Sunday, October 31, 2010

SS No.28:Szoerabaia Sehat (buat Arek2)


jerung dan buaya
yin dan yang
baik dan jahat
sejuk dan panas
hitam dan putih
akhirnya kelabu
panas dan berdebu,
Hey Joni, tunjukkan aku di mana pelabuhan.

April 2008
atas nama kota

Friday, October 29, 2010

Alan Shadrake: Keadilan cara Singapura


"Di mana-mana penjara dan ribuan si berani..."
-Usman Awang

Alan Shadrake, penulis warga Inggeris yang berusia 75 tahun ini, sedang berdepan pemenjaraan di Singapura kerana penerbitan bukunya Once A Jolly Hangman: Singapore Justice in the Dock. Bukunya itu mendedahkan skandal pendakwaan dan hukuman mati di Singapura.
keputusan perbicaraannya ditunda pada 3 November ini.
klik, petisyen oleh Wartawan Tanpa Sempadan :
http://en.rsf.org/petition-alan-shadrake,38642.html

Kenyataan Alan Shadrake: Keadilan cara Singapura:

Saya didakwa dan berdepan hukuman penjara kerana mendedahkan skandal pendakwaan di Singapura. Kediktatoran PAP tidak mahu warga Singapura yang baik hati tahu akan skandal tersebut. Salah satu skandal keji yang khusus melibatkan Guiga lyes Ben Laroussi, seorang warga Tunisia dan 'bakat asing' bernilai yang merupakan pembekal utama dadah kepada apa yang disebut sebagai Lingkaran Dadah Kelas Atasan Singapura pada tahun 2004.

Pemusnah kehidupan ini dibenarkan melarikan diri dari Singapura selepas berdepan tuduhan yang membawa kepada hukuman mati mandatori (wajib). Tuduhan terhadap Guiga kemudiannya 'dirundingkan' untuk dikurangkan sehinggakan dia menerima hukuman penjara di antara 20 dan 30 tahun penjara sahaja. Selepas itu, keajaiban lainnya berlaku: Dia dibenarkan ikat jamin berjumlah $280, 000, dipulangkan semula passportnya dan dibenarkan meninggalkan Singapura. Hal ini hanya dapat dilakukan hanya atas kerjasama pihak atasan kerajaan kerana mereka takut dia mendedahkan nama-nama besar, jika dia dihantar ke tali gantung.

Saya mendedahkan perkara ini dan skandal-skandal pendakwaan lainnya di dalam buku saya Once A Jolly Hangman: Singapore Justice in the Dock, kerana saya bencikan ketidakadilan. Sementara raja dadah ini - teman si kaya dan istimewa di Singapura - sedang menikmati kehidupan mewahnya di istananya di atas tanah keluarganya di Le Bardo, Tunisia, Singapura sedang bersiap untuk menggantung pengedar dadah kecil-kecilan yang menyedihkan itu - mungkin ada yang menolong Guiga menjadi kaya.

Bagaimana pedagang dadah yang jahat ini berjaya melepaskan dirinya dari keadilan? Sementara saya tidak dibenar untuk mendapatkan semula passport saya dan tidak diberi izin untuk meninggalkan Singapura. Mereka bertekad untuk menghukum saya terlebih dahulu!

Saya sedang berhadapan dengan hukuman enam bulan penjara kerana mendedahkan perkara ini dan banyak lagi skandal-skandal pendakwaan lain. Terdapat dua lagi tuduhan terhadap saya timbul dari buku saya itu, yang jika sabit kesalahan membawa hukuman dua tahun penjara. Masalah perubatan dan kesihatan mental saya begitu buruk sekali. Saya berdarah hampir mati di atas jalan pada enam minggu yang lalu akibat daripada pendarahan dalaman. Seandainya saya tidak dikejarkan ke hospital, saya pasti tidak sedarkan diri dan mati tanpa siapapun tahun puncanya sehinggalah keadaan sudah sangat terlambat.

Di manakah keadilan atas apa yang mereka lakukan ke atas diri saya? Adakah sesiapa sedar Guiga lyes Ben Laroussi telah meloloskan dirinya daripada pengadilan? Apakah akhbar Straits Times menerbitkan skandal ini dan mendesak dengan tajuk berita besar-besaran untuk Guiga diektradisi kembali ke Singapura? Ianya tidak terjadi. Mengapa tidak? Jawapannya ada di dalam buku saya. Namun demikian, apakah yang terjadi apabila seorang diplomat Romania melarikan diri pada Mac 2010 berikutan kejadian kemalangan maut trafik? Tajuk utama berita di akhbar Straits Times dan kesemua media tempatan Singapura agar dirinya dibawa kembali ke Singapura dan dibicarakan.

Guiga lyes Ben Laroussi, perosak besar kehidupan - termasuklah teman wanita Singapuranya, Mariana Abdullah - telah tersenarai dalam carian orang paling dikehendaki Interpol selama lima tahun. Ketua Interpol merupakan bekas ketua polis Singapura sendiri, Khoo Boon Hui! Tidak ada sebarang usaha untuk membawa Guiga kembali dibicarakan. Peguamnya, Subhas Anandan, pernah berkata keluarganya yang berpengaruh akan memberitahu pihak polis Tunisia untuk pergi "bermain layang-layang" jika mereka mahu menangkap atau mengektradisi Guiga.

Ini hanya merupakan satu lagi skandal di dalam cerita panjangnya ini. Mungkin saya akan dilayan dengan lebih baik jika saya seorang bos besar sindiket dadah.

Hebatnya, Menteri Undang-undang Singapura, Mr K. Shanmugam baru-baru ini mengatakan KINI hukuman mati untuk kesalahan dadah di sini merupakan "timbal balik pertukaran" yang perlu dilakukan kerajaan untuk melindungi "ribuan nyawa" jika dadah dibiarkan bebas berleluasa. Dia selanjutnya menjelaskan bahawa jika Yong Vui Kong (sekarang menunggu hukuman mati dengan 36 orang lain) lepas daripada hukuman mati, raja-raja pengedar dadah akan melihatnya sebagai petanda bahawa pengedar muda akan terhindar daripada hukuman dan mereka akan digunakan sebagai pengedar dadah. "Kamu menyelamatkan satu nyawa di sini, tetapi 10 lagi nyawa akan hilang. Apakah pilihan anda?"Tambahnya.

Pilihan saya, Mr. Shanmugam? Jika ada sesiapa yang hendak digantung, mulakan dengan raja-raja dadah seperti Guiga Ben Laroussi!

Berikut merupakan senarai nama beberapa orang-orang muda yang menurut Mr. Shanmugam patut digantung: Flor Contemplacion, Angel Mou Pui-Peng, Vignes Mourthi, Shangmugam Murugesu, Amara Tochi, Thiru Selvam, Zulfikar bin Mustaffah, Rozman Jusoh, Chuek Mei-mei, Nguyen Van Tuong, Tsang Kai Mong Elke, Poon Yuen-chung. Saya akan meneruskan perjuangan saya untuk mendapatkan keadilan bagi semua mereka yang di atas dan mereka yang tersentuh untuk ikut sama dan saya akan tetap menjadi duri dalam daging Singapura, pada sisi ketidakadilannya sehinggalah hari saya mati!

Alan Shadrake
Banduan Penjara Singapura
29 Oktober, 2010

Statement from Alan Shadrake

Justice Singapore Style

I am being prosecuted and facing jail for exposing prosecutorial scandals in Singapore – scandals this PAP dictatorship doesn’t want decent Singaporean citizens to know about. One particular heinous scandal concerns Guiga Lyes Ben Laroussi, a Tunisian and valuable ‘foreign talent’ who was the main drug supplier to Singapore’s so-called High Society Drug Circle in 2004.

This destroyer of lives was allowed to escape Singapore after facing a mandatory death penalty charge. The charge was then ‘negotiated down so he would receive a jail sentence of between 20 and 30 years in prison instead. Then another miracle happened: He was allowed bail in the sum of $280,000, given his passport back and allowed to leave Singapore. This could only have been done with the connivance of top government officials because they feared he would expose bigger names if he were to be sent to the gallows.

I exposed this and other prosecutorial scandals in my book Once A Jolly Hangman: Singapore Justice in the Dock, because I hate injustice. While this evil drug baron – friend of the rich and privileged in Singapore – is enjoying his life of luxury in his mansion on his family estate in Le Bardo, Tunisia, Singapore is preparing to hang more pitiful drug mules – perhaps some who helped Guiga get rich.

