Showing posts with label valentine willy fine art. Show all posts
Showing posts with label valentine willy fine art. Show all posts

Monday, June 15, 2009

Kontroversi Karya Seni Fahmi Reza!!!


pasti kita tak akan lupa video terpenggalnya kepala Najib di papan bilbod, kemudiannya kita mendpt tahu hasil karya Fahmi Reza di galeri dipaksa turunkan dari pameran kerana tekanan pihak berkuasa, dan kerana di galeri yg sama bakal berlangsung pelancaran buku oleh pemimpin Umno BN.


-gambar di atas curian dari http://www.arterimalaysia.com-

"Jadi, ini senilah!" (so this is art) kata ejekan/sindiran/amaran salah seorang dari sepasang pengunjung yg hadir ke galeri Valentine Willy, seperti yg dilapor Zideck Siew dlm laman arterimalaysia.com. manakala seorg lagi pasangannya seronok merakam mengambil gambar karya Fahmi yg terpamer di ruang galeri. kehadiran sepasang pengunjung itu -yg disyaki wakil penguasa, sb atau apa2 ler- memberi kejutan kpd pengurusan galeri.“It was verbal abuse,” kata Snow Ng, pengurus galeri itu (gambar atas sebelah kiri, ccd google) .
“It sounded as if they wanted to intimidate us," begitu jelas Snow lagi spt yg disampai dlm laporan Zideck.

nampaknya pameran Rock Kaka (ker KAngKAng atau KAh KAh tukar tiub) yg menampilkan karya seni visual kontemporari oleh seniman2 kontemporari Fahmi Reza (gambar sebelah kanann CCD google), Callen Tham,Fairuz Sulaiman, Vincent Leong dan Saiful Razman menjadi pameran yg panas diperkatakan sekarang ini. lihat perbincangan di laman masyarakat seni budaya Malaysia dan Asia Tenggara:
http://www.arterimalaysia.com/2009/06/15/the-rock-kaka-thing-critical-responses/

bagaimanapun Fahmi Reza membantah tindakan galeri yg menurunkan hasil karyanya di galeri tanpa pengetahuannya dalam surat aduannya itu:
teruskan berjuang Fahmi Reza!!!kami sokong!

Tuesday, June 9, 2009

Fahmi Reza ROCKS!!!!

masih ingat lagi video terpenggalnya kepala Najib?

kini, telah diketahui siapa gerilyawan seni cool yg bolehlah dikatakan lebih hebat atau sama hebat dgn Bilboard Liberation Front itu?

seniman yg aku maksudkan itu adalah Fahmi Reza, gambar sebelah kiri, seorang pengarah filem dokumentari terkenal "10 Tahun Sebelum Merdeka" dan "Revolusi 48". Filem-filem yang mengangkat perjuangan sejarah gerakan kiri tanah air. Fahmi juga seniman yg giat meneroka media-media baru seni dalam menyatakan ungkapan luahan dan sikap pendiriannya.


Kepala Najib yg dipotong itu, kemudiannya dipamerkan di galeri Valentine Willy Fine Art dalam pameran Rock Kaka: Fahmi Reza, Callen Tham, Fairuz Sulaiman, Saiful Razman and Vincent Leong.
namun tadi, aku terbaca laporan dari blog peguam hak asasi manusia Puspa Rosman, pihak galeri telahpun menurunkan karya seni hebat ini, biarpun pameran seharusnya berlangsung hingga 13 Jun ini. tindakan ssensor yg tidak patut! sekali lagi kebebasan bersuara ditekan. kepada cik puspa yg menulis, VWFA yang pernah benarkan penyajak bersajak sambil badan ditatukan... 'self-censored' karya seni sebab gurauan ditujukan kepada Pak Ajib? (org yg dimaksudkan tu aku ler). aku perlu membetulkan sedikit fakta. pertamanya, benar pihak galeri biarkan aja aku membuatnya.tapi aku tak peduli, dia benarkan atau tidak aku akan buat juga - mungkin akan buat benda lain yg sukar diduga tapi sama tahapnya.

aku menghormati Fahmi Reza sebagai seniman pelbagai dimensi yg hebat. lebih hebat saat dia berkata, "aku mengambil tanggungjawab atas tindakan ku," waktu pertemuan kami di pasar seni, malam minggu yg lalu. karya ini akan terus beredar di youtube dan blog-blog, dimuat turun, disimpan, ditayang lagi berulang-ulang kali sebagai inspirasi. galeri bukan saja wujud di ruang fizikal Valentine Willy Jalan Telawi. galeri telah ada di mana-mana. seni telah mengalir sepenuhnya, bila org melihat Kepala Najib dikerat penggal dari bilbod, org benar-benar mengerti kezaliman mesti dilawan habis-habisan! salut buat seniman berani!