahsana keringat dan air mata rakyatnya. Mahafiraun masih tetap tegas menentukan segala-galanya dengan daulat kekuasaan negara – senjata, undang-undang dan penjara! Mahafiraun mesti terus hidup, yang lain peduli apa nafas atau matinya. Nyawa-nyawa tiba-tiba berpusar-pusar ke dalam genggaman tangan keras Mahafiraun. Tersenyum, dia ketawa menampakkan seringai giginya.
Jemari telunjuk memainkan tali yang mengikat mengatur susun gerak boneka Najis. Murung dan kesedihan mengalir dalam darah Bik Mama. Bik Mama tak dapat menari lagi. Mahafiraun memandang Bik Mama. Kerlingan tajam yang terus masuk menujah mencucuk jantung Bik Mama kegugupan. Satu demi satu bayangan indah yang dikhayalkan Bik Mama bertahun-tahun lamanya hancur berkacai. Segala gedung beli belah urusniaga mewah dunia satu demi satu runtuh di depan pandangan Bik Mama. Mimpi yang luruh, harapan Bik Mama kini retak!
Seperti segalanya yang sedang meretak di sini, hari ini. Di mana-mana retak, dan kata Leonard Cohen, “that’s how the lights get in.” (begitulah caranya cahaya menerbus masuk, dari retak-retak kotak hidup kita)
p/s gambar curian dari google. watak2 curian dari tukartiub
Dalam ekologi kehidupan ini, kita akan melihat kitaran makanan dan bahan buangan. Begitu juga dalam kehidupan berkesenian. Akan ada pengguna/pemakan. Akan ada makanan. Dan akan ada bahan buangan - yang disebut sampah, taik ataupun kotoran. Jadi, Sampah Seni adalah rahmat haron. Malah, rahmat haron juga disamping menjadi sampah/kotoran/bahan buangan dalam masa yang sama adalah pelahap pemakan sampah/kotoran/bahan buangan atau dalam bahasa Inggerisnya disebut, "scaRVenger." (ha,ha,ha, tak reti eja)
Tak kisah, ini hakikat seburuk apapun perlu diakui. dah memang buruk takkan nak jadi cantik pula. Yang cantik molek adalah para pemakan yang melahirkan bahan buangan/sampah/kotoran seperti aku. sampahseni@gmail.com
RM 20.00 termasuk kos penghantaran (Malaysia). Tempah di terataknuromar@gmail.com atau beli di Koperasi Kedai Buku DBP KL. Edisi Terhad.
majalah sentAp kontemporer - seni tanpa prejudis
sebuah penerbitan seniman visual kontemporer Malaysia.rm15.klik pada gambar, jika mahu membelinya.
TAK NAK US-FTA!!!!
mari bersama melawan perjanjian perdagangan -kunun- bebas Malaysia dan Amerika Syarikat. free trade agreement-FTA-ini merupakan penjajahan atau perompakan yg cukup nyata sekali.demi masa depan tanah air dan kelangsungan hidup generasi akan datang, kita semua perlu menentangnya