How is it that this evil drug trader managed to escape justice? I cannot get my passport back and be allowed to leave Singapore. They are determined to punish me first!

I am facing a six months prison sentence for exposing this and many other prosecutorial scandals. There are two other charges hanging over me arising from my book one of which carries as two year prison sentence. My medical and mental problems have been horrendous. I almost bled to death in the street six weeks ago from internal haemorrhage. Had I not been rushed to hospital I would have collapsed and died without anyone knowing the cause until it was too late.

Where is the justice in what they are now doing to me? Did anyone notice that Guiga Lyes Ben Laroussi had escaped justice? Did the Straits Times publish this scandal and demand with massive headlines that Guiga should be extradited back? It did not. Why not? The answer is in my book. But what happened when a Romanian diplomat ran away in March 2010 following a fatal traffic accident? Screaming headlines in the Straits Times and all the local media for him to be brought back and tried.

Guiga Lyes Ben Laroussi, big time destroyer of lives – including his own Singaporean girlfriend, Mariana Abdullah – has been on Interpol’s wanted list for five years. The head of Interpol is Singapore’s very own former police chief Khoo Boon Hui! No attempt has been made to bring him back. His lawyer, Subhas Anandan, has said his powerful family will tell the Tunisian police to ‘go fly a kite’ if they attempt to arrest and have him extradited.

This is yet another scandal in this saga. Perhaps I would have been better treated had I been a major drug syndicate boss.

Amazingly, Law Minister, Mr. K. Shanmugam recently told TODAY that the death penalty for drug offences here is a “trade-off” the government must make to protect “thousands of lives” if drugs became freely available. He further explained that if Yong Vui Kong (now on death row with 36 others) escapes the death penalty, drug lords will see it as a sign that young traffickers will be spared and will then use more of them as drug mules. “You save one life here, but 10 other lives will be gone. What will your choice be?” he added.

My choice, Mr. Shanmugam? If anyone has to be hanged, start with drug barons like Guiga Ben Laroussi!

Here are some of those young people Mr. Shanmugam believes should have been hanged: Flor Contemplacion, Angel Mou Pui-Peng, Vignes Mourthi, Shangmugam Murugesu, Amara Tochi, Thiru Selvam, Zulfikar bin Mustaffah, Rozman Jusoh, Chuek Mei-mei, Nguyen Van Tuong, Tsang Kai Mong Elke, Poon Yuen-chung. I will continue my fight to get justice for all of the above and those who are bound to follow and I will remain a thorn in Singapore’s side regarding injustice until the day I die!

Alan Shadrake
A Prisoner of Singapore
October 29, 2010

Wednesday, October 27, 2010

Hafiz حافظ Ghazal 199:Di atas mimbar, para pendakwah memaparkan kemuliaannya


Di atas mimbar, para pendakwah memaparkan kemuliaannya
meski di ruang peribadi, mereka punya cara yang berbeza.
Aku ada soalan untuk ditanyakan pada yang berilmu di kalangan kita
kenapa Para Paderi Pengampunan, taubat mereka sendiri ditunda.
Mungkin mereka tidak percaya pada Hari Kiamat dan pembalasannya
mereka menipu dan untuk memujuk Tuhan, merekapun berdoa.
Tuhan, moga-moga Guru-guru Baru ini, menemukan tempat tinggalnya
dan tidak berpaling dari kaldai baghal dan para hamba.
Pengemis di gereja, pergilah ke rumah Magi Majusi
minumlah air yang membawa kekuatan hati.
KebaikanNya tak berpenghujung, ramai pencinta sakan bergembira
Para Kekasih bangkit dan bermain dari kekosongan hampa.
Bersusun Bidadari, di dalam Kedai Arak Cinta,
memeram anggur jiwa kami, menguli tanah liat kita.
Di tengahari berdendang muzik syurga
Seperti para Bidadari menyanyikan lagu Hafiz, dan bergoyang ria.

terima kasih sumber:
http://www.hafizonlove.com/divan/04/199.htm


On the pulpit, preachers, goodness display
Yet in private, they have a different way.
I have a question to ask of the learned in our midst
Why Confession-Priests, their own repentance delay.
Perhaps they don't believe in Judgement Day
They deceive, and to appease God, they pray.
May these New Masters, God, find their stay
And from slaves and mules not turn away.
Church-beggar, go to the abode of the Magi
Drink the water that strength of heart convey.
His endless goodness, many lovers slay
Lovers from the void, rise up and play.
In Love's Tavern, the Angelic array,
Ferment our soul's grape, knead our clay.
Heavenly music at break of the day
As if Angels sing Hafiz's songs, and sway.

© Shahriar Shahriari
Los Angeles, Ca
October 21, 1999

Monday, October 25, 2010

LAWAN ISA: 23 tahun setelah Ops Lalang&Spectrum



jemput hadir untuk mengenang dan melawan kekejaman ISA. Sejarah telah menyaksikan penangkapan ISA seramai 106 orang rakyat Malaysia di bawah Operasi Lalang di sini dan penahanan 22 orang rakyat Singapura di pulau Temasik itu.

Undangan ke pelancaran BUKU, tentang pengalaman 2 operasi ini:

BEYOND THE BLUE GATE & 445 DAYS UNDER THE ISA

Rabu, 27 oktober 2010
jam 7.30 sampai 10.30
Dewan perhimpunan Cina Selangor dan KL

Program:

Ucapan alu-aluan

Pelancaran buku dan ucapan oleh:
- YB Dr Nasir Hashim
- YB Saari Sungib

Diskusi oleh bekas-bekas mangsa kekejaman tahanan tanpa bicara ISA:
- Teo Soh Lung
- Dr Kua Kia Soong
- Hishamuddin Rais
Moderator: Maria Chin Abdullah

Pihak penganjur dan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) menyeru undangan dan kehadiran para bekas tahanan Operation Lalang & Operation Spectrum.

lawan dan lawan dan lawan ISA sampai dimansuhkan!!!



Saturday, October 23, 2010

menapak ke puncak 100 menara mega



(karya Poodien berjudul Pig Monastery (Biara Babi), A tribute to Alejandro Jodorowsky, tahun 2010, mix media)

Sekarang sedang berlangsung pameran 3 young contemporary di VWFA, kl (klik sini). Poodien merupakan salah seorang dari 3 orang seniman yang ikut serta dalam pameran ini.

Wednesday, October 20, 2010

Hafiz حافظ Ghazal 33:Tak perlu berdebat dengan seniman palsu dan bijak pandai penipu.


Sang pertapa tak payah menonton panggung itu,
si Kekasih kan ada di rumah, maka berziarah menjadi tidak perlu.
Wahai jiwa, engkau memiliki janji dengan Tuhan,
kemudian tanyakan bagaimana mahu dikelola hidupku?
Wahai Raja segala kebaikan, sumpah, aku sedang terbakar
kemudian tanyakan bagaimana pengemis ini mahu diuruskan aku?
Aku tuan segala tuntutan, tapi lidahku jadi kelu
dalam kasih sayangmu, amat melampau untuk meminta rayu.
Tak payah merancang, jika darah kami yang kau kehendaki,
bila-bilapun waktunya tubuh kami memang siap buatmu.
Zat sang Kekasih adalah pada secawan Piala Suci,
Kita tak usah terlibat dalam meluah keperluan kita itu.
Kutanggung dengan segala kepayahan lautan,
tak perlu lagi laut, bila aku mendapat mutiara upahku.
Tak payah berurusan dengan nabi-nabi palsu
kerana jika temanku di sisi, terhinalah semua dakwaan semu.
Wahai pencinta yang mengemis, bila bibir Kekasih memberikan kehidupan
tak digalakkan meminta sedekah, sumbangkan hadiah bakti budi itu.
Seni memancarkan dirinya sendiri, Hafiz berhenti melakukan segala sesuatu,
Tak perlu berdebat dengan seniman palsu dan bijak pandai penipu.

Terima kasih sumber:
http://www.hafizonlove.com/divan/01/033.htm

The hermit has no need to watch the stage
Since Beloved is at home, no need for pilgrimage.
O soul you have a pact with the Divine,
Then ask how should I my life manage?
O King of goodness, I swear that I’m on fire
Then ask how this beggar should I manage?
I am the master of demands, yet my tongue is still
In your compassion to ask is an outrage.
No need to plot, if our blood you demand,
Our body is yours to take at any age.
Essence of the Beloved is the Holy Grail,
In expressing our needs, we need not engage.
I put up with the hardships of the sea
No need for the sea, once I earned my pearly wage.
No need to deal with fake prophets because
When friends are here, false claims disparage.
O begging lover, when Beloved’s life giving lips
Give their dutiful gifts, begging discourage.
Hafiz desist, for art self-radiates
Needless debate with fake artist and false sage.

