Thursday, December 20, 2012

KL112

terima kasih kepada insan yg membuat rekaan ini, dan tentunya kepada Pramoedya serta kata-katanya:

Wednesday, October 10, 2012

Warisan Belanjawan Hutang


Gugusan Kampung Banda Dalam, Jalan Sultan, Stadium Merdeka, Stadium Negara di Kuala Lumpur; Pengerang di Johor; Tanah Adat Murum, Peleiran dan Danum di Sarawak merupakan antara nama-nama terbaru korban pembangunan.
Sebagaimana Kampung Kerinchi dan Kampung Pantai Dalam telah pun ditransformasikan pembangunan menjadi Bangsar South
NONEAtaupun penghidupan kaum Penan dan hutan tropika tertua dunia (lebih tua daripada hutan Amazon dan Kongo, berusia lebih 140 juta tahun) di Bakun yang telah musnah digenangi air empangan, seluas pulau Singapura.
Ia korban pembangunan yang cukup mahal harganya.
Kampung Chubadak, Kampung Aman, Kampung Berembang, antara nama-nama kampung- peneroka bandar Kuala Lumpur yang telah dirobohkan. Rakyat dipindahkan ke rumah-rumah pangsa (flat) yang sempit.
Seterusnya flat-flat ini pula berpotensi menjadi ghetto.

Di sebalik retorik Mahathirisme yang kononnya anti-Barat dan anti-Amerika Syarikat (AS), pembangunan kota kita, terlalu meniru model pembangunan kota-kota di AS dengan mercu tanda hartanah bangunan-bangunan pencakar langit.
Ia seperti yang pernah disebut Dr Mahathir Mohamad, ketika berucap pada Forum International Mayors di Kota Weifang, wilayah Shandong, China pada 20 April 2005:
NONE"We in the East are very fond of copying the Europeans and Americans. Our cities are
already becoming copies of their cities, with high-rise buildings, with cramped multi-storeyed flats.

"There is a McDonald's restaurant at every corner. Down-town the working population converge in the hundreds of thousands in the daytime and leave empty in the night, deserted, and dangerous."


Anehnya, pemerintahan Mahathir selama 22 tahun membawakan perbandaran dan perindustrian yang pesat sebagai ideologi politik pembangunan yang menjadi dasar undi parti Umno-BN yang diterajuinya.
Rancangan jahat perbandaran yang tidak terkawal itu diperkukuh dengan pindaan Akta Pengambilan Tanah pada tahun 1991.
Pindaan yang dilakukan Dr Mahathir terhadap Seksyen 3(b) dan pengenalan Seksyen 68A yang baru ke dalam Akta Pengambilan Tanah 1960 ini memberi bidang kuasa seluas-luasnya untuk kerajaan merampas tanah sesiapa sahaja bagi apa-apa tujuan sekalipun.
Malah kata "kegunaan awam" dan "kemudahan awam" dalam Seksyen 3(b) sebagai syarat pengambilan tanah telah digugurkan dengan pindaan ini.


Jaminan harta dalam perlembagaan

Pindaan-pindaan ini turut membolehkan perampasan tanah oleh kerajaan untuk tidak dapat dicabar di mahkamah, biarpun ia dilakukan tanpa menurut lunas perundangan.

Selain itu, ia juga menggalakkan perampasan tanah milik rakyat oleh kerajaan bagi faedah segelintir individu atau syarikat yang mempunyai kaitan sebagai kroni politik.

Mangsa pertama Akta Pengambilan Tanah 1960 (Pindaan 1991) ini ialah masyarakat Melayu.
penang second link bridge 030408 01
Sekitar 10,000 orang dari 52 buah kampung di Tanjung Kupang, wilayah Barat Johor, meliputi kawasan seluas 26,000 hektar telah diusir dari tanah warisan pusaka mereka untuk projek jambatan Second Link di antara Johor dan Singapura dan pembinaan bandar baru Wilayah Iskandar.

Pindaan ini ternyata bertentangan dengan jaminan hak pemilikan harta oleh warga yang termaktub dalam Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan:

(a) Tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.

(b) Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.

Satu lagi contoh penggunaan Akta Pengambilan Tanah ini adalah rampasan tanah para petani di Kerpan, Kedah seluas 1,000 ekar pada tahun 1993, bagi diserahkan kepada pemodal Arab, Syarikat Benladin Group untuk projek udang harimau.

Rampasan tanah ternyata tidak mempedulikan lunas perundangan pampasan sewajarnya ataupun paling kurang belas ihsan. Rayuan para petani untuk setidaknya menyelesaikan tuaian padi yang sedang menguning pada waktu itu tidak diendahkan.

Jentera berat meranapkan sawah petani. Puluhan orang kampung, termasuk wanita yang mempertahankan tanah mereka ditahan polis.
NONE
Saatnya, untuk kita turut menitik beratkan pembangunan kesejahteraan insan dan pembinaan masyarakat ihsan serta sivil.

Cukuplah penekanan melampau terhadap aspek pembangunan bangunan, kilang-kilang, padang golf, jalan-jalan bertol atau binaan-binaan yang besar, gedung beli-belah mewah dan gah.

Pembangunan kebendaan ini, lebih teruk lagi di bina di atas kesengsaraan rakyat.

Lihatlah, Kilang Lynas di Gebeng yang diberi pengecualian cukai selama 12 tahun itu.
Ataupun berapa banyak tanah rakyat yang telah dirampas semata-mata untuk membangunkan padang golf?

Arkeologi penting di Lembah Bujang
Pada tahun 1974 hanya terdapat 45 buah padang golf sahaja di Malaysia. Hari ini Malaysia memiliki lebih daripada 200 buah resort padang golf.

Bagaimana pula misalnya pembangunan keilmuan, penyelidikan dan kajian sains, juga pengetahuan bidang-bidang seperti kebudayaan, sastera, kesenian, sejarah dan warisan.

Pembangunan yang dapat menjadikan Malaysia pencipta dan pengeluar teknologi, bukan setakat pembeli dan pengguna teknologi semata-mata.
NONE
Saya tidak fikir kita perlukan bangunan menara komersial setinggi lebih 100 tingkat dengan peruntukan RM 5 bilion. Kemudian dengan bangga, kita namakan ia Menara Warisan di atas runtuhan rombakan warisan seni bina stadium bersejarah, tempat pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 itu.

Sementara itu, tapak-tapak warisan arkeologi penting tanah air tidak pula menerima peruntukan sebesar dana Menara Warisan.

Misalnya Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) mempunyai perancangan untuk membangunkan kawasan Sungai Batu, Lembah Bujang, Merbok, Kedah sebagai Taman Warisan Arkeologi di Lembah Bujang.

Pada tahun 2010, sekumpulan pakar arkeologi Universiti Sains Malaysia, di ketuai Prof Madya Dr Mokhtar Saidin, menemukan tapak purba bengkel melebur besi di kawasan tersebut.

Tapak warisan purba itu berusia 50 tahun sebelum Masihi. Ia merupakan suatu penemuan penting bukan sahaja di Malaysia, tetapi di Asia Tenggara.

Namun Taman Warisan ini hanya menerima peruntukan RM20juta menerusi Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10).

Pada 30 Jun 2012 lalu, Pertubuhan Unesco mengisytiharkan Lembah Lenggong, Hulu Perak sebagai tapak warisan dunia. Ia termasuklah empat tapak kaji purba yang berusia hampir 2 juta tahun, salah satu rekod tertua untuk kehidupan manusia terawal di suatu kawasan, dan yang paling tua di luar benua Afrika.

Tapak-tapak arkeologi tersebut menemukan bahan-bahan tinggalan zaman Paleolitik (zaman batu lama), Neolitik (zaman batu baru) dan zaman Logam.

Menyentuh soal seni, warisan dan kebudayaan, Belanjawan 2013 tidak langsung menyebut penemuan-penemuan arkeologi bertaraf dunia ini.

Bagaimanapun, belanjawan 2013 yang berjumlah RM251.6 bilion itu memperuntukkan RM 6 juta sebagai bantuan pentadbiran dan kegiatan persatuan karyawan, budayawan dan seniman berdaftar.
NONE
Belanjawan hutang 2013 pula memberi RM 9.3 billion untuk Danajamin, RM 9 bilion untuk projek-projek infra berkaitan MRT, RM 10 bilion untuk Skim Jaminan Modal Kerja.

Sebanyak RM 28 bilion untuk membantu syarikat-syarikat yang berhubungan rapat dengan Umno-BN ini.

Ia dua kali ganda peruntukan RM 15 bilion untuk membantu rakyat biasa.

Belanjawan hutang kerajaan Umno BN ini, perlu ditamatkan. Kita mahukan warisan pembangunan yang dapat memperkaya khazanah keilmuan, kebudayaan tanah air.

Kemiskinan, penyakit dan kehancuran, apakah pembangunan ini yang ingin kita wariskan?

Kita tidak mahu, anak cucu generasi akan datang mendapat bencana warisan hutang atau bala warisan pencemaran, mahupun malapetaka nuklear warisan racun radioaktif.

