Showing posts with label sajak sampah rahmat haron. Show all posts
Showing posts with label sajak sampah rahmat haron. Show all posts
Saturday, March 15, 2014
SS No. 35: sajak aman, selamat datang nuklear
Selamat datang wahai Nuklear, daya daripada zarah yang
terbelah, engkau berbahaya, tenaga gagah
bergaya, kesan berantai tenaga perkasa meraksasa. Telah kau buktikan kekuatan kuasamu,
kecilnya dua butir bom atom Little Boy dan Fatman
gugur
melenyapkan Nagasaki dan Hiroshima
sekelip mata kota dan kehidupannya bertukar jadi padang
jarak padang tekukur, hangus kemusnahan maha besar, debu-debu kehancuran tinggal bayang-bayang kengerian
perang.
Betapa hebatnya engkau
wahai Nuklear, dalam aman, teknolojimu adalah denyut nadi penghidupan kami
paling terkini, tenagamu menjana elektrik menggerakkan industri, membuka pasar
berjual beli,
segala yang mekanikal dan teknikal, jentera moden,
mesin-mesin dan perkakas letronik,
kenderaan mengangkut kami, roda berputaran, berlegar
dagangan saham, bertukar-tukar barangan, di alam nyata hubungan desa dan kota,
di alam maya talian digital, di udara pesawat berterbangan, di laut berselirat
wayar dan kabel, engkaulah sumber makna dan tanpamu wahai Nuklear, akan
berakhirlah pergerakan, tamatlah pernafasan, habislah peradaban.
Tamadun elektrik ini dahagakan daya tenagamu wahai Nuklear, Malaysia
harus terus bergerak maju dan maju, jauh meninggalkan hulu dan akar
permasalahannya – rakus keinginan memberahikan, serakah kemahuan cuma tamak manusia berkehendak untuk terus guna dan guna
dan jual dan beli dan belanja dan pakai dan buang, lalu hidup mesti diteruskan,
meski pun menimbun sampah yang kita
tinggalkan, sebagai warisan masa depan, bekalan beban buat digalas generasi
mendatang,
tahi mu Nuklear
berbau malang,
siapa menghidunya terkenalah radiasi, terdedahlah badan pada
ancaman keracunan, ya tahi mu degil tak dapat dikitar semula ratusan ribu
tahun, betapa benarlah engkau gagah, tahimu tak mudah dapat dimusnah.
Makanya kini engkau
datang ke sini,
ya, sembah dan salam kami hulurkan,
selamat datang ke tanah tropika rimba belantara yang subur
dan segar ini
tanah yang siap dikangkang, tersipu-sipu sudi untuk
dicemarkan.
Kami tunduk akan kuasamu wahai Nuklear, kami perlu pada
tenagamu untuk terus hidup, engkau pancang peradaban terkini, tamadun eletrik
ini dan segala alatannya mesti terus bergerak, lampu perlu terus menyala, peti
suara mesti terus berbunyi, skrin yang kelihatan dan papan kekunci yang
ditaipkan, urusniaga wajib berlanjutan, pantas dan laju memecut meninggalkan
masa silam zaman purba, kuno dan primitif, waktu yang berlalu tak terkejarkan.
Wahai Nuklear, menjagamu
ternyata susah, engkau terlalu perasa, senang tersentuh , sensitif yang
amat dan daripada halus zarah yang
terbelah itu, engkau punya sejarah yang parah,
seperti drama Greek hidup adalah tragedi – dan Nuklear
engkau bawakan peristiwa ngeri dari Chernobyl, kebocoran radiasi halus
sinaranmu – secepatnya sel dan darah membiak berubah menjadi barah, membunuh
sehinggakan daging-daging luruh, kanser dan leukemia merajalela dan
kecacatanpun tercipta pada bayi-bayi yang lahir herot tak berdosa, berkepala
besar bermata buta, bertangan kudung, berkaki untut, mutasi yang terjadi,
mereka bukan fantasi komik X-Men, mutasi yang menjadikan manusia gagah – watak-watak
super hero berbahagia – angan-angan belaka.
Kanak-kanak Chernobyl adalah ego keangkuhan sains, muslihat
kesombongan akal, terkadang pengetahuan dapat mengundang bencana, lantaran itu
benarlah kesangsian bahawa hidup manusia
bukan untuk kesempurnaan, seumpama pegangan falsafah lama – hidup ini
kehampaan,
wahai Nuklear engkau memberi kami erti akan apa itu sunyi,
senyap seketika kekosongan menyepi,
fikiranku melayang pada kenangan tanah dan pulau yang bukan
milik aku – owh betapa tidak ada yang kekal dalam hidup melainkan perubahan,
keindahan itu hanyalah fana belaka.