© Shahriar Shahriari
Los Angeles, Ca
March 25, 2004

Chegu Bard melawan diktator!!!

"Kesadaran adalah matahari
Kesabaran adalah bumi.
Keberanian menjadi cakrawala
Dan perjuangan
adalah pelaksanaan kata-kata."

- Petikan pidato kebudayaan Rendra di TIM, 10 November 1997.



Aku bukanlah ahli mana-mana parti politik. Orang seperti aku bak kata temanku dulu Arwah Syukri adalah free individual yang 'liar' tak boleh terikat dikawal dengan disiplin mana-mana organisasi. Mungkin benar, pernyataan arwah, yang sepanjang hayat mudanya berbakti untuk gerakan pro demokrasi, khususnya sebagai aktivis Food Not Bomb, penulis blog dan wartawan di akhbar Suara Keadilan. Namun tulisan ini bukanlah untuk bernostalgia tentang kenangan arwah Syukri (Al-Fatihah buatnya).

Makanya aku tidak memilih untuk bergerak bersama parti politik. Namun itu tidaklah bermakna aku tidak punya sikap dan kesedaran politik. Sementara memiliki sikap dan kesedaran politik bukanlah pula bermakna hidupku sepenuhnya aku habiskan untuk kegiatan berpolitik. Aku ada banyak lagi kegiatan-kegiatan lain dalam hidup yang dalam keadaan-keadaan tertentu, mungkin lebih baik aku utamakan daripada kerja-kerja politik. Apatah lagi dalam perkembangan semasa pra dan pasca Mac 2008 dengan kemunculan ramai sekali para penggiat politik masyarakat madani (civil society), Pakatan dan NGO, hak asasi manusia, peguam, media, seni budaya dan anak muda, yang komited terhadap perjuangan gerakan reformasi politik, ekonomi, sosial dan budaya di Malaysia. Maksudnya sebahagian besar masyarakat telah mencapai tahap kesedaran politik yang matang dan progresif.

Sekarang sedang berlangsung pemilihan dalam Parti Keadilan Rakyat. Pemilihan langsung kepimpinan parti ini mengukir sejarah kerana ianya julung-julung sekali dilakukan dalam sejarah politik tanah air. PKR berjaya menjadi JUARA. Ia tidak pernah dilakukan sebelum ini. Mengkritik membina akan menjayakan lagi PKR. Sebaliknya mereka yang mencerca hina, (akan termasuk dalam golongan orang macam aku, cuma aku di lantai yang lain), akan menjadi GAGAL dan SAMPAH!

Maksudnya PKR telah mencuba sedaya upaya untuk membudayakan pendemokrasian suara akar umbi. PKR tidak menunggu sistem politik negara berubah untuk melakukan agenda reformasinya. Gerakan Reformasi semenjak September 1998, telah melaksanakan reformasi demokrasi dalam keadaan sistem negara yang rasuah, korup, tidak adil dan tidak demokratik. Ianya amat berani dan cukup menduga kesabaran iman perjuangan.

Perlu diingat, meskipun pihak yang memerintah telah banyak kali berubah sejak negara Merdeka, sebelum dan selepas pembentukan Malaysia. Maksudnya sekarang ini pemerintahnya merupakan pasukan Bik Mama dan bukan lagi tingkat 4 anak menantu Dolah atau Tun Melayu Tipu yang menipu orang Melayu, namun keadaan negara masih lagi jauh dari demokrasi. Pihak yang memerintah dan orang paling atasnya telah bertukar tetapi partinya masih lagi sama. Kerana lebih 50 tahun, parti politik pemerintahnya Be End (Perikatan, di tengah jalan terputus, tapi belum habis, bersambung menjadi Be End, ke akhir penamat jalannya Be End). Tapi selagi hanya satu parti yang memerintah dengan angkuh masih mengrikrarkan kesombongan berbunyi dulu, kini dan selamanya, selagi itulah rakyat belum mendapat hak-haknya dan selagi itu belum wujud lagi demokrasi sepenuhnya di Malaysia, sebuah negara dalam angin peralihan.

Sebenarnya tujuan aku menulis catatan ini hanyalah untuk menyatakan sokonganku, jikalau dapat membantu kepada Cikgu Badrul Hisham Shaha­rin yang bertanding jawatan ketua pemuda PKR. Aku hanya orang luar parti yang menyibuk-nyibuk urusan dalaman parti reformasi itu. Aku melihat Cikgu Badrul merupakan pemuda yang paling sesuai - setakat ini, dan jika dibandingkan dengan pencabarnya - untuk memimpin Angkatan Muda PKR.

Keberaniannya teruji. Peribadinya boleh lar dipuji. Ilmu, pengetahuan dan pengalamannya juga luas, dari Rembau hinggalah ke kota Gwangju, Korea Selatan. Aku bukanlah sahabat karibnya, bukan juga orang yang rapat dengannya, tetapi aku menyokongnya, sejak aku melihat bekas guru sekolah yang dipecat kerana kegiatan politiknya itu memimpin siri perhimpunan laporan polis berkenaan rasuah Umno lagi. Kemudiannya melalui Sekretariat Anak Muda Mahasiswa Malaysia, yang merupakan inisiatif Cikgu Badrul, kami sekumpulan seniman dan para aktivis politik, pada awal tahun 2008 bersama-sama menghantar bantal ke pejabat PM Pak Lah sebagai bantahan sifatnya yang sering mengantuk itu. (klik http://www.nytimes.com/)

Ini juga pertama kali aku mendengar idea PKR akan mengadakan pemilihan langsung akar umbi untuk jawatan dalam parti. "Pemilihan langsung ini amat penting untuk perjuangan demokrasi, inilah reformasi yang kita mahukan," ya dari mulut Cikgu Badrul ke kuping telingaku, sudah lama ia tersemat dalam ingatanku. Kini aku menulisnya kembali, waktu kata-kata itu sedang dilaksanakan PKR sekarang.

Garis politiknya pula cukup aku hormati; dia mengangkat hak-hak kuasa rakyat seperti tindakan menulis surat bantahan, menghantar memorandum, berpiket, demonstrasi dan mogok, seiringan dengan kuasa politik parlimen. Cikgu Badrul membawa gagasan baru demokrasi penyertaan awam. Bahawasanya rakyat jelata berhak melaksanakan kuasanya bukan hanya sekali dalam sepenggal pilihanraya umum, yang tarikhnya tidak diketahui awam. Cikgu Badrul mendidik aku, dan aku percaya ramai orang lain juga bahawa kuasa rakyat dapat ditunjukkan dengan membuat bantahan, berpiket, berdemonstrasi dan mogok, disamping pilihanraya.

Ternyata pada hari ini, ramai juga orang yang belum lagi mengerti makna kuasa rakyat, apabila mentakrifkan demokrasi hanya terhad sebatas kuasa undi semata. Mungkin akibat zaman Pak Lah yang suka tidur, kini ramai juga yang tertidur dibuai mimpi demokrasi. Bangun, sedarlah bangunan 100 tingkat hendak dibangunkannya, harta tanah air negara tergadai begitu saja. Dr. Mahathir baru memberikan amarannya, tentang tiada salahnya menjadi diktator dan kediktatorannya yang zalim, dengan mengambil contoh kejayaan ekonomi China. Lupakah kita pada Salvador Allende, digulingkan kudeta tentera Jenderal Agusto Pinochet dan CIA, di Chille, pada 11 September 1973? Allende, presiden yang dipilih secara demokratik dengan undi rakyatnya, digulingkan dengan kekuatan tentera bersenjata. Yang lainnya cuma sejarah berdarah puluhan tahun pemerintahan kuku besi rejim diktator Pinochet. Atau lupakah kita pada pemenjaraan tanpa bicara, pembunuhan, rasuah dan kemusnahan akibat pemerintahan jenis kediktatoran itu? Kewujudan kita sebagai manusia bukanlah untuk diukur pada pertumbuhan ekonomi semata-mata, sehinggakan segala tindak kediktatoran yang kejam itu boleh kita padamkan semudahnya dan menjadi mulia hanya kerana ia mendatangkan kekayaan kepada segelintir kecil pendokong diktator itu sahaja.

