Tuesday, May 25, 2010

untuk mimpi/angan2 tak perlu berjudi-free

mimpi dan angan-angan itu percuma, seperti dulunya air (yg kini diswasta). tak perlu membayar wang untuk bermimpi - apatah lagi dgn memperjudikan diri.

judi - yg dijual hanya janji keuntungan yg belum pasti - angan2 yg belum tentu lagi. untuk apa membelinya, yang untung tetaplah towkey judi. tapi itulah falsafah duit, membolehkan si empunyanya untuk menilaikan apa2 saja - hinggakan ke tahap2 ekstrem menuju infiniti - tanah, air, taik, gelombang dan udara, seperti sekarang di Jepun ada dijual udara dan gas (klik http://www.japanairgases.co.jp/en/corp_en/quality/index.html)

tak perlu membeli judi bola, kalau hanya untuk berangan dan bermimpi. berangan dan bermimpilah bagi yang tak punya apa-apa.
dream true, dream free

Saturday, May 22, 2010

SS NO 23: Rumah mimpi

(i)
Engkau yang memandangku dengan penuh penghinaan, ingatlah:
-jika aku pengemis,
syiling sen yang kau campakkan ke dalam kole plastikku, dengan nada sedekah pahala itu, tidak akan membuatkan aku kaya dengan harta. begitu juga wang mu yang berkoyan itu tidak akan luak, sebaliknya renungan kejam kunun penuh simpati kira-kira syurga itu, hanya akan menjadikan engkau miskin. dan engkau masih miskin bila masih berdoa untuk jadi kaya. pernah kau mahu bertegur sapa, berbual mesra denganku?
-jika aku penagih,
engkaulah yang menciptakan aku dengan seluruh ketagihanmu pada kimia dan teknologi dan senjata dan harta dan dunia sementara. aku tahu hala diriku, ke lokap, penjara atau pusat-pusat kurungan yang sempit berpesta laba niaga haram rasuah. aku cuma menunggu tiba hari matiku, aku hidup dalam dunia kematian. dan engkau yang hidup berkejaran dalam kesibukan, dari muda menjadi tua untuk akhirnya tahu, dunia bukan untuk kita miliki.
-jika aku pelacur tua,
sundal yang gagal, katakanlah engkau pernah berbaring menyembah di celah kelangkangku. rumah merah, mengajarmu erti nikmat, memberimu berahi menjadikan engkau jantan angkuh berkokok garang, syahwat telah menjadikan engkau sombong, mencanak mencakar awan, untuk akhirnya runtuh, mereput. aku cuma mahu memberitahumu, pakailah kondom pelindung, tak perlu kau wariskan sombong keangkuhanmu.
-jika aku gila,
aku benar-benar merdeka. hukum hakammu tak memberikan apa-apa makna. bahkan kesedihanmu boleh saja menjadi gurau yang paling menyeronokkan. kefahaman kita tidak sama. taik dan sampah, boleh saja menjadi mulia di mataku. seperti engkau hanyalah seketul taik, atau selambak sampah plastik yang tak dapat dikitar semula. aku geli hati melihat engkau terpenjara dalam kemerdekaan pura-puramu itu.

(ii)
Pandanglah mataku, lihatlah ke dalam hatiku - kotor hitam atau putih suci ;
engkau yang berumahkan kayu cengal, bermahligaikan tugu-tugu batu
atau
mahal kondominium berkerlipan cahaya,
atau
engkau yang menyewa selesa, membayar gembira,
aku tidak pernah hairan dengan seluruh kemewahanmu,
kaki lima jalan, sehelai gebar berhabuk
atau
sepasang pakaian lusuh
kota dan malamnya
adalah kamarku yang luas
langit bintang-bintang menjadi bumbung berlampukan rembulan purnama,
mewah atau papa, mimpi tetap akan datang dengan bahagia dan kengeriannya.

BangsaT Utama-Pulau Pinang-Ampang
Oktober 2009

Wednesday, May 19, 2010

Projek poskad untuk PM:membantah arang batu di Sabah


“…coal is what we call DIRTY technology, it’s NOT environmentally friendly,” Najib Razak.

maksudnya arang batu bukan teknologi bersih dan mesra alam, kata-kata yang datang dari mulutnya sendiri.

tiba-tiba Malaysia mahu membangun teknologi nuklear. tiba-tiba pula ada rancangan membangun tenaga arang batu di Sabah dan puluhan lagi empangan tenaga hydro air bersaiz raksasa di Sarawak. tiba-tiba yang datangnya untuk memuaskan hati kongongmerat korporat keparat dan membuatkan rakyat terus melarat. tapi begitulah sifat rakus kekuasaan duit yang sombong dan angkuh. tamak menilaikan segala hal/perkara, membolot kebenaran, gila sawan menimbunkan kekayaan angka keuntungan paling mutlak - dengan penderitaan paling muktamad juga.

suka atau tidak, malas atau rajin, bersemangat atau tak larat, duka atau bahagia, sedih atau gembira, tak ada jalan lain, melainkan rakyatlah sendiri yang mesti melawannya - anak muda, orang tua, kaum perempuan, kaum buruh, petani, nenek, orang kampung, orang hulu, orang bandar, anak Felda, orang semenanjung, orang borneo, sesiapapun jua yang tergolong dalam kelompok bakal menjadi mangsa projek2 gila ini kelak!!!

