di mana-mana inilah beritanya:
"NIZAR DAN 4 MP DIGANTUNG PARLIMEN, Lima ahli parlimen, termasuk Nizar Jamaluddin yang baru mengangkat sumpah pagi ini, diperintah meninggalkan Dewan Rakyat selepas mendesak DUN Perak dibubarkan. Selain Mohammad Nizar, mereka yang mengalami nasib yang sama: Ngeh Khoo Ham (DAP-Beruas), Nga Kor Ming (DAP-Taiping), N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) and Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena)."
inilah namanya perpaduan! inilah ertinya rundingan!
perjuangan di Perak adalah perjuangan PEmbebasan RAKyat dari belenggu kezaliman, haloba kerakusan kuasa membolot harta. Perak adalah kesatuan semangat rakyat yg luas, kukuh dan padu melangkaui tuntutan parti-parti politik Pakatan Rakyat atau gerombolan Umno-Bangsat Nasional. tuntutan yg mudah, adil, waras, wajar dan menjadi wajib - bubarkan DUN Perak dan diadakan pilihanraya kecil yg bebas bersih dan adil - biarkan rakyat memilih. kembalikan demokrasi dalam erti kata kekuasaan rakyat.
tuntutan ini, bukan saja lahir dari suara2 pembangkang malahan badan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam). suara2 tua yg mula terlepas kuasa kediktatorannya seperti Dr. Mahathir dan Kadeer Jasin juga membuat kenyataan yg kununnya sama apa nama BUBARKAN DUN PERAK!!!
Showing posts with label DUN Perak. Show all posts
Showing posts with label DUN Perak. Show all posts
Monday, June 15, 2009
Thursday, June 4, 2009
Performans lagi

kemarin aku melayari blog Cik Puspa, peguam muda yg sedang mekar harum namanya dalam bidang aktivisme hak asasi manusia sekarang ini. aku terlihat gambar yg diambil Afzan.
ini satu lagi performans. kumpulan 1BLACK MALAYSIA pada hari penamaan calon DUN Penanti yg lalu.
biarpun ya, seperti selalu ianya akan disebut klise, tapi bantahan kini tidak lagi hadir dengan ungkapan laungan slogan atau seruan ucapan semata-mata. disiplin seni visual dan performans kini mengakar sebagai saranan meluahkan isu kerusi speaker DUN Perak. syabas!!
Label:
1Black Malaysia,
DUN Perak,
Penanti,
puspa
Saturday, May 23, 2009
Saturday, May 16, 2009
Satu lagi performans

terima kasih pada
plaster - tersekat, disekat suaranya, di belakang seorang arca tak bernama ini ada papan tanda gambar Sultan dan Sultanah Perak.
ya, tanpa kesedaran perlakuan dirinya adalah kejadian kesenian, dia telahpun melakukan seni performans. agaknya, tanpa kesedaran menjadi seniman dia telah mengeluarkan suatu bentuk kesenian tampak bukan benda atau bukan halus atau bukan seni plastik - prosedur, bahan, cara menjadi objek seni (barangkali boleh jadi foto dan video juga). Untuk para seniman profesional bukankah ini sampah seni - yang hebat sebenarnya - yang klise, alah ini kalau senipun, seni propaganda, berlambak-lambak orang dah buat dah, buat apa tercegat macam orang gila, hah gilalah tu? Tetapi menurut SS, seorang arca hidup tak bernama ini telah melakukan tugas nuraninya. Biarpun mungkin dari segi sejarah seni rasmi, dia akan dianggap bukan yang pertama dan bukan yang terkini. Bagus juga kalau dia melakukan performans ini tanpa niat seni yang sepenuhnya muluk atau tanpa rujukan. Kita telah melihat, menyaksikan, merekod atau cuba membaca seni yang hidup sebenarnya - di waktu berlaku kejadian itu, kita melihat tindak balas sang seniman tak bernama pada lingkungan persekitarannya. Benar, dia bukan benda. Dia seni yang hidup.
tapi sekarang bagus juga Zambry jadi MB sampai pilihanraya ke 13 nanti. barulah.......
Friday, May 8, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)
mat, ini juga masuk kategori seni perfomans?
http://anilnetto.com/malaysian-politics/who-was-that-taped-man/