Mengambil kira keadaan politik dalaman parti PKR dan arah haluan politik negara pasca pilihanraya umum mendatang, ditambah dengan kemungkinan 99.9% pemenjaraan Anwar Ibrahim akibat kes sodomi 2, maka amat perlu Angkatan Muda PKR untuk dipimpin oleh seorang yang punya wibawa sekeras, sekemas dan setegas Cikgu Badrul. Sementara pencabarnya, Syamsul Iskandar seharusnya telah pergi ke peringkat Naib Presiden, yang lebih bersesuaian dengan imej dirinya. Apakan daya, Syamsul ber'patah balik'.

Manakala Cikgu Badrul pula membawa romantisisme Che Guevara, dengan singkatannya Chegu Bard. Ini sekaligus merapatkan dirinya dengan anak-anak muda yang juga sukakan Che Guevara. Cikgu Badrul semakin dekat dan akan tambah akrab bersama anak muda, sesuai kedudukan politiknya nanti, jika dia dapat menang jawatan Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat.

Keadaan dalam Pakatan, terutamanya PKR dalam jangka waktu kemenangan Pakatan Rakyat menjelang, semasa dan selepas Pilihanraya Umum Mac 2008, Anwar Ibrahim di Permatang Pauh pada Ogos 2008 telah menyaksikan secara tiba-tiba berbondong-bondong kemasukan ahli-ahli baru yang 'mendakwa' membawa kemenangan kepada parti itu. Mereka ini, termasuklah ramai 'rakan-rakan' Anwar yang telah meninggalkan perjuangannya bersama Anwar, sewaktu Anwar ke penjara dulu. Dalam jangka waktu setelah Mac 08 dan Ogos 08 itu, mereka ini kembali masuk menyerap ke dalam parti kerana tertarik dengan projek 16 September yang belum lagi menjadi kenyataan itu. PKR pula dengan senang dan baik hati mengalu-alukan golongan "kacang lupakan kulit" ini, malah ramai pula yang diberi kedudukan dan jawatan penting dalam parti. Terima kasih Anwar Ibrahim untuk itu. Pada perkiraan orang-orang ini tentulah gedung harta kekayaan di Putrajaya telah nampak seperti di depan mata. Namun perhitungan kira-kira politik golongan opurtunis 'gunting dalam lipatan' ini tersasar. Pak Lah letak jawatan berundur dan Najib naik berkuasa serta 16 September semakin jauh dari sasaran.

PKR dikatakan sedang berdepan dengan satu krisis kepimpinan pada pemilihan kali ini, begitulah yang cuba dipropagandakan. Biarpun krisis ini bukanlah konflik benar yang besar, tetapi media mega milik parti pemerintah akan cuba membentuk pandangan kununnya PKR sedang berkrisis. Para opurtunis penangguk di air keruh ini, akan keluar meninggalkan parti. Meskipun begitu, mereka ini hanyalah golongan kecil dalam parti, dengan bantuan media mega milik pemerintah, persepsi pendapat dan pandangan umum dapat dibentuk. Gelombang rekaan keluar parti dan menghentam PKR (Pakatan) ini akan lebih banyak lagi, semasa pilihanraya umum mendatang, agaknya.

Tetapi ujian paling besar sekali akan datang setelah pilihanraya umum ataupun setelah Anwar Ibrahim ke penjara. Pada waktu itu akan tumbuh subur banyak "enau di dalam belukar - PKR dan Pakatan - melepaskan pucuk masing-masing." Suka atau tidak, mahu atau tidak mahu, apapun yang terjadi kita mesti mengharunginya.

Kita telah maju kehadapan melaluinya sepanjang 12 tahun yang berlalu ini, kita tidak akan mampu untuk berpatah balik. Kita perlu jalan terus. Ya selagi ada 'kita' dan aku itu adalah kita-kita semua ini juga. Tak ada yang kekal selamanya. Siapapun Dr. Mahathir, Lee Kuan Yew, Pinochet, Mugabe, Suharto, Hun Sen, Marcos, Nero, Firaun. Mati itu pasti, ramai yang berbahagia atau menderita sambil melalui takdirnya. Perubahan itu adalah hukum keabadian - tetap dan kekal. Makanya, anak muda sepertiku memerlukan kepimpinan orang sesabar, sesedar dan seberani Cikgu Badrul untuk mengibarkan panji-panji perjuangan yang telah dilaungkan bersama bertahun-tahun lamanya. Tanpa ragu Cikgu Badrul telah, sedang dan diharapkan akan berterusan melaksanakan makna dari kata keramat R-E-F-O-R-M-A-S-I !!!

Saturday, October 16, 2010

Yunus Lebai Ali (1951-2010) dalam kenangan sejarah gerakan mahasiswa, Palestin&Demokrasi

(gambar dari buku Bersama Anwar Ke Penjara, tulisan Kamarazaman Yacob)

Hari ini, Sabtu 16 Oktober, besok Ahad 17 Oktober, 97 tahun yang lalu berlangsungnya revolusi Bolsheviks di Rusia. Hari ini telah 22 hari dia pergi meninggalkan kita semua. Dan aku masih belum lagi dapat melupakan Yunus Ali. Ada sekeping gambar di bawah yang merupakan salinan daripada fotokopi akhbar PLO Filastin al-Thawra (simpanan Arwah) yang menyaksikan Allahyarham sedang berdemonstrasi anti zionis Israel, sewaktu zaman aktivis mahasiswanya. Diperturunkan sekali lagi belasungkawa tulisan Hasan Karim. Turut disertakan gambar-gambar gerakan mahasiswa dan solidariti Palestin, tahun 70an daripada buku Bersama Anwar Ke Penjara (1993), tulisan Kamarazaman Yacob, bekas Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya, tahun 1974. Sasterawan Negara Allahyarham Usman Awang menulis kata pengantar buku tersebut.

Blog Yunus Lebai Ali dapat dibaca pada pautan ini http://uknowsanasini.blogspot.com/ Pada penghujung usianya pula, Yunus Ali melalui kegiatan NGO Empower dan UNICEF Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (klik sini) sempat menyumbang tenaga kepada masyarakat Kuala Muda dan Langkawi, setelah peristiwa tsunami, bagi program pembangunan ekonomi wanita dan remaja di sana. Yunus Ali pada usia emasnya itu juga menjadi pengerusi NIEI, aktif bersama badan pemantau pilihanraya Malaysia itu. Dia juga turut diundang menyertai dan memimpin berbagai misi pemantauan pilihanraya antarabangsa bersama-sama dengan ANFREL, antaranya di Afghanistan, Sri Lanka, Nepal dan Thailand.
Al Fatihah buatmu Yunus. Tafakurku pada segala budi dan jasamu tak terbalas itu. semangat perjuanganmu akan tetap selalu hidup sepanjang zaman. Tabik!

"Rakaman yang bermakna untuk sejarah ialah perjuangan berani para pelajar zaman tersebut, iaitu tahun-tahun 70-an. Kebangkitan mahasiswa tanahair zaman tersebut cukup menarik. Sebagai pemimpin Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya, Kamarazaman Yacob, Abu Zer, Hishamuddin Rais, Yunus Ali adalah anak-anak yang benar-benar melibatkan diri dan kehidupannya dengan cita-cita kemasyarakatan."
Usman Awang

Petaling Jaya, Oktober, 1993.



KEMBALINYA YUNUS ALI : BEKAS TAHANAN ISA OPERASI LALANG 1987
oleh Hasan Karim


Semalam 25 hb September 2010 kira-kira jam 4.20 petang seorang sahabat karibku telah meninggal dunia. Dia telah meninggalkan alam fana ini buat selama-lamanya. Namanya ialah Yunus bin Lebai Ali, dan lebih dikenali dengan panggilan Yunus Ali. Mungkin tak ramai orang kenal Yunus Ali kerana low profile yang dibawa oleh tubuh peribadinya. Ramai orang tentu kenal Hishamudin Rais. Yunus Ali adalah rakan karib dan generasi seangkatan Hishamudin Rais dalam kebangkitan pelajar pada era awal tahun 70-an dulu. Nama-nama lain dalam generasi tersebut ialah Ahmad Zahid Hamidi, Ibrahim Ali, Anuar Musa setakat menyebut beberapa nama pemimpin pelajar ketika itu.


