Portugis menjajah Melaka, membangun kota A'Famosa daripada batu2 runtuhan kota dan istana Melaka, makam-makam dan nesan-nesan perkuburan Melaka. Mengaut kekayaan hasil galian, terutamanya emas dan pelabuhan jalan perdagangan rempah ratus.
Belanda menjajah Melaka, juga mengaut hasil bumi dan hasil pelabuhan jalan perdagangan Selat Melaka.
Inggeris menjajah Tanah Melayu dan mengaut hasil bumi, terutamanya bijih timah dan getah.
Jepun menjajah Tanah Melayu dan menjadikan rakyat di sini sebagai buruh paksa, selain cerita2 seksaan yang terlalu banyak hikayatnya.
Apabila 'Merdeka' yang dibenci adalah para pejuang kemerdekaan yang dimomokkkan sebagai golongan kiri/ komunis (dituduh tiada agama) yang kununnya mahu menubuhkan negara komunis naungan Komunis China.
setelah 'Merdeka' segala kekejaman kuasa penjajah Barat Portugis/ Belanda/ Inggeris beserta Jepun dari Asia telah 'kita' maafkan. bukan sahaja 'kita' memaafkan keganasan para penjajah ini, tetapi 'kita' sebagai bangsa (nation bukan race) yang kununnya berjiwa besar malahan mengagung-agungkan mereka. misalnya dengan Dasar Pandang Ke Timur. yalah, yang dipancung Jepun tu ibu ayah nenek moyang 'kita'. kini setelah merdeka segalanya berubah. 'kita' maju bergerak ke hadapan, memaafkan tapi tidak lupa, biasalah kadang-kadang 'kita' terlupa.
pada tahun 1974, Tun Razak menjalinkan hubungan diplomatik dengan kerajaan Komunis China.
pada bulan Ogos tahun 2010, Najib Razak pula menjalinkan hubungan yang lebih mesra dengan Komunis China, apabila parti Umno menandatangani perjanjian persefahaman dengan Parti Komunis China.
Apa yang terjadi tidak lama dulu itu adalah perang saudara yang berlarutan lebih 40tahun, sesama sebangsa setanah Melayu, seMalaya, kemudian seMalaysia, angkara siapa?
tahun 1989 telahpun ditandatangani Perjanjian Damai. Perang memang kejam dan ganas dengan korban jiwa raga, nyawa dan harta benda. begitulah kejamnya peperangan, di mana-manapun darah tumpah dan keganasan berleluasa. perang menjadi kelanjutan politik.
negeri Pahang juga pernah berperang saudara, 1857-1863M. begitu juga perang saudara Selangor atau
Perang Kelang yang berlaku dari tahun 1867 ke 1874.
tapi sejarah kuno perang saudara ini tidak perlulah 'kita' bawa ke tahun 2011 ini.
'kita' belajar dari sejarah, agar tidak mengulanginya lagi dan lagi dan lagi. ianya pengajaran kepada kita semua, untuk hari ini dan masa2 mendatang.
No comments:
Post a Comment