Friday, December 10, 2010
HAK ISTIMEWA MELAYU-layu: dari tanah kembali ke tanah
Minggu ini, minggu DULI YANG MAHA MULIA SULTAN-SULTAN bertitah tentang kedaulatan dan hak keistimewaan orang-orang Melayu yang dicemuh hina oleh bangsanya sendiri.
Aspek hak keistimewaan Melayu boleh kita ukur, lihat, kaji dan baca dari segi HAK TANAHnya.
Tindakan merampas tanah kampung orang-orang Melayu di Kuala Lumpur, adalah tindakan penghinaan orang-orang MELAYU-LAYU (jenis Si Kitol-bersembunyi dalam BELUKAR Liberal) dan derhaka kepada bangsanya sendiri. Mari kita ambil isu tanah, bagaimana melayu-layu yang tidak tahu sejarah, mempersoal, menghina dan merampas hak keistimewaan tanah warisan orang-orang Melayu ini.
1. berapa banyak tanah rizab Melayu yang tergadai, berapa yang diganti? Siapa yang menggubal pinda Enakmen Tanah Rezab Melayu, yang membenarkan tanah rizab Melayu untuk digadaikan?
Jawapan: "Lupakah Umno bahawa 139,409 hektar tanah rezab Melayu di Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan beberapa negeri lain, telah dibatalkan oleh kerajaan BN dahulu dan hanya 77,208 hektar sahaja yang diganti semula. Masih terdapat baki 62,201 hektar yang perlu diganti oleh kerajaan BN."-Mahfuz Omar.
aku tak larat memberikan jawapannya kepada semua soalan-soalan dibawah, kalian orang bijaksana, kalian orang cerdik pandai, kalian pemuka, kalian perkasa, kalian raja berkuasa di mata, bersultan dihati, cubalah cari jawapannya, tepuk dada tanyalah google, baca-kaji, sudah terang janganlah bersuluh:
2.berapa banyak kampung-kampung warisan hak keistimewaan orang-orang Melayu yang dirampas oleh melayu-layu untuk dijual kepada cukong?
3.siapakah dengan penuh berbudi me'nukar' atau menganugerahkan tanah warisan hak istimewa Melayu milik Keretapi TANAH MELAYU (KTM) di Singapura, tanah Tanjong Pagar dan tanah warisan hak istimewa Melayu KTM sepanjang rel keretapi yang membelah pulau Temasek dari Woodland ke Tanjong Pagar yang menjadi hutan hijau itu?
4.Bagaimanakah Pulau Batu Putih terlepas menjadi Pedra Blanca, bagaimana pula empangan air di Linggiu (empangannya milik Singapura dan tanahnya milik hak istimewa tanahair ibunda ini, pembinaan STRUKTUR KEKAL yang tidak digazetkan di DUN Johor), bagaimana pula khabarnya RUMAH API di Pulau Pisang, Pontian, Johor, kenapa setelah merdeka, Singapura masih menjaganya, apakah nanti menjadi seperti Pedra Blanca?
5.Lapangan terbang, tanah warisan hak istimewa DIRAJA, milik TUDM itu siapa menjualnya?
6.Pulau Pangkor Laut kepada siapa tergadai, siapa menggadainya?
7.Pulau keramat Pulau Besar di Melaka, dipajakkan kepada siapa, apakah 999 atau 99 tahun?
8.Banjaran gunung Genting pula bagaimana?
9.Siapa menjual gelombang udara hak istimewa anugerah Tuhan untuk tanah air ini kepada saudagar Astro menjadi pemilik hak monopolinya?
10.Siapa merampas tanah petani di Kerpan, saat padinya menguning, berat menunduk menunggu detiknya menuai; namun musim menuai hasil titik peluh dan jerih payah para petani menjadi suatu peristiwa ngeri - yang tolonglah jangan dilupakan - tentang sombong kekuasaan angkuh merampas tanah warisan HAK ISTIMEWA ORANG-ORANG MELAYU; tanpa budi dan adab, tanpa timbang rasa keadilan, rayuan dan tangis orang-orang Melayu (dengan hak-hak istimewanya) di Kerpan tidak dipedulikan; siapa yang menghina dan derhaka kepada bangsanya sendiri, melupakan perjuangan untuk BANGSA, AGAMA DAN NEGARA itu?
11.Yang terbaru, pastilah 7 buah Kg Warisan di Gombak yang akan dirampas tanahnya oleh bangsanya sendiri yang tidak tahu sejarah perkampungan itu. Para penduduk kampung tersebut ialah orang-orang Melayu dari suku Rokan, Siak, Rawa, Minangkabau, Mandailing - mereka orang-orang Melayu berketurunan bukit Si Guntang, Palembang bersusur galurkan empayar Melayu Srivijaya. Mereka peneroka awal yang sama-sama membangunkan kota Kuala Lumpur semenjak tahun 1890 lagi.
Orang-orang Melayu marhaen juga perlu sedar bahawa orang-orang Cina, India, Orang-orang Asli, Orang-orang Dayak, Orang-orang Penan, Orang-orang Kadazan Dusun, dan kesemua RAKYAT MARHAEN di negara ini saban hari dirampas hak mereka ke atas hak tanah warisan mereka. Samada yang istimewa atau yang tidak istimewa, SATU kaum atasan rakyat Malaysia yang hanya KAYA KEMESRAAN diperdaya, ditipu, diperas dan dirampas hak-hak mereka oleh SATU kaum gerombolan penguasa YANG MISKIN BUDINYA.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
tu belum kira yang bukan melayu,tapi bumiputra punya tnaah lagi,kat sabah sarawak,orang asli...
ReplyDeleteterima kasih pada seniman yang berkata benar,salutku pada mereka semua!
mana ada tanah lagi..tanah2 adat bumiputera/ org2 asli...dirampas utk PEMBANGUNAN empangan, kelapa sawit..balak...
ReplyDeletemcm Bakun kawasan seluas pulau s'pura..botak habis...
itu warisan hutan hujan tropika tertua di dunia...lebih tua dari hutan Congo dan Amazon...
betul2,habis kononnya atas pembangunan,
ReplyDeleteteringat kata kata pujangga dinsman
"manusianya yang patut dimajukan,bukan tanahnya"
teruskan beraktivisme ya!