Tuesday, August 14, 2012

Pembunuhan kaum di Myanmar: kenyataan media Pakatan Rakyat

Kenyataan Media Pakatan Rakyat
14 Ogos 2012
Malaysia mesti bantah pembunuhan kaum di Myanmar
Memahami bahawa hak asasi manusia adalah batu asas kepada masyarakat antarabangsa yang adil, saksama dan bertamadun; dan
Memegang teguh kepada dasar-dasar hak asasi manusia seperti yang termaktub dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat;
Pakatan Rakyat mengecam pembunuhan kaum Rohingya di Myanmar yang berlaku pada masa ini dan menuntut ia dihentikan serta-merta.
Masyarakat antarabangsa mesti bertindak pantas dan jangan mengguna alasan diplomatik untuk tidak bertindak kerana dari pengajaran dari pembunuhan kaum di Bosnia dan Rwanda jelas menunjukkan bahawa hanya tindakan pantas masyarakat antarabangsa seawal mungkin akan mendatangkan hasil.
Pakatan Rakyat menggesa Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Razak untuk mengambil langkah-langkah berikut:
a. Menuntut kerajaan Myanmar mengambil tindakan serta-merta untuk menghentikan pembunuhan kaum dan membenarkan masyarakat antarabangsa untuk memberi bantuan kemanusiaan terus kepada mangsa-mangsa;
b. Menuntut ASEAN mengarahkan kerajaan Myanmar menghentikan pembunuhan kaum ini serta-merta. Malaysia memainkan peranan penting dalam membolehkan Myanmar menjadi anggota ASEAN sejak 1997;
c. Menuntut negara China, yang mana Malaysia telah mempunyai hubungan diplomatik lebih 40 tahun, dan Amerika Syarikat, yang mula melonggarkan sekatan ekonomi kerana reformasi politik di Myanmar, untuk campur tangan dan memberi nasihat kepada Myanmar untuk melindungi semua golongan minoriti dan menghentikan pembunuhan kaum;
d. Menuntut negara Bangladesh yang mempunyai talian diplomatik yang kuat dengan Malaysia termasuklah kehadiran yang dianggarkan lebih 500,000 warga Bangladesh di Malaysia untuk mendesak Myanmar membuka sempadan dan memberi bantuan kemanusiaan kepada mangsa-mangsa tersebut;
e. Menuntut OIC di mana DS Najib sedang menyertai perjumpaan di Mekah untuk mengeluarkan kenyataan bersama menggesa Majlis Keselamatan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (di mana Pakistan, Maghribi, Azerbaijan dan Togo adalah ahli Majlis Keselamatan) di bawah Perkara 35 untuk campur tangan dengan serta-merta;
f. Menuntut DS Najib menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan untuk mengeluarkan fatwa yang mengatakan mana-mana kerajaan yang gagal melindungi kumpulan minoriti dan menyemarakkan semangat perkauman serta pembunuhan kaum di Myanmar dan seluruh dunia.
Malaysia wajib bertindak pantas kerana bukan sahaja DS Najib telah menobatkan Malaysia sebagai mempunyai ‘Demokrasi Terbaik’ di dunia malah ianya sebuah negara contoh dengan UMNO sebagai parti pemerintah yang terbesar di dunia untuk membuktikan kenyataan beliau itu benar dan tidak palsu. Masa untuk menunjukkan kepimpinan moral sudah tiba.
Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai
Liew Chin Tong, Ahli Parlimen Bukit Bendera
Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor
-----------------------------


Malaysia must protest genocide in Myanmar
Cognizant of the fact that human rights forms the foundation of an international community that is just, equitable and civilized; and
Holding firm to the principles of human rights as enshrined in the Universal Declaration of Human Rights;
Pakatan Rakyat condemns the current genocide of Rohingyas in Myanmar and urges it to be stopped.
The international community must act urgently and never allow diplomatic cover to be an excuse for  inaction as the lessons of past genocides in Bosnia and Rwanda clearly showed that only quick international attention and intervention at the earliest stage would be effective.
Pakatan Rakyat calls upon the Prime Minister Najib to take the following immediate actions:
a. Demand that Myanmar takes immediate action to stop the genocide and allow the international community to provide direct assistance to the victims;
b. Demand ASEAN to call for Myanmar to stop this genocide immediately. Malaysia was instrumental in having Myanmar be a member of ASEAN since 1997.
c. Demand China, where Malaysia has a pioneering close to 40 year diplomatic relationship, and the United States of America, which has begun removing economic sanctions because of the political reforms in Myanmar, to intervene and actively advice Myanmar to protect all minorities and stop the genocide;
d. Demand Bangladesh who has a strong relationship with Malaysia including an estimated 500,000 Bangladesh citizens working in Malaysia to provide pressure on Myanmar and to immediately open her borders to provide relief aid to the victims;
e. Demand OIC where Najib is currently attending the extraordinary summit in Mecca to make a joint-statement calling for the United Nation’s Security Council Article 35 (as Pakistan, Morocco, Azerbaijan and Togo are currently members on the Security Council) to intervene immediately.
f. Demand Najib request the National Fatwa Council to issue a fatwa on any government that fails to protect minority rights and facilitates racism and genocide as to provide the moral and spiritual argument to garner public support for Malaysia’s leadership in stopping the genocide in Myanmar and around the world for that matter.
Malaysia must act fast and decisively as not only has Najib declared Malaysia is the ‘Best Democracy’ in the world but also as an exemplary Islamic country with UMNO as the largest muslim party in the world to prove that all his statements are true and not false. The time to show moral leadership is now.
Nurul Izzah Anwar, Member of Parliament for Lembah Pantai
Liew Chin Tong, Member of Parliament for Bukit Bendera
Dr Dzulkefly Ahmad, Member of Parliament for Kuala Selangor
_______________________________________________________________

Saturday, July 28, 2012

Jangan lupa: Puasa, Komunis, China


Menjelang Ramadhan Al-Mubarak, kita sekali lagi cuba disajikan dengan propaganda usang dan lapuk, momokan hantu komunis dan pengganas Islam (dirujuk pihak berkuasa sebagai JI).  Bulan puasa, seiring dengan sambutan hari kemerdekaan – seperti selalu – dapat dimanfaatkan parti pemerintah untuk menyerang parti-parti Pakatan Rakyat. Masyarakat mahu diingatkan bahawa Mat Sabu bertanggungjawab membawa wacana sejarah yang menamakan Mat Indera sebagai tokoh kemerdekaan.

Disebalik propaganda anti komunis ini, yang cuba diterapkan adalah tanggapan orang-orang komunis itu tidak beragama, atheis, malah memerangi agama. Tanggapan (persepsi) pastilah ada benar dan ada salahnya. Tetapi tanggapan bukanlah fakta kebenaran. Makanya seorang pimpinan tertinggi parti Islam yang membela tokoh komunis Malaya, cuba untuk diputar serang-pesongkan tanggapan umum terhadapnya agar menjadi hodoh buruk pemerian serta gambarannya. 

Seraya pembelaan perjuangan berdarah patriotisme merebut kemerdekaan tanah air daripada penjajahan Inggeris telah diserong pesong menjadi membela fahaman anti agama, khususnya anti-Islam dan pro kepada rakyat berketurunan Cina di Malaysia. 

Komunisme adalah ideologi. Sistem aturan fikiran ideologi ini, sebagaimana salasilah agama-agama juga turut memiliki cabang-cabang mazhab berupa pecahan –– percambahan – penokok tambahan – penyesatan – atau perkembangannya. Komunisme, juga memiliki keragaman versi-versinya. Tidak sama Parti Komunis Malaya (PKM) dahulu, dengan Parti Komunis China sekarang. Meskipun kedua-duanya adalah parti komunis.

Ia sebuah lagu lama dakyah perang dingin yang dinyanyikan semula dengan nafas mutakhir yang kurang segar. Lagu ini tetap didendangkan, walaupun fakta-fakta sejarah, penulisan biografi dan kesaksian bekas-bekas anggota PKM, khususnya mereka yang beragama Islam, menunjukkan hal yang sebaliknya. Malahan fakta menunjukkan Mat Indera juga seorang guru agama. 

Sejarah boleh ditaksir baca bahawa sebenarnya bukan PKM yang menyusupi golongan kiri dan agamawan Melayu progresif. Pada tahun 2012 ini, melalui blog Mat Amin (http://matamin02.blogspot.com/) misalannya, kita dapat melihat hal yang sebaliknya berlaku. Apatah lagi dakwah serta perkahwinan campur Melayu-keturunan Cina telah mengIslamkan ramai ahli-ahli PKM yang bukan Islam.

Kita mesti senantiasa beringat akan hal-hal berkait sentimen keagamaan, perkauman atau kebudayaan sesuatu etnik seringkali menjadi alat untuk dieksploitasi atau dimanipulasi sebagai kempen bagi mendapat sokongan politik. Baru-baru ini pula, saya membaca tentang tindakan Pemuda Pas dan terbaru pemuda parti Umno terhadap nasib orang-orang Rohingya. 

Saya tidak bertujuan mempersoal hasrat atau niat tersirat di dalam hati masing-masing. Sekecil atau sebesar apapun, ia usaha mulia – kalau betul hajatnya. Cuma rasanya, Khairy dilihat sebagai peniru atau cuba menutup kelemahan pihak berkuasa, lalu ikut menuruti jejak Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hasan. Dewan Pemuda Pas telahpun terlebih dahulu mengumumkan demonstrasi Munajat, sebagai setiakawan untuk rakyat Rohingya itu.

Masalah Rohingya bukan baru. Seperti Palestin, telah puluhan tahun wujud, sepertimana banyak lagi masalah-masalah perpindahan/ pengusiran paksa di dunia hari ini. Kita tahu ramai pelarian Rohingya di Malaysia, yang pernah ditahan, tidak diiktiraf sebagai pelarian, dihantar ‘pulang’ hanya ke sempadan Thailand. Seterusnya para pelarian di sempadan ini perlu untuk sekali lagi melalui denai berliku jaringan sindiket pemerdagangan manusia yang penuh jerangkap itu, agar dapat sekali lagi sampai ke sini. 

Lantas kebarangkalian mereka  untuk melalui lingkaran setan – perhambaan moden –pemerdagangan manusia – rasuah dan salah guna pihak berkuasa –  itu berkali-kali lagi, setelah berada di tanah Malaysia yang selamat ini, amat cukup besar sekali. 

Perkara ini pernah dikupas dan diungkap dengan teliti serta penuh menyayat hati oleh para pelarian Rohingya sendiri di dalam buku The Revolving Door, terbitan Tenaganita, pada tahun 2008.

Bukan ahli politik Malaysia saja yang menggunakan puasa sebagai modal buat dijual di pasar politik untuk dibeli (disokong) orang ramai. Presiden Amerika Syarikat (AS), Obama juga turut memanfaatkan Ramadhan dengan memberikan ucapan selamat serta merayakan acara berbuka puasa di Rumah Putih. 

Apakah ucapan ini benar-benar ditujukan kepada umat Islam AS atau ke seluruh dunia, ataupun khusus dihalakan kepada pihak-pihak tertentu sahaja? Polisi luar negara Amerika Syarikat sejak berdekad-dekad lamanya seringkali dilihat tidak mesra, malah memusuhi umat Islam dan negara-negara Islam. 

