Zinn dikenali sebagai antara orang terawal yang menentang perang Vietnam. Dia seorang sejarawan yang sentiasa mencabar status quo. Bukunya, A people history of United States of America melihat sejarah A.S dari sudut kiri. Zinn menganggap Christopher Columbus dan gerombolannya itu telah melakukan genocide (pembunuhan yang melenyapkan suatu bangsa atau kaum). Sejarah A.S menurut Zinn adalah sejarah orang-orang kecil, bukannya sejarah para presidennya dari Andrew Jackson hinggalah ke Franklin Rooseevelt. Zinn melihat sejarah A.S sebagai sejarah perlawanan perhambaan, hak orang asal Red Indian, watak-watak kaum buruh, gerakan hak2 sivil dan politik warga A.S, feminis dan wira2 perlawanan anti perang.
Zinn, seorang Yahudi yang jelas pendirian Anti Israel dan Anti Zionisnya. Sebab itulah kita di Malaysia ini tidak boleh melihat konflik Palestin dan Israel sebagai konflik bangsa Arab dan Yahudi atau perseteruan Islam dan bukan Islam.
Hampir keseluruhan karya2 akademiknya, wawancara, tulisan atau syarahannya (nak tahu lebih lanjut sila google) mengkritik pentabiran A.S sebagai empayar, industri perang Amerika dan dasar imperialisme A.S sejak dari Vietnam, Panama, Granada, Palestin hinggalah ke Afghanistan dan Iraq.
Howard Zinn meninggal dunia dalam usia 87 tahun.
"Even when we don't "win," there is fun and fulfillment in the fact that we have been involved, with other good people, in something worthwhile. We need hope. .....To be hopeful in bad times is not just foolishly romantic. It is based on the fact that human history is a history not only of cruelty but also of compassion, sacrifice, courage, kindness."
(The Optimism of Uncertainty By Howard Zinn, September 2, 2004)
"Meski kita tidak 'menang,' kita masih punya ria kegembiraan dan hasrat yang terkabul, pada hakikatnya kita telah bersama-sama dengan orang2 baik lainnya, melakukan sesuatu yang cukup bermakna. Kita perlukan harapan. Untuk memiliki harapan pada waktu sebegini teruk, bukanlah hanya sekadar romantika tolol. Ia berasaskan fakta sejarah bahawa sejarah manusia bukanlah hanya sejarah kekejaman tetapi juga sejarah belas kasihan, pengorbanan, keberanian dan mulia kebaikan."
[ini kata2 Howard Zinn yang mengingatkan aku pada ungkapan intelektual Indonesia Arief Budiman (sila google), "when you fight, you must have fun, because if u lose at least you have fun." - kalau berjuang mestilah ria bergembira, kerana kalau kalah paling kurang merasa riang ria.]
ss: petikan kata2 dlm bahasa Inggeris diterjemahkan secara sembarangan oleh aku.
belasungkawa buat Howard Zinn ... askar seangkatannya tinggal Noam Chomsky? Terkenang lirik daripada sebuah lagu "tribute" Pearl Jam "Down" kepada Howard Zinn - "... you cant' be neutral on a moving train ..."
ReplyDeleteSebenarnya amat lumrah bagi manusia dalam apa-apa `bangsa' (kiranya konsept ini laku dalam sains)untuk mempunyai pendapat-pendapat lain atau bertentangan. Mitos `bangsa' ini hanya 1 khanyalan politik untuk memberi kuasa kepada jaguh `bangsa' sahaja.
ReplyDeleteOng BK
Belangsungkawa untuk Howard Zinn dan JD Salinger.
ReplyDeletesemoga rohnya dicucuri rahmat
ReplyDelete