(buat Azman dan Al Fatehah untukmu Azmi Haron*)
Siapakah yang teguh hatinya
pada malam gelap
di antara simpang Adela dan Sening
sepanjang jalan sempit menuju ke Pengerang
ke Teluk laut China Selatan, hujung benua, tanjungnya semenanjung.
Siapakah yang teguh hatinya
meratib ratapan
tangis air mata penghidupan dan nyawa,
yang telah tiada, tubuh kaku, luka-luka
tak berdarah, patah tulang-tulang rusuk dan organ-organ badan yang pecah.
Siapakah yang teguh hatinya
di tengah lautan
nasib tak pasti, nelayan menjaring ikan,
di darat tekong melukah rasuah berlimpah
mangsa itu mereka yang gagal menangkap seragam haram, pura-pura.
Siapakah yang teguh hatinya
menempuh dugaan
sabar menunggu di sebuah pelabuhan
berliku ribuan simpang, lurus melangkah,
melihat jurang terlalu dalam membeza, jauh sauh Kapal berlabuh.
Siapakah yang teguh hatinya
enggan mengira-ngira
besar keuntungan, suatu pelaburan
menimbun harta benda, menipis perasaan
tak ada makna papa atau kaya, bila tiba waktunya untuk pergi.
Siapakah yang teguh hatinya
di pengkebumian
mengambus liang, menghapus dengki dan hasad,
doa yang tertawa dengan lawak manusia,
nisan kayu, tangan ibu, bahagialah isteri dan anak-anakmu.
*Meninggal dunia pada Selasa, malam, 3 November 2009.
Kemalangan jalanraya dalam usia 43 tahun.
3:41 pagi, 11 November 2009, taman halaman, am punk.
Rejim Zionis mengepung ambulans di Jabalia
1 week ago
Salam Bang Rahmat,
ReplyDeleteAku merasai kelukaan pada setiap bait puisimu.
Moga Bang Rahmat bersabar... :)
Ya ampun ya Tuhan :'( takziah saya bersimpati. Baru sahaja post pasal hilang kehilangan menghilangkan. How ironic. Semua ni buat saya takut nak guna jalan raya. Manusia dah berubah.
ReplyDeleteSiapakah yang teguh hatinya.
ReplyDeleteOur condolences to you, your dearest, and your family.
simpati.
ReplyDeleteKuat kan hati bro Rahmat... - Izwan
ReplyDeleteal-Fatihah
ReplyDeleteTakziah buat keluarga arwah Azmi Haron.
ReplyDeleteSemoga rohnya dicucuri rahmat.
Semoga En. Rahmat Haron & keluarga tabah menghadapi kehilangan ni.