Barangkali ucapan Obama tersebut berkait rapat dengan dasar luar AS terhadap China dengan menghubungkannya kepada keadaan dan nasib umat Islam, di China.

Rumah Putih cuba menunjukkan kepada dunia bahawa AS yang ‘demokratik’ lebih peka terhadap ajaran Islam berbanding China yang ‘komunis’ kerana melarang rakyat minoritinya yang beragama Islam daripada berpuasa. 

Meskipun hakikatnya, di luar konteks ucapan sambutan puasa Obama itu – seperti yang terjadi di Timur Tengah, Afghanistan, Iraq, Palestin atau penganiayaan di kem Abu Gharib – Islam dicemari dan tidak dihormati.

Uighur (disebut Wee-gerz) merupakan kumpulan etnik yang berbahasa Turki, beragama Islam di kawasan Xinjiang. Dulu ia dikenali dengan nama Turkistan Timur. Secara sejarahnya, wilayah ini merupakan  laluan perdagangan ‘jalan sutera’ Asia Tengah yang penting. 

Interaksi para penduduk di wilayah ini dengan para pedagang serta pendakwah Arab, Farsi dan Turki, sejak tersebarnya hadis, “tuntutlah ilmu sampai ke negeri China,” telah membawa syiar Islam ke Xinjiang. Wilayah Barat Laut China tersebut kaya dengan hasil galian bumi, minyak, gas dan arang batu.

Awal minggu ini, Radio Free Asia melaporkan pihak berkuasa melarang sebarang bentuk kegiatan ibadat awam pada sepanjang bulan Ramadhan. Menurut Dilxat Raxit,  jurucakap World Uyghur Congress, kumpulan pelarian yang berpengkalan di Munich, “para anggota Parti Komunis China (CPC), kakitangan kerajaan di Xinjiang dilarang daripada berpuasa sepanjang bulan Ramadhan.” 

Umat Islam di sana sentiasa dalam pemerhatian, kawalan dan pemantauan pihak berkuasa. Bagi para pekerja swasta dan para pelajar sekolah dan universiti pula, mereka disediakan makan tengahari.

Perlakuan kerajaan komunis terhadap rakyatnya yang beragama Islam di China, pastilah membawa bermacam-macam tanggapan, atau barangkali tindakan. Di sini ingin saya cadangkan Khairy Jamaluddin yang berhubungan rapat dengan Sekretariat Pemuda CPC, usulan agar parti Umno yang telahpun menandatangani perjanjian hubungan rasmi (MOU) pada tahun 2010 dengan CPC untuk melakukan sesuatu. 

Inilah masanya untuk Umno membuktikan keperkasaan serta kejaguhannya di mata orang-orang Melayu, umat Islam, rakyat Malaysia dan umat manusia sejagat! Moga umat Islam Uighur dapat diselamatkan, tetapi janji ditepati kepada CPC.

Kini, bagaimana pula jika orang bertanyakan tentang keterkaitan rasmi parti United Malay National Organization dengan CPC, yang menindas Wilayah Autonomi Xinjiang dan mendiskriminasi minoriti umat Islam yang ‘hanyalah’ berjumlah kira-kira 8 juta orang itu? (sila baca diskriminasi ke atas umat Islam China: http://factsanddetails.com/china.php?itemid=82&catid=3&subcatid=8 )

Kita juga tahu, ada pelarian politik Islam Uighur yang dihantar pulang pihak berkuasa Malaysia ke China, untuk berdepan pemenjaraan dan hukuman. Entahkan hidup, entahkan mati. 

Menjadi amalan di China, anggota keluarga yang bertanyakan atau menghantar petisyen kepada pihak berkuasa China, berdepan ancaman, gangguan, ugutan, malah tangkapan ataupun ayat hambar kepada isteri tahanan, “baliklah jaga anak-anak di rumah.”

Rasa peri kemanusiaan bagi saya lebih besar merentas perbezaan mazhab-mazhab, kerasmian protokol agama-agama, sistem-sistem idea, etika, adat atau moral apapun di dunia. 

Kerana jika kita benar-benar tersentuh terhadap nasib golongan minoriti Islam di negara manapun. Kita juga mesti tersentuh dengan nasib kezaliman tindakan diskriminasi terhadap golongan minoriti apapun dan di manapun, tanpa mengenal batas agama, kaum, gender atau latar budaya, mahupun asal negara seseorang itu.

Lebih-lebih lagi kepekaan kita terhadap cara, dasar dan perundangan negara Malaysia sendiri dalam memperlakukan golongan minoriti. [Kita yang saya maksudkan – cukup sekadar yang membaca tulisan ini :)]

Suka saya kutip kembali, ucapan penerima Hadiah Nobel Keamanan, Aung San Suu Kyi baru-baru ini, moga-moga dengan semangat bulan puasa, kita dapat belajar, paling kurangpun tentang jiwa dan akal budi diri kita sendiri. 

Meski konteks ucapan Suu Kyi merujuk kepada kesusahan para pelarian rakyat Burma, tetapi kesejagatan ungkapannya yang cuba diangkat:

“The French say that to part is to die a little. To be forgotten too is to die a little. It is to lose some of the links that anchor us to the rest of humanity. When I met Burmese migrant workers and refugees during my recent visit to Thailand, many cried out: “Don’t forget us!” They meant: “don’t forget our plight, don’t forget to do what you can to help us, don’t forget we also belong to your world.”

[“Ungkapan Perancis menyatakan berpisah itu untuk mati sebahagian daripada diri. Untuk dilupakan juga adalah untuk mati sebahagian daripada diri. Ia menghilangkan beberapa pautan yang menambat kita dengan seluruh umat manusia. Apabila saya bertemu para pelarian dan pekerja migran Burma dalam lawatan ke Thailand, ramai yang menyuarakan: “Jangan lupakan kami!” Maksud mereka: “jangan lupakan penderitaan kami, jangan lupa untuk berbuat apa yang kamu boleh buat untuk membantu kami, jangan lupa kami juga kepunyaan duniamu.” ]

menulis di Malaysiakini

hari ini aku mula menulis kolum utk Mkini, klik http://www.malaysiakini.com/news/204841
harap dapat dibuat secara mingguan, atau 2 minggu sekali. bacalah kalau tak ada apa yg nak dibaca:)


Monday, July 9, 2012

Masihkah kau ingat: undangan pelancaran katalog pasca Festival Buka Jalan


DO YOU REMEMBER?


Buka Jalan Post-event Publication launch + Tea Party + Screening + Discussion
Tempat: Annexe Gallery Central Market, KL
Tarikh: Thurs, 12 July 2012
Masa: 7.30 - 10PM
(Perbincangan bermula tepat pada 8.15PM)

MASIHKAH ANDA INGAT? Buka Jalan International Performance Art Festival pernah berlangsung untuk pertama kalinya di Balai Seni Lukis Negara (sekarang Balai Seni Visual Negara) pada 25 - 28 Februari 2011. Lebih dari setahun kemudian, kami telah menghimpunkan kesemua proses, hasil dan isu berkenaan festival tersebut di dalam satu BUKU, dalam dua bahasa (Inggeris dan Melayu). Ini termasuklah penulisan-penulisan, temuramah yang komprehensif dan pernyataan peribadi dari semua seniman yang terlibat mengenai pengalaman dan pertunjukan mereka. 

Buka Kolektif menjemput anda semua untuk bersama kami menyambut pelancaran buku ini. Makanan dan miuman ringan akan disediakan bermula dari jam 7.30 pm. Beberapa video-video pertunjukan daripada festival akan ditayangkan dalam majlis ini.

Bermula jam 8.15pm, akan diadakan perbincangan dimana anda boleh mengutarakan pandangan dan bertanya soalan. Ia akan dikelolakan oleh Yap Sau Bin. Perbincangan difokuskan kepada apa yang kita semua ingat mengenai Buka Jalan Festival 2011 dan apa yang kita semua mahu dan ingin buat dimasa yang terkehadapan.

Kami juga memperingati dan mengenang rakan seperjuangan kami Avroco Nasir, yang meninggal dunia setahun yang lepas.

Untuk maklumat lanjut, sila layari  http://bukakolektif.blogspot.com  atau email kami di bukakolektif@gmail.com



~

BUKA KOLEKTIF adalah satu kumpulan kolektif seniman muda Malaysia yang berminat dalam SENI TAMPAK PERSEMBAHAN sebagai medium pengungkapan seni yang berkesan serta amat mudah didekati oleh setiap warga masyarakat. Kami percaya kepada gagasan budaya yang mengangkat KETERLIBATAN, KETERBUKAAN dan penyertaan ‘SENI UNTUK SEMUA ORANG’.

BUKA KOLEKTIF memiliki jaringan kerja yang mantap di Malaysia, ASEAN dan antarabangsa. Dengan kerjasama ini, kami berharap dapat berkongsi kesedaran dan wacana tentang seni tampak persembahan, lebih-lebih lagi di kalangan komuniti seni.


Kami juga meletakkan keutamaan terhadap keterlibatan dan pembangunan khalayak seni di kalangan orang ramai. Dengan mengambill nama BUKA, kami beriltizam mengangkat semangat keterbukaan dalam setiap kegiatan kami.


----

DO YOU REMEMBER?
Buka Jalan Post-event Publication launch + Tea Party + Screening + Discussion

Venue: Annexe Gallery Central Market, KL
Date: Thurs, 12 July 2012
Time: 7.30 - 10PM
(Discussion starts at 8.15PM sharp)


DO YOU REMEMBER? Buka Jalan International Performance Art Festival was held for the first time at the National Art Gallery of Malaysia (now National Visual Art Gallery) from 25 - 28 February 2011. More than a year later, we have compiled a book documenting the process, outcomes and issues surrounding the festival. This includes essays, a comprehensive interview and candid statements from participating artists about their experience, in both Bahasa Malaysia and English.

Buka Kolektif cordially invites you to join us in celebrating the launch of this book. There will be light food and drink starting at 7.30pm. Selected videos of the performances will be screened in the background.