DI TAHAN DALAM ISU TASEK UTARA

Tetapi Yunus Ali bukan sekadar bekas pemimpin pelajar. Dia lebih dari itu. Sebagai seorang sahabat karibnya aku berasa bertanggungjawab memperkisahkan secarik lembaran kehidupannya untuk tatapan umum khususnya generasi muda kini. Yunus anak kelahiran Kuala Kangsar, Perak adalah satu dari sekian ramai anak-anak muda generasi kami yang telah mencuba untuk membawa perubahan ke arah yang lebih sejahtera dan baik bagi rakyat dan tanahair kita ini. Seperti yang lain-lain, Yunus juga telah mengorbankan dirinya untuk membawa perubahan itu sehingga dua kali beliau dipenjara. Semasa menjadi pemimpin mahasiswa di Universiti Malaya, Yunus dipenjara di Penjara Ayer Molek Johor Bahru bersama-sama Hishamuddin Rais dan Syed Hamid Ali kerana terlibat menyokong perjuangan setinggan-setinggan miskin di Tasek Utara, Johor Bahru pada bulan September 1974. Pada tahun 1988, tidak lama selepas pulang dari London, Yunus sekali lagi ditahan. Kali ini dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)di bawah Operasi Lalang. Dia ditahan di Pusat Tahanan Politik di Kamunting, Taiping, Perak. Aku tidak pasti berapa lama Yunus ditahan di sana.


DEMONSTARSI PELAJAR-PELAJAR DI KUALA LUMPUR

Pada 3 Disember 1974 berlaku demonstrasi pelajar secara besar-besaran di Kuala Lumpur. Ketika itu Yunus adalah salah seorang pemimpin penting dalam Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM). Demonstrasi pelajar-pelajar itu bagi menyokong perjuangan rakyat miskin di Baling, Kedah. Beberapa orang pensyarah, pemimpin pelajar serta belia telah ditahan di bawah ISA lanjutan dari demonstrasi tersebut. Antara yang ditahan ialah Prof Dr Syed Husin Ali dan Anwar Ibrahim. Kemudian Polis Diraja Malaysia telah menggempur kampus Universiti Malaya di bawah satu operasi yang dikenali sebagai Operasi Mayang. Beberapa orang pemimpin pelajar seperti Kamarazaman Yaacob (Presiden PMUM) dan Adi Satria Ahmad (Timbalan Setiausaha Agung PMUM) telah ditahan di bawah ISA dan dihantar ke Penjara Kamunting untuk menyertai Dr Syed Husin Ali dan Anwar Ibrahim. Ibrahim Ali Presiden Perkasa kini, turut sama ditahan waktu itu. Beliau adalah Presiden Kesatuan Siswa Institut Teknologi Mara (KSITM) ketika itu.




USMAN AWANG TOLONG SELAMATKAN YUNUS

Hishamudin Rais dan Yunus Ali terletak dalam senarai teratas nama-nama pemimpin pelajar yang jadi buruan polis. Kedua-duanya terlepas dari tangkapan polis apabila polis-polis hutan atau Field Force (kini dipanggil PGA) menyerbu kampus Universiti Malaya.

Yunus dan Hishamudin dapat meloloskan diri masing-masing. Tahukah di manakah dua pemimpin pelajar ini berlindung dari tangkapan polis untuk beberapa bulan? Di sinilah hebatnya Sastrawan Negara Usman Awang. Di rumah Usman Awang yang kami panggil dengan mesra sebagai Abang Tongkat tempat Yunus dan Hishamudin Rais berlindung. Usman Awang tidak sahaja bercakap dan berpuisi soal keadilan, hak asasi dan kemanusiaan. Tetapi beliau buktikan dengan perbuatan. Ketika keselamatan diri dua orang pemimpin pelajar yang pro-rakyat ini diancam oleh ISA, Usman tampil secara senyap-senyap memberi perlindungan kepada kedua-dua mereka. Beliau mempertaruhkan nasibnya sendiri demi membela dua orang pemimpin pelajar ini yang menjunjung perjuangan untuk keadilan rakyat.

DI PERSIMPANGAN JALAN

Pada ketika itu aktivis-aktivis pelajar kiri yang belum ditahan dibawah ISA seperti Yunus dan Hishamudian, mereka ada tiga pilihan. Pertama bergerak seperti biasa, meneruskan pengajian di universiti dan bersedia untuk ditahan di bawah ISA, soalnya sama ada cepat atau lambat. Kedua, masuk ke hutan mengangkat senjata dengan menyertai Parti Komunis Malaya (PKM). Ketiga, melarikan diri ke luar negeri sebagai pelarian politik.
Yunus mengambil pilihan yang ketiga ini. Selepas isu demonstrasi pelajar-pelajar pada Disember 1974 reda, keadaan di kampus beransur tenang. Yunus kemudian menyambung semula pengajiannya di Fakulti Pertanian Universiti Malaya.

KONVENSI HAK ASASI MANUSIA

Pada tahun 1975 Usman Awang dan beberapa orang tokoh lain dari kalangan intelektual telah menganjurkan satu persidangan yang dipanggil Konvensi Hak Asasi Manusia yang bertujuan untuk mendapatkan pembebasan tahanan-tahanan politik ketika itu, antaranya Dr Syed Husin Ali dan Anwar Ibrahim di penjara Kamunting, Perak serta Syed Zahari, bekas ketua Pengarang Utusan Melayu yang telah ditahan selama lebih 12 tahun ketika itu di Penjara Changi, Singapura.Yunuslah orang muda yang banyak menolong Usman Awang dalam menjayakan Konvensi tersebut. Ketika itu kami tidak ada badan-badan NGO hak asasi seperti SUARAM atau HAKAM, seperti sekarang ini.


MELARIKAN DIRI KE HONG KONG

Pada suatu petang Yunus menemuiku di tempat kediaman aku menumpang dan memberitahuku bahawa dia hendak meminjam baju kot. “Hendak buat apa ?” tanyaku. Aku juga aktivis pelajar yang miskin melarat, macam Yunus. Jadi mana aku ada baju kot. “Aku hendak ke Hong Kong,” kata Yunus. “Buat apa ke sana?” Ada persidangan Persatuan Pelajar-Pelajar Asia (ASA) di Hong Kong, jawab Yunus.Aku berasa sedih tidak dapat meminjamkan baju kot kerana akupun tak ada benda itu. Itulah pertemuan terakhir aku dengan Yunus ketika itu. Pelajar-pelajar lain pulang ke tanahair selepas persidangan di Hong Kong berakhir tetapi Yunus tidak. Mulai saat itu Yunus memulakan kembara panjangnya di beberapa benua sebagai pelarian politik. Ini berlaku sekitar tahun 1976 di mana pada ketika itu terdapat gelombang kedua tangkapan di bawah ISA. Tangkapan ISA pada tahun 1976 ini menyaksikan nama-nama besar seperti A Samad Ismail, Kassim Ahmad, Datuk Abdullah Ahmad dan Datuk Abdullah Majid dipenjarakan di Penjara Kamunting. Perdana Menteri Tun Abd Razak baru sahaja meninggal dunia dan perebutan kuasa berlaku di dalam Umno. Dalam suasana sedemikianlah Yunus yang tidak lagi rasa selamat akan kebebasan dirinya mengambil keputusan meninggalkan tanahair.

MENYERTAI PERJUANGAN RAKYAT PALESTIN

Aku kemudiannya dihubungi. Sebagai teman dan sahabat karib akulah tempat Yunus berhubung dan menjadi jambatan hubungannya dengan sanak saudaranya. Selepas di Hong Kong aku tidak pasti ke mana Yunus berkelana. Aku hanya diberitahu bahawa dia kemudian berada di Karachi, Pakistan menumpang di rumah Duta PLO (Plaestin) di Paksitan ketika itu, iaitu Abu Yaakub namanya. Ini tidak pelik, Abu Yaakub pernah bertahun-tahun jadi Duta PLO di Kuala Lumpur dan kami pemimpin-pemimpin pelajar khususnya dari Universiti Malaya amat rapat dengannya. Abu Yaakub sama seperti Usman Awang, orang yang baik hati.

Dia sanggup membenarkan Yunus menumpang di rumahnya sehinggalah kediaman Duta PLO itu diserang oleh musuh-musuh PLO. Aku tidak tahu apa yang berlaku terhadap Yunus selepas itu. Tetapi Yunus seorang yang cekap untuk terus hidup, selagi belum sampai ajal. Aleh-aleh aku dengar Yunus sudah berada di Beirut, Lubnan menyertai paskukan bersenjata dalam komando PLO. Yunus yang bersuara perlahan, sederhana tingginya telah mendapat latihan ketenteraan dari pejuang-pejuang PLO. Aku mula kenal Yunus semasa kami di Fakulti Pertanian Universiti Malaya. Dia pandai ilmu bersilat. Ketika kami sama-sama menjalani latihan praktikal pertanian di sebuah ladang di pinggir hutan di Pucong, Selangor pada tahun 1972, aku sempat belajar silat dengan Yunus dan Yunus pula belajar politik dari buku-buku politik kiri yang aku bawa ke bangsal tempat kami menginap di pinggi hutan Puchong itu.