Meski kenangan tergamit pada biru air di Kuala Muda, atau
pesisir pantai Lumut dan Pangkor yang sejarah, ke belantara Belum dan Lembah
Lenggong yang purba, berleka di tasik
Temenggor, dan jikalau fikiranku seekor ikan, ia akan merenangi barat daya selat
Melaka, bermain di lumpur paya bakaunya, menguak ke tanjung-tanjung di Pontian,
sebelum menyelam melihat kerang-kerang di lekuk teluk pasir pantai Pengerang,
jauh renangan fikiranku menerawang ke gelora ombak Laut China Selatan,
Terengganu pantai nan cantik, hutan nan kaya, pastilah aku sedar kenyataannya,
nikmat tatapan mata, disimpan dalam ingatan dan tidak sekali-kali
untuk dipunyakan, apatah lagi buat diriku pendatang di dunia sementara.
Aku sedar martabat harta, aku fakir mengharap belas ehsan daripada fikiran-fikiranku yang
kacau – mana tidaknya, setelah Chernobyl kecelakaan terjadi lagi di Fukushima ,
lojimu Nuklear bocor dihempas Tsunami dan kini radiasinya menghancurkan
harapan ratusan ribu jiwa yang tidak
akan dapat kembali ke negerinya,
makanya saat terfikir akan engkau , aku terkenangkan
Fukushima, kehijauannya pasti jadi milik cemar radiasimu untuk hampir
selama-lamanya.
Dan barah dan leukemia dan mutasi menjadi cerita biasa – basi
– Fukushima ulangan Chernobyl – aku pernah membaca kiasan Budiman yang bertanya
tentang kesengsaraan, bukankah hidup manusia itu tidak terhindar daripada
kesakitan dan kematian, siapa yang dapat menongkat keabadian?
Jepun yang robotik, Jepun yang cekap gagal mengawalmu wahai
Nuklear,
aku mendengar khabar Jerman yang maju industri juga telah
menghantar ucapan selamat tinggal padamu,
Aneh sungguh cinta,
di bawah Menara Eiffel, kota Paris, Perancis sedang asyik mencumbuimu.
Dengan penuh kerendahan hati – kehinaan diri yang abdi – aku
hargai kedatanganmu ke sini,
kepadamu wahai Nuklear
dengan linangan air mata terpaksa kuucapkan
selamat datang ke dunia ketiga;
-
selamat datang wahai Nuklear ke tanah yang stadiumnya
baru dibina, kemudian semudahnya runtuh-rantah,
inilah angkara rasuah dan pecah amanah;
-
selamat datang wahai Nuklear ke tanah yang mana jambatan
gantungnya, biarpun baru sahaja siap, namun tiba-tiba roboh, lantas meragut nyawa anak-anak di perkhemahan cuti
sekolah, mereka lemas di bawa deras arus sungai;
-
selamat datang wahai Nuklear ke tanah para doktor
dan jururawat ditimpa kemalangan di bilik kecemasan hospitalnya sendiri, akibat
siling-siling yang runtuh, mutiara kata pendeta dari gua bijaksana berbisik ke telinga, wujud yang baharu itu
memang tidak tetap sifatnya.
Selamat datang wahai Nuklear,tidak ada yang
kekal hidup di bumi, dunia akan berakhir, kiamat itu janji, penamatnya
malapetaka di tangan manusia sendiri
dan kini aku
benar-benar menerima semua ini
adalah ketentuan
Ilahi,
suratan takdir untuk aku belajar apa itu daya, dayamu
Nuklear daripada zarah yang halus terbelah menjadi tenaga maha besar meraksasa
– kuasa perkasa yang menghidup dan mematikan – tenaga yang tak terhingga!
Aku bermenung dalam keterbatasan, kehendak firaun dan yang
maha esa takkanlah sama rodatnya,
aku merenung ketakutan, memeluk keraguan, nuklear dan tuhan takkanlah
setara kudratnya,
aku berdoa sambil menelan pahit kegagalan, suatu perjuangan
yang belum dimulakan,
dan kepada kalian yang sedang mengusahakan,
dengan kesaksian
semangat kuucapkan juga selamat datang. AMAN (Anak Manusia Anti Nuklear)
Saturday, March 17, 2012
SS No.34: Kekasih Kita Kasih (aKu, Kau, mereKa)
Kekasih Kita Kasih (aKu, Kau, mereKa)
Kepada engkau – kebenaran – di atas sana, di singgahsana kekuasaan dunia sementara, katakanlah dengan cinta pada semangat semesta dan lambaian pohon kelapa,
tentang mereka yang menjadi mangsa – kekuatan senjata dan kederat, atau hasutan pena dan pendapat, serangan fitnah dan rasuah.
