Gugusan
Kampung Banda Dalam, Jalan Sultan, Stadium Merdeka, Stadium Negara di
Kuala Lumpur; Pengerang di Johor; Tanah Adat Murum, Peleiran dan Danum
di Sarawak merupakan antara nama-nama terbaru korban pembangunan.
Sebagaimana Kampung Kerinchi dan Kampung Pantai Dalam telah pun ditransformasikan pembangunan menjadi Bangsar South.
Ataupun
penghidupan kaum Penan dan hutan tropika tertua dunia (lebih tua
daripada hutan Amazon dan Kongo, berusia lebih 140 juta tahun) di Bakun
yang telah musnah digenangi air empangan, seluas pulau Singapura.
Ia korban pembangunan yang cukup mahal harganya.
Kampung
Chubadak, Kampung Aman, Kampung Berembang, antara nama-nama kampung-
peneroka bandar Kuala Lumpur yang telah dirobohkan. Rakyat dipindahkan
ke rumah-rumah pangsa (flat) yang sempit.
Seterusnya flat-flat ini pula berpotensi menjadi ghetto.
Di
sebalik retorik Mahathirisme yang kononnya anti-Barat dan anti-Amerika
Syarikat (AS), pembangunan kota kita, terlalu meniru model pembangunan
kota-kota di AS dengan mercu tanda hartanah bangunan-bangunan pencakar
langit.
Ia seperti yang pernah disebut Dr Mahathir Mohamad, ketika berucap pada Forum International Mayors di Kota Weifang, wilayah Shandong, China pada 20 April 2005:
"We in the East are very fond of copying the Europeans and Americans. Our cities are
already becoming copies of their cities, with high-rise buildings, with cramped multi-storeyed flats.
"There is a McDonald's restaurant at every corner. Down-town the working population converge in the hundreds of thousands in the daytime and leave empty in the night, deserted, and dangerous."
"There is a McDonald's restaurant at every corner. Down-town the working population converge in the hundreds of thousands in the daytime and leave empty in the night, deserted, and dangerous."
Anehnya,
pemerintahan Mahathir selama 22 tahun membawakan perbandaran dan
perindustrian yang pesat sebagai ideologi politik pembangunan yang
menjadi dasar undi parti Umno-BN yang diterajuinya.
Rancangan jahat perbandaran yang tidak terkawal itu diperkukuh dengan pindaan Akta Pengambilan Tanah pada tahun 1991.
Pindaan
yang dilakukan Dr Mahathir terhadap Seksyen 3(b) dan pengenalan Seksyen
68A yang baru ke dalam Akta Pengambilan Tanah 1960 ini memberi bidang
kuasa seluas-luasnya untuk kerajaan merampas tanah sesiapa sahaja bagi
apa-apa tujuan sekalipun.
Malah kata "kegunaan awam"
dan "kemudahan awam" dalam Seksyen 3(b) sebagai syarat pengambilan tanah
telah digugurkan dengan pindaan ini.
Jaminan harta dalam perlembagaan
Jaminan harta dalam perlembagaan
Pindaan-pindaan ini turut membolehkan perampasan tanah oleh kerajaan untuk tidak dapat dicabar di mahkamah, biarpun ia dilakukan tanpa menurut lunas perundangan.
Selain itu, ia juga menggalakkan perampasan tanah milik rakyat oleh kerajaan bagi faedah segelintir individu atau syarikat yang mempunyai kaitan sebagai kroni politik.
Mangsa pertama Akta Pengambilan Tanah 1960 (Pindaan 1991) ini ialah masyarakat Melayu.
Sekitar 10,000 orang dari 52 buah kampung di Tanjung Kupang, wilayah Barat Johor, meliputi kawasan seluas 26,000 hektar telah diusir dari tanah warisan pusaka mereka untuk projek jambatan Second Link di antara Johor dan Singapura dan pembinaan bandar baru Wilayah Iskandar.
Pindaan ini ternyata bertentangan dengan jaminan hak pemilikan harta oleh warga yang termaktub dalam Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan:
(a) Tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.
(b) Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.
Satu lagi contoh penggunaan Akta Pengambilan Tanah ini adalah rampasan tanah para petani di Kerpan, Kedah seluas 1,000 ekar pada tahun 1993, bagi diserahkan kepada pemodal Arab, Syarikat Benladin Group untuk projek udang harimau.
Rampasan tanah ternyata tidak mempedulikan lunas perundangan pampasan sewajarnya ataupun paling kurang belas ihsan. Rayuan para petani untuk setidaknya menyelesaikan tuaian padi yang sedang menguning pada waktu itu tidak diendahkan.
Jentera berat meranapkan sawah petani. Puluhan orang kampung, termasuk wanita yang mempertahankan tanah mereka ditahan polis.
Saatnya, untuk kita turut menitik beratkan pembangunan kesejahteraan insan dan pembinaan masyarakat ihsan serta sivil.
Cukuplah penekanan melampau terhadap aspek pembangunan bangunan, kilang-kilang, padang golf, jalan-jalan bertol atau binaan-binaan yang besar, gedung beli-belah mewah dan gah.
Pembangunan kebendaan ini, lebih teruk lagi di bina di atas kesengsaraan rakyat.
Lihatlah, Kilang Lynas di Gebeng yang diberi pengecualian cukai selama 12 tahun itu.
Ataupun berapa banyak tanah rakyat yang telah dirampas semata-mata untuk membangunkan padang golf?
