terbaca berita - PENA: Penentangan PPSMI tidak bermotif politik dari
Malaysiakini.com/bmMacam mana pulak perjuangan anti PPSMI bukan bermotifkan politik? Tak fahamlah bang? Iyalah, aku ni adik2 ajer. Suatu dasar yang digubal atas tujuan politik kekuasaan untuk merebut ekonomi hartanya yang berjumlah RM 5 bilion itu. Suatu dasar yang digubal oleh sebuah parti politik Melayu palsu - United Malays National Organization - yang tidak setulen semangat Parti Kebangsaaan Melayu Malaya, Kesatuan Melayu Muda, Angkatan Pemuda Insaf, Angkatan Wanita Sedar dll yang benar-benar berjuang bermati-matian untuk kemerdekaan.
Untuk saya Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) adalah sebuah gerakan politik dalam ertikata yg sebenar-benarnya; suatu gerakan untuk mengubah susun atur dan cara-cara hidup bermasyarakat. Politik tidak wajar dikuasai dan dimilikpunyakan parti-parti politik semata-mata, apatah lagi kalau hanya parti-parti politik pemerintah sahaja. Hak bebas bersuara dan bebas berhimpun membantah merupakan hak-hak politik - juga hak asasi manusia - yang dijamin Perlembagaan. GMP dalam perhimpunan raksasa tempohari telah melakukan tindakan politik yang merupakan hak kita semua. Hak asas untuk menjadi manusia. Maksudnya, dari segi amalan bernegara - kerajaan dan warganya - kalau kita tidak dapat menikmati hak-hak ini bererti kita belum cukup manusiawi lagi. Sebab itulah dipanggil hak asasi manusia.
Begitu juga tentang dasar PPSMi yang bertentangan dengan Perkara 152 perlembagaan, atau perkara 47 Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 Pertubuhan Bangsa2 Bersatu (PBB) atau Kovenan Hak-hak ekonomi, sosial dan budaya, Unesco. Hak untuk belajar dan mendapat pendidikan dalam bahasa ibunda telah dirampas Bebal Nasional melalui PPSMI. Maksudnya United Malays National Organization dan Bebal Nasional telah menafikan hak-hak asasi rakyat Malaysia. Kalau ini bukan politik, apa lagi abang oii?
Memanglah soal bahasa adalah soal budaya, tapi tidak ada yang dapat lari dari politik. Maka mengubah dasar PPSMI adalah sebuah tindakan politik - memansuhkan PPSMI juga adalah suatu tindakan politik. Siapa yang suka politik dunia ketiga macam Malaysia ni? Tak tahulah kalau Pena sudah/sedang/akan berunding dengan Satu Malaysia Tahu ALxxxxxx, dan tiba-tiba Bebal Nasional insaf sedar dan sekelip mata bertukar menjadi Bijak Nasional? Maka dasar PPSMI inipun berubahlah. Kalau macam gitupun, bagus juga. Agaknya.
Kibai Mat kibai! Dema ni faham politik cuma untuk orang parti politik aje.
ReplyDeleteOrang yang berNGO, orang yang berkumpulan tak berNGO, individu awam tak berpolitik. Politikus aje yang berpolitik. Itulah pandangan dunia mereka.
Tak sedar apabila mereka kata dan berpendirian 'tak berpolitik' tu sebenarnya mereka sedang berpolitik.
Gitulah PENA yang ketinggalan zaman. Dakwat pun SPR dah lelong kot!
Sekarang zaman ketip LAPTOP da!
Kibai Mat kibai! Dema ni faham politik cuma untuk orang parti politik aje.
ReplyDeleteOrang yang berNGO, orang yang berkumpulan tak berNGO, individu awam tak berpolitik. Politikus aje yang berpolitik. Itulah pandangan dunia mereka.
Tak sedar apabila mereka kata dan berpendirian 'tak berpolitik' tu sebenarnya mereka sedang berpolitik.
Gitulah PENA yang ketinggalan zaman. Dakwat pun SPR dah lelong kot!
Sekarang zaman ketip LAPTOP da!
al bebal wal bahalulun
ReplyDeletemereka semua bangang... melanggar hak asasi kehidupan kita....
ReplyDeleteapa beza penentangan tahap pertama dan tahap kedua? Adakah tahap kedua lebih cenderung bernaung di bawah satu2 panji parti? Sesiapa tolong jawab,
ReplyDeletetidak timbul soal naungan satu2 parti politik. GMP merupakan suatu gerakan politik yang bertujuan mengubah tatacara dan dasar pelajaran yang dilaksanakan atas tujuan serta tindakan politik Parti Pemerintah - UNITED MALAYS NATIONAL ORGANIZATION Bebal Nasional. Isunya di sini budaya yang menjadi mangsa kerakusan politik tamak harta.
ReplyDeleteterserah pengulas tak bernama mahu percaya apa? Tidak ada paksaan di sini. Ini blog pandangan peribadi saya yang boleh dikongsi, dibenci dan yang paling penting, membaca untuk berfikir.
nak tau tentang naungan parti politik - pergi tanya parti politik. ini rahmat haron sampah seni - kau nak jadi mulia itu hal kau atau sebaliknya.
ReplyDeletewah, jawapannya emosi sedikit. Atau itu cuma permainan kata kau untuk bagi idea kau lebih rebel dan liberal dari orang lain. Hahaha aduh, masak poete maudit wanabe seorang yg cepat tersinggung. Aku cuma tertanya, apa kau pasti isu ini tidak menjadi minyak pelincir kempen2 politikus? Soalan sebegini dijawab segampang itu. Ceh!
ReplyDeletewow pedas, huhuhu
ReplyDeletepegilahh kau budak busuk tak mandi...kau yg bebal!
ReplyDeleteWoi Anonymous!!!
ReplyDeleteLetaklah nama kalau berani...
Ni apa main anonymous-anonymous ni?
Tuan punya blog jangan benarkan lagi orang-orang komen guna anonymous ni...
Mereka penakut.... Tak berani dedah identiti...
Woi Anonymous, kalau tak mandi pun, apa kena mengena dengan kau?
Kau lagi bebal!!!
Hujahlah guna point sikit!!!
Jangan main peribadi....