Wednesday, September 7, 2011

Aku sokong komunis!



Aku bersimpati dan menghormati perjuangan golongan kiri nasionalis, komunis, sosialis, agamawan di tanah air ini dalam bermandi darah mengangkat senjata melawan penjajahan Inggeris. tapi, apakan daya, aku tak mampu nak menjadi komunis, tapi tak mungkin aku menyokong inggeris dan pihak2 yg bersekongkol dengan mereka. PKM dan golongan kiri Malaya, merekalah penerus perjuangan TOK JANGGUT.

lihatlah aidilfitri, para anggota PKM, pejuang kemerdekaan dalam buangan:

(sumber:http://matamin02.blogspot.com/)

ingatlah TOK JANGGUT lihatlah penjajah inggeris dan baruanya itu, nak sokong lagi????:

Wednesday, July 20, 2011

Petisyen Online Bebaskan EO6

Kami Rakyat, dengan sekeras-kerasnya membantah penahanan 6 aktivis Parti Sosialis Malaysia(PSM) dibawah Ordinan Darurat(EO). Kami mendesak kesemua mereka dibebaskan dengan serta merta tanpa syarat atau didakwa di mahkamah terbuka. Penahanan mereka seterusnya adalah salahguna kuasa dan satu pencabulan hak asasi manusia.

6 orang yang ditahan adalah aktivis sosial dan ahli PSM yang banyak berjuang untuk rakyat secara terbuka. Mereka semua terlibat dalam isu-isu seperti perumahan selesa untuk rakyat, gaji minima untuk pekerja, hak pekerja kilang dan ladang, pendidikan percuma untuk pelajar, sistem kesihatan yang mampu dibiayai oleh rakyat dan banyak lagi aktiviti dan kempen yang dijalankan secara terbuka.

Malah Dr. Jeyakumar adalah Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat secara
demokrasi. Pihak PDRM pastinya mengetahui aktiviti yang dijalankan oleh aktivis PSM ini kerana semua program ini dibuat secara terbuka. Mereka bukannya sekumpulan pengganas atau penjenayah yang merancang untuk
menguling kerajaan.

Tuesday, July 12, 2011

Sunday, July 3, 2011

memakai baju BERSIH 2.0 di Kanada


selama enam jam, bermula sekitar jam 4 petang, tanggal Jumaat 1 Julai 2011, (waktu Malaysia, sekitar jam 4 pagi, 2 Julai) di sebuah taman bersebelahan stesen Metro di Rue Beadury, kota Montreal, Kanada,
aku berdiri, damai memakai baju BERSIH 2.0. Aku berada di wilayah selamat di mana memakai baju BERSIH 2.0 bukanlah suatu jenayah atau menulis puisi tidak akan dianggap hasutan. Di tanahairku, ratusan telah ditahan, puluhan diganggu ugut, wartawan, aktivis, penulis, malah sasterawan juga, hanya kerana mereka menegakkan hak untuk berhimpun, berpersatuan dan menyatakan pandangan serta pendapat, hak asasi manusia, hak untuk pilihanraya yang bersih dan adil, senarai hak-hak yang jelas sudah termaktub, dilindungi dan dijamin oleh Perlembagaan Malaysia. Hormatku pada mereka yang berani di barisan hadapan bergerak untuk BERSIH 2.0!





Tubuh dan rambutku diikat tali-tali silang menyilang oleh tangan-tangan ramai orang yang ikut menyertai, mengalami performansku yang berjudul Penyambungan dan Pemutusan (Connection and Disconnection) ini.

sebuah siri - seni pemasangan langsung, arca hidup - yang aku kerjakan sejak tahun 2007, pertama kali di Not That Balai Art Festival, Lost Generation Space. Ideanya terbangun saat cakap-cakap dengan Hamir Shoib, di 'gudang'nya, sekitar hujung 2005 atau awal tahun 2006 barangkali, hasratku ingin menghubungkan tubuh dan ruang sebesar gudang, tidak kesampaian. Kemudian pada tahun 2006, sebelum pameran ulang tayang, kalau tak silap, maksudnya sebelum April, sewaktu pameran lukisan dan melukis Fathul di Peti Seni; suatu lagi perbualan, kali ini dengan Amirudin, kurator BSLN, tentang menyambungkan rambut-tubuhku dengan tiang-tiang ukiran Sarawak yang tegap tertancap di tanah itu, meski akhirnya tidak jadi dikerjakan. Siri ini pernah dipertunjukkan di banyak tempat dan waktu, antaranya di Festival Beyond Pressure 2, Yangon, Myanmar, tahun 2009 dan di bangunan penjara Pudu, pada tahun 2010, di acara malam terakhir sebelum reka bentuk kolonial tersebut diruntuhkan pembangunan, suatu lagi kejadian luar biasa yang dibiasakan - isu-isu perampasan tanah milik negara; tanah TUDM, tanah KTM Tanjong Pagar, jangan terlepas pula Pulau Pisang nanti!


BERSIH 2.0 TANGGAL 9 JULAI 2011

Tuesday, June 28, 2011

sokong BERSIH 2.0!!!9 JULAI 2011



PUISI PAK A.SAMAD SAID:

Unggun-bersih

Semakin lara kita didera bara -
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita - demokrasi luka;
lama duka kita - demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!

Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.

Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.



The Bersih Fire
(translation)

As the coals that molest us rage higher
we shout still the message of Merdeka
for democracy as bright as the sun
as pure as dignity our purpose is one

Deep is our worry - as democracy's wounds
long is our sadness - as democracy's woes
at arrogant democracy we scorn
for a strong free voice we dream

Two centuries ago Sam Adams decreed
in Boston was tea poured into blue seas
no need for riotous shouts full of ire
only for a truly heartfelt fire

Alight now the sacred fire
spread afar raging higher.