Aku di Mandalay, bersama empat orang lagi seniman dari
Malaysia – meski salah seorang darinya, seniman kelahiran Jerman, warga Amerika
hanya berpengkalan di Malaysia. Kami di sini atas kunjungan balas. Pada minggu
sebelumnya, lima orang seniman Burma hadir ke Malaysia, melakukan presentasi
karya, bengkel dan pertunjukan di tempat awam di Jalan Sultan, Kuala Lumpur.
Acara ini dianjurkan oleh Beyond Pressure (organisasi seni pertunjukan di
Yangon) bersama Buka Kolektif (penganjur Buka Festival, KL) dan Findars Art
Space (Ruangan Kendalian Seniman Visual) serta disokong oleh Sekeping Tenggiri
(KL). Melalui Beyond Pressure, program ini mendapat dana Open Society
Institute. Kami sedang melakukan sebuah projek seni dengan nama Open Relations in a time of transition, suatu
program pertukaran kesenian di antara dua buah negara dalam peralihan ini. (http://www.mmail.com.my/story/show-must-go-1)
Jam, kira-kira 8.30 pagi Khamis, 24 Mei 2012.
Aku sedang melakukan seni pertunjukan berjangka panjang(durational performance), sebuah pertunjukan dengan judul Dedication performance to the four master of Umbrella; 1. Chumpon Apisuk 2. Suu Myint Thein 3. Maung Ni Oo 4. El-Topo – cerita kewujudan cahaya, kerterkaitannya dengan api, pada lampu pelita. Ia sebuah karya performansku dalam siri Appropriation, Derivation, Detournment and Copycat. Tindakan gerak tubuhku agak statik, aku berdiri, di tebing sungai Irawaddy, di belakangku tembok kota kuno Istana Manadalay. Di tangan kiriku memegang lampu pelita minyak tanah dan di tangan kananku memegang payung yang terbuka, memayungi sebuah kerusi. Aku cuba untuk berada wujud dalam keadaan itu, sepanjang acara pertunjukan ini, yang melibatkan para seniman Malaysia dan Burma. Aku memulakan acara sebagai peserta pertama, diikuti dengan pertunjukan dari Lwin Maung, seniman muda dari Yangon, Burma, yang memberikan wisel atau terompet anak-anak kecil yang dibuat daripada straw plastik yang digunting, bila dihembus, menghasilkan bunyi seakan-akan, “perettt, pettt!”
Kehadiran khalayak yang ramai, menambah kegembiraan suasana apabila khlayak merespon dengan meniup terompet plastik itu. Selanjutnya, Pengetua Alin Dagar Art School, Suu Myint Thein, melakukan pertunjukannya, dengan membawa lampu suluh dan memegang penyapu. Sambil menyuluh dia menyapu permukaan kaki lima di pinggir tebing sungai.
Suu pernah menjadi tenaga pengajar di State School of Fine Art, Mandalay di antara 1995-2008, sebelum menubuhkan sekolah seninya sendiri. Karya-karya seninya meliputi penciptaan lukisan, arca, instalasi dan seni pertunjukan. Karya-karya arcanya pernah dilarang Junta tentera daripada dipamerkan.
Aku sedang melakukan seni pertunjukan berjangka panjang(durational performance), sebuah pertunjukan dengan judul Dedication performance to the four master of Umbrella; 1. Chumpon Apisuk 2. Suu Myint Thein 3. Maung Ni Oo 4. El-Topo – cerita kewujudan cahaya, kerterkaitannya dengan api, pada lampu pelita. Ia sebuah karya performansku dalam siri Appropriation, Derivation, Detournment and Copycat. Tindakan gerak tubuhku agak statik, aku berdiri, di tebing sungai Irawaddy, di belakangku tembok kota kuno Istana Manadalay. Di tangan kiriku memegang lampu pelita minyak tanah dan di tangan kananku memegang payung yang terbuka, memayungi sebuah kerusi. Aku cuba untuk berada wujud dalam keadaan itu, sepanjang acara pertunjukan ini, yang melibatkan para seniman Malaysia dan Burma. Aku memulakan acara sebagai peserta pertama, diikuti dengan pertunjukan dari Lwin Maung, seniman muda dari Yangon, Burma, yang memberikan wisel atau terompet anak-anak kecil yang dibuat daripada straw plastik yang digunting, bila dihembus, menghasilkan bunyi seakan-akan, “perettt, pettt!”