Dalam sunyi menekuni nikmat kegagalan, aku sendiri berbahagia yang sederhana saja, menunggali sepi, keriangan mencatat derita, dengan nafas berlandaskan ‘petua-petua untuk hidup tertewas, terduduk dan tersadai dalam kekalahan’.
Sementara mereka merapat bersama bersuara, walau ditindas, bangun melawan untuk kehadapan, sekarang atau akan datang, sebu suatu kebisuan masa lalu, perlahan-lahan disiapkan rumah yang terbengkalai. Meski kemerdekaan seolah telah menjadi milik keindahan langit, meski kebenaran hanya bersandarkan mimpi mamai dan angan-angan permai, meski dikutuk dan dikeji, meski diugut dan ditumbuk, dipukul dan disiksa, meski diikat dan disebat, mereka tidak akan tunduk dan menyerah, pemenjaraan itu mengumpul pingat kecemerlangan, kematian pula menjadi piala syuhada pengorbanan yang direbut dalam kejohanan maraton suatu laluan panjang perjuangan, obor api keyakinan mereka marak menyala, mula menandingi malap cahaya kekuatan engkau,
Ya engkau yang gagah maha mulia menghukum segala yang ‘tak sempurna’, engkau ramai ketamakan besar, engkau agung yang banyak sombong, engkau yang majoriti maha tinggi menghakimi kesesatan, menentukan keputusan tentang segala keberahian hari ini, bilamana yang sering terhukum hanyalah mereka yang lemah tak berdaya dan papa kemiskinan harta. Engkau tegap dan sasa memusnah tanpa belas, tapi mereka tetap sabar tak berputus asa terus menyayangi.
Kepada engkau, kenalilah mereka dengan cinta, pada hari-hari dalam kurungan, di waktu-waktu terselubung ketakutan, ketika kecurigaan mengudara, semasa keraguan mengecut di dalam perut dan syak wasangka mencucuk-cucuk dada, di saat-saat cukup mencemaskan–seadilnya hati dengarkan degup jantung, membelai darahmu, darahku, darah mereka, darah kita yang tak semudahnya tumpah hanya kerana
perbezaan – itulah kesemulajadian alam – berbagai ragam berbilang macam – bukanlah alasan untuk menghalalkan cemuh penghinaan apalagi tindak keganasan, jangan sekali-kali diselesaikan dengan pembunuhan, jauhlah peperangan yang melucah kehodohannya itu. Gunakanlah kecerdikan otak tunjuk kebijaksanaan tuntut perdamaian, bukan keperkasaan otot mencanakkan keangkuhan memperaga kejantanan,
Kepada engkau – kebenaran – di atas sana, di singgahsana kekuasaan dunia sementara, katakanlah dengan cinta pada semangat semesta dan lambaian pohon kelapa,
turunlah ke pantai, rasai matahari – pancaran cahaya dan haba api – bahang membakar dan sinar menyuluh, ralit melihat gerak air, berpijaklah di atas pasir lantas mendakap arus, memeluk gelombang, menyelam ke dalam lautan, dasarnya masih bertaut kasih.
16 Mac 2012 (tahun 2003, 16 Mac juga, Almarhumah Rachel Corrie dibunuh di Gaza)
Tmn Watan, Ampunk, Selangor Darul Ehsan.
Sunday, November 27, 2011
SS No.32: Luka ini cukup aneh

Luka ini cukup aneh, di dalam perut, di ulu hati, di rusuk menusuk, di dinding usus asid menghakis. Kesakitan semakin memudar, segala rasa aku berpuasa.
Engkau, nikmatilah ia, sedikit pedar, pahit, pedih, hadiahku.
Engkau, ayuh teruslah ketawa, bila lagi, inilah saatnya. Kepada yang gembira, tak ada sumpahan atau seranah, bukan pula maki-makian tetapi hanya kesyukuran, hujan akan membasuh segala, yang kunanti banjir itu membahagia. Luka ini memang cukup aneh.
Tuesday, September 13, 2011
SS No.31: "Merdeka Dengan Darah!"*
(apologia buat Ahmad Boestamam)
Darah siapa yang tumpah,
darah siapa disumpah?
Darah sesama saudara
penjajah pecah perintah.
Lihat jenazah Tok Janggut
digantung tubuh terbalik
diseret ke seluruh negeri
digantung berhari-hari.
