Empayar pemerintahan penjajah inggeris telah mengisytiharkan simpati dan sokongan tak berbelah bagi untuk menubuhkan sebuah negara zionis israel di atas tanah Palestin, pada 2 November 1917. Ia dikenali dengan nama pengisytiharan Balfour.
Jadi janganlah ingat penjajah inggeris ini seperti malaikat baiknya di bumi tanah Melayu dahulu. Janganlah pula membela penjajah inggeris yang jelas – terang –kejahatannya. Salah satu daripada ribuan malapetaka warisan empayar inggeris adalah penubuhan negara israel di Palestin dulu. Tolonglah, buat apa berkorban nyawa jiwa raga, harta benda dan tanah air kepada penjajah inggeris ini. Mendokong agenda penjajahan inggeris – termasuk penubuhan negara israel itu – bukanlah pengorbanan, tetapi kebebalan hasil penipuan penjajah. Tidak cukup lagikah penipuan dan fitnah-fitnah penjajah itu? Telah lebih 50 tahun dipertahankan fitnah inggeris itu, berapa lama lagi hendak ditipu, siapa yang menipu dan siapa yang akhirnya tertipu?
Benar inggeris memberikan Malaya merdeka, tetapi syarikat-syarikat inggeris – ladang, bijih timah- di tanah Melayu tidak dimilik negarakan. Tenteranya masih lagi di sini, dan ramai pegawai atasan kerajaan masih lagi orang inggeris. Malah syarikat perladangan seperti Sime Darby, perlu dibeli semula daripada inggeris. Rumah api di Pulau Pisangpun masih dalam pentadbiran Singapore Port Authority (jajahan inggeris) pada 31 Ogos 1957, sehinggalah sekarang ini.
Tahun 1948, di tanah Melayu, inggeris tidak mengisytiharkan perang, tetapi darurat. Memang bijak. Kerana dengan itu pelaburan dan harta-benda ‘milik’ Inggeris yang rosak atau musnah boleh mendapat tuntutan insurans. Maka difitnahkanlah, perang rakyat untuk kemerdekaan sebagai keganasan. Ramai juga yang terpedaya, ditipu hidup-hidup dengan fitnah inggeris, malah berjuang bermati-matian untuk inggeris. Mereka ditipu inggeris, sehinggalah ke hari ini. Tetapi ramai juga, pada waktu itu yang melawan fitnah inggeris, berjuang dengan cara mengangkat senjata. Misalnya, Serikandi Lubuk Kawah, Almarhumah Aminah Bakar (Mak Minah), bekas ketua Angkatan Wanita Sedar (AWAS) Pahang. Mak Minah kemudiannya ditangkap inggeris, dan terpaksa melalui hukuman 10 tahun penjara dengan kerja berat. Ribuan dipenjara dengan kerja berat, dihukum gantung, dibuang negeri atau gugur di hutan melawan penjajah. Begitu besar pengorbanan ribuan pejuang kemerdekaan ini. Namun tugu negara, mencatatkan ramai nama-nama tentera ‘wira’ inggeris.
Sekarang 2011, bagaimana Pulau Pisang, di Pontian, Johor? Singapura sehingga sekarang, melalui Singapore Port Authority (dan juga tenteranya) masih mentadbir kununnya hanya rumah api di pulau itu. Tapi sampai ke jetinya juga. Kununnya, inilah hasil perjanjian inggeris dulu, pada tahun 190o. Setelah ‘merdeka’ kunun hanya ‘rumah api’ Pulau Pisang itu tetaplah dibawah ‘kelolaan’ Singapore Port Authority. Apakah perkhidmatan rumah api ini dikenakan bayaran kepada kapal-kapal pedagang yang lalu-lalang? Ke mana pergi hasilnya?
Pulau Batu Puteh, didapatkan Singapura atas alasan mengimarahkan pulau itu dengan rumah apinya. Bagaimana pula nanti jika Singapura menuntut Pulau Pisang dengan alasan yang sama, apatah lagi didokong dengan penjanjian negeri-negeri selat yang meskipun setelah merdeka, masih lagi dimuliakan kerajaan UMNO-United Myanmar Nepal National (Zionis Apco) Organization. Kunun katanya Singapura sekarang ini memperakui Pulau Pisang adalah wilayah Malaysia. inggeris pun pernah membuat janji palsu, menipu para pemimpin Arab, meruntuhkan empayar Uthmaniah. Maka setelah perang dunia kedua tertubuhlah Pentadbiran Mandat inggeris di Palestin. Melalui pentadbiran mandat inggeris ini, ratusan ribu orang-orang yahudi zionis, terutamanya dari rusia dan eropah timur didatangkan berhijrah ke palestin.
Henry Gurney yang diangkat sebagai hero kemerdekaan Malaya oleh UMNO-United Myanmar Nepal National (Zionis Apco) Organization itu merupakan Ketua Setiausaha Negara kepada Pentadbiran Mandat inggeris, sebelum zionis Israel mengisytiharkan kemerdekaan mereka daripada Palestin. Tapi sejak seawal pengisytiharan Balfour lagi, telah jelas maksud dan cita-cita empayar inggeris pada waktu itu – penubuhan negara zionis israel.
Apa nak heran, pulau Singapura itupun anugerah UMNO-United Myanmar Nepal National (Zionis Apco) Organization kepada Yang Mulia Lee Kuan Yew. Jadi, tidaklah menghairankan apabila tanah KTM membelah pulau Singapura, dari Woodland sehingga ke pelabuhan Tanjong Pagar, kini sudah terlepas. Suatu kebimbangan yang amat berasas, inilah malapetaka masa depan Malaysia anugerah UMNO-United Myanmar Nepal National (Zionis Apco) Organization, saat laluan selatan Selat Melaka bakal dikuasai Singapura melalui Pulau Pisang. Di darat pula ada wilayah komersil yang perlu dijaga, kununnya. Seperti peristiwa terlepasnya pulau Singapura dan Pulau Batu Puteh, salah siapa lagi kalau bukan kepimpinan UMNO-United Myanmar Nepal National (Zionis Apco) Organization yang wajib dipertanggungjawabkan.
UMNO-United Myanmar Nepal National (Zionis Apco) Organization, jelas gagal mempertahankan warisan harta kekayaan negara, memelihara sumber alam dan menjaga kepentingan tanah air, sejak kununnya merdeka, meski ia cuma sebuah rumah api di ‘republik’ Pulau Pisang. Secara teknikalnya, kita merdeka, tetapi masih terus dijajah. Sampai bila? Dulu, kini dan apakah selama-lamanya kita akan terus dijajah UMNO-United Myanmar Nepal National (Zionis Apco) Organization ini?