Starting 8.15pm, there will be a discussion where you can air your views and ask questions. It will be moderated by Yap Sau Bin. The discussion will focus loosely on what we remember about the 2011 Buka Jalan festival and what we would like to do in the future.

We also remember and celebrate our dear friend and comrade Avroco Nasir, who passed away a year ago.

For more information, please visit http://bukakolektif.blogspot.com or email bukakolektif@gmail.com

~

BUKA KOLEKTIF is a collective of young Malaysian artists founded in 2010. We are interested in performance art as a powerful form of expression that can be appreciated by all members of society.

Buka Kolektif has strong networks with artists in Malaysia, ASEAN and internationally. Through mutual collaboration, we aim to create more discourse and awareness about performance art within the art community.

We also place equal importance on audience development and participation. Going by the name BUKA , we keep the spirit of openness at the heart of our activities.

Sunday, June 3, 2012

Hutang negara RM 456 RIBU JUTA (RM 456 bilion), bayar faedah RM 20 RIBU JUTA (RM 20 Bilion) setahun


Kongres PSM ke-14 telah dirasmikan oleh Dr Nasir Hashim, Pengerusi PSM, dan di bawah adalah Ucapan Dasar beliau:


UCAPAN DASAR PENGERUSI NASIONAL KONGRES PSM 2012

1. PENGENALAN

Komrad, perjuangan kita menegakkan ideologi Sosialisme sudah lama bertapak di Tanah Air kita. Kita pernah merempuhi ranjau yang berduri dan mengharungi kekejaman yang tidak terperi. Namun begitu kita tidak mudah berputus asa dan tetap kental dalam perjuangan menegakkan kebenaran. Begitulah. Apabila kita sudah mengenali dan mengkaji segala ufuk / sudut dunia dan mengenali peranan diri sendiri maka kita benar-benar sudah mengenali erti kebenaran. Kebenaran yang menjunjung keadilan dan mengimbangan hubungan sejagat. Justeru itu kebijaksanaan itu bermula apabila kita dapat meletakkan sesuatu (ide, tindakan dll.) yang sesuai pada tempatnya (Wisdom begins when we can place an entity [ideas, actions etc] in their rightful place). 

Hubungan kita dengan Negara-negara Sosialis, parti-parti Sosialis dan pergerakan Sosialis di rantau ini amatlah rapat. Sentiasa bertukar pandangan dan sentiasa bantu membantu kerana kita sedar usaha menumpaskan sistem kapitalis memerlukan kegigihan dan solidariti yang kukuh. Kita turut berbangga apabila Negara Prancis kini ditadbir oleh pimpinan Sosialis. Negara Venezuela juga berkembang pesat mengamalkan kuasa rakyat dari bawah. Ini menggambarkan Sosialisme tetap segar bugar dan tidak pula lapuk ditelan zaman. Kerana sistem Sosialis sajalah yang dapat mendedahkan segala pekung sistem ekonomi kapitalis dan berupaya menelanjangi sejarah dan ragam / mekanisme sistem kapitalisme yang nyata-nyata berkiblat kepada penindasan dan mempertuhankan kepada keuntungan. Manusia dan kemanusiaan dijadikan bahan dagangan bagi menambahkan lagi keuntungan. Tabiat ini sudah menjadi satu ketagihan yang sungguh menakjubkan (Profit is the opium of the capitalists) dan meracuni dunia sejagat.

Komrad, negara kita sedang dalam krisis. Krisis ekonomi, krisis kepimpinan, krisis politik, krisis sosial, krisis keagamaan, krisis minda dan pelbagai krisis lagi, yang akhirnya terpaksa ditanggung oleh rakyat yang merupakan golongan pekerja dan pengguna. Kita perlihatkan bagaimana Kerajaan yang sepatutnya menjaga kebajikan dan membela nasib rakyat, sudah berpaling tadah. Sanggup bersubahat dengan golongan kapitalis, bertujuan untuk menghancurkan tuntutan dan hak rakyat. 

Lantas golongan kapitalis tetap bermaharalela dan halal menindas golongan pekerja demi meraih keuntungan yang besar. Kita juga perlihatkan bagaimana golongan profesional dan cerdik pandai melacurkan kemahiran masing-masing demi melonjakkan kedudukan / kerjaya, lantas meraih ganjaran yang lumayan. Tujuan mereka adalah jelas iaitu, mematahkan semangat perjuangan rakyat dan menggantikannya dengan budaya pautan (culture of dependency) dan budaya ketakutan (siege mentality).

Maka mereka memutarbelitkan agama dengan fatwa-fatwa yang berat sebelah; melaga-lagakan kaum dan melancarkan badan-badan samseng untuk melaksanakan agenda jijik mereka. Apabila usaha-usaha ini tidak berkesan maka mereka mengatur fitnah dan memutarbelitkan pilihanraya. Demi memancing undi, pucuk pimpinan BN dan UMNO sanggup menawarkan kerakyatan kepada orang asing lantas mengorbankan kedaulatan negara dan mengkhianati hak rakyat untuk memilih pemimpin yang sah.


2. KRISIS YANG BERTERUSAN
Cuba bayangkan. Wang Simpanan Negara semakin merosot. Negara berhutang dalam jumlah RM456,000 miliun (RM 456 biliun) dan terpaksa membayar faedah hutang RM 20,000 miliun (RM 20 biliun) setahun. Tetap mengharapkan kepada pelaburan asing dan pengekspotan barangan. Pelaburan  besar pula tertumpu kepada Negeri PR seperti Pulau Pinang dan Selangor. 

Komrad, krisis ekonomi belum reda lagi. Masih melanda negara-negara antarabangsa dan kita pula tetap terikat kepada iklim ekonomi antarabangsa ini. Seperti pepatah kata 'Sekiranya  negara-negara besar bersin kita pula mendapat selsema' (When big countries sneeze we get the cold). Seringkali juga konflik, saingan dalaman dan rebutan kuasa berlaku semasa gelombang krisis ekonomi memuncak. Sejarah negara mengesahkan hakikat ini khususnya saingan merebut jawatan Perdana Menteri di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO semasa beberapa krisis ekonomi yang melanda Negara kita.

Nampaknya isu rasuah dan salah gunakuasa memang tidak ada penamatnya. Sekiranya pemimpin politik atau pegawai tinggi didakwa, mereka ini tidak segan silu mengugut, mendedah dan mengheret semua pegawai tinggi dan menteri-menteri dalam perbicaraan mahkamah nanti. Ini sungguh menggerunkan pucuk pimpinan yang korup yang masih memegang jawatan yang tinggi. Maka sebab itulah orang-orang yang menyeleweng dan berpangkat besar tetap terlepas dari dakwaan. Namun begitu sekiranya mereka didakwa, maka perbicaraan akan memakan masa yang panjang. Akibatnya adalah segala tuduhan diketepikan dan mereka ini dibebaskan begitu saja.

Justeru itu, isu rasuah dan salah gunakuasa tetap berkembang luas. Kita pula tidak hairan lagi sekiranya rekod senarai pengundi (dari segi alamat, kawasan mengundi, kewarganegaraan baru, undi pos dan sebagainya) diputar belitkan bagi memihak kepada BN. Tindakan yang jelek seperti ini dihalalkan oleh media perdana dan pihak kehakiman yang memang dimiliki dan atau dikuasai oleh BN. Maka mereka yang menentang ketidakadilan dan penyelewengan sentiasa difitnah dan didakwa, sekalipun cerita-cerita yang ditonjolkan itu sudah basi dan tidak benar. Pendek kata profesyen kewartawanan telah dilacurkan demi mengejar kedudukan dan imbuhan. Menabur fitnah adalah usaha yang tidak beretika dan dikecam oleh semua agama.

Senarai penyelewengan dalam kerajaan pusat menjela panjang termasuklah isu-isu lembu, kapal selam yang berkaitan dengan pembunuhan Altantuya dan komisyen yang beratus juta; tuduhan salagunakuasa terhadap bekas ketua polis negara dan AG; kronisme; nepotisme; persubahatan; penswastaan sektor-sektor asas; ketirisan; wang peneroka Felda disonglap dengan pembelian hasil kelapa sawit dengan harga yang murah; pegawai-pegawai Suruhanjaya Pilihanraya adalah ahli UMNO dan sebagainya. Kesemuanya ini akan menghantui BN sepanjang pentadbirannya dan semasa pilihanraya nanti.

3. KEBANGKITAN RAKYAT

Peristiwa dan pergerakan rakyat yang silam telah menemui kemuncaknya dengan Perhimpunan Bersih 3. Peristiwa Bersih telah mendapat perhatian orang ramai dan juga pada peringkat antarabangsa.
   
        i. Bersih 1
Empat bulan selepas Bersih 1, PR meraih 4 Negeri dan Wilayah Persekutuan dalam Pilihanraya 2008

       ii. Bersih 2
Lima puluh ribu rakyat berhimpun di Kuala Lumpur dan di siram dengan air kimia dan gas pemedih mata yang juga membakar tekak dan tubuh badan. Sebelum itu ahli-ahli PSM telah ditahan bawah EO (Ordinan Darurat ala ISA) dan dituduh cuba menghidupkan komunisme; menderhaka / memerangi Agong; dan menjadi penganjur Bersih  Kesemua tuduhan tidak lekat dan PSM mendapat sokongan dari semua pihak. Namun begitu tuntutan rakyat untuk mengadakan pilihanraya yang adil tidak kesampaian dan tidak mendapat layanan yang sewajarnya. Maka wujudlah Bersih 3.

     iii. Bersih 3 - 
Himpunan yang terbesar yang disertai lebih kurang  250,000 rakyat Malaysia. Keganasan lebih hebat kali ini dan wartawan juga telah dikasari kerana disyaki mengambil gambar dan video terhadap keganasan polis. Yang sungguh merangsangkan adalah Himpunan ini  melibatkan rakyat dari berbilang kaum, golongan muda dan wanita. usaha BN memburukkan Perhimpunan ini tidak berkesan kerana video rakyat terhadap peristiwa  tersebut menunjukkan sebaliknya. Peristiwa ini lebih kejam dari Bersih 2.