Siapa jadi pengkhianat?
Siapa engkau berkhidmat?
Siapa jadi pembelot?
Siapa si talibarut?
Dan engkau masih berbangga,
merdeka tak tumpah darah
dan engkau masih memuja
sejarah fitnah penjajah!
Darah siapa yang tumpah,
darah siapa disumpah?
Darah sesama saudara
penjajah pecah perintah.
10/9/2011
3.23 ptg/ kuala lumpur
*sebuah puisi dengan judul pseudo, diangkat daripada Testamen Politik Angkatan Pemuda Insaf (API)
Darah siapa yang tumpah,
darah siapa disumpah?
Darah sesama saudara
penjajah pecah perintah.
Lihat jenazah Tok Janggut
digantung tubuh terbalik
diseret ke seluruh negeri
digantung berhari-hari.
Siapa jadi pengkhianat?
Siapa engkau berkhidmat?
Siapa jadi pembelot?
Siapa si talibarut?
Dan engkau masih berbangga,
merdeka tak tumpah darah
dan engkau masih memuja
sejarah fitnah penjajah!
Darah siapa yang tumpah,
darah siapa disumpah?
Darah sesama saudara
penjajah pecah perintah.
10/9/2011
3.23 ptg/ kuala lumpur
*sebuah puisi dengan judul pseudo, diangkat daripada Testamen Politik Angkatan Pemuda Insaf (API)
Monday, December 27, 2010
SS No. 30: Parasit yang jujur
aku adalah seekor parasit tulen, usia membuatku terunggul di daerah ini
aku melingkari tubuh-tubuh kenyang yang mungil, agar darah yang kuperah cukup merah dan manis.
opurtunis juga adalah aku
perumahku, adalah mereka yang dapat membuatkan
aku senang hati dan tertawa
tak perlu hak dan kebenaran
aku setia sekadarnya
aku jujur
tapi tidak sejujur-jujurnya.
1998-1999, bangsaT utama
aku melingkari tubuh-tubuh kenyang yang mungil, agar darah yang kuperah cukup merah dan manis.
opurtunis juga adalah aku
perumahku, adalah mereka yang dapat membuatkan
aku senang hati dan tertawa
tak perlu hak dan kebenaran
aku setia sekadarnya
aku jujur
tapi tidak sejujur-jujurnya.
1998-1999, bangsaT utama
Tuesday, December 14, 2010
SS No. 29: Sampah Seni 1
Sampah
buat mereka,
tapi anugerah buatku.
Kotor bagi mereka, namun suci murni bagiku.
Salah menurut mereka, tapi benar menurutku.
Sia-sia untuk mereka, namun cukup berguna untuk aku.
Aku tak dapat berjanji seperti ahli politik duritapi anugerah buatku.
Kotor bagi mereka, namun suci murni bagiku.
Salah menurut mereka, tapi benar menurutku.
Sia-sia untuk mereka, namun cukup berguna untuk aku.
Kaya pada mereka, tapi miskin padaku.
Hina di sisi mereka, namun mulia di sisiku.
Hina di sisi mereka, namun mulia di sisiku.
mengikrarkan manifesto budi,
atau
pedagang berjudi dan mencuri
dengan wang meng'akadkan
jual
beli.
Kata-kataku adalah khayalan
dan
aku
masih hidup dalam mimpi.
Ayuh
bermimpilah,
jernih
dan
bahagia.
keruh dan derita bahan buangan mereka itu,
harta yang amat berharga.
Sunday, November 7, 2010
SS No.29: Jangan Marah
tak usah terlalu cepat menyerah
pada lara kecewa dan duka
biarkan luka bertambah parah
berdarah sehingga kering tulang-tulang
sampai hancur dan mereput
saat itu baru akan datang kebahagiaan
seronok kegembiraan yang tersuruk
disebalik pahit kebusukan
pada senyuman manis bukan dari wajah
tapi hati yang tertawa
di langit dan bumi menangis
atas setiap degup nafasmu.
pada lara kecewa dan duka
biarkan luka bertambah parah
berdarah sehingga kering tulang-tulang
sampai hancur dan mereput
saat itu baru akan datang kebahagiaan
seronok kegembiraan yang tersuruk
disebalik pahit kebusukan
pada senyuman manis bukan dari wajah
tapi hati yang tertawa
di langit dan bumi menangis
atas setiap degup nafasmu.