DARI LUBNAN KE UNITED KINGDOM

Dari Timur Tengah yang bergolak itu, Yunus itu kemudiannya berhijrah ke Eropah dan bermastautin di London. Ketika itu sekitar tahun 1981. Dulu, Yunus tidak tamat pengajiannya sebagai siswa pertanian di Universiti Malaya. Kini, di United Kingdom Yunus menyambung pengajian di salah sebuah universiti di London dalam bidang Sosiologi. Pada tahun 1982 Yunus menjemput aku datang ke London. Ketika itu keadaan Yunus agak selesa dan dia bergerak di dalam Fuemso, iaitu persatuan pelajar-pelajar Malaysia di tanah Inggeris itu.
Aku pun pergi ke London beberapa hari sebelum Hariraya AidilAdha tahun 1982. Aku berhariraya Korban di London. Sekitar dua minggu aku di sana dan Yunus dengan rendah hati bertindak menjadi tourist guide kepadaku. Seperti pelancong-pelancong lain juga, tanpa aku minta Yunus telah membawa aku melawat lokasi-lokasi biasa pelancongan seperti Trafalgar Square untuk melihat burung-burung merpati, Istana Buckingham, London Tower dan banyak lagi. Pada suatu hari Yunus mengajak aku pergi melawat ke pusara Karl Marx di suatu kawasan tanah perkuburaan di London yang namanya mungkin Hillgates. Aku kurang pasti nama itu. Yunus merakamkan dengan kameranya –gambar aku berdiri di sebelah pusara Karl Marx. Gambar itu hilang dalam sibuk-sibuk aku menyelamatkan diri semasa Operasi Lalang 1988.

PULANG KE TANAHAIR

Lebih kurang pada tahun 1986 Yunus pulang ke tanahair selepas pengajiannya selesai dan keadaan politik di Malaysia tidak begitu bergolak. Aku menyambut Yunus di Lapangan Terbang Subang. Untuk beberapa bulan, Yunus tinggal menumpang di Markas Pusat Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) di Kelana Jaya, Selangor. Ketika itu aku menjadi Setiausaha Agung PSRM (kemudian nama PSRM ditukar kepada nama asalnya Parti Rakyat Malaysia (PRM), pada tahun 1990).
Pada suatu pagi beberapa hari selepas kepulangannya dari London,aku menghanatar Yunus ke Universiti Malaya. Dia berjaya mendaftarkan diri di universiti itu untuk menyambung pengajiannya di peringkat sarjana di bidang sosiologi.

OPERASI LALANG:YUNUS DITAHAN
Tetapi dua tahun kemudian tiba-tiba keadaan politik negara bergolak. Ketegangan politik yang melibatkan isu-isu sensitive perkauman muncul, melibatkan UMNO dan MCA sendiri- dua komponen parti perkauman di dalam gabungan Barisan Nasional. Gajah sama gajah berperang, ada pelandok yang mati di tengah-tengah. Ketua Pemuda UMNO waktu itu yang kini Perdana Menteri dan Presiden Umno dengan slogan 1 Malaysia berperang isu perkauman dengan Lee Kim Sai, Ketua Pemuda MCA. Tetapi yang jadi mangsa keadaan dan ditahan dibawah ISA ialah berpuluh-puluh pemimpin politik pembangkang dan aktivis-aktivis NGO. Antara yang ramai ditahan itu termasuk Yunus Ali.
Yunus sempat menyelesaikan ijazah sarjananya walaupun ditahan dibawah ISA. Selepas bebas, Yunus menumpu kepada kerjanya sebagai pensyarah. Kemudian dia berkahwin dan membina keluarganya. Sesekali aku ternampak gambarnya di akhbar atau tv dalam isu-isu yang dia terlibat. Ertinya dia tidak mendiamkan diri. Yunus masih bergerak.

YUNUS SAKIT

Hanya pada bulan Julai 2010 yang lalu Hishamudin Rais memberitahuku Yunus sakit dan terlantar di Hospital Selayang, Selangor. Aku sempat menziarahinya. Aku tidak sangka itulah pertemuan kami yang terakhir. Kami bercakap soal kesihatan, soal anak-anak. Kami tidak cakap soal politik petang itu.Yunus begitu bertenaga untuk hidup dan bertekad melawan penyakitnya. Dia tidak mengeluh, tidak putus asa, tidak minta simpati. Semangat komando Palestin bersama PLO membina jatidiri Yunus yang tabah. Banyak kali dia bercakap bahawa dia redha dengan sakitnya. Perkataan redha yang dilafazkannya itu sarat dengan pengertian tauhid keimanan sebagai seorang Islam.

PULANG KE RAHMATULLAH

Kini Yunus telah kembali menemui Tuhannya, iaitu satu tempat yang sebaik-baik dituju Dia telah menjalani hidupnya dengan berani tanpa menyerah kalah kepada kezaliman dan kemungkaran. Bagaimanapun, dia akhirnya tewas juga apabila ajalnya sampai. Aku berdoa semalam agar Yunus dapat bertahan melawan sakitnya. Tetapi ajal dan maut di tangan Tuhan. Aku percaya Yunus telah bersedia untuk detik perpisahan itu.
Sebagai sahabatnya aku mendoakan Yunus dirahmati Allah dan ditempatkan di syurga. Kepada isteri, anak-anak dan keluarga Yunus aku pohon doa untuk keselamatan dan kesejahteraan mereka dan berharap mereka tabah menempuh saat yang sedih ini atas pemergian orang yang mereka sayangi. Al-Fatihah, Amin. Yang benar,

HASSAN KARIM
Saya boleh dihubungi di No. talian 012-7931148, e-mail:hakarim2001@yahoo.com Beralamat Hassan Karim & Co. Bilik 6, Aras 2, Wisma Qaryah, Jalan Pejabat, 82000 Pontian, Johor Tel:07-6881839 Fax:07-6882369
Tukar tiub:Inilah kehidupan. Ada permulaan dan ada titik akhirnya.

Thursday, October 14, 2010

FreedomFilmFest2010 kembali buat tahun ke-7:Oktober & November



FreedomFilmFest2010 kembali buat tahun ke-7. Festival filem hak asasi tahunan ini akan berlangsung sepanjang bulan Oktober & November di Petaling Jaya, Johor Bahru, Miri and Georgetown!

Tahun ini, KOMAS dengan bangganya mengumumkan bahawa tayangan utama FreedomFilmFest2010 di Petaling Jaya dianjurkan dengan kerjasama KERAJAAN NEGERI SELANGOR dibawah Exco Kebudayaan YB Rodziah Ismail.


Tarikh:
16 & 17 Oktober, 2010

Tempat:
Menara PKNS, 17 Jalan Yong Shook Lin, 46200 Petaling Jaya (Google MAP)
*Berdekatan LRT Putra Asiajaya dan LRT Putra Taman Jaya.
Bas RapidKL: T505, U66, T629


Festival dua-hari ini akan mempersembahkan 14 filem dokumentari hak asasi manusia dari Malaysia dan antarabangsa.

Ini adalah acara tertutup. Sila DAFTAR SECARA ONLINE untuk mendapatkan TIKET JEMPUTAN percuma:
http://freedomfilmfest.komas.org/tickets


Pertanyaan: freedomfilmfest@komas.org

JADUAL TAYANGAN FILEM
Setiap sesi bertema akan diikuti dengan perbincangan menarik dan bermaklumat dengan bimbingan fasilitator berpengalaman. Datanglah dengan soalan-soalan yang ada ingin tanya (jika ada), sertai dan berkongsi bersama!

Sabtu, 16 Oct, 2pm
Tema: KUASA POLIS DAN HAK KAMI
“The Story of Human Rights”
“Every Mother's Son”

Sabtu, 16 Oct, 3.30pm
Tema: HAK GOLONGAN MISKIN
“Raul The Terrible”

Sabtu, 16 Oct, 5pm
Tema: MEMPERTIMBANGKAN NUKLEAR SEBAGAI SUMBER KUASA
“Uranium – Is it a Country?”