Kebelakangan ini penggubalan undang-undang Isa dan Buruh di Parlimen merupakan amalan boneka yang mengkhianati hasrat dan harapan rakyat. Pemerintah BN telah memihak kepada majikan / kapitalis termasuklah pengistiharkan gaji minima yang rendah. Pendapatan minima sepatutnya berkisar kepada RM 1500 dan bukan RM 800 - 900. Segala tindakan ini bersifat alah kadar, memang berbau politik dan bersifat oportunis kerana BN ingin memancing undi menjelang Pilihanraya 13 ini. Pada hemat kami BN dan UMNO memang terlalu angkuh, merasa dirinya kebal dan tidak akan menggubal Undang Isa, Undang-undang Buruh dan gaji minimum sekiranya masa pilihanraya terlalu jauh lagi.

Isu menentang bahan radioaktif yang dikelolakan oleh Lynus juga mendapat perhatian dan sokongan ramai. Namun begitu keresahan rakyat cuba dilunakkan dengan alasan dan penjelasan yang tidak rasional. Hari Pekerja pada Mei 1 berjalan lancar dan mendapat sokongan kesatuan khususnya NUBE. Mereka berhimpun dan berpidato di dataran Maybank. Keberanian kesatuan turun ke padang amat membanggakan. Pemimpin-pemimpin berpeluang mendedahkan tindakan kerajaan pusat dan majikan menghancurkan kesatuan (union busting); mengasak pekerja untuk berhenti sendiri (constructive dismissal); bersubahat dengan kapitalis; menghalalkan penindaan dan membelakangkan hakikat sebenarnya iaitu, golongan pekerja adalah tulang belakang kepada ekonomi dan pembangunan Negara.


4. KEBANGKITAN RAKYAT SEBAGAI KUASA POLITIK (POLITICAL FORCE) ?

Soalan yang perlu mendapat jawapan adalah

    a. Adakah Himpunan ini dan himpunan yang sebelumnya merupakan suatu reaksi terhadap isu-isu tertentu sahaja (issue oriented).
    b. Bagaimana dengan kematangan berorganisasi dan berkomunikasi sebelum, semasa dan  sesudah Himpunan tersebut.
    c. Tidakkah pucuk pimpinan Bersih mengambil kira tindakan dan risiko yang bakal menimpa pemimpin dan rakyat.  Apa pula persediaan / taktik bagi mengatasinya.
    d. Adakah Himpunan ini mempunyai matlamat jangka panjang yang membolehkan rakyat terus berjuang dalam pelbagai isu.
    e. Adakah Himpunan ini berkisar kepada ideology tertentu ataupun bergerak secara spontan mengikut emosi iaitu:
i. Lebih mempertikaikan agensi kerajaan tertentu dan tidak menghiraukan peranan 
kapitalis  dan  konco-konco yang mendalanginya.
ii. Minda rakyat yang masih terperangkap dalam kancah sistem kapitalisme yang            
bernafaskan pada penindasan, budaya pautan (culture of dependency) dan kemusnahan.
iii. Benarkah golongan aktivis mengharap sangat agar Perhimpunan ini berkembang pesat sepertimana yang berlaku pada Negara-negara Arab (Arab Spring)

    f.  Apakah pengajaran atau iktibar dari kesemuanya ini dan bagaimana kita dapat menggemblengkan dan mengekalkan kuasa / tenaga rakyat bagi melaksanakan perjuangan jangka panjang.


 5. MENGKAJI KEADAAN (SOUL SEARCHING)

Kita memang berharap sangat agar penyertaan kita dalam pilihanraya merupakan sebahagian dari pelbagai percubaan / ikhtiar dalam usaha kita mendekati diri dengan rakyat. Namun dalam keghairahan ini kita mudah mengubahkan pilihanraya itu sebagai matlamat utama (election oriented) bagi memperkasakan rakyat.

Di samping itu pula, kita terpaksa berdepan dengan budaya keangkuhan dan pembolotan / monopoli dari pihak-pihak tertentu seolah-olah semua kawasan pilihanraya dalam negara sudah diagihkan dan menjadi hak mutlak masing-masing. Ini menyukarkan parti-parti baru untuk bertapak dan terpaksa mengemis untuk mendapatkan kerusi undi. Walaupun demikian kita secara sedar, terpaksa menghadapi cabaran ini dan perlu mengkaji kekuatan dan kelemahan kita berbanding dengan pihak-pihak yang lain. Dengan hasil kajian ini maka kita dapat bertindak secara teratur, berkesan dan akan berunding dalam kekuatan.

Kekuatan kita berkisar kepada usaha kita mendampingi rakyat dalam pelbagai aktiviti dan bagaimana kita dapat memperkasakan mereka dengan ilmu, analisis, tindakan dan pengalaman. Namun kita haruslah bersedia menggerakkan sesuatu yang baru / anjakan paradigma (paradigm shift) agar pihak musuh terpaksa mengikuti rentak yang baru ini (we change the ground rules)  Untuk menghadapi taktik politik kotor kita haruslah mewujudkan atau menggerakkan suatu keadaan / senario di mana musuh tidak dapat memutarbelitkan isu yang timbul dan tidak pula dapat memfitnahkan kita.

Kita pula perlu berusaha memulihkan minda rakyat supaya tidak berpaut ketat pada pemimpin tertentu. Sekiranya kita tidak wujudkan amalan tegur menegur sesama sendiri (criticism and self criticism; check and balance) maka lambat laun pemimpin yang disanjung tinggi itu akan menjadi diktator dan tindakannya itu mampu melemahkan parti / persatuan dan mengorbankan kepentingan rakyat. BN, UMNO dan Dr Mahathir adalah contoh yang sahih. Kita juga ingin mengkaji sokongan yang diterima selama ini, samada ianya berbentuk sokongan belas kesihan atau sokongan protes. Ataupun mereka benar-benar ingin menyertai dalam perjuangan menegakkan Sosialisme.

        
6. PERANAN PSM

Peranan kita adalah bukan hanya menunggu atau mengharapkan peluang bergolek-golek ke kaki tetapi mewujudkan atau mencetuskan peluang yang memihak kepada kita (we must not wait for the opportunity but we must create the opportunity). Ini bermakna kita perlu membuktikan bahawa kita mempunyai ideologi yang mantap, mampu memimpin dan berupaya mencorak langkah yang lebih berkesan dan perjuangan yang berterusan. Bekalan kita untuk masa depan adalah mengukuhkan semangat perjuangan pada golongan muda PSM. Adakalanya cadangan-cadangan mereka menjangkau kemampuan semasa, namun kita cuba mengesani atau menceduk intisari idealisme tersebut dan membelainya dengan penuh pengertian supaya tidak melemah atau membatalkan semangat perjuangan mereka. Dorongan yang bersifat Kiri, Tengah dan Kanan dalam perjuangan kiri mempunyai hikmahnya yang tersendiri kerana setiap satu itu menegur kita supaya bergerak cermat. Yang Kiri-atas-Kiri membayangkan tindakan yang lebih keras harus diambilkira. Yang Tengah-atas-Kiri membayangkan imbangan terhadap keadaan yang bercanggah. Yang Kanan-atas-Kiri menegur kita untuk berwaspada dan mengambil kira segala taktik dan strategi musuh. Pendek kata kita mesti mengkaji, menceduk dan mengimbangkan keadaan yang bercanggah ini supaya tindakan kita itu lebih mantap, selaras dengan keperluan semasa dan kehendak rakyat.

Adakalanya pengalaman yang menggunung tinggi tidak semestinya menjaminkan kejayaan kerana sudah terperangkap dalam acuan lama yang mendewa-dewakan birokrasi, 'realiti kehidupan' (yang berbau oportunisme !!) dan sudah ketinggalan masa hingga mampu membekukan semangat perjuangan.  Sepatutnya perjuangan ini bersifat dinamik, bercanggah dan sentiasa membuka jalan baru. Tugas kita adalah sentiasa mencari pendekatan baru yang memudahkan kita menangani masalah semasa.

Justeru itu kesinambungan dalam kepimpinan dan pejuangan perlu dikukuhkan dengan ideologi dan pengalaman yang mantap jika parti ingin berkembang maju ke tahap yang lebih tinggi lagi. Dengan cara ini kita bukan sahaja mudah mengambil alih tugas pucuk pimpinan tetapi juga berpeluang menambahkan mutu pengalaman mengikut keadaan dan cabaran semasa.

Memperkasakan rakyat bukanlah suatu perkara yang mudah. Terlebih dulu, kita mestilah memikat hati mereka dengan pelbagai aktiviti dan tuntutan yang menyentuh jiwa mereka dan menguntungkan diri dan masyarakat mereka. Kepercayaan ini akan membuka pintu minda mereka untuk menerima dan memahami cadangan, analisis dan seterusnya bertindak mempertahankan hak. Kita sedar bahawa tidak sesiapa pun yang terlebih tinggi dan terlalu penting. Penggantinya tetap ada apabila kita telah menanamkan semangat kesinambungan terhadap kepimpinan dan perjuangan. Seperti pepatah lama ' patah tumbuh hilang beganti'


7. PENUTUP

Komrad, kita berada di dalam keadaan yang berpancaroba, dinamik dan sentiasa menagihkan pendekatan baru yang sejajar dengan kemampuan dan hasrat rakyat. Kita kukuhkan kekuatan dan kedudukan kita apabila kita dapat bekerjasama dengan mana-mana pihak asalkan kita mempunyai agenda (walaupun bersifat program minimum) yang agak sama. Soalnya bagaimana kita dapat mencelah (seeking entry point) agar usaha kita tidak terlalu janggal dan mudah pula diterima masyarakat. Kerana segala yang kita lakukan itu memang berkaitan rapat dengan masalah kehidupan harian. Usaha ini membuka ruang dan peluang agar rakyat dapat berdikari dan memperjuangkan ketulenan demokrasi, kebebasan dan keadilan. Setakat ini pejuangan Sosialisme adalah satu satunya yang dapat mempertikai dan menunduk amalan penindasan dan kezaliman yang menjadi darah daging pada sistem kapitalisme. Kita ingin memperkenankan alternatif  baru di mana segala kegiatan masyarakat berkisar kepada manusia dan kemanusiaan dan bukan lagi kepada keuntungan. Salam perjuangan.
   

