tahniah dan syabas rakyat merdeka. seharian siang tadi dan malam ini masih belum lagi selesai. puluhan ribu rakyat Malaysia telah turun bersuara ke jalan-jalan kota kuala lumpur, membantah akta zalim ISA.
hari ini adalah sejarah. sejarah kebangkitan rakyat. ribuan anak-anak muda telah turun berjuang, dengan berani tanpa takut. biarpun mereka berdepan dengan seluruh kekuatan negara. hampir 600 orang ditangkap. api perjuangan melawan ISA tidak akan padam, malah akan tambah marak menyala membakar kezaliman. hampir 600 suara akan membawa berita dan cerita. lebih 50 ribu jiwa juga akan menyebarkan warta tentang kezaliman jentera mesin pemerintah. jutaan manusia lain menjadi saksi, memendam simpati.
manakala kelompok pro-ISA pula gagal mengumpulkan pendokongnya.
hari ini adalah sejarah. rakyat telah benar-benar merdeka, sedar akan hak-haknya dengan jiwanya yg. bijaksana. antara ketuanan Melayu dan ketuanan Rakyat, hari ini membuktikan rakyat telah membuat pilihan untuk menjadi tuan kepada dirinya sendiri, bukan hamba kepada orang lain.
Saturday, August 1, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
gua tengok tshirt pro isa elok buat balut telur katak~!
ReplyDelete142 gambar telah diupload (video akan menyusul). Perjalanan 1 Ogos dari Masjid Jamek ke Jalan Raja Laut. http://vis-a-vision.blogspot.com
ReplyDeleteaku sokong saratus percent mat!
ReplyDeletexada beza antar tahana isa dgn tahana teluk guantanamo..malaysia=us? xde bezanya cuma us terang-terangan,malaysia lbh licik dgn berselindung di balik isa utk menyekat rakyat dari bersuara..aku harap aku ada kat sana..menyuarakan hak rakyat malaysia...hak yg selama ni dikunci demi melindungi mereka dr rakyat sendiri..rakyat malaysia dah celik,sdh bijak menilai baik buruk..bg blk demokrasi kami..bg blk hak kami sbg rakyat..
ReplyDelete10 tahun lagi, himpunan ini, akan tercatat dalam buku sejarah form 5 sekolah2 seluruh malaysia! tahniah untuk kita semua!
ReplyDelete