Showing posts with label InSAF. Show all posts
Showing posts with label InSAF. Show all posts

Monday, January 3, 2011

Apakah Malaysia turut bersubahat dalam perang sia-sia USA di Afghanistan???



7. Wahai penguasa rakus sombong, keangkuhan atas megahnya kunun suatu kejayaan itu adalah sia-sia.
8. Bilakah kuasa-kuasa besar akan belajar bahawa penggunaan kekuasaan - apa saja bentuknya - tentera -senjata - intrumen kerajaan - media - kehakiman - undang2 - polis - sprm - institusi2 negara - itu ke atas rakyat kecil menjadi sia-sia dalam zaman moden ini

Ini catatan tahun baru Dr. Mahathir tentang perang sia-sia Amerika terhadap Afghanistan
(klik sini:http://mahathir-mohamad.blogspot.com/2011/01/futility-of-war.html)

dan jangan lupa klik di sini, laporan BBC, Afghan troop map: US and Nato deployments, syabas atas keterlibatan mulia Malaysia di Afghanistan, yg kalau menurut Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi hanyalah bantuan kemanusiaan semata-mata:
http://www.bbc.co.uk/news/world-south-asia-11795066

di sini juga, tentang perubahan ikatan strategik USA dan Malaysia, klik:

US praises Malaysia’s autocratic government

Friday, November 5, 2010

cahaya InSAF:selamatlah tentera Malaysia di Afghanistan

mcm biasa...aku yang perlahan, terlambat mengucapkan selamat kepada pasukan tentera Malaysia yang sedang bertugas di Afghanistan di bawah International Security Assistance Force (InSAF) di bawah kelolaan tuan uncle sam.

barangkali sebagai permulaannya, Malaysia menghantar pasukan perubatan.

dan lama aku menunggu, sejak pertemuan Obama-Najib lagi (Klik sini) tak ada komen dari sesiapapun, sebagai rakyat pastilah aku mengharapkan para pemimpin memberikan pandangan/pendapat/kritikan/ulasan bernas mereka.

menteri pertahanan Zahid Hamidi berkata misi ini atas dasar keprihatinan Malaysia dengan masalah kesihatan rakyat Afghanistan. kesihatan rakyat sendiripun tak terjaga. kata kita negara-negara berkecuali. ini bukan misi PBB. atau mungkin nak merawat tentera US yg sentiasa dibaham Taliban. baguslah sesiapapun, waima musuh sekalipun kita kena berlaku baik menunjukkan kemanusiaan. betapa berperi kemanusiaannya kita, syukur. Al Fatihah dan tafakurku. lihatlah peristiwa arwah Aminurashid, Teoh Beng Hock, R.Gunasegaran. lengkaplah 'Ali', 'Muthu' dan 'Ah Chong'.

apa kata wira dunia ketiga kita????creation of the US
dah lupa? takkan wira dunia ketiga mcm aku, sampah&pelupa orgnya.