Kehadiran khalayak yang ramai, menambah kegembiraan suasana apabila khlayak merespon dengan meniup terompet plastik itu. Selanjutnya, Pengetua Alin Dagar Art School, Suu Myint Thein, melakukan pertunjukannya, dengan membawa lampu suluh dan memegang penyapu. Sambil menyuluh dia menyapu permukaan kaki lima di pinggir tebing sungai.
Suu pernah menjadi tenaga pengajar di State School of Fine Art, Mandalay di antara 1995-2008, sebelum menubuhkan sekolah seninya sendiri. Karya-karya seninya meliputi penciptaan lukisan, arca, instalasi dan seni pertunjukan. Karya-karya arcanya pernah dilarang Junta tentera daripada dipamerkan.
Selanjutnya giliran Aung Myat Htay berperformans. Aung, seniman
visual ternama, yang mana pameran solonya pada 2010, dengan judul The Stories
(Lantern), berlangsung di muzium seni berprestij Fukuoka Asian Art Museum,
Jepun. Dia memberikan kaca mata berbingkai kertas. Warna bingkainya putih,
manakala plastik – bukan kaca – mata itu ada bermacam-macam warna. Khalayak
ikut terlibat dalam pertunjukan ini apabila warna pandangan mereka diubah
dengan memakai spek mata yang diberikan Aung. Spek mata itu pula tidak seragam,
sebaliknya bercitra warna-warninya.
Maung Ni Oo, penyair, penulis seni daripada generasi 88,
kemudiannya meletakkan sebuah kerusi kayu, duduk dan mengikat dirinya dengan
tali temali yang terikat dengan locing, dia membacakan puisinya dalam bahasa
Burma, pendek, kemudian menyumbatkan bulp lampu yang di tampal tape pelekat
berwarna merah ke dalam mulutnya. Dia bergerak-gerak menggerakkan badannya yang
terikat dengan kerusi, berulang-ulang kali, sehingga ia bergerak dalam jarak
kira-kira 7 meter, dan pertunjukannyapun tamat.
Moe Satt, mewakili seniman muda kontemporari Burma hari ini. Lahir 20 Julai 1983, Yangon, Burma.
Dia merupakan seniman visual dan pertunjukan, yang terkenal
di seluruh litar festival performance art dunia, juga
bertanggungjawab menubuh dan menganjurkan festival antarabangsa Beyond Pressure
secara tahunan di Yangon, Burma.
Malah, untuk tahun ini, Moe merupakan salah seorang kurator undangan di Bhusan Bienalle. Lengkap, berpakaian tradisional, Moe Satt memulakan permainan interaktif dengan khalayak, suatu pertunjukan ucapan lisan dan gerak. Dengan kapur dia menulis di lantai kaki lima jalan huruf M-Y-A-N-M-A-R. Daripada huruf-huruf itu, orang ramai di minta memberikan makna daripada huruf itu, dan Moe Satt akan menulisnya dengan kapur, menyambungkan tulisan awalnya tadi. Misalnya huruf M untuk Mandalay.
Malah, untuk tahun ini, Moe merupakan salah seorang kurator undangan di Bhusan Bienalle. Lengkap, berpakaian tradisional, Moe Satt memulakan permainan interaktif dengan khalayak, suatu pertunjukan ucapan lisan dan gerak. Dengan kapur dia menulis di lantai kaki lima jalan huruf M-Y-A-N-M-A-R. Daripada huruf-huruf itu, orang ramai di minta memberikan makna daripada huruf itu, dan Moe Satt akan menulisnya dengan kapur, menyambungkan tulisan awalnya tadi. Misalnya huruf M untuk Mandalay.
Reza Mukmin (seniman muda
Malaysia) pula menyarung kain Long YI (ala kain pelikat) ke dalam kepalanya,
mengikatnya, kemudian bergelut cuba untuk keluar daripada sarungannya sendiri
itu. Pendek durasi masanya, tapi mantap dan cukup padat, sepadat pergelutannya
sendiri.
Sementara pertunjukan-pertunjukan ini berlangsung, aku masih
tercegat berdiri dalam posisi di tangan kini memegang pelita dan di tangan
kanan memegang payung, di hadapanku kerusi yang telah direspon khalayak, mereka
bersilih ganti duduk di atas kerusi itu. Sudah hampir sejam rasanya acara
berlangsung. Tiba-tiba, seniman dan salah seorang penganjur, Suu Myint Thein
datang mendekatiku, “Rahmat, you should stop your performance, the police
already came.” Dengan penuh taat, seperti saranan seorang guru, aku
menurutinya, memahami keadaan situasi.
