Saturday, March 24, 2012

Selamatkanlah Malaysia daripada menjadi MalangsiaL

Aku sebenarnya baru menonton filem Avatar. Ketinggalan dan tidak mengikuti peredaran terkini zaman. Idea yang bukan baru. Dalam genre animasi fiksyen sains sebegini, aku lebih sukakan suatu karya filem klasik animasi terbitan tahun 1973, Fantastic Planet (French: La Planète Sauvage, lit. The Wild Planet). Ia diarahkan oleh René Laloux, manakala rekaan produksi oleh Roland Topor. Untuk aku filem Hollywood ini tak akan pernah dapat menandingi estetika filem sehebat Fantastic Planet. Tapi itu cerita lain.

Berbalik kepada Avatar, ia cuma kehebatan teknologi tercanggih dan kebesaran pemasaran maha mega industri filem Hollywood. Namun demikian, tidaklah dapat dinafikan ia sebuah filem yang bagus untuk rakyat Malaysia hari ini. Bagus kerana ideanya telah ditanamkan ke dalam pemikiran dan ingatan jutaan penontonnya, disebabkan kejayaan maha mega pemasaran Hollywood. Dari segi ini, bertitik tolak dari realiti filem tersebut, ia mampu untuk mengajak para penonton memikirkan keadaan kenyataan Malaysia hari ini, dengan isu-isu kecintaan terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan warisan alam, tanah dan air yang tidak ternilai harganya itu. Hal ini, meskipun Avatar hanyalah sebuah filem Hollywood yang biasa dengan kualiti keunggulan teknologi tak tercabarnya itu.

Kenapa tamak, rakus, haloba dan sombong? Begitulah sifat kewujudan, wujudiah MODAL, ia tamak, rakus, haloba, sombong, tidak pernah cukup, bertimbun-timbun kekayaan dan terus menimbunkan harta benda dan nilai harga. Kalau tak silap, salah seorang watak dalam filem Avatar berdialog, “tahukah kita harta kekayaan warisan alam yang sebenarnya terletak di atas permukaan tanah, bukan mendapan di dasar tanah.”

Malaysia semenanjung emas, tanah Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri Selat, laluan selat Melaka yang manja, Laut China Selatan, Separuh Pulau Borneo – Kalimantan Utara – Sabah dan Sarawak; kita berada dalam antara kedudukan strategik perdagangan selama turun temurun sejak zaman Langkasuka, Srivijaya kira-kira 2,000 tahun yang lalu. Alam kita berada dalam kurniaan semesta, hutan hujan tropika paling tua di dunia – lebih tua dari hutan hujan Amazon dan Kongo – berusia di antara 140-160 juta tahun, garis khatulistiwa keseimbangan 12 jam siang dan 12 jam malam. Cuaca nyaman dan aman – amat jarang – sesekali dilanda angin monsun, hujan, banjir dan ribut petir. Malaysia ibarat permata dalam cincin lingkaran api – gunung berapi dan gempa bumi wilayah yang mengelilingi lautan Pasifik, ke Filipina pendinding taufan daripada menghala ke Sabah dan Sarawak, ke lautan Hindi, beruntunglah – insaflah pada pengorbanan – kerana adanya pulau Sumatera. Malaysia kaya dengan bahan-bahan mineral dan galian dalam tanah seperti emas, bijih timah, petroleum. Hinggakan dalam peta Claudius Ptolemy, Greek kuno, dicatatkan Semenanjung Melayu sebagai Chersonesus Aurea – Semenanjung Emas.

Hari ini, datang pula Lynas, permata hutan hujan tropika tertua di dunia dalam lingkaran api pasifik ini hanya mahu dijadikan sekadar tong sampah kekal sisa santau racun radioaktif yang bernama thorium, sisa pemprosesan untuk produk-produk nadir bumi. Bayangkan jika gagal, tidak ada lagi jalan kembali. Keadaan tak akan dapat diubah menjadi sediakala. Bayangkan permata hutan hujan tropika tertua di dunia ini akan hanya menjadi sekadar tong sampah ranah radioaktif yang menjahanamkan alam dan manusianya. Kemusnahan dan pencemaran total serta fatal!

Barangkali laluan strategik perdagangan juga bakal tergugat. Perniagaan-perniagaan lain juga. Bayangkan sebuah stadium yang baru siap runtuh di Terengganu, sehingga ke hari ini tidak ada sebarang pendakwaan. Inikan pula kilang nadir bumi. Hari ini Bukit Merah di Perak, setelah 18 tahun, masih lagi sebuah kawasan merah dengan keracunan radioaktif thorium yang membahayakan nyawa dan kesihatan kira-kira 10,000 penduduk sekitarnya.