DR. NASIR HASHIM
PENGERUSI NASIONAL PSM
   

Tuesday, May 29, 2012

Dihalau keluar dari Burma kerana seni pertunjukan


Aku di Mandalay, bersama empat orang lagi seniman dari Malaysia – meski salah seorang darinya, seniman kelahiran Jerman, warga Amerika hanya berpengkalan di Malaysia. Kami di sini atas kunjungan balas. Pada minggu sebelumnya, lima orang seniman Burma hadir ke Malaysia, melakukan presentasi karya, bengkel dan pertunjukan di tempat awam di Jalan Sultan, Kuala Lumpur. Acara ini dianjurkan oleh Beyond Pressure (organisasi seni pertunjukan di Yangon) bersama Buka Kolektif (penganjur Buka Festival, KL) dan Findars Art Space (Ruangan Kendalian Seniman Visual) serta disokong oleh Sekeping Tenggiri (KL). Melalui Beyond Pressure, program ini mendapat dana Open Society Institute. Kami sedang melakukan sebuah projek seni dengan nama Open Relations in a time of transition, suatu program pertukaran kesenian di antara dua buah negara dalam peralihan ini. (http://www.mmail.com.my/story/show-must-go-1)
Jam, kira-kira 8.30 pagi Khamis, 24 Mei 2012.

Aku sedang melakukan seni pertunjukan berjangka panjang(durational performance), sebuah pertunjukan dengan judul Dedication performance to the four master of Umbrella; 1. Chumpon Apisuk 2. Suu Myint Thein 3. Maung Ni Oo 4. El-Topo  – cerita kewujudan cahaya, kerterkaitannya dengan api, pada lampu pelita. Ia sebuah karya performansku dalam siri Appropriation, Derivation, Detournment and Copycat. Tindakan gerak tubuhku agak statik, aku berdiri, di tebing sungai Irawaddy, di belakangku tembok kota kuno Istana Manadalay. Di tangan kiriku memegang lampu pelita minyak tanah dan di tangan kananku memegang payung yang terbuka, memayungi sebuah kerusi. Aku cuba untuk berada wujud dalam keadaan itu, sepanjang acara pertunjukan ini, yang melibatkan para seniman Malaysia dan Burma. Aku memulakan acara sebagai peserta pertama, diikuti dengan pertunjukan dari Lwin Maung, seniman muda dari Yangon, Burma, yang memberikan wisel atau terompet anak-anak kecil yang dibuat daripada straw plastik yang digunting, bila dihembus, menghasilkan bunyi seakan-akan, “perettt, pettt!”

Kehadiran khalayak yang ramai, menambah kegembiraan suasana apabila khlayak merespon dengan meniup terompet plastik itu. Selanjutnya, Pengetua Alin Dagar Art School, Suu Myint Thein, melakukan pertunjukannya, dengan membawa lampu suluh dan memegang penyapu. Sambil menyuluh dia menyapu permukaan kaki lima di pinggir tebing sungai.

Suu pernah menjadi tenaga pengajar di  State School of Fine Art, Mandalay di antara 1995-2008, sebelum menubuhkan sekolah seninya sendiri. Karya-karya seninya meliputi penciptaan lukisan, arca, instalasi dan seni pertunjukan. Karya-karya arcanya pernah dilarang Junta tentera daripada dipamerkan.
Selanjutnya giliran  Aung Myat Htay berperformans. Aung, seniman visual ternama, yang mana pameran solonya pada 2010, dengan judul The Stories (Lantern), berlangsung di muzium seni berprestij Fukuoka Asian Art Museum, Jepun. Dia memberikan kaca mata berbingkai kertas. Warna bingkainya putih, manakala plastik – bukan kaca – mata itu ada bermacam-macam warna. Khalayak ikut terlibat dalam pertunjukan ini apabila warna pandangan mereka diubah dengan memakai spek mata yang diberikan Aung. Spek mata itu pula tidak seragam, sebaliknya bercitra warna-warninya.
Maung Ni Oo, penyair, penulis seni daripada generasi 88, kemudiannya meletakkan sebuah kerusi kayu, duduk dan mengikat dirinya dengan tali temali yang terikat dengan locing, dia membacakan puisinya dalam bahasa Burma, pendek, kemudian menyumbatkan bulp lampu yang di tampal tape pelekat berwarna merah ke dalam mulutnya. Dia bergerak-gerak menggerakkan badannya yang terikat dengan kerusi, berulang-ulang kali, sehingga ia bergerak dalam jarak kira-kira 7 meter, dan pertunjukannyapun tamat.
Moe Satt, mewakili seniman muda kontemporari Burma hari ini. Lahir 20 Julai 1983, Yangon, Burma.
Dia merupakan seniman visual dan pertunjukan, yang terkenal di seluruh litar festival  performance art dunia, juga bertanggungjawab menubuh dan menganjurkan festival antarabangsa Beyond Pressure secara tahunan di Yangon, Burma.

Malah, untuk tahun ini, Moe merupakan salah seorang kurator undangan di Bhusan Bienalle. Lengkap, berpakaian tradisional, Moe Satt memulakan permainan interaktif dengan khalayak, suatu pertunjukan ucapan lisan dan gerak. Dengan kapur dia menulis di lantai kaki lima jalan huruf M-Y-A-N-M-A-R. Daripada huruf-huruf itu, orang ramai di minta memberikan makna daripada huruf itu, dan Moe Satt akan menulisnya dengan kapur, menyambungkan tulisan awalnya tadi. Misalnya huruf M untuk Mandalay.
Reza Mukmin (seniman muda Malaysia) pula menyarung kain Long YI (ala kain pelikat) ke dalam kepalanya, mengikatnya, kemudian bergelut cuba untuk keluar daripada sarungannya sendiri itu. Pendek durasi masanya, tapi mantap dan cukup padat, sepadat pergelutannya sendiri.
Sementara pertunjukan-pertunjukan ini berlangsung, aku masih tercegat berdiri dalam posisi di tangan kini memegang pelita dan di tangan kanan memegang payung, di hadapanku kerusi yang telah direspon khalayak, mereka bersilih ganti duduk di atas kerusi itu. Sudah hampir sejam rasanya acara berlangsung. Tiba-tiba, seniman dan salah seorang penganjur, Suu Myint Thein datang mendekatiku, “Rahmat, you should stop your performance, the police already came.” Dengan penuh taat, seperti saranan seorang guru, aku menurutinya, memahami keadaan situasi.
Manakala Chelsea Heike pula menggunakan tikar untuk menyelubungi dirinya, kemudian terus berguling-guling sepanjang kaki lima jalan, sehinggalah Moe Satt membawa pesan kedatangan anggota polis. Chelsea Heike, seniman kelahiran Jerman, warga Amerika Syarikat, kini bekesenian di Malaysia, hadir bersama anak kecil perempuannya, Kalillah yang berusia kurang 2 tahun.
Ketiga-tiga penganjur , Moe Satt, Maung Ni Oo, Suu Myint Thein terus ditahan dan dibawa polis ke balai dengan kenderaan polis. Kesemua seniman yang tertinggal, kemudiannya mengambil keputusan berehat. Kami sempat minum jus mangga di warung kaki lima menghadap istana Mandalay. Kemudian datang lagi anggota polis, dengan kenderaan sewa kami sendiri, kami diiringi anggota polis ke balai polis daerah Mandalay. Di sana, kami dibawa masuk ke pejabat ketua balai, kesemua passport kami diminta, kemudian kami ditanya tentang makna seni pertunjukan kami. Mereka bertanya, apa makna pertunjukan aku yang membawa lampu pelita itu.
“Lampu pelita yang hadirnya dalam kegelapan cukup terang menyuluhi penglihatan mata. Manakala di saat kewujudan jutaan lampu-lampu neon elektrik, atau di saat matahari memancar, sinar lampu pelita tidak bermakna apa-apa.” Begitu kujelaskan, dengan dibantu Moe Satt sebagai penterjemah, menjawab soalan pegawai polis yang menyiasat. Malah aku turut menambah rujukanku kepada mereka berkenaan sejarah pelita daripada mitologi Greek, Hermit (Pendita).
Mereka cuba mengaitkan pertunjukan-pertunjukan kami dengan protes cahaya yang mula merebak ke seluruh Burma. (http://www.bbc.co.uk/news/world-asia-18162333)Pada hari pertama kami menjejakkan kaki ke Mandalay, tanggal 21 Mei, di sebelah malamnya berlangsung protes besar-besaran menuntut hak kemudahan asas bekalan elektrik. Bekalan elektrik sering terputus dan tenaga elektrik belum lagi menjadi tenaga dominan menggerakkan teknologi dan penghidupan rakyat Burma hari ini. Selanjutnya, keesokan harinya, protes yang sama mula merebak ke Yangon dan kota-kota lainnya. Waktu itu, beberapa orang aktivis telah ditahan.
Kemudian, kami dibawa ke ibupejabat polis negeri Mandalay pula. Kami ditempatkan di dalam sebuah bilik mesyuarat, bangunan dua tingkat pejabat polis itu. Meski, bertingkap, tetapi bahang cuaca Mandalay yang panas menyebabkan kami cepat kering dan dahaga. Anak kecil Chelsea, mula mendapat ruam dan menangis. Kami dibiarkan menunggu di dalam bilik itu, tanpa diberitahu apa sebabnya kami perlu berada di situ. Sementara itu, 3 penganjur sedang disoal siasat di bilik Ketua Polis Mandalay. Pasukan Imigresen juga telah tiba. Kami kemudiannya diarahkan mengisi borang mengandungi maklumat diri dan dokumen perjalanan, nombor passport, jantina, tempat passport dikeluarkan, alamat dan lain-lain lagi.
Seterusnya, kami dipanggil seorang demi seorang ke dalam bilik Ketua Polis. Moe Satt bertindak sebagai penterjemah. Di dalam kamar. Aku dikelilingi ramai pegawai-pegawai berseragam, polis dan imigresen. Mereka mengambil fotoku, dan bertanyakan sekali lagi makna pertunjukanku.
Setelah beberapa jam ditahan, kamipun dibebaskan pada sebelah petangnya, dan passport kami dipulangkan. Mengikut jadual penerbangan, kami memang akan balik ke Malaysia pada Sabtu 12 tengahari, penerbangan pesawat MAS MH741 ke KLIA. Kami juga telah membeli tiket pulang ke Yangon daripada Mandalay, bertolak jam 9.30 malam.
Pada hari Jumaat, 25 Mei 2012, seharian kami berjalan ke luar kota Mandalay, ke pagoda-pagoda dan kuil-kuil kuno. Sewaktu kami di sebuah binaan kuno bernama Pagoda Tujuh Petala Langit dan Laut, pasukan Imigresen tiba. Kami disuruh pulang segera ke Hotel, diringi pasukan imigresen ini. Setibanya di hotel, anggota imigresen dan polis telah ramai. Para seniman Malaysia, diberitahu bahawa kami dideportasi – dihalau keluar dari Burma! Kami menaiki van yang disewa khas oleh pihak imigresen, meski disewa khas, ia tanpa penghawa dingin.
Perjalanan diantara Mandalay ke Yangon, yang biasanya mengambil masa 8 ke 10 jam menjadi 12 jam, kami bertolak sekitar jam 4 petang. Perlahan dan lama pula berhentinya. Sementara para seniman Burma yang di Mandalay tadi pula, diiringi anggota polis ke stesen bas untuk menaiki bas jam 9.30 malam ke Yangon. Kami dipisahkan. Cuma Moe Satt sahaja yang dibenarkan mengikut kami kerana dia bertindak sebagai penterjemah.
Kami tiba di Yangon, pada kira-kira jam 4 pagi. Permintaan untuk penginapan hotel ditolak para pegawai pengiring. Kemudian kami dibawa bersarapan dekat dengan lapangan terbang Yangon. Seterusnya, selesai bersarapan di warung, kami dibawa ke daerah berdekatan lapangan terbang, ke sebuah kampung, ke sebuah pejabat yang tidak tahu di mana letak duduknya. Kami disuruh menunggu di situ sehinggalah sampai waktu check in, jam 10 pagi nanti. Kami tidak diberikan makan dan minum, tetapi dibenarkan pergi ke warung berseberangan pejabat imigresen tersebut. Kami juga tidak dibenarkan menggunakan tandas untuk mandi. Kalillah, anak Chelsea mula meragam dan badannya meruam. Pihak berkuasa tidak mahu kami seniman Malaysia, menemui para seniman dan wartawan di Yangon. Wong Eng Leong dan Kyl Mohammad, dua orang seniman Malaysia yang hadir tetapi tidak membuat pertunjukan juga turut dideportasi. Malah pihak polis dan imigresen mengarahkan mereka memadamkan gambar-gambar foto/ video yang dirakamkan mereka.
Jam 10 pagi, kami dibawa ke lapangan terbang yang jaraknya kira-kira 15 minit sahaja daripada tempat ‘rehat’ (atau tahanan) kami tadi. Sampai di pintu masuk, kami cuma sempat bersalaman dengan para seniman Burma yang ikut hadir ke lapangan terbang, Ma Ei, Nge Lay, Suu Myint Thein dan Aung Myat Htay.
Moe Satt hanya mengiringi kami sehingga ke gate imigresen. Kamipun berpisah.  Sementara passport kami, masih dipegang pihak berkuasa Myanmar. Masuk ke kapal terbang, kakitangan MAS pula yang memegang passport kami. Sampai di KLIA, passport kami masih dipegang kakitangan MAS di kaunter MAS, KLIA. Setelah bertengkar dan marah-marah, akhirnya passport kami diberikan. Hujah kami, jikalau mahu memegang passport setelah sampai ke KLIA, yang berkuasa melakukannya ialah pegawai imigresen dan polis Malaysia, bukan kakitangan MAS yang berlagak menjadi seperti agen junta Myanmar!
Kami seniman Malaysia, telah selamat. Malah berbangga, kerana seperti pelakon The Lady, Michelle Yeoh, passport kami juga bercop deportee. Besok tanggal 30 Mei 2012, seniman/penganjur Moe Satt, Maung Ni Oo, Suu Myint Thint dan seniman Burma  Aung Myat Htay dan Lwin Maung, akan dihadapkan ke mahkamah kerana menganjurkan acara seni pertunjukan (public performance art) tanpa kebenaran pihak berkuasa menurut undang-undang No. 11, Akta Polis Myanmar. Jika sabit kesalahan ia boleh membawa hukuman denda atau penjara atau kedua-duanya sekali, maksimum 3 tahun penjara.
Burma merdeka yang demokratik daripada cengkaman kuku besi, masih lagi jauh kelihatannya. Inilah musim peralihan, kering tandus, musim panas kegersangan. Rejim transisi tidak boleh berpatah balik, Aung San Suu Kyii perlu terus maju, generasi kebangkitan mahasiswa tahun 88 mesti menongkah arus musim hujan dan bertahan dalam hembusan angin musim dingin.