Manakala Chelsea Heike pula menggunakan
tikar untuk menyelubungi dirinya, kemudian terus berguling-guling sepanjang
kaki lima jalan, sehinggalah Moe Satt membawa pesan kedatangan anggota polis.
Chelsea Heike, seniman kelahiran Jerman, warga Amerika Syarikat, kini
bekesenian di Malaysia, hadir bersama anak kecil perempuannya, Kalillah yang
berusia kurang 2 tahun.
Ketiga-tiga penganjur , Moe Satt, Maung Ni Oo, Suu Myint
Thein terus ditahan dan dibawa polis ke balai dengan kenderaan polis. Kesemua
seniman yang tertinggal, kemudiannya mengambil keputusan berehat. Kami sempat
minum jus mangga di warung kaki lima menghadap istana Mandalay. Kemudian datang
lagi anggota polis, dengan kenderaan sewa kami sendiri, kami diiringi anggota
polis ke balai polis daerah Mandalay. Di sana, kami dibawa masuk ke pejabat
ketua balai, kesemua passport kami diminta, kemudian kami ditanya tentang makna
seni pertunjukan kami. Mereka bertanya, apa makna pertunjukan aku yang membawa
lampu pelita itu.
“Lampu pelita yang hadirnya dalam kegelapan cukup terang
menyuluhi penglihatan mata. Manakala di saat kewujudan jutaan lampu-lampu neon
elektrik, atau di saat matahari memancar, sinar lampu pelita tidak bermakna
apa-apa.” Begitu kujelaskan, dengan dibantu Moe Satt sebagai penterjemah,
menjawab soalan pegawai polis yang menyiasat. Malah aku turut menambah
rujukanku kepada mereka berkenaan sejarah pelita daripada mitologi Greek,
Hermit (Pendita).
Mereka cuba mengaitkan pertunjukan-pertunjukan kami dengan
protes cahaya yang mula merebak ke seluruh Burma. (http://www.bbc.co.uk/news/world-asia-18162333)Pada hari pertama kami menjejakkan kaki ke Mandalay, tanggal 21 Mei, di sebelah
malamnya berlangsung protes besar-besaran menuntut hak kemudahan asas bekalan
elektrik. Bekalan elektrik sering terputus dan tenaga elektrik belum lagi
menjadi tenaga dominan menggerakkan teknologi dan penghidupan rakyat Burma hari
ini. Selanjutnya, keesokan harinya, protes yang sama mula merebak ke Yangon dan
kota-kota lainnya. Waktu itu, beberapa orang aktivis telah ditahan.
Kemudian, kami dibawa ke ibupejabat polis negeri Mandalay
pula. Kami ditempatkan di dalam sebuah bilik mesyuarat, bangunan dua tingkat
pejabat polis itu. Meski, bertingkap, tetapi bahang cuaca Mandalay yang panas
menyebabkan kami cepat kering dan dahaga. Anak kecil Chelsea, mula mendapat
ruam dan menangis. Kami dibiarkan menunggu di dalam bilik itu, tanpa diberitahu
apa sebabnya kami perlu berada di situ. Sementara itu, 3 penganjur sedang
disoal siasat di bilik Ketua Polis Mandalay. Pasukan Imigresen juga telah tiba.
Kami kemudiannya diarahkan mengisi borang mengandungi maklumat diri dan dokumen
perjalanan, nombor passport, jantina, tempat passport dikeluarkan, alamat dan
lain-lain lagi.
Seterusnya, kami dipanggil seorang demi seorang ke dalam
bilik Ketua Polis. Moe Satt bertindak sebagai penterjemah. Di dalam kamar. Aku
dikelilingi ramai pegawai-pegawai berseragam, polis dan imigresen. Mereka
mengambil fotoku, dan bertanyakan sekali lagi makna pertunjukanku.
Setelah beberapa jam ditahan, kamipun dibebaskan pada
sebelah petangnya, dan passport kami dipulangkan. Mengikut jadual penerbangan,
kami memang akan balik ke Malaysia pada Sabtu 12 tengahari, penerbangan pesawat
MAS MH741 ke KLIA. Kami juga telah membeli tiket pulang ke Yangon daripada
Mandalay, bertolak jam 9.30 malam.
Pada hari Jumaat, 25 Mei 2012, seharian kami berjalan ke
luar kota Mandalay, ke pagoda-pagoda dan kuil-kuil kuno. Sewaktu kami di sebuah
binaan kuno bernama Pagoda Tujuh Petala Langit dan Laut, pasukan Imigresen
tiba. Kami disuruh pulang segera ke Hotel, diringi pasukan imigresen ini.