Bayangkan juga, wang beratus – mungkin juga beribu - billion – ringgit yang dirompak, dibazir dan dikuasai oleh hanya segelintir kecil manusia sahaja. Untuk belanja persenjataan yang sia-sia. Bayangkan membeli kapal selam perang berharga berbilion ringgit tanpa peluru berpandu. Bayangkan juga membeli jet pejuang F-16, tetapi kod pelancar roketnya dipegang Pentagon. Bayangkan rasuah dan ketirisan yang melampau, berjumlah berbilion-bilion ringgit. RM 250 juta untuk keluarga Shahrizat bersuka ria hidup mewah. Kata Abang Mat Sabu, “rakyat hanya dapat 500 ringgit, tapi korporat keparat kroni Umco, Tajudin Ramli, dapat RM589juta. Ini baru dua tiga contoh.

Kenapa kesemua wang ini tidak dibelanja-dilaburkan untuk kesihatan rakyat? Rakyat sehat, fikiran sihat, alam sihat, masyarakat sihat, negara sihat, kerja-kerja dan amalanpun menjadi sihat. Katakanlah RM10 bilion untuk penyelidikan dan kajian ubat-ubatan selama 10 tahun, dengan para penyelidik dan ilmuan serta sainstis dunia datang mengkaji sumber-sumber alami tumbuhan iaitu hutan, apalagi ini hutan hujan tropika paling tua di dunia, berusia ratusan juta tahun. Bahan-bahan daripada tumbuhan-tumbuhan dan haiwan-haiwan merupakan antara sumber terbesar pembuatan ubat dan produk farmasi di dunia.

Kenapa apabila disebut hutan, yang terpandang hanya pohon-pohon balak yang hendak ditebang, yang terkenang hanyalah bukit yang hendak digondol ditarah - batu, simen, kerikil pasir dari gunung dan bukit ditukar menjadi tugu-tugu batu tinggi mencakar langir – sementara gunung-ganang semulajadi hendak ditebuk diratakan, tanah hendak digali, dikorek, digerudi, air dalam bumi disedut dihisap, alam yang dibunuh.

Kesemua ini, untung yang berjangka pendek, kerana setelah alamnya hancur, tercemar, penuh racun, kita manusianya juga pastilah akan ikut hancur juga. Fikirkan, laburkan wang untuk pengubatan, perubatan, penawar, farmasi, kesihatan, hospital. Ia memang agak berjangka panjang, dengan pulangan yang sering difitnah tidak menguntungkan, siapa kata. Ia lebih menguntungkan, lebih mapan, lebih stabil, lebih adil kepada alam dan kita manusianya untuk hidup bersama.

tulisanku di SeniKini dan wawancara dgn Latitude

belasungkawa Almarhum Avroco, PDF, halaman 22-23
http://senikinibsln.blogspot.com/2012/03/senikini15.html

ini pula wawancara dengan aku:

http://latitudes.nu/rahmat-haron-malaysian-artist/

Tuesday, March 20, 2012

China telah mendapat bahananya: derita kanser radioaktif,angkara sisa nadir bumi, racun radioaktif bernama thorium

"Untuk apa kita kaya di atas kemiskinan orang lain
buat apa kita jaya di atas penderitaan orang lain
kesempatan adalah punya kita,
kesejahteraan milik umat manusia
tidak hanya satu jalan untuk capainya
ada seribu satu pintu yang terbuka

mengapa hanya segelintir yang kaya
sementara yang lain harus derita

kita bisa sama sejahtera di dunia
kalau kita mahu berbagi dengan sesama manusia
buanglah mimpi-mimpi
buanglah mimpi-mimpi iblismu."
(Buanglah Mimpi Iblismu, Dendang Kampungan, Jogjakarta)

klik rencana di bawah, tentang kesan-kesan pemprosesan nadir bumi (rare earth) di China yg mana sisanya menjadi racun radioaktif yang menyantau kesihatan alam dan manusianya:

FEATURE: Chinese pay price for world’s rare earths addiction

inilah penjelmaan sistem kapitalisme, hasil ketagihan budaya konsumerisme (beli-tunai-hutang-guna-buang-beli lagi....) terhadap produk2 teknologi terkini.

jangan perjudikan kesihatan manusia dan alam di tanah air ini hanya untuk keuntungan jangka pendek pada segelintir orang sahaja - apalagi dengan jalan rasuah, tipudaya, ketidaktelusan dan khianat. di australia syarikat Lynas membayar cukai tahunan sejumlah Dolar Aus 18 juta setahun, dan di Malaysia LYnas mendapat penegcualian cukai selama 12 tahun.
klik pautan dibawah:

Lynas to Pay $18M in Yearly Taxes for Mt Weld Rare Earths Operations

Saturday, March 17, 2012

SS No.34: Kekasih Kita Kasih (aKu, Kau, mereKa)

Kekasih Kita Kasih (aKu, Kau, mereKa)

Kepada engkau kebenaran di atas sana, di singgahsana kekuasaan dunia sementara, katakanlah dengan cinta pada semangat semesta dan lambaian pohon kelapa,

tentang mereka yang menjadi mangsa kekuatan senjata dan kederat, atau hasutan pena dan pendapat, serangan fitnah dan rasuah.

Dalam sunyi menekuni nikmat kegagalan, aku sendiri berbahagia yang sederhana saja, menunggali sepi, keriangan mencatat derita, dengan nafas berlandaskan petua-petua untuk hidup tertewas, terduduk dan tersadai dalam kekalahan’.

Sementara mereka merapat bersama bersuara, walau ditindas, bangun melawan untuk kehadapan, sekarang atau akan datang, sebu suatu kebisuan masa lalu, perlahan-lahan disiapkan rumah yang terbengkalai. Meski kemerdekaan seolah telah menjadi milik keindahan langit, meski kebenaran hanya bersandarkan mimpi mamai dan angan-angan permai, meski dikutuk dan dikeji, meski diugut dan ditumbuk, dipukul dan disiksa, meski diikat dan disebat, mereka tidak akan tunduk dan menyerah, pemenjaraan itu mengumpul pingat kecemerlangan, kematian pula menjadi piala syuhada pengorbanan yang direbut dalam kejohanan maraton suatu laluan panjang perjuangan, obor api keyakinan mereka marak menyala, mula menandingi malap cahaya kekuatan engkau,

Ya engkau yang gagah maha mulia menghukum segala yang tak sempurna’, engkau ramai ketamakan besar, engkau agung yang banyak sombong, engkau yang majoriti maha tinggi menghakimi kesesatan, menentukan keputusan tentang segala keberahian hari ini, bilamana yang sering terhukum hanyalah mereka yang lemah tak berdaya dan papa kemiskinan harta. Engkau tegap dan sasa memusnah tanpa belas, tapi mereka tetap sabar tak berputus asa terus menyayangi.

Kepada engkau, kenalilah mereka dengan cinta, pada hari-hari dalam kurungan, di waktu-waktu terselubung ketakutan, ketika kecurigaan mengudara, semasa keraguan mengecut di dalam perut dan syak wasangka mencucuk-cucuk dada, di saat-saat cukup mencemaskanseadilnya hati dengarkan degup jantung, membelai darahmu, darahku, darah mereka, darah kita yang tak semudahnya tumpah hanya kerana

perbezaan itulah kesemulajadian alam berbagai ragam berbilang macam bukanlah alasan untuk menghalalkan cemuh penghinaan apalagi tindak keganasan, jangan sekali-kali diselesaikan dengan pembunuhan, jauhlah peperangan yang melucah kehodohannya itu. Gunakanlah kecerdikan otak tunjuk kebijaksanaan tuntut perdamaian, bukan keperkasaan otot mencanakkan keangkuhan memperaga kejantanan,

Kepada engkau kebenaran di atas sana, di singgahsana kekuasaan dunia sementara, katakanlah dengan cinta pada semangat semesta dan lambaian pohon kelapa,

turunlah ke pantai, rasai matahari pancaran cahaya dan haba api bahang membakar dan sinar menyuluh, ralit melihat gerak air, berpijaklah di atas pasir lantas mendakap arus, memeluk gelombang, menyelam ke dalam lautan, dasarnya masih bertaut kasih.

16 Mac 2012 (tahun 2003, 16 Mac juga, Almarhumah Rachel Corrie dibunuh di Gaza)

Tmn Watan, Ampunk, Selangor Darul Ehsan.

Friday, March 16, 2012

Selamat Menyambut Hari Rachel Corrie - Al Fatehah

Hari ini tanggal 16 Mac pada tahun 2003, aktivis hak asasi manusia Rachel Corrie, gadis seusia 23 tahun menemui ajalnya di tangan jentolak Israel. Di Gaza dia mempertahankan hak rakyat Palestin dengan tubuh dan nyawanya. Tafakur dan Al Fatehah:

Monday, March 5, 2012

Thursday, March 1, 2012

SS No. 33: Allah, Muhammad, melintas garisan polis dan cetakan mono plastik



pada 9 januari lalu, di mahkamah jalan duta, sewaktu menunggu keputusan perbicaran anuar di luar mahkamah, aku menemukan selonggok garisan polis ronyok renyuk terperusuk di dalam tong sampah. sayangnya kameraku tidak berfungsi pagi itu, kehabisan bateri. dan hanya ada gambar ini, foto dari FB AMK Melaka kalau tak silap:

di belakang TT, di sebelah kanannya, yg berwarna kuning itu, di situlah ia ditemukan.
dan aku karyakan bersama bahantaran campuran lainnya menjadi karya ini:



Judul Karya: Allah, Muhammad, seni plastik dan melintasi garisan polis.Masih dikerjakan.