Wednesday, May 2, 2012

benar hanya engkau yg BERSIH

seperti Hitler dan beberapa kerat Jenderalnya yang setia, ditemani menteri pembohongannya Joseph Goebbels, mereka tetap berkeyakinan yang mereka akan terus berkuasa DULU, KINI DAN SELAMA-LAMANYA. tentera berikat semakin mendekat ke bunker Berlin.
akhirnya saat cahaya pencerahan itu sampai, ia datang sebagai api yang membakar kegelapan.
teruskan, teruskan lagi, ibarat kisah seorang budak pengembala kambing dengan serigala.

benar, akukan sampah, pastilah kotor.

Monday, April 23, 2012

Pak, kami juga tidak mahu mati sia-sia!

(gambar: Pak Ishak Surin berucap)
Ia malam syahdu, sebuah keraian, pastilah yang sederhana saja. Selesai Isyak, jemaah Markaz Tarbiyah Madrasah Surau Banda Dalam dijamu dalam kenduri masakan minang yang cukup menyelerakan. Walaupun aku tak dapat makan kali ini, tetapi rasa enak yang telah pernah mendarah daging itu masih tersemat dalam ingatan. Tetamu yang diraikan masih belum tiba, jamuan diteruskan.

Pada penghujung jamuan, kelihatan sosok tubuh yang diraikan itu sampai bersama isterinya. Itulah dia A. Samad Said, seorang Sasterawan Negara, seorang Sasterawan Rakyat, seorang Datuk, yang sudah punya cucu. 9 April yang lalu usia emasnya menjangkau 77 tahun. Maka malam itu merupakan salah satu sambutan ulang tahun kelahiran Pak Samad yang ke 77 tahun. Sebelumnya, di Kinokuniya, KLCC, Pak Samad juga dirai oleh Institut Terjemahan Negara. Seorang tokoh, sebesar Pak Samad, ibarat sepohon cengal di hutan hujan, tegap cekal, luas dahannya memayungi rimba, berakar memasak ke bumi, hidupnya adalah penghidupan untuk hidupan lain juga dalam sebuah perjalanan fana, suatu jalinan hubungan kitaran alam.

Pada malam cukup berbahagia itu, sekelompok kecil manusia mengadakan acara sastera gaya sekolah lama (old school), dengan para penyair dari sekolah lama juga, membariskan bacaan-bacaan puisi antaranya dari penyair Dinsman, Siti Zainon Ismail, HMS Bakar. Ia anjuran Seniman Paksi Rakyat (PAKSI) dan Madrasah Kampung Bandar Dalam.

(Prof Siti Zainon berpuisi)

“Kita adalah manusia elit malam ini,” begitu ketar suara pengacara majlis, Ben Ali berseloroh. Gementarnya itu memunculkan kelucuan yang mengundang tawa. Ben Ali, bersama Solleh merupakan antara anak muda yang cergas menggerakkan kegiatan Madrasah Seni, sebuah usaha dan kerja sama Paksi dan Madrasah Kg. Bandar Dalam.

Acara bermula dengan ucapan alu-aluan Pengetua Madrasah, Haji Ishak Surin, bekas pejuang kemerdekaan dan mangsa tahanan ISA. Pak Ishak yang kini bergiat dalam parti PAS, mengimbas perkenalannya dengan “Bung Samad, yang bermula semenjak dekad 50an lagi.” Saat itu, Pak Ishak merupakan anggota jawatankuasa Parti Rakyat Malaya, pimpinan Dr. Burhanudin Al Helmy. Manakala Pak Samad pula bekerja dengan akhbar Fikiran Rakyat, kelolaan Ahmad Boestamam, salah seorang pimpinan PRM. Justeru, atas usaha dua orang kenalan lama ini, maka berbungalah pula Madrasah Seni, dengan kegiatan-kegiatan seninya yang Islami.

Tujuh petala langit dan bumi, luas nikmat kurnia Yang Maha Esa, maka di usia 77 tahun ini, kita merasa bertuah kerana telah menemukan seorang imam demokrasi yang sedang memimpin kita tentang erti keinsanan dalam menghormati hak-hak manusia. Begitulah kira-kiranya intipati ucapan kata-kata Pak Kasim yang berbara jiwanya itu, “Pak Samad orang yang terpenting, paling ke hadapan dalam perjuangan sekarang ini.”

Pak Samad, seorang pendita tua yang menerangi kita dengan cahaya pelita hatinya yang murni dan luhur itu. Kita sedang dipimpinnya menempuh suatu zaman gelap pemerintahan negara yang penuh rasuah, pecah amanah dan penyelewengan kuasa, kemunafikan. Bilamana budi dihitung dengan duit dan keuntungan undi. Bilamana keadilan, mahkamah dan undang-undang hanya memenangkan yang berharta dan berkuasa. Bilamana senjata, undang-undang dan penjara bukan untuk melindungi tetapi untuk memeras ugut rakyat. Amanah duit zakat, anak-anak yatim, fakir miskin yang pecah. Senarai panjang skandal-skandal rasuah, kerugian, pembaziran berjumlah trliunan ringgit – beribu-ribu-ribu bilion. Hati kita sedang dicerahkan daripada berbagai kezaliman yang berleluasa, termasuklah menipu untuk menang pilihanraya. Hati kita sedang dibersihkan – agar mata cerah melihat kepura-puraan dan kemunafikan, tahu membezakan yang salah dan yang benar. Hati kita sedang cuba membuang kekotoran itu. Kekotoran juga sedang bertahan daripada dibersihkan. Kita sedang dalam Pertarungan. Hukum alam menyatakan tak ada yang kekal. Yang kekal hanyalah perubahan. 54 tahun kekuasaan telah menjadikan mereka sombong dan angkuh. Mereka tamak dan rakus, lautan luas hendak dihirupnya kering, gunung-ganang hendak dimakannya jadi rata. Makan, memang tidak akan pernah kenyang. Rasa haus, lapar dan selera perut menghidupkan kita untuk keluar mencari makan, tetapi bukan itu tujuan hidup kita, sehingga akhirnya makanan memakan diri. Jika rasa ini liar, ia harus dijinakkan, jika gelap ia mesti dicerahkan.

