Wednesday, December 7, 2011

tak sedar lagi?360,000hektar tanah peneroka felda dicagar/bakal tergadai/baru Melayu gerhana

daripada blog Barajiwa, membawa pesan Dinsman:

UNTUK SEBARAN

Paksi sah buat himpunan seniman di Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor pada 23 Disember 2011 (Jumaat) mulai jam 3.00 petang sehingga 12.00 malam. Tujuannya menyokong peneroka FELDA mempertahankan tanah mereka seluas 360,000 hektar (Tiga Ratus Enam Puluh Ribu) daripada dicagar oleh pihak FELDA melalui penyenaraian syarikat Felda Global Ventures Holdings.

Tolong ajak kawan-kawan seniman datang ramai-ramai ke Felda Sungai Tengi. Ini acara pertama kita dalam kembara seniman ke kawasan-kawasan Felda. Nanti kita akan terbitkan antologi puisi khas. Taklimat akan diadakan tidak lama lagi.

Ini pula pesan Pak Kasim:

2.

Tanah: Tempat manusia tegak menghirup udara.
(Berbeda dengan lembu, tinggalnya di kondo)

Pesan aku:
Mustahil ini kerja DAP atau Pakatan Rakyat.

K
e mana RM 40,000 wang peneroka Sg Tengi?

Monday, December 5, 2011

US-FTA:Tolak kompeni raksasa dunia bebas rompak tanah air kita


(gambar protes petani di India, dan barua neo-imperialis - rakyat tempatan)

Mukhriz Mahathir dalam perhimpunan agung Umno baru-baru ini memfitnah Pakatan Rakyat sebagai agen neo-imperelisme (penjajahan bentuk baru). Meski selama ini gerombolan Umnolah yang menjadi alat penjajahan bentuk baru oleh syarikat2 niaga raksasa dunia dari eropah dan amerika syarikat.

WTO atau FTA hanyalah perkakas penjajahan bentuk baru yang akan mengangkangkan tanah ibunda ini seluas-luasnya untuk diperkosa dengan rakusnya oleh syarikat2 korporat raksasa dunia. Kesan FTA dan WTO di India menyaksikan, puluhan ribu para petaninya membunuh diri kerana penghidupan mereka dibunuh dengan kejam oleh syarikat2 ini, misalnya dengan mengawal benih-benih tanaman dan memaksa para petani membeli daripada mereka. Antara sykt kejam itu adalah kompeni A.S Dupont.

Setakat tahun 2007 sahaja, seramai 182, 936 orang petani di India telah membunuh diri.

Sekarang ini (sehingga 9 Disember 2011) di Hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur sedang berlangsung rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) di antara Amerika Syarikat (A.S) dan sekutu jajahannya Malaysia melalui TPPA (Trans Pacific Partnership) dan Kesatuan Eropah. FTA ini (http://www.ftamalaysia.org/) bermaksud ketiadaan cukai dan kawalan perlindungan terhadap pasaran tempatan Malaysia daripada dikuasai oleh para pemodal kapitalis A.S. dan Eropah serta penswastaan segenap aspek kehidupan (dasar yg dimulakan Madey). Kerajaan tidak dapat mengawal harga kesemua barangan yg dijual, dan kerajaan tidak boleh mengutip cukai terhadap kompeni-kompeni raksasa dunia (multi national corporation) berniaga di sini. Sekarang ini, seperti sykt Lynas yang diberi pengecualian cukai selama 12 tahun. Akan datang kesemua kapitalis raksasa dunia dan pengecualian cukai selama-lamanya, sehingga kering tanah air ini. Yang akan dicukai para pengguna dengan cukai GST.

