Showing posts with label first they came. Show all posts
Showing posts with label first they came. Show all posts

Monday, June 8, 2009

First they came to Chin Peng, then SIS


Ungkapan puitik, First They Came karangan paderi Martin Niemöller. Ia menceritakan bagaimana paderi Martin ini pada awalnya, seorg yg anti komunis dan menyokong kebangkitan fasis Nazi Hitler. tetapi akhirnya dia pun turut menjadi mangsa, ditangkap dan dipenjarakan Hitler:

Di Jerman, mula-mula, mereka datang menghantam komunis
aku tak bersuara, kerana aku bukan komunis

kemudian, mereka datang menghantam Yahudi
aku tak bersuara, sebab aku bukan Yahudi

lepas tu, mereka datang menghantam Kesatuan Sekerja
aku tak bersuara, kerana aku bukan kesatuan sekerja

kemudian, mereka datang menghantam org2 Katholik
aku tak bersuara, sebab aku org Prostestan

akhirnya, mereka datang kepadaku
tapi waktu itu, tak ada lagi yang tertinggal untuk bersuara.

(terjemahan hampeh SS)

kebebasan bersuara dan menyatakan pendapat merupakan hak-hak asasi manusia sejagat. perbezaan pendapat merupakan suatu hal yg biasa. menekan perbezaan pendapat hanya menjuruskan kita semua ke kancah kebinasaan. perbezaan pendapat perlu dirayakan dalam ruang keilmuan, bukan ditindas dengan ganas kekerasan massa atau kekuasaan Negara - senjata, undang-undang dan penjara. perbezaan pendapat memerlukan keterbukaan untuk menggali pengetahuan. perbezaan pendapat bermaksud bersetuju untuk berbeza!

saya hanya menyokong PAS kerana agenda ketuanan rakyatnya. saya hanya menyokong PAS, bilamana mereka menjadi mangsa penindasan hak asasi manusia. saya hanya menyokong PAS kerana mereka mendukung perjuangan bahasa ibunda. saya hanya menyokong Pas setakat agenda melawan kekejaman dan kezaliman rejim penjajah Amerika Syarikat serta "telor-telor penjajah!" di Malaysia.

saya, tidak akan menyokong PAS, jikalau mereka mahu mengharamkan Sister In Islam (SIS). biarpun saya byk tidak bersetuju dengan SIS, atau tidak selesa dengan keahliannya yg terdiri dari golongan elit, malahan anak-anak para pembesar Umno - Nori TUN Abdullah, Zainah TAN SRI Anuwar, Marina TUN Mahathir. tetapi saya tetap akan menyokong prinsip hak asasi manusia - kebebasan bersuara dan berpersatuan.

kemutlakan belum pernah muktamad milik manusia!