Ibunya seorang aktivis hak wanita dan feminis, ayahnya pula seorang ketua kesatuan guru-guru Nigeria. Dia seorang lagenda dasyat, pemuzik-penyanyi-komposer hebat, aktivis - tokoh - hak asasi manusia yang menghabiskan hampir seluruh hayatnya membantah rejim kediktatoran di negaranya Nigeria, juga di seluruh Afrika dan dunia, menentang perusahaan multi nasional yang merompak dunia ketiga. Fela Kuti (klik) menciptakan iramanya sendiri - Afro Beat, menubuhkan republiknya sendiri, juga sejarah panjang bahagia kegembiraan berseronok serta sejarah berdarah, pecah penuh duri dan rabak berliku - dipenjara, disiksa dan ditekan rejim kediktatoran Nigeria.
Suatu waktu, dia pernah mahu bertanding jawatan Presiden Nigeria, antara kempennya ialah menjadikan semua warga Nigeria anggota polis. jadi katanya, semua orang tidak boleh berbuat sesuka hati, kerana semua orang polis.
terlalu banyak mitos tentang sejarah hidup manusia lagenda ini, antaranya adalah punca kematiannya - ada yang menyebutnya penyakit misteri, ada yang menyebutnya angkara CIA, konspirasi kediktatoran, dan macam-macam lagi, entahlah.
menghasilkan lebih 50 buah album, hasratnya merebut kekuasaan negara Nigeria dan memulihkan keadilan gagal didapatkan semasa hayatnya, namun suara jiwanya masih hidup menyanyikan lagu-lagu lara dan pembebasan dalam bahasa ria alunan rentak Afro Beat.
(bagi yg belum tahu dan nak tahu tolong Google -alahai mudahnya - untuk mendalami Fela Kuti).
Wednesday, March 3, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment