Pengemis mengais sedekah
Tempurung kelapa, tadah dua tangan, tin kole, mangkuk plastik,
Praktik jariah simpati
merebut barakah
mentah kedarah
Tulang anak-anak kecil
Perempuan dan ibu kekeringan air mata
Buta kudung cacat terencat
Berbagai rupa, wajah dan kisah
Gelandangan penat dan murung
Sesat dan kehilangan
Perit dan kesakitan
Terdesak dan memerlukan
Alangkah baik, jika benar payah susah di tolong
Jika betul sukar sempit dibantu.
Tapi, mengapa derita juga perlu diniaga
Dagang nilai untung-rugi
dan beli-belah kira-kira rasuah?
Pasar jenayah mengugut rasa, menguji deria, memalsu diri, memerah nyawa, mengaut laba, dari hitam dosa pahala, dari skim belas kasihan.
Petang di sinar kota
11 Jun 2005
Wednesday, April 29, 2009
SS No.5: Sindiket, namanya pahit
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Manusia hilang deria rasa..
ReplyDeleteJKM makan gaji buta..
ReplyDeleteSindekit bermaharajlela..
Orang ramai terpedaya..
Menambah minat sindikit durjana..
Membunuh harapan yang papa kedana..
hahaha jom perform ini puisi :)
ReplyDeleteManusia buncit yang sendawa dengan hasil jariah orang lain.
ReplyDeleteSalam kunjung balas. Terima kasih kerana sudi singgah sudi pula menjadi follower mountdweller.
ReplyDeleteManusia telah hilang kemanusiaan
Akibat tamak haloba
Derita orang lain apa nak dikira
Asalkan aku di dalam istana
Merana derita bukan untuk ku
Engkau yang sampah minta simpati
Harta ku cari hanya untuk ku
Engkau apa ku peduli?
Merompak menipu
Bukan hanya aku
Apa saja ku telan lalu
Asalkan masuk kantungku