Wednesday, April 29, 2009

SS No.5: Sindiket, namanya pahit

Pengemis mengais sedekah
Tempurung kelapa, tadah dua tangan, tin kole, mangkuk plastik,
Praktik jariah simpati
merebut barakah
mentah kedarah
Tulang anak-anak kecil
Perempuan dan ibu kekeringan air mata
Buta kudung cacat terencat
Berbagai rupa, wajah dan kisah
Gelandangan penat dan murung
Sesat dan kehilangan
Perit dan kesakitan
Terdesak dan memerlukan
Alangkah baik, jika benar payah susah di tolong
Jika betul sukar sempit dibantu.
Tapi, mengapa derita juga perlu diniaga
Dagang nilai untung-rugi
dan beli-belah kira-kira rasuah?
Pasar jenayah mengugut rasa, menguji deria, memalsu diri, memerah nyawa, mengaut laba, dari hitam dosa pahala, dari skim belas kasihan.
Petang di sinar kota
11 Jun 2005

5 comments:

  1. JKM makan gaji buta..

    Sindekit bermaharajlela..

    Orang ramai terpedaya..

    Menambah minat sindikit durjana..

    Membunuh harapan yang papa kedana..

    ReplyDelete
  2. Manusia buncit yang sendawa dengan hasil jariah orang lain.

    ReplyDelete
  3. Salam kunjung balas. Terima kasih kerana sudi singgah sudi pula menjadi follower mountdweller.

    Manusia telah hilang kemanusiaan
    Akibat tamak haloba
    Derita orang lain apa nak dikira
    Asalkan aku di dalam istana

    Merana derita bukan untuk ku
    Engkau yang sampah minta simpati
    Harta ku cari hanya untuk ku
    Engkau apa ku peduli?

    Merompak menipu
    Bukan hanya aku
    Apa saja ku telan lalu
    Asalkan masuk kantungku

    ReplyDelete