Sunday, November 27, 2011

SS No.32: Luka ini cukup aneh


Luka ini cukup aneh, di dalam perut, di ulu hati, di rusuk menusuk, di dinding usus asid menghakis. Kesakitan semakin memudar, segala rasa aku berpuasa.

Engkau, nikmatilah ia, sedikit pedar, pahit, pedih, hadiahku.

Engkau, ayuh teruslah ketawa, bila lagi, inilah saatnya. Kepada yang gembira, tak ada sumpahan atau seranah, bukan pula maki-makian tetapi hanya kesyukuran, hujan akan membasuh segala, yang kunanti banjir itu membahagia. Luka ini memang cukup aneh.

5 comments:

  1. luka apa tu mat? bahaya nampaknya

    ReplyDelete
  2. semoga cepat sembuh rahmat.

    Ed

    ReplyDelete
  3. harap tidak serius sakitnya,
    semoga cepat sembuh..

    ReplyDelete
  4. semoga abang rahmat akan sembuh dengan diet mu yang special tanpa tumbuhan berdaun...

    ReplyDelete
  5. ramat. untuk neutralkan asid perut selain ubat2 doktor juga boleh gunakan air alkali. sangat disyorkan. air zam-zam sangat memantu mat sebab banyak alkali.

    ReplyDelete