Manakala A.S pula melindungi pasarannya dan mengenakan cukai kepada para pemodal Malaysia yang berangan-angan akan masuk ke pasaran di sana. Misalnya dalam bidang pertanian, pengeluaran makanan, A.S bakal menguasai pengeluaran benih-benih tanaman, dan para petani terpaksa membeli benih-benih tersebut dari kompeni2 A.S. Tanah-tanah rakyat,kampung-kampung, pekan-bandar serta segala warisannya, juga ladang-ladang Felda bakal terlepas dan dirampas kapitalis A.S-Eropah. Ubat-ubatan akan menjadi sangat mahal, segala-galanya akan diswasta.

Di dada akhbar dan tivi pula, gerombolan Umno BN dan NGO2 upahannya tidak habis2 menipu orang2 Melayu khususnya dan rakyat Malaysia amnya, dengan agenda perkauman sempit mereka. Orang2 Melayu terutamanya dikhayalkan dengan sentimen kebencian, terhadap kaum dan agama lain, terhadap parti2 Pakatan Rakyat. Rakyat bukan sahaja tidak diberitahu tentang rundingan ini, tetapi mereka dialihkan daripada membincangkan kesan perjanjian ini terhadap segenap aspek kehidupan mereka. Manakala, barua-barua penjajahan bentuk baru (gerombolan Apno) berkokok terpekik terlolong kunun menjadi wira bangsa, pahlawan, panglima, perkasa,pakida, ayahanda, kakanda, abang long, kak long, adinda dan pembela agama. (masa depan Melayu gerhana) nanti, rasakanlah. Waktu itu tak tertolong lagi. Meraunglah, atau ikutilah jejak para petani di India.

Thursday, December 1, 2011

Berhimpun di KLCC.Sabtu.3Dis.2ptg


(gambar hiasan; jgn lupa latihan jentera daulah ini)

Perhimpunan aman membantah 'racun lama yang diletakkan dalam botol baru' - kunun undang2 perhimpunan aman - yang merampas hak yg dijamin perlembagaan untuk semua warganegara berhimpun secara aman:
tempat: taman KLCC
masa: 2 petang
tarikh 3 disember 2011
KEHADIRAN TERAMAT ISTIMEWA SASTERAWAN RAKYAT, BAPAK A.SAMAD SAID.

http://my.news.yahoo.com/blogs/yahoo-malaysia-newsroom/hak-berhimpun-secara-aman-094942619.html

Sunday, November 27, 2011

SS No.32: Luka ini cukup aneh


Luka ini cukup aneh, di dalam perut, di ulu hati, di rusuk menusuk, di dinding usus asid menghakis. Kesakitan semakin memudar, segala rasa aku berpuasa.

Engkau, nikmatilah ia, sedikit pedar, pahit, pedih, hadiahku.

Engkau, ayuh teruslah ketawa, bila lagi, inilah saatnya. Kepada yang gembira, tak ada sumpahan atau seranah, bukan pula maki-makian tetapi hanya kesyukuran, hujan akan membasuh segala, yang kunanti banjir itu membahagia. Luka ini memang cukup aneh.

Monday, November 21, 2011

transkrip perbualan Presiden Obama dan Najib di Bali


terjemahan SS bersumber:
http://www.whitehouse.gov/photos-and-video/video/2011/11/18/president-obama-and-prime-minister-najib-speak-bilateral-meeting#transcript


