Pengemis mengais sedekah
Tempurung kelapa, tadah dua tangan, tin kole, mangkuk plastik,
Praktik jariah simpati
merebut barakah
mentah kedarah
Tulang anak-anak kecil
Perempuan dan ibu kekeringan air mata
Buta kudung cacat terencat
Berbagai rupa, wajah dan kisah
Gelandangan penat dan murung
Sesat dan kehilangan
Perit dan kesakitan
Terdesak dan memerlukan
Alangkah baik, jika benar payah susah di tolong
Jika betul sukar sempit dibantu.
Tapi, mengapa derita juga perlu diniaga
Dagang nilai untung-rugi
dan beli-belah kira-kira rasuah?
Pasar jenayah mengugut rasa, menguji deria, memalsu diri, memerah nyawa, mengaut laba, dari hitam dosa pahala, dari skim belas kasihan.
Petang di sinar kota
11 Jun 2005
Showing posts with label sampah. Show all posts
Showing posts with label sampah. Show all posts
Wednesday, April 29, 2009
Tuesday, April 28, 2009
PPSMI itu motifnya mestilah politik!pena abis dakwat?

terbaca berita - PENA: Penentangan PPSMI tidak bermotif politik dari Malaysiakini.com/bm
Macam mana pulak perjuangan anti PPSMI bukan bermotifkan politik? Tak fahamlah bang? Iyalah, aku ni adik2 ajer. Suatu dasar yang digubal atas tujuan politik kekuasaan untuk merebut ekonomi hartanya yang berjumlah RM 5 bilion itu. Suatu dasar yang digubal oleh sebuah parti politik Melayu palsu - United Malays National Organization - yang tidak setulen semangat Parti Kebangsaaan Melayu Malaya, Kesatuan Melayu Muda, Angkatan Pemuda Insaf, Angkatan Wanita Sedar dll yang benar-benar berjuang bermati-matian untuk kemerdekaan.
Untuk saya Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) adalah sebuah gerakan politik dalam ertikata yg sebenar-benarnya; suatu gerakan untuk mengubah susun atur dan cara-cara hidup bermasyarakat. Politik tidak wajar dikuasai dan dimilikpunyakan parti-parti politik semata-mata, apatah lagi kalau hanya parti-parti politik pemerintah sahaja. Hak bebas bersuara dan bebas berhimpun membantah merupakan hak-hak politik - juga hak asasi manusia - yang dijamin Perlembagaan. GMP dalam perhimpunan raksasa tempohari telah melakukan tindakan politik yang merupakan hak kita semua. Hak asas untuk menjadi manusia. Maksudnya, dari segi amalan bernegara - kerajaan dan warganya - kalau kita tidak dapat menikmati hak-hak ini bererti kita belum cukup manusiawi lagi. Sebab itulah dipanggil hak asasi manusia.
Begitu juga tentang dasar PPSMi yang bertentangan dengan Perkara 152 perlembagaan, atau perkara 47 Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 Pertubuhan Bangsa2 Bersatu (PBB) atau Kovenan Hak-hak ekonomi, sosial dan budaya, Unesco. Hak untuk belajar dan mendapat pendidikan dalam bahasa ibunda telah dirampas Bebal Nasional melalui PPSMI. Maksudnya United Malays National Organization dan Bebal Nasional telah menafikan hak-hak asasi rakyat Malaysia. Kalau ini bukan politik, apa lagi abang oii?
Memanglah soal bahasa adalah soal budaya, tapi tidak ada yang dapat lari dari politik. Maka mengubah dasar PPSMI adalah sebuah tindakan politik - memansuhkan PPSMI juga adalah suatu tindakan politik. Siapa yang suka politik dunia ketiga macam Malaysia ni? Tak tahulah kalau Pena sudah/sedang/akan berunding dengan Satu Malaysia Tahu ALxxxxxx, dan tiba-tiba Bebal Nasional insaf sedar dan sekelip mata bertukar menjadi Bijak Nasional? Maka dasar PPSMI inipun berubahlah. Kalau macam gitupun, bagus juga. Agaknya.
SS* No.4: dari rumah menyoal demi waktu

Kenapa engkau terlalu memikirkan masa depan?
Apa-apapun selagi hidup tak ada yang dapat lari
Dari masa lalu
tak dapat kembali setelah menjadi kenangan
Barangkali kerinduan belum pasti hanya kemungkinan.
Pedulikan akan datang bagaimana sekarang ini?
Kenapa engkau terlalu
memikirkan masa depan?
Tinggi menjadi rendah laut menjadi daratan
gersang kontang dan menghijau subur tumbuh berduri
dari masa lalu
tak dapat kembali setelah menjadi kenangan
Sungai telah kering, batu yang ditenggelamkan
Timbul kerana permukaan kering kehilangan seri
Kenapa engkau terlalu
memikirkan masa depan?
Lombong, kuala berlumpur bijih dan candu pekan
Itu dulu dan kini untung dalam kantung berlori-lori merugi
Dari masa lalu
tak dapat kembali setelah menjadi kenangan
Tegang mencanak tugu-tugu batu pemBANGUNAN
Runtuh mengendur putus selirat wayar hangus dibakar api
Kenapa engkau terlalu memikirkan masa depan?
Dari masa lalu
tak dapat kembali setelah menjadi kenangan
*SS=SampahSeni
p/s - gambar curian google image
Monday, April 27, 2009
Kenapa sampah, sisa kotoran dan bahan buangan?
Sebabnya, aku adalah salah seorang penyumbang terbesarnya. Plastik bungkus rokok. Plastik 7-11, beg plastik itu, plastik ini. Pernah cuba-cuba tak mau pakai beg plastik. Tapi hanya sekali sekala. Akan aku cuba mengubahnya. Akan. Belum lagi. Atau sedang berbuat. Entahlah, mungkin aku masih degil seperti plastik.
Tapi ini hal, bukan aku saja. Aku, engkau, mereka, hampir kesemua kita belum lagi cukup bertindak.
Haloba rakus menimbunkan ruang dengan sampah. Busuk bau kekuasaan tengik bengik politik. kitapun sama-sama kencing pahing dan maung memberakkan taik. Hancing cirit atau hangit sembelit. Sampah itu jika plastik akan menjadi beban hidup manusia sekarang dan akan datang, kesan ketamakan kita juga. Sampah itu jika hantu akan menjadi Altantuya. Sampah itu jika taik lembu akan menjadi baja. Sampah itu jika timah, besi, logam, getah, kertas, kaca bolehlah dikitarsemula.
Tapi kini, teknologi memungkinkan segalanya, di Jepun sampah dapat dijadikan simen. Berguna rupa-rupanya sampah untuk membangun dan membina dan nanti musnah lagi.
klik ke: http://majarimagazine.com/2008/02/produksi-semen-dari-sampah/
Friday, April 24, 2009
Sampah No.2
Pantun
“Siakap senohong
gelama ikan duri,”
tapi
telah menjadi tabiatku
menipu dan menipu
berbohong
mengelentong
dan aku belum
jadi menteri. Aku tak nak jadi menteri, cuma membanding diri dengan skavenjer ikanduri
Mungkin berbohong saja belum cukup agaknya.
“Siakap senohong
gelama ikan duri,”
tapi
telah menjadi tabiatku
menipu dan menipu
berbohong
mengelentong
dan aku belum
jadi menteri. Aku tak nak jadi menteri, cuma membanding diri dengan skavenjer ikanduri
Mungkin berbohong saja belum cukup agaknya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