untuk projek arang batu di Sabah ini, seorang kenalan seniman visual Yee I-Lan (http://www.acmi.net.au/2006/artists/ngv/yeeilann.html)-[boleh google nak lebih tahu], telah melakukan suatu usaha seni untuk membantah projek tenaga arang batu di Sabah, dengan menghasilkan siri gambar2 yang boleh dicetak sendiri dan dihantar sebagai poskad berseni kepada PM Najib (klik ke pautan http://www.arterimalaysia.com/2010/05/14/postcard-project-to-our-prime-minister/:


sebenarnya banyak sumber tenaga yg memakmurkan alam berserta manusianya (kenapa pula alam dan manusia? manusia mmg sebahagian kecil dari alam, itu cerita lain),
seperti tenaga hydro mini dan Malaysia kaya dengan sinar matahari, kenapa tidak tenaga suria?
http://alternativegreenenergy.com/
---------
Office of The Prime Minister,
Main Block, Perdana Putra Building,
Federal Government Administrative Centre,
62502 Putrajaya, MALAYSIA

Tel : 603-8888 8000
Fax : 603-8888 3444

Join grup FB:
‘it ain’t green, it’s BLACK!’
http://www.facebook.com/pages/it-aint-green-its-BLACK/397884026203?ref=ts

Keep up with the development on Sabah Says No to Coal 2 Coal:
http://postcards2PM.blogspot.com/

SIGN THE PETITION HERE:
http://www.petitiononline.com/nocoal1/petition.html

For more photos and additional information, please read:
http://www.facebook.com/album.php?aid=13974&id=1771066543
http://www.facebook.com/album.php?aid=13911&id=1771066543


Sunday, May 16, 2010

pilihan masa depan itu perjudian

terima kasih kepada semua para guru yg mengajarku membaca/menulis/mengira/berfikir/mengamat/menaksir/merasai/mengalami hidup ini.

benar, "semua org itu guru, alamraya sekolahku." antara kebodohan yg dicintai dan keilmuan yg menzalimi, keduanya tetaplah kejam.

Hulu Selangor, Sibu dan pilihanraya2 yang mendatang, belajarlah membuat pilihan yang betul.

politik itu suatu perjudian nasib masa hadapan. harapan yang dibuaikan oleh angan janji-janji poliTIKUS. pertaruhan menang kalah, yang boleh saja membawa padah atau berkah.

selamat sihat2

Saturday, May 15, 2010

Kiri Hijau Kanan Merah: Filem Pendek tentang Munir

aku pernah bertemu dengan dia, kira-kira 10 tahun yang dulu di kantor KONTRAS, Lembaga Bantuan Hukum Indonesia, Jakarta. pertemuan yang cukup singkat tapi cukup untuk membuat ingatannya lekat.

Munir Said Thalib, dikenali dengan nama 'Munir', merupakan salah seorang aktivis hak asasi manusia dan anti rasuah Indonesia yang cukup terkenal. Munir dibunuh pada tahun 2004 dalam perjalanannya ke Utrecht University bagi melanjutkan pelajaran Sarjananya dalam perundangan antarabangsa dan hak asasi manusia.



untuk filem2/video mengenai keadilan sosial dan alam sekitar dari Asia Tenggara, sila ke
http://www.engagemedia.org/

Saturday, May 1, 2010

Hari dan bulan bahagia

Selamat-selamat, 1 Mei tarikh mengingat kemenangan kelas pekerja dalam perjuangan menuntut waktu kerja 8 jam.

bersama kelas pekerja membantah cukai GST. bersama kita membantah pembukaan pasaran ke arah pasaran kunun bebas.

pembukaan pasaran
tanpa hak-hak demokratik rakyatnya,
tanpa hak-hak asasi manusia,
tanpa kehakiman adil, hanya akan menjadikan Malaysia sepenuhnya ekonomi dunia ketiga - dengan pengurangan kelas menengah, dengan melebarnya jurang kekayaan miskin-kaya, dengan sumber alam semulajadi dikeruk, seperti misalnya, seperti yg pernah terjadi di Amerika Selatan, air hujanpun akan dicukai, diperas ke tangan-tangan kuasa besar dunia, ke poket syarikat-syarikat raksasa multi nasional (MNC).

kita melihat sebenarnya, negara-negara 'pasar bebas' kunun maju seperti Jerman, Amerika Syarikat, Eropah Barat atau di Korea Selatan membuka pasaran mereka dengan paling kurang memberi jaminan hak-hak demokratik rakyatnya dan hak asasi manusia, ini termasuklah dengan memberi
-hak berkesatuan sekerja
-hak gaji minima

tanpa jaminan hak-hak demokratik dan hak asasi manusia, bukan pasaran yang dibuka, ibunda tanah air sedang dikangkang untuk dinodai kerakusan kapitalis kongonkmerat keparat (MNC).

Who by fire? :::::



Lyrics :


And who by fire, who by water,
who in the sunshine, who in the night time,
who by high ordeal, who by common trial,
who in your merry merry month of may,
who by very slow decay,
and who shall I say is calling?

And who in her lonely slip, who by barbiturate,
who in these realms of love, who by something blunt,
and who by avalanche, who by powder,
who for his greed, who for his hunger,
and who shall I say is calling?

And who by brave assent, who by accident,
who in solitude, who in this mirror,
who by his lady's command, who by his own hand,
who in mortal chains, who in power,
and who shall I say is calling?