
Salam sejahtera,
Dengan anjuran bersama Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan Civil Rights Committee, KL & Selangor Chinese Assembly Hall (CRC), Strategic Information and Research Development Centre (SIRD) akan melancarkan buku Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor kawasan Hulu Kelang YB Saari Sungib, yang bertajuk Sengsara Kem Kamunting: Kisah Hidup dalam Penjara ISA. Dijemput semua teman dan pelanggan untuk hadir ke majlis pelancaran bagi memeriahkan lagi majlis tersebut di samping melibatkan diri dalam diskusi ‘Siapa di belakang ISA?’
Tarikh : Selasa, 3hb Mei 2011
Masa : 7.30mlm – 10.30mlm
Tempat: Dewan Seminar Tingkat 2, KL & Selangor Chinese Assembly Hall,
No.1, Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur. (Sebelah Stesen Monorail Maharajelela)
Program
- Kata-kata aluan GMI
- Ucapan oleh Pengulas Buku YB Chang Lih Kang (ADUN Perak kawasan Teja)
- Pelancaran Rasmi dan Penyampaian Cenderamata
Diskusi Panelis: Siapa di belakang ISA?
Ahli Panel: 1) S. Arutchelvan (Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia, PSM)
2) Hishamuddin Rais (Aktivis Sosial, Seni dan Penulis)
3) YB Nurul Izaah Anwar (Ahli Parlimen Lembah Pantai, KL)
Penjualan buku dan tandatangan.
Sengsara Kem Kamunting ditulis menurut getaran hati dan denyutan perasaan Saari sebagai seorang yang telah dibebaskan daripada penahanan akta kejam ISA. Buku ini merakamkan imbauan pengalaman penulis dan rakan-rakan bagi tahun pertama ditahan ISA, iaitu dari April 2001 hingga April 2002. Ia mengenang apa yang dilalui semasa berada di bawah tahanan SB selama dua bulan sebelum penulis dihantar ke Kem Kamunting. Penulis berkongsi perihal apa yang dilalui, dirasai, direnungi dan pengalaman-pengalaman orang lain yang dihayati, khususnya pengalaman mereka yang melalui nasib sama dipenjarakan atas motif politik. Ia merakamkan dengan terperinci pengalaman penulis dan rakan-rakan melancarkan mogok lapar sempena tahun pertama ditahan di bawah ISA. Buku ini tamat sebaik sahaja ia mengkisahkan bagaimana kempen mogok lapar berakhir.
Sebarang persoalan sila hubungi Chong Ton Sin 016-379 7231 @ SK Chua 019-352 3864 @ Cik Nalini 019-375 8912 @ Secreatariat GMI or 03-7784 3525
Tolong sebarkan jemputan ini kepada rakan-rakan anda!

Pasal mickey mouse ini membuat aku terkenang masa dulu2 ketika aku duduk di Melbourne, Australia. Ada seorang kawan di sana, dia ni sangat2 anti mickey mouse. Aku masa tu tak peduli pun mickey mouse ni, tak ambil pot.
Aku suka road runner!
Marah budak tu. Terpinga-pinga aku. Jadi dia pun terangkanlah apa yang tersirat di sebalik kartun2 itu. Panjang cerita dia tu, satu malam menerangkan pada aku bab2 politikal-ekonomi.
Dipendekkan cerita, bahawasanya, mickey mouse itu simbol, ikon dan projeksi imperilisme budaya Amerika Syarikat ke seluruh dunia. Ia lambang ketuanan kapitalis-monopoli Amerika. Budak anti-imperialis Amerika ini Orang Putih Australia. Orang pompuan pelajar universiti. Namanya Tess.
Berbalik kepada cetakan baju-t yang berwajah Mao, semua tahu Mao Ze Dong ini Pengerusi Parti Komunis Cina yang telah menumpaskan kekuasaan nasionalis Kaomintang di Tiongkok. Semenjak itu (1949) komunis yang diketuai oleh Mao memerintah Cina.
Pelik bin heran mengapa pula dan apa kena mengenanya Jabatan Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran dengan imej mickey mao ini???
Apakah kerana imej suci komunisme Mao dicemarkan?
atau
Apakah kerana kesucian ikon budaya imperialis Amerika dipersendakan?
atau
Apakah Jabatan Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran bertindak melulu dan bodoh?
Mereka tidak ada wacana, tidak ada logik dan rasional. Bila tengok sesuatu, rasa tak senang, rampas aje!
Haram! Haram! Haram!