Saturday, December 4, 2010
Selamatkan 7 kampung warisan di KL dari dirampas cukong
telah banyak warisan tanah air yg dirampas dirompak di curi dirembat digadai dijaja dijual pemuka-pemuka melayu dengan memperdaya dan menipu org2 Melayu sendiri. banjaran gunung genting, pulau-pulau, sumber air ataupun tanah2 keretapi dari Sentul yg lama ke Tanjong Pagar yg masih baru terlepas.
7 kampung warisan ini hanyalah episod terbaru kerakusan. jika kita berdiam diri, ini akan menjadi bukan yang terakhir. rasanya akan ada lagi, sebab selagi tanah air dan semua manusianya belum bankrup, sehinggalah tak ada apa lagi yang nak dijajah jaja jual, maka sehingga itulah perampasan akan tetap berlaku. keangkuhan mendabik dadanya, penguasa cukup sombong mahu menongkat langit hidupnya.
aku bukanlah Sang Maha Perkasa (Al-Aziz), takut aku nak bersumpah darah, berjanji, berikrar setia bermati-matian kununnya mahu mempertahankan warisan ini. aku hanya mampu mencuba yg terdaya. tapi aku tahu perkasa tidaklah sehebat mana, buktinya yg dirampas ini perkampungan Melayu, yg dijual melayu-layu yg dijunjung hormat perkasa itu, kepada siapa dijajah jaja jual???
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Betul Sdr Rahmat, betul. Kita jumpa di sana insyallah. Tapi esok (5 Disember 2010) ada temu janji di Masjid Negara.
ReplyDeleteItu cerita cukong - rembat air...