Showing posts with label Sister in Islam. Show all posts
Showing posts with label Sister in Islam. Show all posts

Thursday, June 11, 2009

kenyataan NGO isu SIS

kitaran semula dari blog Yunos Ali:
PENYATAAN BERSAMA OLEH ORANG PERORANGAN DAN MASYARAKAT MADANI (CIVIL SOCIETY) MALAYSIA TERHADAP RESOLUSI PAS UNTUK MENGHARAMKAN SISTERS IN ISLAM

Kami penandatangan di bawah amat terganggu dengan usul Parti Islam Semalaysia (PAS) yang mahu agar Sisters in Islam (SIS) diharamkan dan ahli-ahlinya dipaksa menjalani proses pemulihan jika aktivitinya didapati bertentangan dengan Shariah Islam. Pada hemat kami, dengan membuat usul sebegini, PAS telah pun membuat anggapan bahawa SIS harus diharamkan dan aktivitinya dihentikan.

Kami menghormati kebebasan ahli-ahli PAS untuk berpesatuan dan menyuarakan pandangan mereka. Sedemikian juga, ahli-ahli SIS atau ahli mana-mana pertubuhan lain harus diberikan jaminan atas kebebasan yang sama. Dalam hal-hal kepentingan awam, tiada satu individu atau pertubuhan pun yang boleh memonopoli hak menyuarakan pandangan. Desakan untuk mengharamkan SIS dan memaksa ahli-ahlinya menjalani proses pemulihan adalah suatu tindakan yang mencabul kebebasan-kebebasan yang terjamin di bawah Perlembagaan Persekutuan. Telah banyak terdapat undang-undang anti-kebebasan bersuara di Malaysia, justeru desakan PAS sebegini akan mengakibatkan ruang perdebatan awam yang sememangnya kecil menjadi terus tertutup.

Bagi menjadikan Malaysia lebih matang dalam mengamalkan demokrasi yang kita aspirasikan, amatlah penting agar konsep kepelbagaian dilindungi dan terus dipupuk, dan ini termasuklah kepelbagaian pandangan. Oleh demikian, adalah sangat penting kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, samada terhadap ahli-ahli PAS atau mana-mana pertubuhan atau individu lain, dihormati.

Desakan untuk mengambil tindakan terhadap SIS yang boleh mengakibatkan pengharamannya adalah tidak sejajar dengan retorik PAS yang mahukan Malaysia yang demokratik dan inklusif untuk semua. Sebaliknya, desakan ini sama sekali tidak demokratik. Kami ingin menekankan bahawa walaupun ahli-ahli PAS berhak menyuarakan pandangan mereka, namun desakan untuk mengharamkan SIS tidak boleh diterima langsung. Secara prinsipnya, tidak harus timbul persoalan untuk mengharamkan mana-mana pertubuhan hanya kerana tidak bersetuju dengan pandangan pertubuhan tersebut. Kepelbagaian pandangan mestilah dihormati dan sebarang perselisihan pendapat hendaklah diselesaikan dengan perbincangan yang matang dan membina.

Dengan ini, kami mendesak PAS untuk menimbangkan semula pendiriannya dan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk menarik semula usul terhadap tindakan ke arah pengharaman SIS.

Monday, June 8, 2009

First they came to Chin Peng, then SIS


Ungkapan puitik, First They Came karangan paderi Martin Niemöller. Ia menceritakan bagaimana paderi Martin ini pada awalnya, seorg yg anti komunis dan menyokong kebangkitan fasis Nazi Hitler. tetapi akhirnya dia pun turut menjadi mangsa, ditangkap dan dipenjarakan Hitler:

Di Jerman, mula-mula, mereka datang menghantam komunis
aku tak bersuara, kerana aku bukan komunis

kemudian, mereka datang menghantam Yahudi
aku tak bersuara, sebab aku bukan Yahudi

lepas tu, mereka datang menghantam Kesatuan Sekerja
aku tak bersuara, kerana aku bukan kesatuan sekerja

kemudian, mereka datang menghantam org2 Katholik
aku tak bersuara, sebab aku org Prostestan

akhirnya, mereka datang kepadaku
tapi waktu itu, tak ada lagi yang tertinggal untuk bersuara.

(terjemahan hampeh SS)

kebebasan bersuara dan menyatakan pendapat merupakan hak-hak asasi manusia sejagat. perbezaan pendapat merupakan suatu hal yg biasa. menekan perbezaan pendapat hanya menjuruskan kita semua ke kancah kebinasaan. perbezaan pendapat perlu dirayakan dalam ruang keilmuan, bukan ditindas dengan ganas kekerasan massa atau kekuasaan Negara - senjata, undang-undang dan penjara. perbezaan pendapat memerlukan keterbukaan untuk menggali pengetahuan. perbezaan pendapat bermaksud bersetuju untuk berbeza!

saya hanya menyokong PAS kerana agenda ketuanan rakyatnya. saya hanya menyokong PAS, bilamana mereka menjadi mangsa penindasan hak asasi manusia. saya hanya menyokong PAS kerana mereka mendukung perjuangan bahasa ibunda. saya hanya menyokong Pas setakat agenda melawan kekejaman dan kezaliman rejim penjajah Amerika Syarikat serta "telor-telor penjajah!" di Malaysia.

saya, tidak akan menyokong PAS, jikalau mereka mahu mengharamkan Sister In Islam (SIS). biarpun saya byk tidak bersetuju dengan SIS, atau tidak selesa dengan keahliannya yg terdiri dari golongan elit, malahan anak-anak para pembesar Umno - Nori TUN Abdullah, Zainah TAN SRI Anuwar, Marina TUN Mahathir. tetapi saya tetap akan menyokong prinsip hak asasi manusia - kebebasan bersuara dan berpersatuan.

kemutlakan belum pernah muktamad milik manusia!