PRESIDEN OBAMA: Saya ingin menyatakan betapa gembiranya saya dapat bertemu sekali lagi dengan anda Perdana Menteri Najib. Kita telah mengadakan perbincangan dan perundingan yang sangat baik pada persidangan APEC, yang mana kami menjadi tuan rumahnya di Honolulu. Ia membolehkan kita memperluaskan perbincangan bukan sahaja terhadap hubungan dua hala yang amat kukuh dan kerjasama yang kita lihat dalam isu-isu seperti Trans-Pacific Partnership (TPP-Perkongsian Rentas Pasifik), tetapi ianya juga membolehkan kita berbincang tentang bagaimana kita boleh menggunakan Sidang Kemuncak Asia Timur untuk memastikan perkongsian kemakmuran dan keselamatan bersama di seluruh rantau ini.
Oleh yang demikian, saya menghargai usahasama luar biasa yang kami terima terhadap pelbagai jenis isu ini. Kami mahu menjadi rakan kongsi Malaysia yang kukuh serta bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib,yang pada hemat saya, telah menunjukkan kepimpinan yang sangat cermerlang, bukan sahaja setakat [usaha] berterusan meningkatkan ekonomi Malaysia, tetapi juga dalam menunjukkan kepimpinan dalam pelbagai forum-forum pelbagai hala.
Jadi, terima kasih banyak-banyak, PerdanaMenteri.
PERDANA MENTERI NAJIB: Terima kasih banyak-banyak Tuan Presiden, untuk kata-kata anda yang sangat memberi galakan itu. Kami percaya, kami mempunyai hubungan yang amat produktif di antara kedua-dua negara kita. Sebelum ini, hubungan erat ini dalam bidang perdagangan dan pelaburan. Amerika Syarikat merupakan rakan dagang keempat terbesar kami. Secara perbandingannya, kamu masih lagi pelabur terbesar di Malaysia. Sesungguhnya, kami berharap hubungan dagangan dan pelaburan ini akan berkembang. Dan dengan TPP, mudah-mudahan kami akan dapat memenuhi tarikh akhirnya pada tahun hadapan. Kami melihat peluang-peluang dari segi meningkatkan pelaburan perdagangan di antara kedua-dua negara kita. Dan sesungguhnya kami amat tidak sabar-sabarlagi untuk bekerja dalam bidang-bidang lain yang berkenaan.
Kami amat komited untuk memastikan keamanan dan kestabilan. Kami bekerjasama dengan anda dalam bidang Perjanjian Kawalan Senjata Nuklear (nuclear nonproliferation). Kami melakukan peranan kami untuk memastikan Malaysia bukanlah titik transit untuk barangan haram yang dapat digunakan untuk penularan senjata nuklear. Kami bekerja ke arah membantu anda di Afghanistan. Dan kami sedang mencari bidang-bidang usahasama yang baru – termasuklah menerima 50 orang guru-guru Inggeris daripada Amerika Syarikat. Mereka akan datang pada bulan Januari.
Jadi saya cukup teruja dengan peluang-peluang ini dan saya tidak sabar-sabar lagi untuk memperdalam, mengukuh dan meningkatkan hubungan dua hala kita. Dan saya mengucapkan terima kasih di atas kepimpinan anda dalam hal ini.
PRESIDENT OBAMA: Terima kasih. Terima kasih semua.
---------------------------------
Fahami dan taksirkanlah makna transkrip perbualan di antara Obama dan Najib razak ini. Janganlah ada yang berangan-angan, empayar Amerika Syarikat akan membantu membawakan demokrasi dan hak asasi manusia ke sini. Yang ada, hanyalah hasil mahsul bumi ini yang akan dibawa pulang ke pusat empayar Amerika Syarikat – menjadi angka-angka saham ke jantung hatinya di Wall Street. Yang pasti ekonomi pasaran bebas yang sepenuhnya bakal masuk ke Malaysia. Penswastaan hampir segenap sektor kehidupan dan ketiadaan kawalan terhadap penguasaan syarikat-syarikat korporat raksasa dunia dalam ekonomi niaga di Malaysia.
Benar Malaysia punya dinamika politiknya sendiri, sebuah negara yang masih kaya dan bakal menyelamatkan ekonomi pusat Empayar Amerika Syarikat hari ini yang sedang gering. Sepertimana ekonomi bijih dan getah Malaya, setelah perang dunia kedua menyelamatkan ekonomi The Great Britain yang bankrup, lantas membawakan negara berkebajikan kepada rakyat Inggeris itu. kemakmuran hidup negara empayar kekuasaan dunia, bergantung kepada lebihan (surplus) ataupun perampasan terhadap negara-negara jajahannya . Kegeringan ekonomi empayar Amerika Syarikat inilah yang menyemarakkan perlawanan rakyat dunia seperti dalam manifestasi gerakan Menawan Wall Street.
Syabas, Malaysia pasti akan menjadi negara berpendapatan tinggi untuk syarikat-syarikat raksasa dunia (Multi National Corporation) pada tahun 2020.
====

