Kata tukang bohong, kununnya pakar perang saraf fasis Hitler yang bernama Joseph Goebbels, "pembohongan besar jika disebarkan, sekali orang mungkin tidak percaya, tetapi jika diteruskan berkali2 diulang tayang org. akan percaya."
Sejak pilihanraya umum 8Mac, hinggalah kini, telah ada 8 pilihanraya kecil. Permatang Pauh, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Batang Ai, Penanti, Kuala Terengganu, Manek Urai, Permatang Pasir.
8 pilihanraya yang menyaksikan kemenangan Pakatan Rakyat. Dalam keadaan pilihanraya yang masih lagi berat sebelah ke BN, belum jujur, adil dan bersih, Pakatan Rakyat masih berupaya menang.
Rakyat Malaysia, sudah tidak percayakan gerombolan United Malay National Organization dan BN. Tapi masalahnya gerombolan Umno masih percaya yang rakyat setia kukuh menyokong mereka. Apakah tidaknya, gerombolan menulis dan membaca surat khabarnya sendiri, tvnya sendiri dan segala media meganya sendiri, waima di internetpun gerombolan menulis dan betul2 percaya pada tulisan mereka sendiri.
gerombolan berbohong, menipu, mengelentong dan benar-benar percaya pada pembohongan mereka sendiri. tapi rakyat sudah bijak, tidak lagi percaya. biarpun gerombolan Umno-BN telah kalah, mereka tetap masih mahu menang lagi. kalau tak percaya, sebagai hiburan lawak jenaka bacalah akhbar2, lihatlah tv2, dengarkan radio dan media mega gerombolan.
kenang2kanlah, hari-hari akhir komuniti 'bunker' di Berlin. Fasis Hitler, tukang propagandanya Joseph Goebbels dan para petinggi tentera. Mereka masih tetap percaya pada Ketuanan Aryan, dan dunia sedang berada dalam takhluk kekuasaan Jerman. Walhal tentera bersekutu, semakin hari semakin dekat, hampir ke 'bunker' berlin. Hinggalah akhirnya, komuniti Bunker mengambil nyawa mereka sendiri, seperti Goebbels dan Hitler membunuh diri sendiri kerana enggan mengaku kalah.
pisang tidak akan berbuah 2 kali dan semua orang tahu, bercakap bohong, lama2 mencuri.
tidak ada demokrasi jika pihak yang kalah, tidak mahu menerima kekalahan, enggan melepaskan kuasa dan menghormati pilihan rakyat. kalau gitu, yang ada hanyalah kuku besi!
p/s- kepada para pimpinan parti2 dlm Pakatan Rakyat, ingat bulat air kerana pembentung.
Wednesday, August 26, 2009
Menolak takhluk pembohongan gerombolan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
masalahnya rahmat,lepas jatuhnya fasis Hitler,matinya Goebbels dan gerombolannya,apa jadi kat Jerman?
ReplyDeleteTerpecah dua.
Beb,lu kena tengok salah Pakatan gak.Kampung buah Pala apa citer?
Bagi aku mudah.Setakat menang kat Permatang Pasir tu,tak membuktikan apa-apa.Bagi aku,menang pilihanraya tak penting berbanding kerja yang mereka kena buat.
Runtuhkan rumah rakyat,lepas tu cakap "saya tak boleh buat apa-apa",Pakatan Rakyat hapa tu?