Sabtu, 16 Oct, 7.30pm
PELANCARAN RASMI FFF2010 oleh YB Rodziah Ismail Exco Kebudayaan Negeri Selangor.
TAYANGAN PERDANA FILEM-FILEM PEMENANG FFF2010

8.25pm “Pilih”
9.15pm “Hak DiNafikan”
10.05pm “Kisah Tauke Mancis&Minyak Tumpah”
11pm Majlis Penyampaian Hadiah

Ahad, 17 Oct, 12pm
Tema: MEMPERKUASAKAN KOMUNITI ORANG ASAL
“Hutan Kehidupan Kami(Land is our life)”

Ahad, 17 Oct, 2pm
Tema: APLIKASI UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA
“Mencari Kartika”

Ahad, 17 Oct, 3.30pm
Tema: MASALAH PEKERJA ASING
“Special Pass”

Ahad, 17 Oct, 4.40pm
Tema: MALAYSIA – INDONESIA: SAMA SAHAJA?
“Budaya Tak Terbatas”

Ahad, 17 Oct, 5:30pm
Tema: FOKUS BURMA
“Hongsha's Bag”
“Burma's Hidden Killers”

Ahad, 17 Oct, 8pm
Tema: PEMIMPIN WANITA DALAM RESOLUSI KONFLIK
“Pray the devil back to hell”

*Sinopsis lengkap filem boleh didapati di http://freedomfilmfest.komas.org

FREDOMFILMFEST2010 dibiayai oleh EUROPEAN UNION dengan kerjasama KONRAD ADENAUER STIFTUNG.

Layari LAMAN KAMI untuk mendapatkan maklumat mengenai tayangan di Miri, JB, Pulau Penang dll. Emel freedomfilmfest@komas.org sekiranya anda berminat untuk menjadi hos tayangan FFF bagi pihak KOMAS di kawasan anda!

http://freedomfilmfest.komas.org

--

Wednesday, October 13, 2010

Hafiz حافظ Ghazal 62: Syabas wahai penyampai berita



Syabas wahai penyampai berita, membawa pesan dari temanku
rela kuserahkan jiwa dan raga hidupku demi temanku.
Seekor burung nuri bernyanyi jatuh cinta dengan kekacang dan manisan temanku,
bagai burung merbah di dalam sangkar, angau itu kecenderunganku.
Rambutnya memerangkapku, tahi lalatnya adalah sebutir biji benih, dan aku
dalam pencarian bijian benih-benih itu diperangkap temanku.
Siapapun jua sepertiku, minum dari cawan yang dituangkan temanku,
akan tetap selalu mabuk, sehinggalah dekat hari kiamat kebangkitan.
Aku tak akan bercakap lagi tentang kegembiraanku, aku percaya begitu
terlalu bertumpu pada diriku akan mengalihkan aku dari temanku.
Akan kugunakan sebagai celakku, jika kudapat, biar hanya debunya
yang dipijak sekali dua oleh temanku itu.
Aku rindukan percantuman, temanku berubah hati telah pergi,
kuserahkan berahiku, memenuhi hasrat mereka yang menjadi temanku.
Dalam demam tak terubat ini, Hafiz dengan tenangnya terbakar
tak ada yang dapat menyembuh kesakitan rindu, temanku.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------
http://www.hafizonlove.com/divan/02/062.htm

Ghazal 62

Well done O messenger, bring a message from my friend
Willingly I'll give my own life for the sake of my friend.
Like a nightingale in cage, being love-sick is my trend
A singing parrot in love with nuts and sweets of my friend.
My trap is her hair, her mole is the seed, and I
In search of those seeds have been trapped by my friend.
Will remain always drunk, until resurrection is nigh
Whoever, like me, drank from the cup poured by my friend.
I will speak no more of my elation, I trust
Focusing on me diverts me from my friend.
I'd use as eye-liner, if I could, the very dust
Upon which, once or twice walked my friend.
I long for union, while my friend away will turn,
I give up my desires to fulfill those of my friend.
In this your incurable fever, Hafiz, calmly burn
None can heal the pain of longing, my friend.

(thank you very much www.hafizonlove.com)
© Shahriar Shahriari
Los Angeles, Ca
January 8, 2000

مرحـبا ای پیک مـشـتاقان بده پیغام دوسـت

Saturday, October 9, 2010

Surat takziah Soon Juan kepada Lee Kuan Yew*

Kehadapan Encik Lee,

Ketika kamu berduka atas kehilangan Puan Kwa Geok Choo, ramai rakyat Singapura turut sama bersedih dengan kamu. Tiap kali seseorang yang kita sayangi meninggal dunia, rasa pedihnya cukup dalam. Kehilangan seseorang yang dicintai adalah tindakan paling kejam yang dikenakan hidup ke atas manusia.

Bahkan ketika kamu meratapi kehilangan Puan Kwa, saya yakin kamu memikirkan saat-saat bahagia kamu berdua bersama serta dari kesemua orang di dunia ini, kamu yang terpilih untuk menikmati kesenangan berkongsi hidup dengannya. Hal itu, setidaknya perlu dirayakan.

Namun, sementara kamu punya Puan Kwa untuk menyemai kasih dan sayang kamu, terdapat orang lain yang dirampas nikmat kebahagiaan yang sama. Mereka tidak dipisahkan dari orang-orang kesayangan melalui kematian yang mendukacitakan, tetapi oleh kuasa politik yang kamu pegang. Kuasa politik yang kamu pegang dengan kejam dan tanpa keadilan.

Kamu telah mengurung Encik Chia Thye Poh sepanjang hampir keseluruhan usia dewasanya. Beliau dipenjara ketika berumur 25 tahun dan kembali mendapat kebebasannya hanya ketika beliau berusia 57 tahun. Malahan pemenjaraan Nelson Mandela tidak selama Thye Poh. Usia dan waktu terbaik Encik Chia diambil pergi tanpa peri kemanusiaan. Beliau memiliki kekasih yang tidak dapat menunggunya dan meninggalkan beliau saat masih di penjara.

Dr Lim Hock Siew mengahwini Dr Beatrice Chia. Ketika saya bertemu mereka baru-baru ini, saya melihat cinta yang tak terucapkan tetapi nyata keteguhannya. Kekukuhan cinta antara satu sama lain, walaupun fakta menunjukkan kamu telah memisahkan mereka selama 20 tahun.

Kemudian ada Pak Said Zahari yang juga dipenjara selama bertahun-tahun, atau secara tepatnya selama 17 tahun. Beliau berbicara dengan penuh kasih berkenaan arwah isterinya, Ibu Salamah, yang beliau cintai. Salamah cukup setia dan dengan penuh cinta menjaga rumah tangga mereka sambil menunggu kekasihnya kembali hidup bersama. Beliau berjuang bersama empat orang cahaya mata, berniaga gerai makanan menampung hidup sementara Said mendekam di penjara. Anak-anak mereka sering tidak punya wang belanja sekolah.

Sehingga ke hari ini, beliau berdoa memohon pengampunan tuhan kerana melanggar janjinya untuk sehidup semati saat mereka berkahwin dahulu. Apabila Ibu Salamah meninggal dunia pada tahun 2004, hati Said pastilah remuk redam, seperti hati kamu kini yang hancur berkecaian.

Kamu amat menyayangi isteri kamu, begitu juga mereka.

Terdapat ramai lagi yang tidak dapat kembali bersama dengan keluarga mereka kerana kamu telah membuatnya begitu. Puan Tang Fong Har yang ditahan pada tahun 1987 dan kemudiannya melarikan diri ke Hong Kong, ingin kembali untuk menziarahi ibunya yang sedang sakit. Namun beliau tidak dapat berbuat demikian kerana ancaman akan ditangkap semula jika beliau kembali.

Begitu juga dengan Encik Tang Liang Hong yang dipisahkan dari keluarga kerana tidak dapat pulang ke SIngapura tanpa berdepan dengan pemenjaraan.

Saya juga mempunyai keluarga. Isteri saya menginginkan saya kembali ke Taiwan dengannya untuk bersama dengan ahli keluarganya. Saya tidak dapat memenuhi kewajipan itu kerana kamu telah membuatnya begitu. Saya telah berziarah ke Taiwan tahun lepas. Tapi untuk menghadiri pengkebumian bapa mertua saya. Beliau telah bertanya tentang saya sebelum meninggal dunia. Namun saat saya mendapat kebenaran pihak berkuasa untuk meninggalkan negara, ketika saya sampai ke sebelah katil bapa mertua saya, beliau telah tidak sedarkan diri. Saya tidak sempat mengucapkan selamat tinggal kepada beliau.