Arkeologi penting di Lembah Bujang
Arkeologi penting di Lembah Bujang
Pada tahun 1974 hanya terdapat 45 buah padang golf sahaja di Malaysia. Hari ini Malaysia memiliki lebih daripada 200 buah resort padang golf.
Bagaimana pula misalnya pembangunan keilmuan, penyelidikan dan kajian sains, juga pengetahuan bidang-bidang seperti kebudayaan, sastera, kesenian, sejarah dan warisan.
Pembangunan yang dapat menjadikan Malaysia pencipta dan pengeluar teknologi, bukan setakat pembeli dan pengguna teknologi semata-mata.
Saya tidak fikir kita perlukan bangunan menara komersial setinggi lebih 100 tingkat dengan peruntukan RM 5 bilion. Kemudian dengan bangga, kita namakan ia Menara Warisan di atas runtuhan rombakan warisan seni bina stadium bersejarah, tempat pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 itu.
Sementara itu, tapak-tapak warisan arkeologi penting tanah air tidak pula menerima peruntukan sebesar dana Menara Warisan.
Misalnya Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) mempunyai perancangan untuk membangunkan kawasan Sungai Batu, Lembah Bujang, Merbok, Kedah sebagai Taman Warisan Arkeologi di Lembah Bujang.
Pada tahun 2010, sekumpulan pakar arkeologi Universiti Sains Malaysia, di ketuai Prof Madya Dr Mokhtar Saidin, menemukan tapak purba bengkel melebur besi di kawasan tersebut.
Tapak warisan purba itu berusia 50 tahun sebelum Masihi. Ia merupakan suatu penemuan penting bukan sahaja di Malaysia, tetapi di Asia Tenggara.
Namun Taman Warisan ini hanya menerima peruntukan RM20juta menerusi Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10).
Pada 30 Jun 2012 lalu, Pertubuhan Unesco mengisytiharkan Lembah Lenggong, Hulu Perak sebagai tapak warisan dunia. Ia termasuklah empat tapak kaji purba yang berusia hampir 2 juta tahun, salah satu rekod tertua untuk kehidupan manusia terawal di suatu kawasan, dan yang paling tua di luar benua Afrika.
Tapak-tapak
arkeologi tersebut menemukan bahan-bahan tinggalan zaman Paleolitik
(zaman batu lama), Neolitik (zaman batu baru) dan zaman Logam.
Menyentuh soal seni, warisan dan kebudayaan, Belanjawan 2013 tidak langsung menyebut penemuan-penemuan arkeologi bertaraf dunia ini.
Bagaimanapun, belanjawan 2013 yang berjumlah RM251.6 bilion itu memperuntukkan RM 6 juta sebagai bantuan pentadbiran dan kegiatan persatuan karyawan, budayawan dan seniman berdaftar.
Belanjawan hutang 2013 pula memberi RM 9.3 billion untuk Danajamin, RM 9 bilion untuk projek-projek infra berkaitan MRT, RM 10 bilion untuk Skim Jaminan Modal Kerja.
Sebanyak RM 28 bilion untuk membantu syarikat-syarikat yang berhubungan rapat dengan Umno-BN ini.
Ia dua kali ganda peruntukan RM 15 bilion untuk membantu rakyat biasa.
Belanjawan hutang kerajaan Umno BN ini, perlu ditamatkan. Kita mahukan warisan pembangunan yang dapat memperkaya khazanah keilmuan, kebudayaan tanah air.
Kemiskinan, penyakit dan kehancuran, apakah pembangunan ini yang ingin kita wariskan?
Kita tidak mahu, anak cucu generasi akan datang mendapat bencana warisan hutang atau bala warisan pencemaran, mahupun malapetaka nuklear warisan racun radioaktif.
Abg Mat,
ReplyDeleteSaya dah lama menantikan seseorang mengulas mengenai Kampung Kerinchi/Pantai Dalam. Nampaknya, ia menjadi 'oblivion' pada media arus perdana.
Saya secara peribadi fikir Bangsar South tidak harus diraikan. Bangsar adalah Bangsar, kerinchi adalah kerinchi. Nampaknya puak-puak berkepentingan nak jadikan Kerinchi seperti Damansara. Saya tak terkejut nanti ada Bangsar Perdana, Sri Bangsar dan sebagainya.
Dipenuhi dengan apartment mahal, shopping complex(tak cukup lagi Midvalley?!)dan hotel, siapa yang untung? Otak Melayu harap boleh fikir. Penduduk Melayu secara sistematik telah dipinggir ke luar KL dan flat yang saya setuju dengan pandangan Abg Mat bahawa ia berpotensi menjadi Ghetto.
Tak syak lagi sistem perniagaan yang mengutamakan maximization of profit digunapakai, maka setiap tanah kerinchi dan pantai dalam yang boleh dirobek, akan dirobek untuk diletakkan apartment mahal dan shopping complex.
Bagaimana pihak pemaju boleh dapat projek sebegini dan siapa yang meluluskan, dan siapa yang untung besar, adalah PERSOALAN yang kita semua(rakyat biasa) tanpa mengira parti politik harus fikir.
Bukan-nya nak menentang pembangunan dan kemajuan, tetapi berapa banyak lagi shopping complex, apartment dan hotel yang tak cukup di KL ni?
banyak yang saya nak expand pasal Kerinchi tapi takleh nak susun ayat yg sesuai, tp komen ni sekadar maklumbalas pada artikel Abg Mat yang saya sokong.