Tuesday, June 28, 2011

sokong BERSIH 2.0!!!9 JULAI 2011



PUISI PAK A.SAMAD SAID:

Unggun-bersih

Semakin lara kita didera bara -
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita - demokrasi luka;
lama duka kita - demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!

Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.

Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.



The Bersih Fire
(translation)

As the coals that molest us rage higher
we shout still the message of Merdeka
for democracy as bright as the sun
as pure as dignity our purpose is one

Deep is our worry - as democracy's wounds
long is our sadness - as democracy's woes
at arrogant democracy we scorn
for a strong free voice we dream

Two centuries ago Sam Adams decreed
in Boston was tea poured into blue seas
no need for riotous shouts full of ire
only for a truly heartfelt fire

Alight now the sacred fire
spread afar raging higher.

Monday, May 9, 2011

Tahniah, Misi Ketenteraan Malaysia ke Afghanistan

Sebagai rakyat Malaysia, kita rasa berbesar hati dan bersyukur atas kepercayaan tentera AS dan pihak Nato yang memberi mandat untuk Malaysia menjadi pasukan ke 47 ikut serta menyumbang di dalam International Security Assistance Force, atau pasukan yang ke 19 ikut terlibat di kalangan negara bukan Nato.
klik pautan:
http://www.isaf.nato.int/troop-numbers-and-contributions/malaysia/index.php

Zaman retorika pentadbiran Malaysia sebagai wira dunia ketiga yang galak melaungkan slogan2 anti penjajahan Amerika Syarikat (AS) atau anti kepada perang AS melawan 'terrorisme' di Afghanistan telah lama berakhir.

Diharapkan misi kontijen Malaysia yang kedua kali ini akan berjaya dalam membantu membangunkan semula Afghanistan, dan mana tahu, secara senyap-senyap misi ketenteraan Malaysia di Afghanistan ini dapat membantu melawan kekejaman tentera US-Nato yang menakhluk Afghanistan.

klik pautan:
http://www.nst.com.my/articles/Osama_sdeathwilnotcausewar_JointForcesCommander/Article/

Saturday, May 7, 2011

Gambar Jenayah Perang Tentera Amerika Syarikat di Afghanistan

Entri blog ini merupakan olahan semula laporan dari Majalah The Rolling Stone (March 27, 2011) berjudul "The Kill Team: How U.S. Soldiers in Afghanistan Murdered Innocent Civilians, Plus: An exclusive look at the war crime images the Pentagon tried to censor."
[Pasukan Pembunuh: Bagaimana Tentera Amerika Syarikat (AS) Membunuh Warga Awam Yang Tidak bersalah, Tambahan: Pemerhatian khas gambar-gambar jenayah perang yang cuba ditutup Pentagon].

Untuk cerita lebih lanjut dan gambar-gambar yang lebih banyak lagi, sila klik ke pautan:

http://www.rollingstone.com/politics/news/the-kill-team-20110327

http://www.rollingstone.com/politics/photos/the-kill-team-photos-20110327

Amaran: Untuk melihat gambar2 dibawah, diperlukan pertimbangan fikiran, kerana ia mengandungi imej melampau kematian yang cukup kejam sekali:


Dalam banyak gambar2 yang dirakamkan 'Pasukan Pembunuh' tersebut, terdapat imej-imej kejadian pembunuhan yang tidak dapat dikenalpasti, termasuk gambar kepala yang dipenggal ini. Tidak jelas apakah ia tubuh orang Awam atau Taliban. Boleh jadi ia tidak melibatkan askar A.S. Namun untuk merakam dan menyebar serta berkongsi dengan orang lain, merupakan pelanggaran piawaian ketenteraan.

"Gambar petani yang tidak bersalah yang dibunuh. Menjadi amalan biasa, selepas membunuh, mayatnya diheret ke tepi lebuhraya."
-Sumber dalaman tentera A.S

Perhatikan jejari kanan kanak-kanak ini kelihatan telah terputus. Askar U.S, Staff Sgt. Calvin Gibbs dilaporkan menggunakan pisau tajam perubatan untuk memotong jari Mudin (kanak-kanak orang awam yang menjadi mangsa jenayah perang tersebut). Jari Mudin itu, diambil Calvin Gibbs sebagai trofi untuk membunuh orang Afghan pertama.

Friday, April 29, 2011

Buku Sengsara Kem Kamunting


Salam sejahtera,

Dengan anjuran bersama Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan Civil Rights Committee, KL & Selangor Chinese Assembly Hall (CRC), Strategic Information and Research Development Centre (SIRD) akan melancarkan buku Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor kawasan Hulu Kelang YB Saari Sungib, yang bertajuk Sengsara Kem Kamunting: Kisah Hidup dalam Penjara ISA. Dijemput semua teman dan pelanggan untuk hadir ke majlis pelancaran bagi memeriahkan lagi majlis tersebut di samping melibatkan diri dalam diskusi ‘Siapa di belakang ISA?’

