tahun 2009, belum sampai ke penghujungnya, puasa menjelang raya semakin hampir.29,712 + 9,020+4112=42,844 orang pekerja yg dibuang=sedang menganggur=tiada punca pendapatan=mempunyai masalah kehidupan=berada dalam kesusahan
Sehingga 7 Julai tahun ini, perangkaan yang dikumpul oleh Kementerian Sumber Manusia
(klik sini) menunjukkan seramai 38,732 pekerja telah diberhentikan berikutan keadaan krisis ekonomi sekarang ini.
Daripada angka itu, katanya 29,712 orang diberhentikan manakala 9,020 menerima pemberhentian sukarela.
Selain itu, 40,662 pekerja menerima potongan gaji dan 4,112 pekerja diberhentikan sementara (sementara tu berapa lama yerk?).
Setakat bulan Februari dulu, angka rasmi menunjukkan kira2 19,oo0 ribu org dibuang kerja.lima bulan kemudian, setakat bulan Julai berlaku peningkatan lebih 100 peratus.
bagaimana pula hari2 mendatang?