Amat menyakitkan bagi saya untuk berfikir bahawa satu-satunya saat saya dapat bersama isteri saya dan anak-anak di Taiwan adalah ketika salah seorang anggota keluarga meninggal dunia.

Kamu telah mengambil terlalu banyak apa yang dimiliki oleh saya. Namun disebalik kesemua tindakan yang kamu lakukan ke atas saya dan milik saya itu, saya tidak akan menyimpan dendam. Seperti saya sebutkan dalam perbicaraan kami pada tahun 2008, kamu adalah seorang yang pintar, saya cuma berharap kamu akan menjadi seorang yang bijaksana. Seperti yang saya katakan dulu dan hari ini. Cinta dan hubungan kita dengan keluarga dan kawan-kawan merupakan suatu hal yang amat penting. Kekayaan dan kekuasaan tidak bermakna saat orang-orang yang tersayang meninggalkan kita pergi.

Saya menyampaikan rasa simpati saya atas kepergian Puan Kwa. Saya ingin mengucapkan takziah belasungkawa saya dengan cara sejujurnya yang saya tahu. Namun sementara saya bersimpati atas kehilangan orang yang kamu sayang, saya seorang yang lalai jika tidak mengambil kesempatan untuk memberitahu kamu, jika kamu belum tahu, berapa banyak kesakitan yang kamu kenakan pada lawan politik kamu dan keluarga mereka yang kamu hancurkan. Kesakitan yang sama sedang kamu rasai sekarang.

Pada sisa waktu, sementara kamu masih boleh berjalan di bumi ini bersama-sama kami, berpalinglah dari jalan kamu itu. Bebaskan diri kamu daripada penjara kekayaan dan kekuasaan yang mengurung diri kamu untuk menghargai nikmat hidup yang paling bermakna - kemanusiaan. Ia masih belum terlambat.

Yang ikhlas,

Chee Soon Juan**
-----------------------------------------------------
*Surat ini merupakan terjemahan SS. Surat asal dlm bhs Inggeris dapat dibaca di bawah.
**Beliau adalah pemimpin pembangkang di Singapura.
---------------------------------------------------------------------------


Dear Mr Lee,

As you grieve over the loss of Mdm Kwa Geok Choo, many Singaporeans grieve with you. Everytime someone dear to us passes away, the pain is deep. Losing a loved one is the cruelest act that life can inflict on humans.

Even as you mourn the loss of Mdm Kwa, I am certain that you think of the happier moments that the both of you shared and that you, of all the people in this world, were the one to have had the pleasure of spending a lifetime with her. That, at least, is to be celebrated.

But while you had Mdm Kwa on whom you cultivated your affection, there were others who were deprived of that very same joy. They were not separated from their loved ones by that surly grasp of death, but by political power with which you wielded, and wielded so ruthlessly and unjustly.

You had Mr Chia Thye Poh locked up for most of his adult life. He was incarcerated when he was only 25 and regained his freedom only when he turned 57. Even Nelson Mandela spent less years under detention. The best years of Mr Chia's life was so inhumanely taken away. He had a girlfriend who could not wait for him and who left him when he was still in prison.

Dr Lim Hock Siew married Dr Beatrice Chia. When I met them recently, I saw the love - unspoken but abiding - that they had for each other despite the fact that you had kept them apart for 20 years.

Then there is Mr Said Zahari whom you also imprisoned for years, 17 years to be exact. He spoke lovingly of his late wife, Salamah, whom he adored. She faithfully and lovingly tended home while waiting for her soulmate to return and to hold her and to talk with her. She struggled with their four children, running a foodstall to eke out a living while Said languished in prison. Their children often had no money to go to school.

To this day, he asks for God's forgiveness for breaking the oath he made with Salamah to be together when they married each other. When she died in 2004, his heart must have broken into a thousand pieces, just like yours is breaking into a thousand pieces.

While you loved your wife, they loved theirs too.

There are scores of others who cannot be reunited with their families because you have made it so. Ms Tang Fong Har, who was detained in 1987 and who subsequently fled to Hong Kong, has been wanting to return to Singapore to see her ailing mother. But she cannot because there is still the threat of her being re-arrested if she returns.

Others like Mr Tang Liang Hong are also separated from their families because they cannot return to Singapore without facing incarceration.

I, too, have family. My wife wishes for me to return to Taiwan with her to be with her family. I cannot fulfill that obligation because you have made it so. I did go to Taiwan last year, but only to attend my father-in-law's funeral. He had asked about me before he died but by the time I got to his bedside after I managed to get the Official Assignee's approval to leave the country, he had lost consciousness. I never got to say goodbye.

It pains me to think that the only time I can be with my wife and children in Taiwan is when someone in the family dies.

You have taken away much of what I have but despite all that you have done to me and mine, I bear you no ill-will. As I said to you during our trial in 2008, you are an intelligent man, I only hope that you will become a wise one. I meant it then and I mean it now. Love and the relationships we have with family and friends are what matter most. Riches and power mean little when those dearest to us leave us.

I extend to you my deepest sympathies on the demise of Mdm Kwa. I want to express my condolence in the sincerest manner I know how. But while I commiserate with you on your loss, I would be remiss if I did not take this opportuinity to tell you, if you don't already know, how much pain you have inflicted on your political opponents and whose families you have torn apart, the same kind of pain that you presently feel.

In the remaining time while you still walk this earth with us, turn from your ways. Free yourself from the prison of wealth and power that keeps you from cherishing that most precious of life's qualities - humanity. It is still not too late.

Sincerely,

Chee Soon Juan

Wednesday, October 6, 2010

Hafiz حافظ Ghazal 456: bergelumang dalam pakatan berlumpuran



Di musim bunga, bukakan hatimu hiruplah keriangan
laksana kelopak bunga menguak, atau teruslah bergelumang dalam pakatan berlumpuran.
Aku tak dapat memberitahumu agar bertemankan ini, atau minum yang itu
pintarnya jenaka dan kebijaksanaan menunjukkan penyelesaianmu sendiri memutuskan.
Tali kecapi menyanyikan nasihat yang sama
apabila layak, kau akan menemukan kesimpulan.
Pada setiap bilah reremputan, ia menyuarakan helaian kisah hidupnya
aduhai jika mementingkan diri sendiri kau 'kan bebas dari diambilkirakan.
Jika terjebak dalam revolusi siang dan malam berterusan,
janganlah bimbang, kalau tidak, kau bakal kehilangan sekarang yang berharga ini.
Meski di jalan Cinta bertaburan diserakkan ketakutan
laluannya mudah jika bebas dari kebingungan hala tujuan.
Wahai Hafiz, jika tuah pada senyumanmu
menjadi mangsa kepada Saksi ilusi bayangan itu.

http://www.hafizonlove.com/divan/10/456.htm


In the spring, open your heart to joyous infusions
Like flowers open up, or stay in muddy collusions.
I cannot tell you to befriend this, or drink that
Wit and wisdom display your own solutions.
Strings of the harp sing out the same advice
When worthy, you will reach your conclusions.
Each blade of grass speaks of its life's tale
Alas if self-absorbed you're free from inclusions.
Worry not, else you will lose your precious now
If stuck in day's and night's revolutions.
Though fears are strewn upon the path of Love
Pass easy if free from destination's confusions.
O Hafiz, if fortune upon you smiles
Become prey to that Witness of illusions.

terima kasih:
© Shahriar Shahriari
Los Angeles, Ca
October 16, 1999

Monday, October 4, 2010

SS NO.27: Koya jatuh cinta lar pulak

Seluas langit laut aku melayang, hanyut berenang
secantik bulan penuh engkau terang, tidak berbayang
senyuman, manis bibir merkah itu
berangan aku mengimpikan keindahan.

hujan petang, kita menunggu datangnya bas
sama-sama kita menaikinya,
senyuman yang berbalas,
cuma sebentar memberi bekas,
engkau telahpun turun ke perhentian
dan aku meneruskan perjalanan
bersama ingatan warna-warni bajumu, khakis hitam,
hawa dingin dan abjad-abjad kata dari buku
tentang kehijauan.

jika ada waktu,
sekali lagi kalau kita bertemu
akan kutanya siapa nama dan akan kubuka selubungmu itu.

suatu petang di bulan September 2010.kuala lumpur