Tarikh : Selasa, 3hb Mei 2011
Masa : 7.30mlm – 10.30mlm
Tempat: Dewan Seminar Tingkat 2, KL & Selangor Chinese Assembly Hall,

No.1, Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur. (Sebelah Stesen Monorail Maharajelela)

Program
- Kata-kata aluan GMI
- Ucapan oleh Pengulas Buku YB Chang Lih Kang (ADUN Perak kawasan Teja)
- Pelancaran Rasmi dan Penyampaian Cenderamata

Diskusi Panelis: Siapa di belakang ISA?

Ahli Panel: 1) S. Arutchelvan (Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia, PSM)

2) Hishamuddin Rais (Aktivis Sosial, Seni dan Penulis)

3) YB Nurul Izaah Anwar (Ahli Parlimen Lembah Pantai, KL)


Penjualan buku dan tandatangan.

Sengsara Kem Kamunting ditulis menurut getaran hati dan denyutan perasaan Saari sebagai seorang yang telah dibebaskan daripada penahanan akta kejam ISA. Buku ini merakamkan imbauan pengalaman penulis dan rakan-rakan bagi tahun pertama ditahan ISA, iaitu dari April 2001 hingga April 2002. Ia mengenang apa yang dilalui semasa berada di bawah tahanan SB selama dua bulan sebelum penulis dihantar ke Kem Kamunting. Penulis berkongsi perihal apa yang dilalui, dirasai, direnungi dan pengalaman-pengalaman orang lain yang dihayati, khususnya pengalaman mereka yang melalui nasib sama dipenjarakan atas motif politik. Ia merakamkan dengan terperinci pengalaman penulis dan rakan-rakan melancarkan mogok lapar sempena tahun pertama ditahan di bawah ISA. Buku ini tamat sebaik sahaja ia mengkisahkan bagaimana kempen mogok lapar berakhir.



Sebarang persoalan sila hubungi Chong Ton Sin 016-379 7231 @ SK Chua 019-352 3864 @ Cik Nalini 019-375 8912 @ Secreatariat GMI or 03-7784 3525
Tolong sebarkan jemputan ini kepada rakan-rakan anda!

Thursday, April 28, 2011

Sunday, April 24, 2011

Hafiz حافظ Ghazal 417:Kesakitan ini, siapa yang akan pernah tahu?


Selamanya keriangan adalah hadiahku
Dengan anggur keinginan itu
Syukur Tuhan memberi kurniaan
Apa yang aku perlu dan idamkan

Wahai nasib yang tak terduga
Rangkullah aku seperti pasanganmu
Terkadang cawan dan pinggan emas
Terkadang anggur didapatkan

Mabuk dan gila adalah permainanku
Inilah nama dan kemasyhuranku
Orang-orang Tua Yang Tidak Bijak akan menyalahkan
juga Para Pemimpin untuk disewa itu.

Dari pertapa dan si warak
Lantang aku bertaubat dan berteriak
Karya-karya si alim yang ragu
"Tuhan melarang!"adalah paduan suaraku

Wahai jiwa, apa yang dapat aku katakan
Rasa sakitnya berjauhan?
Mataku bergenang tangisan
dan jiwaku sedang terbakar

Kepada mereka yang ragu ia tak akan ditunjukkan
Kesakitan ini, siapa yang akan pernah tahu?
Pohon cemara akan lama untuk tumbuh
Wajahmu ilham rembulan

Merindukan bibirmu
Ada Hafiz dalam genggamannya
Lupakan petua-petua sekolah-malam
Dan doa tukang canang di waktu pagi.

http://www.hafizonlove.com/divan/09/417.htm

Forever joy is my prize
With the wine of desire
Thankfully God gratifies
What I wish or require

O unpredictable fate
Embrace me like your mate
Sometimes golden cup and plate
Sometimes wine acquire

Drunk and insane is my game
It is my name and my fame
Unwise Elders will blame
And the Leaders for hire

From the recluse and devout
Loudly I repent and shout
The works of the pious doubt
"God forbid!" is my choir

O soul what can I say
Of pain of being away?
My eyes tearfully play
And my soul is on fire

To doubters it will not show
Such pain, who'll ever know?
The spruce will long to grow
Your face the moon inspire

Longing for your lips
Has Hafiz in its grips
Forget the night-school's tips
And prayers of morning crier

© Shahriar Shahriari
Los Angeles, Ca
January 21, 2000

Sunday, April 17, 2011

Jenayah lampau Inggeris di Batang Kali


(gambar dari akhbar The Guardian UK)
masa lalu dan kini yang masih gelap. pendedahan terbaru dokumen rasmi di UK membuka cerita jenayah pembunuhan tentera Inggeris ke atas rakyat Malaya:
http://www.guardian.co.uk/world/2011/apr/09/malaya-massacre-villagers-coverup