demo memerdekakan air dari penguasaan swasta telah berlangsung tegang dan seperti biasa berdepan penindasan penguasa. hari ini aku hadir sebagai pemerhati, datang lewat, setelah zuhur, dari jauh di luar masjid, melihat dan mendengar. aku datang bersama poodien dan ayam. tapi aku dapat rasakan ada gelora dan gelombang baru yang sedang bergulung-gulung cukup besar tenaganya, ditiup badai laut berombak, kekuatan arus perubahan yang kental. atau seperti gunung berapi, lahar yang sekian lama terpendam itu sedang mencari jalan keluarnya.
gas canister yang ditembak, ditangkap dan dibalingkan kembali.
polis garang bergari, berbelantan bersenjata, tapi orang tiada lari.
keberanian rakyat atas kemarahan dan kesedaran tentang hak-haknya meningkat.
satu ditangkap, berpuluh datang menyerah.
terdengar juga gosip rungutan dan kritikan tentang segelintir kecil kepimpinan, tetapi itu tidak melemahkan semangat perjuangan mereka.
bunga-bunga perubahan yang baru dikesan mulai tumbuh, hari ini aku menyaksikan anak muda dan mahasiswa telah berada di barisan hadapan perjuangan dan perlawanan.
mereka bernyanyi, REVOLUSI, REVOLUSI, REVOLUSI SAMPAI MATI!!!, atau mungkin aku salah mendengar, REVOLUSI, REVOLUSI, REVOLUSI SAMPAI MENANG!!! menang atau mati, yang penting mereka mula menyebarkan seruan REVOLUSI!
moga-moga dalam revolusi mereka ini dapat aku menari. dan moga-moga juga mereka teguh beristiqamah, untuk tidak pula menjadi mesin revolusi semata.
Dalam ekologi kehidupan ini, kita akan melihat kitaran makanan dan bahan buangan. Begitu juga dalam kehidupan berkesenian. Akan ada pengguna/pemakan. Akan ada makanan. Dan akan ada bahan buangan - yang disebut sampah, taik ataupun kotoran. Jadi, Sampah Seni adalah rahmat haron. Malah, rahmat haron juga disamping menjadi sampah/kotoran/bahan buangan dalam masa yang sama adalah pelahap pemakan sampah/kotoran/bahan buangan atau dalam bahasa Inggerisnya disebut, "scaRVenger." (ha,ha,ha, tak reti eja)
Tak kisah, ini hakikat seburuk apapun perlu diakui. dah memang buruk takkan nak jadi cantik pula. Yang cantik molek adalah para pemakan yang melahirkan bahan buangan/sampah/kotoran seperti aku. sampahseni@gmail.com
RM 20.00 termasuk kos penghantaran (Malaysia). Tempah di terataknuromar@gmail.com atau beli di Koperasi Kedai Buku DBP KL. Edisi Terhad.
majalah sentAp kontemporer - seni tanpa prejudis
sebuah penerbitan seniman visual kontemporer Malaysia.rm15.klik pada gambar, jika mahu membelinya.
TAK NAK US-FTA!!!!
mari bersama melawan perjanjian perdagangan -kunun- bebas Malaysia dan Amerika Syarikat. free trade agreement-FTA-ini merupakan penjajahan atau perompakan yg cukup nyata sekali.demi masa depan tanah air dan kelangsungan hidup generasi akan datang, kita semua perlu menentangnya
DIMANA CINTA -TIPE X!
ReplyDelete