Saturday, May 16, 2009

Satu lagi performans


terima kasih pada
guru besar haneem kaydeen yang berkata...

mat, ini juga masuk kategori seni perfomans?

http://anilnetto.com/malaysian-politics/who-was-that-taped-man/

untuk SS ini seni tampak performans - dia menampakkan rupanya sebagai arca yang hidup dalam suatu kejadian bantahan yang dirancangnya atas desakan untuk pembubaran DUN Perak, memulihkan demokrasi dengan diadakan pilihanraya. Dari hukum rangka foto, video atau filem ada disebut konsep Mis-en-scene. yang disebut “meezonsen”. Ternampak seorang acra, memasangkan tubuhnya dengan bendera negeri Perak Darul Ridzuan, di mulut tertampal plaster - tersekat, disekat suaranya, di belakang seorang arca tak bernama ini ada papan tanda gambar Sultan dan Sultanah Perak.

ya, tanpa kesedaran perlakuan dirinya adalah kejadian kesenian, dia telahpun melakukan seni performans. agaknya, tanpa kesedaran menjadi seniman dia telah mengeluarkan suatu bentuk kesenian tampak bukan benda atau bukan halus atau bukan seni plastik - prosedur, bahan, cara menjadi objek seni (barangkali boleh jadi foto dan video juga). Untuk para seniman profesional bukankah ini sampah seni - yang hebat sebenarnya - yang klise, alah ini kalau senipun, seni propaganda, berlambak-lambak orang dah buat dah, buat apa tercegat macam orang gila, hah gilalah tu? Tetapi menurut SS, seorang arca hidup tak bernama ini telah melakukan tugas nuraninya. Biarpun mungkin dari segi sejarah seni rasmi, dia akan dianggap bukan yang pertama dan bukan yang terkini. Bagus juga kalau dia melakukan performans ini tanpa niat seni yang sepenuhnya muluk atau tanpa rujukan. Kita telah melihat, menyaksikan, merekod atau cuba membaca seni yang hidup sebenarnya - di waktu berlaku kejadian itu, kita melihat tindak balas sang seniman tak bernama pada lingkungan persekitarannya. Benar, dia bukan benda. Dia seni yang hidup.

tapi sekarang bagus juga Zambry jadi MB sampai pilihanraya ke 13 nanti. barulah.......

5 comments:

  1. Kau meluaskan makna seni. Terima Kasih saudara Rahmat. Aku fikir di tempat kita di sini orang sering sempitkan seni. Tapi seni itu meliputi semua yang ada. betul tak saudara?

    ReplyDelete
  2. betul tu, lu meluaskan makna seni. baru terbuka mata gua ni, hahaha..

    oh pasal zambry, bagusnya sampai PRU ke-13 ni sebabnya barulah kita boleh tengok timun gelek durian sampai durian kecut batu pelir. heh!

    harap-harapnya.

    ReplyDelete
  3. Danielle, aku cuma nak tahu tujuan menyempitkan makna seni iti. Apakah kerana tidak mahu semua org menjadi seniman?

    masalah seni di Malaysia kerana kurang penghargaan dan kefahaman ttg seni itu sendiri. aku fikir kalau semua org berfikir misalnya, setiap hari menghadap cermin, menyolek muka, atau menyikat rambut, atau memilih baju adalah kegiatan seni sehari-hari. memasak juga seni. barulah org ramai juga boleh fhm seni2 yg tinggi2 spt seni konseptual misalnya.

    ReplyDelete