Remarks by President Obama and Prime Minister Najib of Malaysia before Bilateral Meeting

Grand Hyatt
Bali, Indonesia
12:04 P.M. WITA
PRESIDENT OBAMA:  Well, I just want to say how much of a pleasure it is to be able to see, once again, Prime Minister Najib.  We just had excellent conversations and consultations at the APEC conference that we hosted in Honolulu.  This allows us to expand discussions not only on our bilateral relationship, which is strong, and the cooperation that we've seen on issues like the Trans-Pacific Partnership, but it also allows us to discuss how we can best use the East Asia Summit to assure shared prosperity and shared security across the region.
And so I appreciate the extraordinary cooperation that we've received on a whole range of issues.  We want to be a strong partner with Malaysia, and Prime Minister Najib, I think, has shown great leadership not only in continuing to boost Malaysia's economy, but also in showing leadership on a wide range of multilateral fora.
So thank you very much, Prime Minister.
PRIME MINISTER NAJIB:  Thank you very much, Mr. President, for your very encouraging words.  We believe we have a very, very productive relationship between our two countries.  Before this, they've been very strong in the areas of trade and investment.  The United States is our fourth-largest trading partner.  On a comparative basis, you're still the largest investor in Malaysia. We certainly look forward to expanding trade and investment linkages.  And with the TPP, hopefully we can meet the deadline next year.  We see great prospects in terms of enhancing trade investment between our two countries.  And certainly we look forward to working in other areas concerned.
We are very committed to ensuring peace and stability.  We're working with you in the area of nuclear nonproliferation.  We're doing our part to make sure that Malaysia is not a transit point for illicit goods that can be used for nuclear proliferation.  Working towards helping you in Afghanistan.  And we're looking at new areas of cooperation -- including receiving 50 English teachers from the United States.  They are coming in January.
So I'm excited about the prospects, and I look forward to deepening, strengthening, enhancing our bilateral ties.  And I thank you for your leadership in this.
PRESIDENT OBAMA:  Thank you. 
Thank you, everybody.
END
12:07 P.M. WITA

Sunday, November 20, 2011

Menawan Wall Street: Perkara Yang Paling Penting Di Dunia Sekarang


berikut merupakan terjemahan SS daripada tulisan Naomi Klein (http://www.thenation.com/article/163844/occupy-wall-street-most-important-thing-world-now) tentang gerakan Menawan Wall Street (klik http://occupywallst.org/)yang telah sampai tempiasnya ke sini:

Salah seorang jurubicara dalam perarakan menyokong buruh untuk gerakan Menawan Wall Street berkata: “Kita menemukan antara sesama .” Perasaan yang merakam keindahan tentang apa yang tercipta [di sini] – sebidang ruang cukup luas (juga idea cukup besar sehingga tak mampu terkandung) untuk semua orang yang mahukan dunia yang lebih baik untuk kita saling hidup bersama.

Jika ada suatu perkara yang aku tahu, ianya adalah hanya terdapat 1 peratus sahaja orang-orang yang sukakan krisis. Apabila orang terdesak dan tiada siapa yang tahu apa yang perlu dibuat, maka inilah saat terbaik untuk mendorong hajat mereka yang menyokong dasar-dasar pro korporat, justeru menghancurkan halangan terakhir kuasa korporat.