Ya, pada malam yang sederhana itu, Pak Samad mengimbau kehidupan masa lalunya, memberi kami pencerahan. Kami yang ada di sana, rasanya amat bertuah dapat mendengar beberapa anekdot kisah kehidupannya yang cukup peribadi itu. Tentang anekdot tersebut, rasanya agak terlalu peribadi untuk dicatatkan di sini. Kesimpulannya, ia kisah perjalanan seorang Pak Samad sebagai insan mencari keredhaan, memenuhi isi makna kewujudan, menerima, memberi dan saling berkongsi nikmat kehidupannya. Insan yang melalui zaman sebelum Perang Dunia Kedua, zaman penjajahan Jepun, kembali dijajah Inggeris, merdeka. Insan yang menyaksikan peta kebudayaan nusantara terbelah-pecah akibat penjajahan. Insan yang menyaksikan tumbuh pesat dan merosotnya Singapura, sebagai kota cendekiawan serantau. Insan yang menyaksikan tertubuhnya Malaysia. Insan yang bernafas dibawah pemerintahan 5 orang Perdana Menteri.

Sepanjang 77 tahun perjalanan itu, seperti yang diakui sendiri Pak Samad, dirinya pernah “melakukan kecurangan-kecurangan dalam hidup.” Kecurangan yang diusahakan semampu kederat, selagi hayat untuk ditebus kembali, dengan amal kebaikan, menyesali kesalahan masa lalu. Umpama menghirup nafas dalam segar embun pagi, setelah malam panjang yang menyesakkan. Di sini, kita bertemu dengan sosok keinsanan sejati, yang berani melihat dirinya dalam kesempurnaan serta kecacatan kewujudannya, kemanusiaan yang cuba dilahirkannya dengan kesederhanaan tindakan dan amalan yang sebenarnya.

(Pak Syukor Haron membacakan esei)

Unggun api kini telah marak nyalanya, Bapak, gemerlap kemilau cahayamu itu menusuk ke kalbuku, kami siap, berdiri dipimpinmu, pada hari itu, 28 April yang dinanti. “Bapak, kami juga tidak mahu mati sia-sia!”

Saturday, March 24, 2012

Selamatkanlah Malaysia daripada menjadi MalangsiaL

Aku sebenarnya baru menonton filem Avatar. Ketinggalan dan tidak mengikuti peredaran terkini zaman. Idea yang bukan baru. Dalam genre animasi fiksyen sains sebegini, aku lebih sukakan suatu karya filem klasik animasi terbitan tahun 1973, Fantastic Planet (French: La Planète Sauvage, lit. The Wild Planet). Ia diarahkan oleh René Laloux, manakala rekaan produksi oleh Roland Topor. Untuk aku filem Hollywood ini tak akan pernah dapat menandingi estetika filem sehebat Fantastic Planet. Tapi itu cerita lain.

Berbalik kepada Avatar, ia cuma kehebatan teknologi tercanggih dan kebesaran pemasaran maha mega industri filem Hollywood. Namun demikian, tidaklah dapat dinafikan ia sebuah filem yang bagus untuk rakyat Malaysia hari ini. Bagus kerana ideanya telah ditanamkan ke dalam pemikiran dan ingatan jutaan penontonnya, disebabkan kejayaan maha mega pemasaran Hollywood. Dari segi ini, bertitik tolak dari realiti filem tersebut, ia mampu untuk mengajak para penonton memikirkan keadaan kenyataan Malaysia hari ini, dengan isu-isu kecintaan terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan warisan alam, tanah dan air yang tidak ternilai harganya itu. Hal ini, meskipun Avatar hanyalah sebuah filem Hollywood yang biasa dengan kualiti keunggulan teknologi tak tercabarnya itu.

Kenapa tamak, rakus, haloba dan sombong? Begitulah sifat kewujudan, wujudiah MODAL, ia tamak, rakus, haloba, sombong, tidak pernah cukup, bertimbun-timbun kekayaan dan terus menimbunkan harta benda dan nilai harga. Kalau tak silap, salah seorang watak dalam filem Avatar berdialog, “tahukah kita harta kekayaan warisan alam yang sebenarnya terletak di atas permukaan tanah, bukan mendapan di dasar tanah.”

Malaysia semenanjung emas, tanah Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri Selat, laluan selat Melaka yang manja, Laut China Selatan, Separuh Pulau Borneo – Kalimantan Utara – Sabah dan Sarawak; kita berada dalam antara kedudukan strategik perdagangan selama turun temurun sejak zaman Langkasuka, Srivijaya kira-kira 2,000 tahun yang lalu. Alam kita berada dalam kurniaan semesta, hutan hujan tropika paling tua di dunia – lebih tua dari hutan hujan Amazon dan Kongo – berusia di antara 140-160 juta tahun, garis khatulistiwa keseimbangan 12 jam siang dan 12 jam malam. Cuaca nyaman dan aman – amat jarang – sesekali dilanda angin monsun, hujan, banjir dan ribut petir. Malaysia ibarat permata dalam cincin lingkaran api – gunung berapi dan gempa bumi wilayah yang mengelilingi lautan Pasifik, ke Filipina pendinding taufan daripada menghala ke Sabah dan Sarawak, ke lautan Hindi, beruntunglah – insaflah pada pengorbanan – kerana adanya pulau Sumatera. Malaysia kaya dengan bahan-bahan mineral dan galian dalam tanah seperti emas, bijih timah, petroleum. Hinggakan dalam peta Claudius Ptolemy, Greek kuno, dicatatkan Semenanjung Melayu sebagai Chersonesus Aurea – Semenanjung Emas.

Hari ini, datang pula Lynas, permata hutan hujan tropika tertua di dunia dalam lingkaran api pasifik ini hanya mahu dijadikan sekadar tong sampah kekal sisa santau racun radioaktif yang bernama thorium, sisa pemprosesan untuk produk-produk nadir bumi. Bayangkan jika gagal, tidak ada lagi jalan kembali. Keadaan tak akan dapat diubah menjadi sediakala. Bayangkan permata hutan hujan tropika tertua di dunia ini akan hanya menjadi sekadar tong sampah ranah radioaktif yang menjahanamkan alam dan manusianya. Kemusnahan dan pencemaran total serta fatal!

Barangkali laluan strategik perdagangan juga bakal tergugat. Perniagaan-perniagaan lain juga. Bayangkan sebuah stadium yang baru siap runtuh di Terengganu, sehingga ke hari ini tidak ada sebarang pendakwaan. Inikan pula kilang nadir bumi. Hari ini Bukit Merah di Perak, setelah 18 tahun, masih lagi sebuah kawasan merah dengan keracunan radioaktif thorium yang membahayakan nyawa dan kesihatan kira-kira 10,000 penduduk sekitarnya.

Bayangkan juga, wang beratus – mungkin juga beribu - billion – ringgit yang dirompak, dibazir dan dikuasai oleh hanya segelintir kecil manusia sahaja. Untuk belanja persenjataan yang sia-sia. Bayangkan membeli kapal selam perang berharga berbilion ringgit tanpa peluru berpandu. Bayangkan juga membeli jet pejuang F-16, tetapi kod pelancar roketnya dipegang Pentagon. Bayangkan rasuah dan ketirisan yang melampau, berjumlah berbilion-bilion ringgit. RM 250 juta untuk keluarga Shahrizat bersuka ria hidup mewah. Kata Abang Mat Sabu, “rakyat hanya dapat 500 ringgit, tapi korporat keparat kroni Umco, Tajudin Ramli, dapat RM589juta. Ini baru dua tiga contoh.

Kenapa kesemua wang ini tidak dibelanja-dilaburkan untuk kesihatan rakyat? Rakyat sehat, fikiran sihat, alam sihat, masyarakat sihat, negara sihat, kerja-kerja dan amalanpun menjadi sihat. Katakanlah RM10 bilion untuk penyelidikan dan kajian ubat-ubatan selama 10 tahun, dengan para penyelidik dan ilmuan serta sainstis dunia datang mengkaji sumber-sumber alami tumbuhan iaitu hutan, apalagi ini hutan hujan tropika paling tua di dunia, berusia ratusan juta tahun. Bahan-bahan daripada tumbuhan-tumbuhan dan haiwan-haiwan merupakan antara sumber terbesar pembuatan ubat dan produk farmasi di dunia.

Kenapa apabila disebut hutan, yang terpandang hanya pohon-pohon balak yang hendak ditebang, yang terkenang hanyalah bukit yang hendak digondol ditarah - batu, simen, kerikil pasir dari gunung dan bukit ditukar menjadi tugu-tugu batu tinggi mencakar langir – sementara gunung-ganang semulajadi hendak ditebuk diratakan, tanah hendak digali, dikorek, digerudi, air dalam bumi disedut dihisap, alam yang dibunuh.

Kesemua ini, untung yang berjangka pendek, kerana setelah alamnya hancur, tercemar, penuh racun, kita manusianya juga pastilah akan ikut hancur juga. Fikirkan, laburkan wang untuk pengubatan, perubatan, penawar, farmasi, kesihatan, hospital. Ia memang agak berjangka panjang, dengan pulangan yang sering difitnah tidak menguntungkan, siapa kata. Ia lebih menguntungkan, lebih mapan, lebih stabil, lebih adil kepada alam dan kita manusianya untuk hidup bersama.