Ahli parlimen PKR untuk kawasan Hulu Selangor, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia pada jam 9.27 malam tadi di rumahnya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras, Kajang akibat barah otak.
tentu, ketentuan dan penentuan - siapakah pula yang paling mutlak menentukan? tuhanlah yang maha menentukan. tapi sedarkah kita perihal tuhan-tuhan 'jejadian' yang menjadikan kita ini sebagai hamba mereka? penentuan dan ketentuan kewujudan kita ditentukan dibawah kuasa mereka - wang, senjata, kerusi, jawatan, darjat, media, teknologi, modal, syarikat2 multi nasional, parti2 politik, segelintir kecil manusia yang merasa dirinya tuhan yang berhak menentukan hak hidup dan nyawa orang lain. makanya, "tak ada tuhan tak ada hamba."
"bagi mereka yang bernazar untuk hidup tanpa hamba dan paduka" :::::
besok, 16 Mac 2010, 7 tahun dahulu pada tarikh yang sama, Rachel Corrie seorang anak gadis muda, aktivis keamanan dari Amerika Syarikat berdiri di Rafah, Palestina. Dia berdepan dengan jentolak zionis Israel yang memusnahkan penempatan rakyat Palestin. Dia tak berganjak. Rachel pada saat-saat akhir hidupnya teguh tetap kukuh iman perjuangannya untuk sebuah Palestin merdeka. Rachel mengajar kita erti pengorbanan, korban rakus kekuasaan yang sombong. Rachel mengajar betapa sejarah penindasan dan sejarah melawan kezaliman itu merentas sempadan2 yang selalu diciptakan manusia - negara, ras, kaum, bangsa, agama. Betapa mulia hati seorang Rachel Corrie. 7 tahun yang berlalu, masa hanya tanda untuk kita mengingat, tapi semangat seorang Rachel Corrie tetap kita bawa bersama. Tafakur untukmu Rachel, moga ruhmu dicucuri rahmat.
Ibunya seorang aktivis hak wanita dan feminis, ayahnya pula seorang ketua kesatuan guru-guru Nigeria. Dia seorang lagenda dasyat, pemuzik-penyanyi-komposer hebat, aktivis - tokoh - hak asasi manusia yang menghabiskan hampir seluruh hayatnya membantah rejim kediktatoran di negaranya Nigeria, juga di seluruh Afrika dan dunia, menentang perusahaan multi nasional yang merompak dunia ketiga. Fela Kuti (klik) menciptakan iramanya sendiri - Afro Beat, menubuhkan republiknya sendiri, juga sejarah panjang bahagia kegembiraan berseronok serta sejarah berdarah, pecah penuh duri dan rabak berliku - dipenjara, disiksa dan ditekan rejim kediktatoran Nigeria. Suatu waktu, dia pernah mahu bertanding jawatan Presiden Nigeria, antara kempennya ialah menjadikan semua warga Nigeria anggota polis. jadi katanya, semua orang tidak boleh berbuat sesuka hati, kerana semua orang polis. terlalu banyak mitos tentang sejarah hidup manusia lagenda ini, antaranya adalah punca kematiannya - ada yang menyebutnya penyakit misteri, ada yang menyebutnya angkara CIA, konspirasi kediktatoran, dan macam-macam lagi, entahlah. menghasilkan lebih 50 buah album, hasratnya merebut kekuasaan negara Nigeria dan memulihkan keadilan gagal didapatkan semasa hayatnya, namun suara jiwanya masih hidup menyanyikan lagu-lagu lara dan pembebasan dalam bahasa ria alunan rentak Afro Beat. (bagi yg belum tahu dan nak tahu tolong Google -alahai mudahnya - untuk mendalami Fela Kuti).
Dalam ekologi kehidupan ini, kita akan melihat kitaran makanan dan bahan buangan. Begitu juga dalam kehidupan berkesenian. Akan ada pengguna/pemakan. Akan ada makanan. Dan akan ada bahan buangan - yang disebut sampah, taik ataupun kotoran. Jadi, Sampah Seni adalah rahmat haron. Malah, rahmat haron juga disamping menjadi sampah/kotoran/bahan buangan dalam masa yang sama adalah pelahap pemakan sampah/kotoran/bahan buangan atau dalam bahasa Inggerisnya disebut, "scaRVenger." (ha,ha,ha, tak reti eja)
Tak kisah, ini hakikat seburuk apapun perlu diakui. dah memang buruk takkan nak jadi cantik pula. Yang cantik molek adalah para pemakan yang melahirkan bahan buangan/sampah/kotoran seperti aku. sampahseni@gmail.com
RM 20.00 termasuk kos penghantaran (Malaysia). Tempah di terataknuromar@gmail.com atau beli di Koperasi Kedai Buku DBP KL. Edisi Terhad.
majalah sentAp kontemporer - seni tanpa prejudis
sebuah penerbitan seniman visual kontemporer Malaysia.rm15.klik pada gambar, jika mahu membelinya.
TAK NAK US-FTA!!!!
mari bersama melawan perjanjian perdagangan -kunun- bebas Malaysia dan Amerika Syarikat. free trade agreement-FTA-ini merupakan penjajahan atau perompakan yg cukup nyata sekali.demi masa depan tanah air dan kelangsungan hidup generasi akan datang, kita semua perlu menentangnya