Sunday, October 31, 2010
SS No.28:Szoerabaia Sehat (buat Arek2)
Monday, October 4, 2010
SS NO.27: Koya jatuh cinta lar pulak
Seluas langit laut aku melayang, hanyut berenang
secantik bulan penuh engkau terang, tidak berbayang
senyuman, manis bibir merkah itu
berangan aku mengimpikan keindahan.
hujan petang, kita menunggu datangnya bas
sama-sama kita menaikinya,
senyuman yang berbalas,
cuma sebentar memberi bekas,
engkau telahpun turun ke perhentian
dan aku meneruskan perjalanan
bersama ingatan warna-warni bajumu, khakis hitam,
hawa dingin dan abjad-abjad kata dari buku
tentang kehijauan.
jika ada waktu,
sekali lagi kalau kita bertemu
akan kutanya siapa nama dan akan kubuka selubungmu itu.
suatu petang di bulan September 2010.kuala lumpur
secantik bulan penuh engkau terang, tidak berbayang
senyuman, manis bibir merkah itu
berangan aku mengimpikan keindahan.
hujan petang, kita menunggu datangnya bas
sama-sama kita menaikinya,
senyuman yang berbalas,
cuma sebentar memberi bekas,
engkau telahpun turun ke perhentian
dan aku meneruskan perjalanan
bersama ingatan warna-warni bajumu, khakis hitam,
hawa dingin dan abjad-abjad kata dari buku
tentang kehijauan.
jika ada waktu,
sekali lagi kalau kita bertemu
akan kutanya siapa nama dan akan kubuka selubungmu itu.
suatu petang di bulan September 2010.kuala lumpur
Thursday, September 23, 2010
Magik masih belum padam
Damai hujan di luar,
di dalam kilang batu, berapi kota
betapa aman mendengar kebisingan lagu rayuan bergema
telah menjatuhkan hukuman
semanis diabetes,
sesedap kanser,
sekotor pertolongan,
sekejam persahabatan,
sesuci pengkhianatan,
ah sebegitu mulianya manusia,
untuk apa bersumpah setia
lalakkan saja gelak dan ketawalah selaknatnya,
yang meleleh tetap juga air mata
dan liur berbuih di laut janji.
dan kilang batu terkaku serta kota kembali sunyi,
api yang marak telah reda
seperti biasa, tanpa bising bergema merayu,
hanya tunggul tugu-tugu mencanak tak berkepala,
mendongak ke gelap langit, awanan asap berkepul-kepul
di bawahnya lahar bergerak dan merebak
bara-bara yang tersisa,
akan selalu siap untuk menyala!
= =
I was made to love magic...
I was born to love no one
No one to love me
Only the wind in the long green grass
The frost in a broken tree.
I was made to love magic
All its wonder to know
But you all lost that magic
Many many years ago.
I was born to use my eyes
Dream with the sun and the skies
To float away in a lifelong song
In the mist where melody flies.
I was made to love magic...
I was born to sail away
Into a land of forever
Not to be tied to an old stone grave
In your land of never.
I was made to love magic...
di dalam kilang batu, berapi kota
betapa aman mendengar kebisingan lagu rayuan bergema
nyanyian rancangan cinta,
tapi keputusan telah dibuat mahkamah bertugu tunggul
dan hakim-hakim berkepala palsutelah menjatuhkan hukuman
semanis diabetes,
sesedap kanser,
sekotor pertolongan,
sekejam persahabatan,
sesuci pengkhianatan,
ah sebegitu mulianya manusia,
untuk apa bersumpah setia
lalakkan saja gelak dan ketawalah selaknatnya,
yang meleleh tetap juga air mata
dan liur berbuih di laut janji.
Apa kau masih lagi punya rancangan itu?
Meski hujan telahpun berhenti,dan kilang batu terkaku serta kota kembali sunyi,
api yang marak telah reda
membakar
tanpa kata - tanpa tindak - tanpa suaraseperti biasa, tanpa bising bergema merayu,
hanya tunggul tugu-tugu mencanak tak berkepala,
mendongak ke gelap langit, awanan asap berkepul-kepul
di bawahnya lahar bergerak dan merebak
bara-bara yang tersisa,
akan selalu siap untuk menyala!
= =
I was made to love magic...
Songwriters: Nick Drake, Nicholas Rodney
I was born to love no one
No one to love me
Only the wind in the long green grass
The frost in a broken tree.
I was made to love magic
All its wonder to know
But you all lost that magic
Many many years ago.
I was born to use my eyes
Dream with the sun and the skies
To float away in a lifelong song
In the mist where melody flies.
I was made to love magic...
I was born to sail away
Into a land of forever
Not to be tied to an old stone grave
In your land of never.
I was made to love magic...
Subscribe to:
Posts (Atom)