Tittle: Allah, Muhammad, plastic art and crossing the police line.Work in progress.

Tahun: 2012

Year: 2012

Bahantara: Campuran; benda jumpa berupa garisan polis ditemukan di dalam tong sampah pada 9 Januari 2012 di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur; cetakan mono daripada beg plastik sebagai plat; cat akrilik; atas kanvas.

Medium: Mix media; found object’s police line at the garbage bin on 9 January 2012 at the Jalan Duta Court, Kuala Lumpur; monoprint from plastic bag as a plate; acrylic; on canvas.

KENYATAAN SENIMAN/ ARTIST STATEMENT

Terilham daripada titah seri ke bawah duli paduka baginda Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah, pada 26 September 2011 di PWTC:

Inspired from the speech made by the Royal Highness the Perak Regent, Raja Nazrin Shah, on 26th September 2011 at PWTC:

“Kesucian kalimah Allah amat tinggi di sisi Islam. Kalimah tersebut apabila dicetak pada kertas, tidak boleh dipijak, tidak boleh dijadikan bungkusan, tidak boleh dibawa ke dalam tandas. Allah adalah nama khas Tuhan Maha Suci Maha Agung. Allah adalah satu-satunya.”

"Islam regard the word Allah in a very high sanctity of holiness. The Word when printed on paper, can not be stepped on, can not be used as packaging, can not be brought into the toilet. Allah is the special name of God the Greatest Holly, the Almighty. God is the only one. "

Selanjutnya, baginda bertitah:

Futhermore, the Regent said:

“Allah yang merupakan kalimah amat suci dikalangan umat Islam kini turut dinamakan kepada simbol pujaan agama lain.”

"Allah is a very sacred word among Muslims, now it is also known as the symbol of worship of other religions."

..................................................................................................................................................................

Selaku rakyat Johor, sewaktu bersekolah pada setiap acara perhimpunan sekolah, kami semua – murid-murid dan para guru – tanpa mengira agama dan kaum - akan sama-sama menyanyikan Lagu Bangsa Johor. Lagu Bangsa Johor merupakan gubahan komposer Armenia, Mackertisn Galistan Abdullah. Ia diangkat daripada irama popular Dondang Sayang dan secara rasminya diperkenankan oleh Sultan Ibrahim pada tahun 1897. Lagu ini tidak mempunyai lirik sehinggalah pada tahun 1914, pegawai Hong Kong Bank di Johor Bharu, Hubert Allen Courtney menulis lirik dalam bahasa Inggeris:

As the people of Johor, during school in each school assembly, we all - students and teachers - regardless of religion or ethnicity - jointly sing the Johor state anthem (Lagu Bangsa Johor). The song was composed by an Armenian music composer, Mackertisn Galistan Abdullah. It was adopted from the popular Dondang Sayang rhythm and officially approved by the late Sultan Ibrahim in 1897. This song had no lyrics until the year 1914, when a Hong Kong Bank official in Johor Bahru, Hubert Allen Courtney wrote the lyrics in English:

“God cherish the Sultan,

Bestow him with all the honour,

Healthy and cheerful,

Remain and prosper,

Expand his power, embracing us,

The people are led for centuries to come,

With Independece and unity,

God bless Johor,

God save the Sultan.”

Lirik dalam bahasa Inggeris ini, kemudiannya ditulis kembali ke dalam bahasa Melayu oleh Haji Mohamad Said Hj. Sulaiman:

The English lyric of the song, was later rewritten again in the Malay language by Haji Mohamad Said Hj. Sulaiman:

“Allah peliharakan Sultan,

‘Nugrahkan dia segala kehormatan,

Sihat dan ria, kekal dan makmur,

Luaskan kuasa menaungkan kami,

Rakyat dipimpini berzaman lag,i

Dengan Merdeka bersatu hati,

Allah berkati Johor,

Allah selamatkan Sultan.”

.................................................................................................................................................................

Semua hanya plastik. Pangkahkan saja.

All are plastic. Just cross it.