Hanya ada satu perkara yang dapat menghalang taktik ini dan cukup bertuah sekali – ianya adalah 99 peratus orang. Dan inilah 99 peratus manusia yang turun menawan jalan-jalan raya dari Madison sehingga ke Madrid melaungkan, “Tidak. Kami tidak akan membayar krisis kamu.”Slogan yang bermula di Itali pada tahun 2008. Ia kemudiannya melantun ke Greece, Perancis, Ireland dan akhirnya sedang bergerak ke pusat permulaan krisis.

“Kenapa mereka membuat bantahan?” Tanya penganalisis politik, kebingungan di kaca TV . Sementara itu, seluruh dunia bertanya: “Kenapa lambat sangat? Kami tertanya-tanya bila giliran kamu akan turun.” Dan yang lebih penting: “Selamat datang!”

Ramai orang telah menarik persamaan di antara Menawan Wall Street dan bantahan anti-globalisasi di Seattle pada tahun 1999 dahulu. Itulah kali terakhir suatu pergerakan sejagat, yang terpencar (tanpa pusat kuasa tunggal) diterajui oleh anak-anak muda mengambil tindakan langsung terhadap kuasa korporat. Dan aku berbangga menjadi sebahagian apa yang kita panggil “gerakan kepada banyak gerakan-gerakan itu.”

Tetapi terdapat perbezaan yang amat penting. Misalnya, kami memilih sidang kemuncak sebagai sasaran kami: Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO), Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), perhimpunan negara-negara kaya G8. Ianya bersifat sementara, ia hanya dapat bertahan selama seminggu. Yang membuatkan kehadiran kami juga bersifat sementara. Menawan Wall Street, pada sisi yang lain, telah memilih sasaran tindakan yang tetap. Ia juga tidak meletakkan suatu tarikh akhir terhadap kehadirannya di sini.

Tetapi perbezaan yang paling besar sedekad lalu pada tahun 1999, kita melawan kapitalisme pada kemuncak ledakan ekonomi yang penuh kegilaan. Pengangguran rendah, harga saham-saham mencanak naiknya. Media kemabukan dengan aliran wang yang mudah. Pada waktu itu, semuanya tentang permulaan, bukan penutupan.

Sepuluh tahun kemudian, kelihatannya seperti tidak ada lagi negara yang kaya. Hanya segelintir orang-orang yang merompak kekayaan harta awam dan memeras sumber semulajadi di seluruh dunia. Perlu ditegaskan bahawa kita mampu untuk membina sebuah masyarakat yang baik, untuk semua dan pada masa yang sama menghormati had sebenar yang boleh ditampung bumi.

Kali ini, gerakan kita tidak boleh terganggu, berpecah-belah, letih lelah atau dihanyutkan dengan kejadian-kejadian lain. Kali ini, kita wajib berjaya. Dan aku tidak bercakap tentang mengawal selia bank-bank dan meningkatkan cukai terhadap orang-orang kaya, meskipun ianya penting. Aku bercakap tentang merubah nilai-nilai asas yang mengawal masyarakat kita. Ia sukar untuk dimuatkan ke dalam suatu desakan tunggal yang bersifat mesra media dan susah juga untuk memikirkan bagaimana untuk melakukannya. Kerana kesukarannya maka ia juga tidak kurang pentingnya.

Sebaik gerakan ini semakin membesar, menumbuhkan satu demi satu kekuatannya, selalulah berwaspada bahawa akan sering terdapat godaan untuk beranjak kepada sasaran-sasaran yang lebih kecil – katakanlah, orang yang sedang duduk bersebelahan dengan kamu dalam pertemuan ini. Sememangnya pertempuran sebegini amat senang untuk dimenangi. Jangan menyerah pada godaan. Aku tidak berkata janganlah sesama kita saling bertelingkah. Tapi kali ini, marilah kita merayakan sesama kita, seolah-olahnya kita merancang untuk bekerjasama berganding bahu dalam perjuangan ini bagi tempoh panjang selama masa-masa mendatang. Jadikanlah gerakan indah ini sebagai perkara yang paling penting sekali di dalam dunia. Kerana begitulah ia. Inilah hakikatnya.