masih ingat lagi video terpenggalnya kepala Najib?
kini, telah diketahui siapa gerilyawan seni cool yg bolehlah dikatakan lebih hebat atau sama hebat dgn Bilboard Liberation Front itu?
seniman yg aku maksudkan itu adalah Fahmi Reza, gambar sebelah kiri, seorang pengarah filem dokumentari terkenal "10 Tahun Sebelum Merdeka" dan "Revolusi 48". Filem-filem yang mengangkat perjuangan sejarah gerakan kiri tanah air. Fahmi juga seniman yg giat meneroka media-media baru seni dalam menyatakan ungkapan luahan dan sikap pendiriannya.
Kepala Najib yg dipotong itu, kemudiannya dipamerkan di galeri Valentine Willy Fine Art dalam pameran Rock Kaka: Fahmi Reza, Callen Tham, Fairuz Sulaiman, Saiful Razman and Vincent Leong.
namun tadi, aku terbaca laporan dari blog peguam hak asasi manusia Puspa Rosman, pihak galeri telahpun menurunkan karya seni hebat ini, biarpun pameran seharusnya berlangsung hingga 13 Jun ini. tindakan ssensor yg tidak patut! sekali lagi kebebasan bersuara ditekan. kepada cik puspa yg menulis, VWFA yang pernah benarkan penyajak bersajak sambil badan ditatukan... 'self-censored' karya seni sebab gurauan ditujukan kepada Pak Ajib? (org yg dimaksudkan tu aku ler). aku perlu membetulkan sedikit fakta. pertamanya, benar pihak galeri biarkan aja aku membuatnya.tapi aku tak peduli, dia benarkan atau tidak aku akan buat juga - mungkin akan buat benda lain yg sukar diduga tapi sama tahapnya.
aku menghormati Fahmi Reza sebagai seniman pelbagai dimensi yg hebat. lebih hebat saat dia berkata, "aku mengambil tanggungjawab atas tindakan ku," waktu pertemuan kami di pasar seni, malam minggu yg lalu. karya ini akan terus beredar di youtube dan blog-blog, dimuat turun, disimpan, ditayang lagi berulang-ulang kali sebagai inspirasi. galeri bukan saja wujud di ruang fizikal Valentine Willy Jalan Telawi. galeri telah ada di mana-mana. seni telah mengalir sepenuhnya, bila org melihat Kepala Najib dikerat penggal dari bilbod, org benar-benar mengerti kezaliman mesti dilawan habis-habisan! salut buat seniman berani!
Rejim Zionis mengepung ambulans di Jabalia
1 week ago
Supercool.. Viva!
ReplyDeleteohhhhhhh ini rupanya.
ReplyDeletehail lah!
haha.. fahmi reza mmg gengster..
ReplyDeleterespek.. tabik..
kudos
ReplyDeleteada duo orang beb yang potong kepala najib tu. cuba teka siapa lagi sorang. hehe.
ReplyDeletePeh..lu ka potong Dhani? Bini lu kasi ka panjat panjat ni?
ReplyDeleteSalut Fahmi Reza!
ReplyDeletesejarah akan terus terpahat nama ini!
ReplyDeletesuara orang muda.....harus berani menongkah aruh....agar PEMIKIRAN seni tidak LESU.
ReplyDeleteFAhmi ReZA ROCK...
ReplyDeletepipiyapong. gua tak sempat tolong fahmi gi potong itu kapla. tapi gua sempat tolong bawak fahmi gi beli basikal jepun kat KB! hehe. :)
ReplyDeleteboleh buat lagi hebat dari ni. potong billboard tu dalam keadaan telanjang. wakakakak.
ReplyDeletesungguh bergaya skali..
ReplyDeleteHahaha...AKU sukakn nye.
ReplyDeleteMat,
ReplyDeleteRevolusi 48 ade dlm You Tube tak? Aku dok jauh ni susah dapat dvd dia!
Shah
anak jantan
ReplyDeletesalut la fahmi!
ReplyDeleteada orang cakap budak pj yang buat -_- buat cerita letup je menipu bangang baru aku tau siapa yang buat ni. Good job fahmi !
ReplyDelete