Setibanya di hotel, anggota imigresen dan polis telah ramai. Para seniman
Malaysia, diberitahu bahawa kami dideportasi – dihalau keluar dari Burma! Kami
menaiki van yang disewa khas oleh pihak imigresen, meski disewa khas, ia tanpa
penghawa dingin.
Perjalanan diantara Mandalay ke Yangon, yang biasanya
mengambil masa 8 ke 10 jam menjadi 12 jam, kami bertolak sekitar jam 4 petang.
Perlahan dan lama pula berhentinya. Sementara para seniman Burma yang di
Mandalay tadi pula, diiringi anggota polis ke stesen bas untuk menaiki bas jam
9.30 malam ke Yangon. Kami dipisahkan. Cuma Moe Satt sahaja yang dibenarkan
mengikut kami kerana dia bertindak sebagai penterjemah.
Kami tiba di Yangon, pada kira-kira jam 4 pagi. Permintaan
untuk penginapan hotel ditolak para pegawai pengiring. Kemudian kami dibawa bersarapan
dekat dengan lapangan terbang Yangon. Seterusnya, selesai bersarapan di warung,
kami dibawa ke daerah berdekatan lapangan terbang, ke sebuah kampung, ke sebuah
pejabat yang tidak tahu di mana letak duduknya. Kami disuruh menunggu di situ
sehinggalah sampai waktu check in,
jam 10 pagi nanti. Kami tidak diberikan makan dan minum, tetapi dibenarkan
pergi ke warung berseberangan pejabat imigresen tersebut. Kami juga tidak
dibenarkan menggunakan tandas untuk mandi. Kalillah, anak Chelsea mula meragam
dan badannya meruam. Pihak berkuasa tidak mahu kami seniman Malaysia, menemui
para seniman dan wartawan di Yangon. Wong Eng Leong dan Kyl Mohammad, dua orang
seniman Malaysia yang hadir tetapi tidak membuat pertunjukan juga turut
dideportasi. Malah pihak polis dan imigresen mengarahkan mereka memadamkan
gambar-gambar foto/ video yang dirakamkan mereka.
Jam 10 pagi, kami dibawa ke lapangan terbang yang jaraknya
kira-kira 15 minit sahaja daripada tempat ‘rehat’ (atau tahanan) kami tadi.
Sampai di pintu masuk, kami cuma sempat bersalaman dengan para seniman Burma
yang ikut hadir ke lapangan terbang, Ma Ei, Nge Lay, Suu Myint Thein dan Aung Myat Htay.
Moe Satt hanya mengiringi kami sehingga
ke gate imigresen. Kamipun berpisah. Sementara
passport kami, masih dipegang pihak berkuasa Myanmar. Masuk ke kapal terbang,
kakitangan MAS pula yang memegang passport kami. Sampai di KLIA, passport kami
masih dipegang kakitangan MAS di kaunter MAS, KLIA. Setelah bertengkar dan
marah-marah, akhirnya passport kami diberikan. Hujah kami, jikalau mahu
memegang passport setelah sampai ke KLIA, yang berkuasa melakukannya ialah
pegawai imigresen dan polis Malaysia, bukan kakitangan MAS yang berlagak
menjadi seperti agen junta Myanmar!
Kami seniman Malaysia, telah
selamat. Malah berbangga, kerana seperti pelakon The Lady, Michelle Yeoh,
passport kami juga bercop deportee. Besok tanggal 30 Mei 2012,
seniman/penganjur Moe Satt, Maung Ni Oo, Suu Myint Thint dan seniman Burma Aung Myat Htay dan Lwin Maung, akan
dihadapkan ke mahkamah kerana menganjurkan acara seni pertunjukan (public
performance art) tanpa kebenaran pihak berkuasa menurut undang-undang No. 11,
Akta Polis Myanmar. Jika sabit kesalahan ia boleh membawa hukuman denda atau
penjara atau kedua-duanya sekali, maksimum 3 tahun penjara.
Burma merdeka yang demokratik
daripada cengkaman kuku besi, masih lagi jauh kelihatannya. Inilah musim
peralihan, kering tandus, musim panas kegersangan. Rejim transisi tidak boleh
berpatah balik, Aung San Suu Kyii perlu terus maju, generasi kebangkitan
mahasiswa tahun 88 mesti menongkah arus musim hujan dan bertahan dalam hembusan
angin musim dingin.